Shoutbox






Khamis, 12 Mac 2015

2 month

Assalamualaikum.

dah masuk 2 bulan lebih kitorang pegang tittle "lover to friend". Alhamdulillah, so far ok. cuma still tiap hari terkenang-kenang. perasaan cinta memang takkan mudah hilang begitu sahaja bukan?

mengimbas semula perkenalan kitorang masa mula-mula, membuat aku tersenyum sendiri. 7 tahun lepas. penghujung tahun 2007. aku selesa berkawan dengan dia masa tu sebab dia suka mengusik. and of course kelakar. hilang rasa sunyi. pernah satu hari usikan dia melampau. dia kata dia nak datang labuan jumpa. and then dia kata dia dah ada kat labuan. aku ingat lagi. masa tu chinese new year untuk tahun 2008. mula-mula taknak percaya. mustahil la dia datang labuan kan. tapi memandangkan aku pernah bagitau kampung aku nama apa, terus aku percaya. lagipun dia nampak serius. masa tu tengah join auntie pi beraya rumah kawan bangsa cina dia. yelah, home alone kan. kesian dia bawak la sekali. sepanjang aku pi beraya memang resah je. sebab dia kata nak jumpa aku malam tu. dah la tak prepare apa kan. sampai rumah terus buka almari. cari baju apa nak pakai. hahaha. Allah, lurusnya aku masa tu. boleh boleh percaya. bila dapat tahu dia just bergurau, memang bengang giler la kan. betul-betul rasa dipermainkan. padahal salah aku sendiri. yang kau percaya apesal? tak silap aku marah dia kot. then entah kenapa dia pulak yang merajuk. pelik aku. sebab esoknya dia nak pi singapore. dia merajuk la sebab masa dia nak pegi kitorang gaduh pulak kan. dan aku yang pujuk dia. aku yang marah, aku yang pujuk. tiba-tiba rasa bersalah. dia taktau yang aku dah siap pakai baju lawa-lawa nak jumpa dia kononnya. hahaha. alahai, polosnya kau mija.


apa-apa pun, tahun 2008 memang tempoh yang membahagiakan. start couple bulan 2. tak declare pun. dia jadi macam tu je. masing-masing tahu saling suka sama suka. disebabkan tahun tu dia still bekerja swasta, so ada waktunya dia terpaksa pegi singapore. and aku akan tunggu dia. nak tau dia dah selamat sampai dan balik. sama jugak kalau dia ada pegi tengok perlawanan kat luar. kat stadium ke. kat kedai mamak ke. aku akan tunggu. and masa ni dia memang suka giler dengan Manchester United. game diorang kan biasa kul 2 3 pagi gitu. aku tunggu jugak. teman dia tengok. semua atas kerelaan sendiri. sebab aku bahagia dapat spend masa dengan dia. walaupun dah ngantuk sangat kan. masa ni kitorang masih bahasakan diri "I" dan "U". but still romantik. hikk. bersama dia, aku kenal artis indie band. indie band pertama yang aku kenal ialah HUJAN. dia selalu promote band ni. dia kata kat radio selalu main. oh, masa ni belum couple lagi. hihi. lagu "pagi yang terang" cukup popular waktu tu. and dia pun kaki jamming. so kekadang dia bagitau dia pi jamming dengan kazen and member dia. now dah tak pegi kot. pagi keje, malam pun dah keje kan. one day, dia bagi aku lagu yang dia jamming. liriknya aku still ingat sampai sekarang.

ingin ku dekati
dirimu yang tak pernah mungkin ku kenali
ku terus mencoba
tak mampu untukku berputus asa
lirikan matamu
membuat diriku rasa kekalutan
manis senyummu
terasa diriku terbang di awangan

dia bagitau lagu ni dia yang nyanyi. tapi aku tak percaya. haahaha. dengar lagu ni sambil nangis. terharu siut. dah la tengah blackout masa tu. dengar dalam gelap. selalu aku dengar kalau rindu. tapi lagu ni dah hilang. tak ingat sebab apa. nangis lagi. haih, asyik nangis je kan. yela, kita hargai benda orang yang kita sayang bagi. lagipun, dia sendiri pun dah tak simpan lagu tu. hilang macam tu je. sedihh.


