Sabtu, 19 September 2009
salam terakhirrrr
Raya ni bermula la proses mengkulatkan blog sendiri. tak dapat le nak update. Pc abg rosak. Potong je gua nak main tenet. Hoh! Pas raya, exam lak. Bulan 10 exam trial. Bulan 11 STPM. Perghh! Parah otak aku ni kang. Sebelom tanam kulat, aku nak say selamat hari raya maaf zahir dan batin buat penggiat blog sedonia.
gugu gaga era
takde kena mengena dengan era pon. tp tetap sal baby. taktik je untuk tarik korang or peminat era yg tertipu jenguk blog aku. hahaa.
Rafiullah..satu lagi anak buah aku selamat diteran keluar bagi melihat dunia yg indahnya sementara. Cuteenyee! Dah 2 bulan tak jumpa. Now dah besau. Yesterday,aku kena take care dak Rafi ni sebab mak dia merangkap kazen aku nak kuar beli barang sat. Cuaca terik akhir2 ni. So tak dan la nak bawa sekali budak kecik. Pengalaman menjaga bayi… mak aih,boleh tahan payah gak. 1st tu mengamuk sakan Rafi ni. Mungkin tak biasa lagi. bebi ni kalao dia tak biasa dengan orang tu dia akan menangis tak agak-agak. Di tambah lagi bunyi bising orang mesin rumput kat luar. Hadoi! Makin challenger tugas aku nak jaga budak ni. Terus menerus nangis. Tak hade tanda2 nak benti. Bingit telinga dibuatnya. dah masuk menet ke 30, baru boleh tido. Baru senang hati. Buleh relax. Yay! Namun tak lama. 30 menet mengamuk, 30 menet gak dia tido. Bertuah punya budak. Tapi Rafi tak nanges dah. dah start comfortable dengan persekitaran dia. Time ni la aku bermaen dengan Rafi. Pegang2 tangan dia yg halus dan mulus. Gebu sekali. Bila nampak tanda2 dia nak nanges,aku sumbat je dengan botol susu. Senang keje. Apa yg paling buat aku seronok,bila Rafi start senyum. Alahai,lemah lutut aku. Cute gile! Rasa bagai satu kemenangan bagi aku bila dapat buat dia tertawa. Ye ah, daripada td asyik buat muncung itik aje…bibir sengot mengot. But still comel gak. pandang Rafi tetiba nak buat satu puisi. Eh,jap2. Nak buat puisi jap.
Rafiullah..
Engkau lahir kedunia bersama tangisan
Namun tangisan mu disambut dengan senyuman
kesyukuran ibumu
senyuman diukir bersama linangan airmata
hadirmu membawa sejuta kebahagian orang sekelilingmu
hadirmu ini juga bermakna bermula la task yg akan kau jalani di kehidupanmu
sebagaimana yg telah Allah tetapkan untukmu
kelahiranmu ini bererti bermulalah ujian yg akan kau hadapi
walaupun ayahmu mula berbuat hal diawal kehidupanmu didunia
biarpun ibumu sering berendam airmata dihari kecilmu
janganlah kau bimbang
janganlah kau bersedih
kau akan hidup dan membesar dengan limpahan kasih sayang
yg engkau dambakan
yg takkan pernah kurang
erk,macam tak bape tul je atas ni. Nama je pelajar sastera. ini ke pelajar sastera? ini ke?Huahua.
kau yang celaka
Khamis, 17 September 2009
sinari wajah dengan mineral makeup foundation 'R'
~SESUAI untuk semua jenis kulit dan umur.
~BOLEH digunakan oleh perempuan atau lelaki.
Nampak macam menarik bukan? Kepada kaum hawa lebih2 lagi yang bermasaalah kulit or punya kulit sensitif. Kaum adam mungkin tak interested sangat tang kecantikan. So ni khas untuk kaum hawa. Saya rajen ambik tau dan search mana2 produk yg beri kesan memuaskan tanpa kesan sampingan yg mencacatkan kulit muka. Kulit saya pun boleh le dikatakan sensitive juge. Memang takut nak beli produk kecantikan sebarangan. Yela, dalam mana2 iklan banyak sangat yg promote produk sendiri. ntah ok ke tak. Mineral mekap ni saya terbaca tentangnya dalam akhbar. Then terus berminat nak beli. Saya cuba cari lagi dalam internet nak tau dah ramai ke yg guna dan apa feedback dorang. Cari…cari…cari, saya terjumpa satu blog. Blog seorang wakil pengedar mineral mekap ni. Melalui tulisannya tentang pemakaian dan keistimewaannya, saya lebih yakin untuk membeli. Hasilnya its worth to me! Kalao dulu saya nak gune mekap kena bubuh foundation dulu. pastu letak bedak serbuk. Taktau kenapa setiap kali kenakan mekap, akan tumbuh jerawat. Tak le banyak. Tapi jerawat tetap jerawat! Musuh utama pompuan dalam hal penjagaan muka. Dah try mineral mekap ni muka terasa lebih ringan. Saya diberitahu wakil produk tersebut, produk ni mampu mengawal minyak dan membunuh bacteria pada kulit. Dan yg paling penting, ia tak mengandungi talkum (yg terdapat dalam kebanyakkan bedak solekan di pasaran) yg boleh sebabkan iritasi dan jerawat pada kulit sensitive..
