Shoutbox






Isnin, 24 September 2012

aku budak psikologi





ROOMATE:  Akak ambil seni kan?

AKU:  Taklah.

ROOMATE:  Jadi akak ambik apa?

AKU:  Ambik psikologi lah. dah dua kali kau tanya.

ROOMATE:  ...kerut dahi...

AKU:  Kenapa?

ROOMATE:  Ambik psikologi tapi belajar seni

AKU:  Hahahahaha


ni mesti pasal dia nampak aku main lukis lukis aritu. dia puji cantek. "pandai akak lukis" start dari kejadian tu, dia asyik kata aku ni budak seni. belajar kat sekolah seni. oit oit, tak nampak ke buku buku aku semua pasal psikologi dan kaunseling. tak percaya sungguh budak nih. dan satu lagi, im not really pandai lukis.


Hadoiii...




Jumaat, 21 September 2012

piss off





if you dont know me, then ask me
if you dont agree with me, then argue with me
if you dont like, then say it to me
but dont start judge me silently
act such a loser dummy
biar miskin duit dik, jangan miskin attitude



Khamis, 20 September 2012

weird name



nama fb pelik?
better aku pertimbangkan nik "mija mija"
hahaha
btw, tQ norlin pasal baru kini kau add aku
kalau aku comel, kau gojes.. heh.



Rabu, 19 September 2012

RIP

pulang kelas tadi, dapat berita kurang baik. my bobobi dah meninggal. tengok tak bergerak dah. sayu hati tengok. sori bobobi.. aku tak jaga korang baik baik. patutlah semalam terasa nak habiskan masa layan korang dua. rupanya nak tinggalkan aku. what a nice farewell. si dampar dulu pun sama. dia menghilang sekian lama. tiba tiba balik. esoknya mati. semuanya just nak ucapkan selamat tinggal. aku harap bobobi tenang kat sana. hmmmmm.

malam ni.. masa aku jemur kain, nampak ramai betul yang tengah bergayut. kat bawah sampai ada yang duduk bersila. amboii, ramai betul orang tengah asyik masyuk bercinta. agaknya diorang ni pun user digi easy kot. kan freeee. aku pun baru je lepas langgan. pengguna digi boleh just tukar pelan ke *128#. user line lain yang berminat nak terai, boleh la beli sim kad dia. tak silap rm16 lebih. dalam tu ada kredit rm8 dan bonus bonus lain lagi. memang best. tapi just untuk 3 buddyz. kire berbaloi la kan. malangnya kekasih hati ada seorang jek. yang simpan skandal 2 3 orang tuh buleh la bergayut sampai lebam. dari pagi sambung ke pagi esoknya pulak. selesai yang sorang, kol yang sorang lagik. keh keh keh. ah, apesal la mama tak guna digi. sekarang puas dapat borak dengan bobet selalu. sehari tak dapat dengar suara dia, jadi rindu sangat. kalau dulu tiap kali kol taktahu apa benda nak cakap. kan jarang kol. jadi taktau bagaimana nak mula. taktau apa topik nak dibualkan. huhu. 

ohh,heiii. aku ada satu benda nak kongsi . barang baik. untuk perempuan je tau. 





tadaaaa
spray starch untuk mengeraskan tudung
ada ni tak payah ambik masa berjam jam untuk betulkan tudung
tak risau tudung di tiup angin. rilek jek
ada baju yang susah nak sterika tu boleh guna ni jugak
rege mahal sikit ar. aku beli kat giant lebih kurang rm7 lebih
yang penting puas hati
boleh jimat masa



Isnin, 17 September 2012

trust




people said
trust takes years to build,
seconds to break
and forever to repair

i guess it true
totally true..



Sabtu, 15 September 2012

muka ketat




orang yang tak pernah mengenali aku.. tak pernah melihat aku sebelum ni.. mesti pikir aku ni sombong. sebab muka aku pesen yang jual mahal gitu. tak friendly. muka ketat. bukan sengaja buat muka cuka pun. natural macam tu. tapi orang pikir macam bengis. sebab tu aku selalu senyum. jumpa sesapa je mesti senyum. maniskan muka. walau tak kenal. supaya orang senang nak dekat. ni mesti masa kecik kecik dulu suka merajuk. muka merajuk mulut muncung tu permanent sampai sekarang. demm!


