Shoutbox






Selasa, 10 Mac 2015

Working life

Assalamualaikum,

weekend adalah hari yang sangat best buat aku. no wonder orang dah kerja suka tiap kali dah masuk hari jumaat kan. sebabnya esok dah cuti. Wohooo! ok, now dah faham. sama juga la macam bebudak sekolah. cuma perasaan gembira tu lain sikit. yelah, budah sekolah apa la sangat. just penat angkat beg, belajar, main, sukan, gosip2.. haa, apa lagi. bila dah kerja, dapat tau esok cuti, pehhh! feel tu lain macam. kalau yang dapat cuti lama tu apa lagi kan. memang melompat-lompat guling-guling lettew.

apesal suka sangat ni. stress nau ke kerja? uishhh, nak cakap stress sesangat tu takla sangat. tapi memang stress la. hahaha. apa lagi kalau kerja swasta kan. contract staff pulak tuh. kena working smart and hard. tak memasal kena kondem kang. macam tak pernah surut kerja tu semua. hari-hari ada request. hari-hari kena mintak sign. hari-hari kena bebel. hari-hari kena hadap manager.

but you know what, aku rasa bersyukur sangat sebab manager aku ni sekarang tak seperti perception aku yang awal. he can considerate well for some reason. sampai staffmate aku kata, "dia dengan kau rapat kan. ok semacam." laaa, rapat hape. gegurau pun tak pernah. nak duduk lama dalam ofis dia pun aku takmau. habis discuss terus choww. cuma aku selalu doakan dia. aku selalu doa dia diberi hidayah dan taufik dari Allah. buka hati dia untuk kenal Islam. dan pertemukan dia dengan orang-orang yang boleh bawa dia kenal Allah. nak dakwah secara lisan tak mampu. hanya dakwah secara akhlak dan doa saja. each time tengok manager aku senyum, alahai sejuk hati. senyuman dia sangat manis. he should smile more often.

ok, pasal staffmate pula. hmm, ni yang sebenarnya akar umbi kestressan aku. but aku still bersyukur, diorang ni tak buat hal setiap hari. sometimes dengar kata, sometimes tak. sebab kerja aku kerani. so kerja aku relate dengan kerja diorang dan kerja diorang relate dengan kerja aku. bila aku bertegas sikit, mula la diorang kata aku yang tak paham kerja diorang. so korang taknak ke paham kerja aku macam mana? somehow, aku rasa kerja aku lagi sibuk dari diorang. entah la. tengok diorang boleh rileks lagi, tengok wayang dalam pc, layan anime, main game. thats why aku tak puas hati sikit, bila diorang lambat kerjakan apa yang aku nak walhal diorang ada masa lapang untuk buat. sabar je la.

now aku ada anak murid. wahh, baru setahun lebih kerja dah jadi sifu okey. haha. kalau ikut usia bekerja di PML, dia ni actually senior. sebab dia dulu yang masuk kerja but bahagian department lain. memandangkan sekarang ni dia kena transfer ke department aku, dan aku tua setahun dari dia secara tak langsung jadi senior. aku gelarkan diri sebagai "kakak". sebab lebih tua dan guru kepada dia. so dia boleh hormat aku. jaga adab. dengar desas desus dia ni lain macam sikit. dengan orang pangkat mak mak pun dia boleh jerit-jerit. tak hormat. aku taknak percaya 100%. tapi better ambil langkah berjaga-jaga. aku just ajar dia dengan cara lembut. jangan tinggi suara. sebab orang macam ni bila kita tinggi suara dia akan tinggi suara kat kita semula. dan kalau dia buat salah, jangan kondem. tegur dengan hikmah. kalau kita marah membabi buta, next time bila kita buat salah dia akan buat kita semula. sesekali boleh je tinggi suara. tanda kita tegas dan tak boleh buat main. pernah sekali dua, bila dia buat salah, boleh-boleh dia nak salahkan aku pulak. walhal aku dah ajar banyak kali. suara dia masa tu pun tinggi. memang bengang la kan. boleh bayangkan tak, orang yang selalu cakap lembut tiba-tiba tinggikan suara macam mana. terdiam terus budak tu. padan muka. aku kurang gemar orang takda adab ni. so far, hubungan kitorang baik je.


ok, thats all. senang senang cit cat lagi pasal ni.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...