Shoutbox






Ahad, 27 Mei 2012

puan norliza







Sesi kaunseling bersama puan norliza semalam, tidak akan aku lupakan. Disebabkan dah 2 minggu aku tak masuk kelas beliau, jadi aku tak tau tahap keseronokan kelas yang beliau kendalikan. Ramai yang kata best. Seronok tahap 7 petala langit. Sepanjang sesi gelak. Pagi dan petang tu aku jadi penghuni library. Kelas fisio tak masuk. Cari jurnal punya pasal. Benci aku cari jurnal. Dapat cari kena pulak baca. Kalau ayat senang faham tak apa jugak. 10 menet lagi kelas kaunseling nak mula. Penyakit malas mula menerpa. Landing kepala atas meja. Kepala berdenyut, tengkuk sengal, bahu lenguh, tulang belakang rasa nak tercabut. Kenapalah aku rasa azab jadi student. Hishh! Apa punya fikiran. Not good mija. Malas malas pun aku pi jugak la. Perjalanan dari library ke sekolah anggaran 500meter. Sampai kelas, nampak ustaz jurin. ustaz jurin??? what the hell he doin here? ohh,bekas bini dia di sini. tengok dia bawa anak-anak. kan cuti sekola. hanya mampu tunduk tanda hormat. tapi tak sangka dia masih ingat nama aku. heii, hamizah! aku senyum dan terus berlari masuk. malas nak layan. aku benci lelaki yang main kayu tiga. puan norliza tak sampai lagi. Kus semangat. Naseb baik. Muka masing-masing nampak ceria. Majoriti. Selebihnya monyok. Terutama Yati. Sampai aku tak sanggup tengok lama-lama. Silap haribulan nanti kena pangggg. Nampak sangat ada masalah. Kesian.


Tepat 4.30 puan norliza datang. Now I know, dia bagi can student muslim solat asar. Apa yang kawan-kawan sebelum ni cerita pasal puan norliza ternyata  indah khabar indah rupa. Tepat sama sekali. Memang gila orangnya. Sempoi. Bertudung, badan gempal gempal, comel. Tapi bila buka suara, adoiiii. Punya kuat. Jelas lantang. Orang pekak badak pun boleh dengar kot. Duduk kangkang. kaki tak pernah rapat. Naseb tak pakai kain. Alahai, lecture aku yang sorang ni. Dia panggil nama sengsorang, masa ni dia pasan aku. Aku yang selalu tak tunjuk muka masa sesi. Maka dia pun tanya soalan lazim. Kenapa tak datang. Aku pun tanpa pikir dua kali boleh pulak jawab tak ada apa-apa sebab. Jawab sambil tepat tengok anak mata dia. then,masa ni la dia tegur dan kata jawapan aku boleh dikategorikan sebagai biadap. Bila fikir balik, memang pun. aku sendiri pun pelik, kenapa jawapan itu yang terkeluar secara spontan dari mulut. Im not that kind of person. Aku jenis yang berhati-hati menutur kata. Tapi,ntah la. Otak tengah tak betul agaknya. Panjang lebar syarahan puan norliza untuk aku yang keterlanjuran kata-kata, tapi hanya word “biadap” tu saja yang berjaya aku tangkap. Selebihnya aku termenung kosong seperti lagu si najwa latif. Selesai syarahan beliau, sesi dimulakan. Perkenalkan diri masing-masing, bina peraturan, inform tentang kerahsiaan. Ketua kelompok beri peluang kepada sesapa yang nak kongsi isu. Dan seperti yang dijangka, yati yang awalnya bermuka botol cuka tadi mengemukakan isunya. Tentang tittle “kawan”. Yes yes yes! Aku suka. Mula-mula yati diam. Mungkin tengah kumpul kekuatan. Perlahan-lahan air matanya berjujuran keluar. Kitorang hanya melihat. Etika kaunselor. Jangan mencelah. Kalau ada klien menangis, biarkan je. Sambil yati menangis dia bercerita. Seorang kawan yang memang kalau pergi memana dengan yati dia akan ada. Dan kami seisi kelompok secara pantas maklum siapa orangnya. Bila yati bercerita hal kawan rapatnya itu, kitorang seakan tak percaya. Sebab nampak kawan tu seorang yang baik, peramah, hepi go lucky. Tapi menurut yati, dia  seorang yang tak pandai jaga hati kawan, pentingkan diri, menyusahkan, tak faham dan macam macam lagi. Sedih memang sedih dengar. Lebih lebih aku. Sambil yati cerita sambil aku bayangkan penderitaan dan kesakitan yang dia alami. Sangat sakit. Aku paham perasaan dia. aku paham bila seorang kawan baik tidak memahami dan menghargai.. tapi kita still mahu menjaga hati namun si dia tetap menyakiti. Kalau lah tak ada syurga dan neraka, memang dah lama kau bunuh orang macam tu.


post kali ni panjang gile kan? sabar dan teruskan pembacaan.