pasal hostel lagi






dah masuk seminggu duduk hostel. a bit boring la. ahh,dah bizi karang rindu pulak nak time macam ni. manusia memang macam tuh. ada je benda nak dirungutkan. apa pun tak boleyyyy. hubungan dengan roommate? so far so good. i feel goooooodddd. tapi nampak cam diorang segan segan lagi. mebi sebab aku super senior diorang. patutnya aku tak payah gelarkan diri aku ni "akak". guna "aku" "kau" lebih mesra kot. hewhewhew. tapi karang hilang rasa hormat pulak. tak suka tak suka.

hah,lagi satu. sebelum ni bila dapat tau aku seorang jek dapat hostel kat sini, rasa sedikit sedih. yelaaa,sebelum ni ada geng. nak pegi kafe berdua bertiga. nak pegi jenjalan pun sesama. then, kalau dah berasingan tak tahu la macam mana kannnn. mesti sunyi gila. but! jengg jengg jengggg. member dapat rayuan. (guna orang dalam... hampeh) diorang tinggal sini gak. hooreyyyyy! walaupun dah tak serumah, tapi at least boleh berjumpa dan beronggeng bersama. kihkihkih.

dapat tau duit ptptn masih menggunung dalam bank, kemain tinggi selera aku beli banyak banyak makanan. dah tak pandai ikat perut. sebab tau duit still banyak untuk aku mentekedarah. entah dah berapa kilo lemak dalam perut nih pun aku tak tahu. duit dah abeh karang baru beringat nak diet. ah, terpaksa diet. wktu malam je makan nasik. then akan timbul la bebelan bobet. bising sebab tak makan. actually,aku suka buat dia macam tu. comel je kan bila laki risau. hikk. 


Jumaat, 14 September 2012

kemaafan dendam yang terindah





minggu yang penat. memenatkan fizikal dan mental. fizikal kerana bizi mengangkat barang. mental sebab masalah peribadi. aku cuba buang jauh jauh masalah tu. explaination dah dapat. entah benar ke tak. aku just ambil langkah untuk mempercayai. apa lagi yang boleh aku buat. kekadang aku cemburu dengan pasangan pasangan yang ada di laman sosial. meluahkan rasa cinta dan rindu. tapi kami, ada laman sosial tapi disembunyikan. ajak add pun tak. hairan. adakah dia malu untuk bagitau yang dia dah ada gf? from sabah? ada gf yang tak pernah jumpa. atau bimbang takda perempuan yang nak mengenali dia, yang dia nak usik. terkilan bila melihat dia seronok bertweet, sedangkan aku berfikiran yang dia tengah bizi dengan kerja. aku sabar menanti sebarang penjelasan. walaupun tak tahu bagaimana untuk mula. kerana bimbang dia menafikan. namun tak semena-mena, seorang insan muncul. hadir dengan beribu soalan. soalan yang sangat pelik. tanya pasal status aku dan dia, dah kenal berapa lama, nak tahu nama penuh aku la hape la. pelik. kehadiran insan tu membawa kepada penjelasan dia. mendengarkan penjelasan, aku rasa sedikit lapang. dan kembali senyum. really hope takkan ada salah faham yang akan timbul lagi. cukuplah. cukup. entah kenapa, aku rasa semua ni terjadi berpunca dari aku sendiri. mungkin aku yang tak pandai jaga hati dia. mungkin aku yang tiada masa untuk dia. mungkin aku membosankan dia. mungkin aku tak dapat memberi dia kebahagiaan yang sebenar pada dia in real life.. maafkan ayg abg.. ayg tau abg sangat cintakan ayg.. bila text, abg balas cepat. bila ayg merajuk, abg berusaha pujuk. betapa pentingnya ayg buat abg.. maafkan ayg sebab jauh dari abg.. maafkan ayg sebab hadir dalam hidup abg.. ayg terima abg seadanya. segala kesalahan abg ayg sentiasa terima dan maafkan. dan ayg minta maaf kalau ayg tak sempurna untuk abg..