tahun 2009, arghhh. aku paling tak suka relationship kitorang masa ni. sebab tak banyak masa kitorang boleh spend. salah satu sebabnya ialah dia dapat kerja baru. alhamdulillah, im really happy for him bila dia share dia dapat kerja kerajaan. walaupun bos lama dia susah nak lepaskan dia. so dia tersangat lah busy. bila balik dia dah penat. dapat mesej sikit-sikit je. and somehow, aku rasa dia ada perempuan lain masa tu. naluri kata demikian. but cepat-cepat nafi. and somehow, aku rasa aku ni just teman dia masa dia bosan je. aku tak rasa dia betul-betul cintakan aku lagi. aku rasa dia still mencari-cari someone yang maybe better. yelah, takkan dia nak orang yang jauh kan. lagipun banyak yang aku taktau lagi pasal dia. waktu ni, dia masih susah nak share pasal diri dia. selalu aku yang share banyak cite. itu buat aku rasa terkilan sikit. bukan sepanjang tahun tu tak best. ada jugak hari-harinya dia membahagiakan.


tahun 2010-2013 ialah tahun aku masuk UMS. kitorang start calling each other. boleh imagine tak, 2 tahun lebih just mesej je. sebab sebelum ni dia kata kalau kitorang calling nanti dah takda benda pulak nak di mesej kang. haa, pelik kan beliau. walaupun masuk akal jugak. tapi bila dah start calling-calling, still banyak yang boleh di share. and aku rasa hubungan kitorang semakin mekar. dan dari situ aku dapat tau dia ni suka membebel. kekekeke. kat mesej tak nampak kan. tapi bila dah borak, alahai.. first2 kena bebel memang geram jugak. sometimes sampai nangis. sentap tetiba. dah la stress, kena bebel lagi. hikhik. i know dia jadi macam tu sebab dia concern. lama-lama dah biasa dah. masa ni kitorang tukar bahasa panggilan kitorang. hikk. sebelum ni kan panggil "I" "U" je. but sometimes dia akan panggil aku sayang. and i like it damn much! macam tak pijak tanah bila dia panggil macam tu. so aku pun teringin la nak panggil dia abang kan. tapi malu. maluuuuuuu. then tak pasal-pasal satu hari tu dia minta aku panggil dia abang. yeyyy. dia sangat baik. always there for me. selalu jadi motivator aku tatkala tengah down. slowly dia dah boleh share tentang diri dia, apa yang dia buat semua. im soooo happy. barulah aku rasa yang kitorang betul-betul dah jadi couple.


tahun 2014 pulak more fantastik. bahagia.. sangat bahagia. paling membahagiakan bila akhirnya dapat jumpa dia. something yang aku tunggu dari awal perhubungan kitorang. thanks Allah. Kau tetap jadikannya kenyataan bagi kami. walaupun kini kami tak bersama lagi..




Selasa, 10 Mac 2015

Working life

Assalamualaikum,

weekend adalah hari yang sangat best buat aku. no wonder orang dah kerja suka tiap kali dah masuk hari jumaat kan. sebabnya esok dah cuti. Wohooo! ok, now dah faham. sama juga la macam bebudak sekolah. cuma perasaan gembira tu lain sikit. yelah, budah sekolah apa la sangat. just penat angkat beg, belajar, main, sukan, gosip2.. haa, apa lagi. bila dah kerja, dapat tau esok cuti, pehhh! feel tu lain macam. kalau yang dapat cuti lama tu apa lagi kan. memang melompat-lompat guling-guling lettew.

apesal suka sangat ni. stress nau ke kerja? uishhh, nak cakap stress sesangat tu takla sangat. tapi memang stress la. hahaha. apa lagi kalau kerja swasta kan. contract staff pulak tuh. kena working smart and hard. tak memasal kena kondem kang. macam tak pernah surut kerja tu semua. hari-hari ada request. hari-hari kena mintak sign. hari-hari kena bebel. hari-hari kena hadap manager.