Setengah jam sesi berjalan, puan norliza yang semenjak tadi menjadi pemerhati mencelah. Can I join? Katanya. Kitorang bersorak gembira tanda mengalukan. Puan norliza kata dia tak tahan dengar cerita yati. Gerammmmmmmm sangat. Dia pun berkongsi cerita, dalam seumur hidup. Ada dua orang yang paling teruk pernah dia jumpa. Kenapa teruk? Sebab tak ada orang yang sanggup berkawan dengan dua orang tu. Kahkahkah. Dia hanya cerita salah seorang daripada mereka sebab masa tak mengizinkan. Ok, kawan yang dia mention tu sangat teruk. Teruk giler. Teruk tahap melampau. Perangai kawan puan norliza tu memalukan orang sekeliling. Mulut puaka. Tapi puan norliza tetap geng. sebab dia kan sempoi. Sehinggalah satu hari tu, puan norliza tak tahan dengan mulut syaiton kawan dia kerana melibatkan anak. Mereka langsung putus kawan. Tapi cara penceritaan puan norliza sangat kelakar. Siap dengan mimic muka dan bahasa tubuh sekali. Tak tahan tengok. Serta merta masalah aku hilang. Beberapa kata-kata keramat puan norliza yang aku paling ingat. Katanya, manusia tak sempurna. Yakinkah yang kita tak pernah menyakiti hati orang lain? Mesti pernah. Jangan terlalu menjaga hati orang sebab menjaga hati orang itu lah yang akan menyakitkan hati sendiri. Kalau sekarang kau rasa kawan yang kau jumpa sekarang teruk, kau akan jumpa orang yang lebih teruk lagi daripada dia di luar sana. Kawan yang baik adalah kawan yang bila kita bergaduh, akan cepat berbaik. Kalau tidak, tinggalkan lah. Bukankah seorang yang bergelar kawan itu seharusnya menyenangkan dan bukannya menambah beban? Fuhhh.  Terima kasih puan norliza. Kita akan berjumpa lagi sem depan. 


keliru




2-3 hari ni, aku bingung memikirkan hal yang sama. Mengenai belog. Aku pernah baca satu belog ni, yang aku percaya milik dia. Kenapa aku yakin belog itu belog dia? Sebab dalam belog itu, ada cerita tentang kami. Ada gambar dia even his oldskul car.. ada nama kawan-kawan dia.. en.sani&vee. Banner fb dia pun ada. Aku baca semua post satu persatu. Bila pemilik belog sentuh pasal hubungan kami, aku tersenyum kecil. Bahagia.. pemilik belog itu juga ada post tentang pergaduhan kecil kami mengenai mespes dulu. Yang lebih meyakinkan aku, his picture yang dia bagi aku, ada kat situ. I see it first dlm belog. So, bila dia bagi gambar tu, aku hanya tersenyum. Sebab alredi dalam simpanan.  Adakah aku silap? Dulu aku pernah tnya, dia ada belog ke tak. He said no. ok,aku percaya. Then ntah kenapa masa main gugel2 aku nampak satu belog ni. Bila nampak banner  fb dia, aku gembira. Sebab dapat cari belog dirinya. Dalam masa yang sama aku sedih. Kenapa dia taknak bagitau. I wonder why.  Then,aku ikuti secara senyap. Dekat setahun. Awal awal rajin update. Ada cerita pasal aku dan dia. Lepas pergaduhan, pemilik belog itu tak sentuh pasal aku lagi. Lebih kepada penceritaan yang ala-ala cerita pendek yang ntah apa-apa. Cerita macam dia dah punya bini. Aku gelak sendiri. Geleng-geleng kepala. So this the way how u feel when you read your lover belog. Boleh buat you ngokngek sengsorang sebab senyum sendiri. Kemudian, nampak dia dah mula bizi sebab jarang update. Kekadang 2 bulan sekali. Post pun pendek. Kekadang just post gambar. But suddenly, I can’t detect his belog anymore. So I guess dia close or tukar address. Cari cari cari. Ok,dia tukar. And make it private. And dua tiga malam yang lepas, aku cuba tanya, yang dia ada belog ke tak. Jawapan negatif. Ok,nevermind. Tanya lagi, pernah ada belog sebelum ni ke tak. Jawapan yang sama juga. His answer made me disappointed. Ntah kenapa aku rasa dia tipu. Dia taknak mengaku. Dan ntah kenapa juga aku yakin sangat belog itu milik dia. If you nampak gambar orang yang you kenal, dan cerita yang sama sebijik dengan cerita yang you lalui di post dalam satu belog.. it is imposible for you to deny that belog is not from someone you close with. Aku ingat lagi, masa dalam mespes dia dulu.. dia ada post sesuatu luahan ala diari. Tentang kesibukan dia.. dan rasa bersalah dia sebab tak dapat luang banyak masa untuk aku. Luahan itu ada dalam belog tu. Bila aku tanya, aku harap dia jawab.. yes, I have or yupp,I had before. Tapi malangnya jawapan dia no, I never have one! Ini sangat ridiculous! Mengelirukan.  Mana yang patut aku percaya.. bukti yang pernah aku baca didepan mata.. atau kata-katanya. Kalau dulu, berkenaan mespes.. alasan yang dia beri adalah adik dia yang guna.. takkan belog itu pun adik dia yang karang. About us too??? Im really confius. Jika benar belog itu kepunyaannya, kenapa dia tak berterus terang. Kenapa kenapa kenapa. Kenapa dia perlu sembunyikan. Adakah dia bimbang aku akan salah faham lagi? Adakah dia ada sembunyikan apa-apa dari aku? Something fishy?? Ya Allah. Apa sebenarnya yang dah berlaku. Hal ini benar-benar membuatkan kepercayaan aku runtuh. Walaupun dia dah explain yang dia benar-benar tak punya belog.. namun aku masih punya jutaan persoalan yang belum terjawab, tapi aku biarkan. Taknak paksa. Taknak keruhkan lagi keadaan. taknak tambah beban masalah dia. Aku rasa dia dah cukup dewasa untuk melihat baik buruk tindakan sendiri. And I think, if he in my condition right now.. he will absolutely know what actually I feel.  Engkau Maha Mengetahui, Allah. Jika kata-katanya adalah benar.. aku akan rasa bersyukur setinggi-tingginya kepadaMu. Jika dia berkata dusta.. aku percaya dia punya sebab untuk semua itu.. dan aku maafkan dia.. selesai penulisan ini.. izinkan perasaan sangsiku hilang serta-merta.. 