" tak ada kejadian yang terjadi dengan sia-sia, tak ada kebetulan, semua terjadi dengan izinNya, dan pasti penuh dengan hikmah. "

Rabu, 12 September 2012

speechless




wanna play wif someone else?
please dont
just wait till i gone


worried




aku suka bilik aku sekarang. segalanya mudah. beli makanan, cuci baju, jemur baju, line bb pun baik siot. everything become easy. 2 hari aku menghabiskan masa untuk menyelongkar stor. mencari barang kepunyaan diri dan rakan. yeah,at last dapat gak. setelah berhempas pulas.. bermandi peluh. phewww. lama pun sebab tolong cari orang punya barang. aku yang punggah barang, barang orang pulak yang banyak dapat. but then tiba tiba jadik seronok. seronok dapat bantu orang. seronok melihat riak wajah yang girang. seronok dapat tolong mereka angkat beg bersama. simpati pada tuan punya beg dan kotak yang pecah. tak boleh nak buat apa. tak boleh salahkan sesiapa. 


now, tak payah dah pegi kafe beli breakfast. dah dapat heater smola. aku tak pinjam barang room mate. sebab tak suka. aku tak suka pinjam barang orang. kecuali bila keadaan begitu memaksa. dan aku tak suka orang pinjam barang aku. kecuali dia orang yang aku percaya. bila dah ada kat hostel sekarang, aku risaukan mama. sepanjang cuti, mama ada depan mata. aku lihat mama kekadang sehat, kekadang sakit. kondisi mama sekarang tak menentu. apa lagi bila mama ada sakit lemah jantung sekarang. Allah, panjangkan umur kedua orang tuaku. aku ingin mereka lihat aku berjaya. lihat aku bahagia.



duhhh!





apa rasanya bila nampak boipren bermesra dengan pompuan lain
siap kata nak cubet cubet pipi lagi
humphh!



Selasa, 11 September 2012

wahai perantau di kota





phewww, dah packing and repacking semula barang. at hostel now. sekali lagi bersyukur ke hadrat Illahi dapat bilik ground floor. kalau tingkat atas, kena naik tangga tak tahu lah macam mana. dengan kaki yang tengah sakit ni lagi sekarang. huhu. ok, dalam bilik semuanya junior. maknanya aku jadi super senior dan mereka super junior. keh keh. best!!!! dan diorang semua baik baik belaka. baik sebab aku senior ke? hinsssss. *tetap bangga* just bilik macam tak terurus. ya Allah. semua species macam aku masa dolu dolu. bila bertembung, bilik jadi macam sarang tikus. kah kah. but im better than that. no more malas malas kemas. sebab sebelum ni kan dapat room mate yang pembersih. jadi dah biasa kemas dah. bilik kat rumah pun dah kemas tawwwwww. so itu menjadikan meja study aku lah paling tidy. *bangga lagi*


bila tengok bilik baru aku ni macam kedai dobi pun ada. dengan papan sterika dia la. dengan tempat sidai baju la. fuhhhh! jahanam bilik. yang penting tak kotor dan tak busuk. kalau sampai busuk bertikus berlipas memang nak kena la diorang nih. isk isk. laki kalau dapat tau komfem rejek owhhh. my roomate semua asal dari berlainan tempat. dari perak dari jb dari sabah dan aku dari labuan. ngeeee. dan now, aku dah jadi rajin pegi kafe. pagi pagi boleh beli breakfast dengan senang hati. tak payah pikir 2 kali. tak payah pikir penatnya kaki nak turun naik tangga. just jalan goyang goyang pinggul ke kafe. yeahhh! i like. indahnya tinggal di hostel. muhahahaha. 



Jumaat, 7 September 2012

saya ternampak.. saya terjumpa.. saya terlihat


tiba tiba hati rasa tak sedap
tiba tiba rasa hati ni sedang dipermainkan
seperti ada yang disembunyikan
kenapa?

atau itu hanya mainan perasaan
yang suka mengadili tanpa melihat usul sebenar
ikut rasa binasa
so akan tetap ikut kata hati
walaupun mungkin  penghujungnya terpaksa menderita dan mati


episod baru bermula



aku rasa sepanjang cuti, mama selalu kata "anak mama semua gemuk gemuk. pipi bulat." untuk aku ada tambahan sikit. "perut bulat." dun wori mama. soon perut anak mama ni akan ramping and very the model lepas masuk hostel karang. sungguh.

i think dah dekat 3 bulan aku terperuk kat rumah ni. rumahku syurgaku. esok dah nak berangkat ke sabah semula. malasnya nak keluar dari syurga. packing pun malas. ada sapa sapa nak tolong kemas tak? huhu. now 93% done. ada lagi yang tak complete. tak tau nak bawa apa dah. yang penting bobobi akan turut bersama sama aku nanti. masuk UMS. biar pandai. 