but you know what, aku rasa bersyukur sangat sebab manager aku ni sekarang tak seperti perception aku yang awal. he can considerate well for some reason. sampai staffmate aku kata, "dia dengan kau rapat kan. ok semacam." laaa, rapat hape. gegurau pun tak pernah. nak duduk lama dalam ofis dia pun aku takmau. habis discuss terus choww. cuma aku selalu doakan dia. aku selalu doa dia diberi hidayah dan taufik dari Allah. buka hati dia untuk kenal Islam. dan pertemukan dia dengan orang-orang yang boleh bawa dia kenal Allah. nak dakwah secara lisan tak mampu. hanya dakwah secara akhlak dan doa saja. each time tengok manager aku senyum, alahai sejuk hati. senyuman dia sangat manis. he should smile more often.

ok, pasal staffmate pula. hmm, ni yang sebenarnya akar umbi kestressan aku. but aku still bersyukur, diorang ni tak buat hal setiap hari. sometimes dengar kata, sometimes tak. sebab kerja aku kerani. so kerja aku relate dengan kerja diorang dan kerja diorang relate dengan kerja aku. bila aku bertegas sikit, mula la diorang kata aku yang tak paham kerja diorang. so korang taknak ke paham kerja aku macam mana? somehow, aku rasa kerja aku lagi sibuk dari diorang. entah la. tengok diorang boleh rileks lagi, tengok wayang dalam pc, layan anime, main game. thats why aku tak puas hati sikit, bila diorang lambat kerjakan apa yang aku nak walhal diorang ada masa lapang untuk buat. sabar je la.

now aku ada anak murid. wahh, baru setahun lebih kerja dah jadi sifu okey. haha. kalau ikut usia bekerja di PML, dia ni actually senior. sebab dia dulu yang masuk kerja but bahagian department lain. memandangkan sekarang ni dia kena transfer ke department aku, dan aku tua setahun dari dia secara tak langsung jadi senior. aku gelarkan diri sebagai "kakak". sebab lebih tua dan guru kepada dia. so dia boleh hormat aku. jaga adab. dengar desas desus dia ni lain macam sikit. dengan orang pangkat mak mak pun dia boleh jerit-jerit. tak hormat. aku taknak percaya 100%. tapi better ambil langkah berjaga-jaga. aku just ajar dia dengan cara lembut. jangan tinggi suara. sebab orang macam ni bila kita tinggi suara dia akan tinggi suara kat kita semula. dan kalau dia buat salah, jangan kondem. tegur dengan hikmah. kalau kita marah membabi buta, next time bila kita buat salah dia akan buat kita semula. sesekali boleh je tinggi suara. tanda kita tegas dan tak boleh buat main. pernah sekali dua, bila dia buat salah, boleh-boleh dia nak salahkan aku pulak. walhal aku dah ajar banyak kali. suara dia masa tu pun tinggi. memang bengang la kan. boleh bayangkan tak, orang yang selalu cakap lembut tiba-tiba tinggikan suara macam mana. terdiam terus budak tu. padan muka. aku kurang gemar orang takda adab ni. so far, hubungan kitorang baik je.


ok, thats all. senang senang cit cat lagi pasal ni.



Ahad, 8 Mac 2015

us













stunned

minggu lepas aku mimpi dia.

Allah, bestnya. seronok sangat.

rasa macam berjumpa dengan dia buat kali kedua

memang sepanjang mimpi tu, muka dia je ada

but then, lastly ada perempuan lain di sisi dia

When he said, she's his fiance

terus aku terjaga dari tido

seriously, bila terkenang semula memang rasa kelakar

bangun dalam keadaan terkejut yang amat, mata terbuka luas, segar terus.

haihh, sampai macam tu sekali my reaction

baru mimpi

if this dream become true, i just can't imagine it.

Allah, Kau tabahkan saja hati ni. menerima semua perancanganMu.

moga diri ni sentiasa redha.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...