Anda2 yg kulit berminyak yg bagai boleh diperah tu elok sangat le try produk ni. Muka takkan nampak berkilat. Lebih natural. Sesape yg suka bedak tetebal mungkin takkan suka gune mineral mekap powder. Mineral mekap ni tak boleh bubuh banyak2 sangat kat muka, nanti dah tak nampak kenaturalannya. Sesape yg suka tampak natural je suke guna produk mineral mekap. Bukankah nampak lebih suci kalo tak mekap tetebal? Huhu. Powder ni bubuh sikit je pun kat muka dah nampak natural. Tu yg best! Tp kena la pandai pilih kod yg sesuai dengan warna kulit muka. Saya juge ada masalah cepat berpeluh. Maklumle penyakit hiperhidrosis. Memang cepat sangat berpeluh kat bahagian tangan dan muka juge. Bila pakai mekap powder sebelom ni, rasa macam bertepung lak kat muka. Konon nak lawa jadi tak lawa lak. Mineral powder mempunyai tekstur serbuk yg padat, tebal dan creamy tetapi halus menghasilkan kemasan/solekan yang semulajadi dan tidak bertepung/ bertepek atau melebamkan. Hanya perlu guna sedikit saje untuk memyembunyikan cela, parut serta kedut halus. Kilauan semulajadi batu galian 100% menampakkan wajah yg remaja, segar dan berseri terutamanya jika anda berwajah lesu dan pucat. Ia tahan sehingga 16jam, tidak cair, berminyak/ menyumbat pori-pori kulit walaupun dalam cuaca panas atau selepas aktiviti riadah.
ada 5 pilihan warna yg seswai dengan kulit warna asia.
01 CREAM PEACH~utk kulit cerah kemerahan
02 SAWO YELLOW~utk kulit cerah kekuningan
03 NATURAL BUFF~utk kulit sederhana kekuningan
04 HONEY~utk kulit sederhana kemerahan
05MOCHA~utk kulit gelap
Ia didatangkan dlm satu size iaitu 6 gm.
Boleh tahan sehingga 2-3 bulan penggunaan (daily use).
PRICE : RM48
Pembelian & Penghantaran:
Caj penghantaran menggunakan POS Laju:
Sem. M'sia : RM5
Sbh/Swak : RM10
Untuk setiap pembelian 2 set powder & foundation, penghantaran POS LAJU percuma!
Pembelian boleh dibuat dengan membuat bayaran melalui
Maybank 164481056530
CIMB 14400084840525
ape2 hal call or sms ke no ni…019-6549581.
Khamis, 10 September 2009
anak sehat ibu derita
p/s: sayangilah ibu anda..dan hargai pengorbanan beliau.
yakin diri dengan katak??
“jangan jadi manusia yg tolol kerana melihat badan katak yg menggelikan itu. Jika kau ada masa untuk melihat sang katak yang terponggok di tepi-tepi parit, di perdu-perdu rumput, di dalam lubang (di mana ada lubang, disitu dia menumpang) pasti kau akan tertanya-tanya kenapa sang katak sanggup terkebil-kebil tanpa bergerak selama dua belas jam kecuali pusing kanan dan kiri?”
Kononnya dengan melihat katak melompat akan menambah keyakinan kita terhadap kehidupan. Sumpah! Sampai sekarang aku masih tak paham kenapa tengok katak melompat boleh tingkatkan keyakinan. Lainlah kalao memancing dapat menguji kesabaran. Mungkin aku kena try observe katak melompat kot baru paham. Malangnya kawasan rumah aku ni jarang2 nampak katak. Katak pun jarang nampak aku.
Sebut tentang keyakinan, aku terpikir tentang cita-cita. Adanya keyakinan lahirlah cita-cita. Tapi malangnya aku belom dapat target cita-cita aku. Masih samar-samar lagi. Masih perlu di suluh dengan torchlight yg berkuasa tinggi. Aku cuma ada impian dan harapan. Cita-cita, impian dan harapan adalah perkara yang berbeza. Cita-cita dicipta dalam diri. Impian dicipta dalam hati dan harapan berada di mana-mana. Tapi… tak semua orang ada impian dan hanya beberapa orang saja menyedari harapan itu ada dekat dengan diri.