belum masuk belajar lagi, aku dah start penat. padahal tak sampai hostel lagi. hoho. senin ni rasmi lah pegang pangkat senior. jadi pelajar tahun 3 di mana aku kena study lebih kuat dan bijak. sem lepas pun dah rasa sukar. siap nanges nanges lagi. sian bobet terpaksa pujuk memalam. padan muke. kah kah. tapi pada saat sukar tu la aku belajar banyak benda. naseb baik jugak pointer aku tak terjejas dengan teruk.

tahun akhir ni aku terpaksa bersendirian di hostel, sebab member-member banyak yang keluar menyewa. tak dapat hostel. poor them. poor me too. sebab akan bersendirian mengharungi liku liku hidup. macam lirik lagu. hinssss. but i know its just po a while. takkan lama. aku pasti dapat sesuaikan diri. harap sangat kawan sebilik dan serumah aku semua baik baik. bersyukurlah dapat penempatan untuk tahun last nie. paling best uols, i dapat bilik paling bawah. tak payah lagi naik tangga bagai. suke mak jemah tawww.



oh menantu!



new paling latest
dalam hidup aku
bila bro aku minta abah tolong merisik anak dara orang
wowww! tak sangka secara drastik ini
sebab setahu aku dorang kenalan di fesbuk jek
kira cinta alam maya la kan kan
jumpa pun idak lagi
tup tup suruh risik
really? seriously bro?
dia kata dia yakin pompuan tu baik
keturunan dia dari keluarga yang elok
agama pun jaga
elehh,tak jumpa lagi mana tau elok
eh eh, tetiba teringat aku dengan bobet pun lebih kurang
terus diam, tak jadi tanya
macam ni jugak ke keadaan aku dengan bobet nanti ek
hahahaha
hah,lagipun bro kata dia takmau kecewa lagi
lama lama bercinta tapi akhirnya tak bersama
bila dah nikah, tak payah nak risau
dah jadi milik yang sah
betul jugak
selepas bro kata macam tu macam macam bermain di kepala hotak
bimbang terlalu terburu buru
banyak yang di persoalkan
ahh, mungkin sebab ni pengalaman pertama buat kitorang
buat mama dan abah
pestaim nak dapat menantu
aku dengan akak pun sama
tapi kalau tanya aku,aku setuju
sebab nak dapatkan anak buah
keh keh keh
dan ada orang yang jaga mama nanti


p/s: pheww, begini rupanya keadaan bila anak sulung nak kahwin. kecohh. 


jum cabut bulu

aku rasa tajuk entry aku macam haram je. haha.. wateber lah. aritu jenjalan dengan member singgah ke kedai guardian. motif? nak beli pencabut bulu. kakkakaka. dah lama nak try benda alah ni. masuk kedai asyik jeling jeling benda ni je. nak beli tapi bukan ada bulu kaki nak kasi botak. belek belek.. ohh,ada untuk bulu bawah lengan. untuk bulu atas bibir pun boleh. alahhh,kan ada perempuan yang ada bulu bulu halus kat atas bibir. bila tengok dekat dekat macam ada misai. 



tadaa.. aku pilih brand veet. ada dua kaler. hijau tuk sensitif skin. pink ni utk normal skin. 
so i choose pink. 




see, sebelah kiri tu wax. tuk lekat atas kulit yang berbulu. hahaha. sikit je kan wax dia. tak penuh. cisss.
sebelah kanan tu dalam ada kertas minyak. untuk hilangkan wax yang melekit lekit kat kulit. guna lepas korang tampal wax dan cabut. ouchhh!



weii, weiii.. korang try la jugak. serius tak sakit wohhhh. tak sakit SAANGATTT.   (T_T)

Ahad, 2 September 2012

antara dua darjat




antara dua dunia yang berbeza.. di mana ada mereka yang suka guna roti sebagai kasut untuk suka suka  kononnya.. sedangkan ada insan lain yang sangat memerlukan roti kerana hidup susah.


satu gambar.. seribu tafsiran..seribu pengajaran.

godek godek encek google

disebabkan takda kerja, tengok youtube malas.. tenet slow macam siput. pastu jumpa
artikel bawah nih. ambik masa layan sekejap




ni isu yang hangat di labuan sekarang. luar labuan memang tak tahu menahu la kan
rakyat labuan minta jambatan dibina dari labuan ke sabah
tak silap kes ni dah lama
orang dah mintak kerajaan buat lama dah
tapi tak buat buat jugak
i dont know why
takmau cerita benda yang aku tak tahu
bagi aku memang bagus pun kalau buat jambatan
senanggggggg... aku nak balik belajar pun senang. keh keh
lagipun feri selalu rosak. dah uzur pun.
pastu senang kalau ada kecemasan nak hantar ke hospital kk tu
sebab kat sini takda doktor pakar
imagine lah kalau ada yang sakit tenat, perlukan pembedahan di hospital sabah
 tiket feri pulak penuh.. terpaksa tunggu esok lusa
tak ke meninggal orang tuh
cara lain naik helikopter
orang sakit naik helikopter??
tsk tsk tsk
itu saja alasan yang aku rasa patut kerajaan pertimbangkan untuk buat jambatan
yang lain aku tak tahu
sometimes rasa pelik
kenapa barangan kat sini mahal
segala-galanya mahal kot
kecuali cokelat arak rokok dan pelacur
sayur ikan mahal
contoh seikat kacang panjang tu tak sampai pun segenggam
harga letak rm2.00
terung yang kecik kecik pun mahal
adakah negeri lain pun macam tu eh?
menurut orang sini, barang mahal sebab banyak barang-barang dari seberang di bawa ke labuan
dan pelik kenapa tak masuk saja melalui labuan
nama labuan sebagai pelabuhan bebas cukai macam tak membawa erti apa apa
mean cokelat arak rokok tu saja yang direct masuk labuan
haaaaa, betul ke?
apa yang penting aku nak pendatang pendatang yang memenuhi labuan pegi berambus ke negara dorang
jambatan boleh tolak tepi
sambutan merdeka dekat dataran baru baru ni pun penuh dengan pendatang
WTH. bukan negara dorang pun.. pi main jauh jauh lah
dah lah suka buat hal. menci tul aku.
aku tak tahu kenapa kerajaan tempatkan pendatang pendatang ke sini
siap buatkan rumah lagi.
haihhh


thinking thinking thinking







sometimes i wonder did i too worried or concerned
did i make him airless
misscall and send a text to him whenever he go outing
not at all times
but maybe i overdoing it
i dont know
i think i should care less than before


mood: lose heart


Sabtu, 1 September 2012

cerita anjing buta

satu cerita yang mengharukan tentang anjing. Lily (anjing kaler putih) telah dibutakan oleh saintis akibat satu percubaan perubatan yang pelik yang memerlukan kedua matanya dibuang. selepas kejadian itu, Madison menjadi matanya. sentiasa mendampinginya ke mana saja. dua ekor anjing ini bagai tidak boleh dipisahkan. Lily dan Madison tidak bertuan dan terbiar. namun setelah cerita mereka tersebar, akhirnya dua anjing ini dipelihara.


lily & Madison

selalu kita manusia yang mulia ni selalu kutuk anjing kan. jumpa anjing rasa nak baling batu je kan. now, bila baca kisah dua ekor anjing ni rasa malu tak? anjing lebih tahu nilai setiakawan dan perikemanusiaan daripada manusia itu sendiri. sedangkan manusia sekarang lebih gemar mementingkan diri sendiri, saling tikam belakang dan suka berkira dalam memberi sebarang bantuan. 


bila kaunselor jadi klien




seminggu sebelum raya ada seorang senior minta bantuan
minta berlakon jadi klien tuk praktikal beliau
ok,aku on
actually memang dah lama nak merasa jadi klien
alah,memang la sebelum ni pernah
tapi dengan bakal kaunselor yang amatur
baru nak belajar
macam aku jugak
then perasaan dan pengalaman tu tak sama kan kan
lagipun aku nampak ni satu peluang
peluang untuk aku belajar dan tahu serba sedikit pasal praktikal
banyak input yang aku dapat dari dia ni
nasihat teguran cadangan semua ada
"jangan dikejar sangat pointer dekan tu. yang penting usaha dan kesungguhan.
tu yang menjamin kejayaan kita bila kat luar nanti."
yeahh! agreed!



tenqiu kak lyn sayang
banyak beri tunjuk ajar.. ngee~



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...