Aku punya impian. Yang hanya aku sendiri tahu. Harapan pula sentiasa muncul setiap detik masa berlalu. Terlalu banyak harapan. Antaranya mungkin tak akan tercapai. Tapi at least aku punya harapan untuk itu. Dan berusaha kearah itu. Yang pasti aku punya visi yang perlu aku laksanakan! Visi yang harus dijadikan kenyataan sebelom umo aku reach 30 tahun!
1. mesti dah ada keje.
2. duit simpanan mesti ada dalam RM10 000 ke atas...takleh kurang.
3. ada duit lebey beli tanah
4. dah ada rumah sendiri
5. ada lessen kete
6. dah ada lessen mesti mau ada kete le
7. pastikan mama n abah tak keje dah
8. bawa parents pi umrah
9. dah master memasak
10. dah pegang tittle bini orang.
11. berat badan naik 5-8 kilo.
12. dah lebih mature,berani dan yakin
semua ni possible untuk aku buat. aku pasti boleh!
fighting!!
Sabtu, 5 September 2009
play or u dead!
Kehidupan ibarat permainan. Kita akan menempuh tiap tekanan untuk menang dalam sesuatu permainan. Sekiranya tidak mampu untuk meneruskan atau kita lemah dan tidak cukup kuat untuk permainan itu, di situlah kita akan ‘Game over’. Bila usahawan mulai muflis dan tidak mampu bangkit semula,jalan yg dipilih adalah mati. Begitu juga bagi mereka yang putus cinta kerana tidak tahan menanggung kekecewaan. They choose to die. Mati adalah perkara paling mudah untuk selesaikan banyak masalah. Cuma masalah di dunia.
Ada dua golongan manusia di dunia ini iaitu manusia yg tak takut akan mati dan yg takut akan mati. Seseorang pernah berkata kepada saya, “cik adik,tak payahla pakai topeng. Takut sangat dengan H1N1. Tak bagi mati pun!” sungguh bongkak orang ini. Dia lupa dia tu lemah. Rasa dirinya dah cukup kuat melawan apa jua penyakit. Memain-mainkan amaran Tuhan. Betul2 tak takut mati. Mungkin orang seperti ini memang perlu hidup lebih lama supaya dapat lihat banyak kematian di sekelilingnya. Dengan ini mungkin dapat membuka mata bahawa mati ini tidak dijemput. Sehat atau tidak bukan lagi persoalan. Mungkin orang seperti ini juga sudah begitu selesa dengan kehidupannya sekarang di dunia. Begitu senang dengan kemenangan yang dikecapi dalam setiap permainannya. ‘Game over’ mungkin tiada dalam kamus hidupnya. Berbeza dengan mereka yg punya strategi permainan yg baik. Tahu apa yg perlu dilakukan dan mengikut syarat permainan. Mereka tidak takut untuk mati kerana yakin permainan mereka cukup bagus. Sekiranya mati pun mereka tidak menyesal malah bersedia
untuk itu.
Manusia yang takut mati akan buat apa saja
untuk terus hidup.
Ini bagus kerana mereka sayang akan nyawa
yang hanya satu. Tetapi jika ianya
melampui batas sehingga melawan dan
mencabar Pencipta, itu sama saja
seperti menempah maut. Mempelajari ilmu kebal,ilmu hitam dan sebagainya adalah salah. Sekebal mana
manusia dapat menahan tusukan pisau?
Bgaimana dengan panahan
petir? Kepanasan api? Setakat membakar
lengan apa la sangat. Tidak
cukup membuktikan
seseorang itu kebal. Hanyalah dengan izin
Tuhan. Bukankah itu menunjukkan manusia itu sangat lemah?
Di mana kekebalannya? Di mana kekuatannya? Takut akan
mati ini bagus bergantung pada niat. Jika takut sebab terpaksa meninggalkan
dunia itu adalah salah. Takut kerana ingin lebih berbuat kebaikan itu sangat terpuji. Ada juga yang
takut mati kerana berat untuk meninggalkan
yang tersayang ataupun ada banyak
benda
lagi yg belum di buat
ketika hayat hidupnya.
Ada satu lagi golongan manusia iaitu mereka yg suka akan mati. Ini mungkin kerana terlalu banyak tekanan dan nasib yang tidak selalu baik. Pernah dengar kisah seorang pekerja kerajaan membunuh seluruh ahli keluarganya termasuk dirinya sendiri kerana hilang pekerjaan? Ingatlah Tuhan itu tidak akan memberi ujian yg tidak mampu dijalani oleh seseorang manusia. Ada juga yang teringin untuk mati kerana tidak sanggup lagi untuk melakukan kesalahan…kerana tidak mahu melihat kerosakkan dunia. Lebih baik mati daripada diri terus ditenggelami oleh dosa sendiri.
Anda golongan
yg mana??
tulisan hanya untuk muhasabah diri di bulan Ramadhan. selamat berpuasa!
moral op da story: gune la mask untuk elak H1N1.