Jumaat, 25 Mei 2012

death.. can u come to me 1st?



"heii,mata kau bengkak." kata kawan aku yang datang mengetuk pintu bilikku seawal pagi. ye,mata aku bengkak.. sebab bobet cakap pasal mati. aku benci dia cakap pasal tu. sebab aku takut kehilangan dia. dan aku tak dapat bayangkan kalau dia pergi. bila dia cakap pasal mati, bukan dia saja yang aku risaukan.. tapi mak bapak aku jugak.. orang-orang yang aku sayangi.. so lepas bangun pagi, segalanya jadi serba tak kena.. kerana asyik memikirkan hal kematian.. aku jadi lupa apa yang aku nak buat.. bahkan benda rutin pun jadi serba tak menjadi. akibatnya aku telifon mama dan abah. make sure dorang ok. hati sedikit senang namun tetap gelisah. aku turut minta tolong bobobi agar mendoakan mereka. aku tak pernah kehilangan sapa-sapa lagi orang yang aku sayang. dan aku takmau semua itu jadi. Ya Allah,panjangkan umurku.. keluargaku.. cinta hatiku.. lindungi kami dari sebarang musibah dan kecelakaan.





aku suka gile layan lagu ni sekarang. nama mojo.. macam tagline austin powers. 


Selasa, 22 Mei 2012

cintaku pada APK tiada tandingan



berakhirnya test Asas Pembudayaan Keusahawanan tadi, maka rasmilah keberakhiran pembelajaran Apk bagi budak tahun dua SPKS. hoyehh!!!!! ayoh teman-teman laungkan rasa kemerdekaan dan kecintaan kalian terhadap subjek inii..!!!!


Apk memang bagi stressssssss! tiap hari kalau boleh rasa nak hentuk-hentuk kepala kat dinding akibat kebizian tahap maksima gara-gara subjek Apk yang ku cinta. sebab tu aku "suka" dan bangun pagi "gembira". bila fikir semula, melalui subjek ni.. dapat tau kemahiran berniaga dalam diri masing-masing. . dan memaksa kalian berfikir secara kreatif untuk menghasilkan satu-satu produk yang bermutu dan berkualiti. (hah,ambik kau. ayat karangan exam). dan aku? aku suka berniaga. aku suka layan customer. customer yang banyak karenah. bab menghasilkan produk? not interested. suruh aku jual? ok,im on.


sehari sebelum Expo







"nasco" nama gerai aka nama syarikat kitorang.. kau ade?




hari-hari Expo..


 tempat yang strategik sangat membantu melariskan jualan.. ketua group aku makhluk baju biru kuning.



tadaaaaa..!!!! case henpon syarikat kitorang. comel takkk?? kalerfulll tak??????




secara keseluruhan, puas hati sebab balik modal dan dapat untung. keuntungan yang agak tidak berbaloi sebab ini ialah handmade. takda bantuan mesin. kalau dari segi pasaran sebenar, harga dia jauh lebih mahal. tapi kitorang jual tersangatlah murah. kes takut takda yang mahu beli dan ketiadaan keyakinan dengan kekreativan yang ada pada diri. apapun, pengalaman yang sangat menyeronokkan, memenatkan dan menyakitkan jari jemariku.


Khamis, 10 Mei 2012

hye bobobi

my laga fish.. bobobi. red one bobo. blue one bobi. ngeeeee!


saja nak tunjuk.. ehemm. aku beli ikan. cantek tak? dengki takk? kehkeh. letak nama bobo dan bobi. nama comel macam tuannya. ehemm. beli masa expo apk. dah masuk 3 hari aku jaga. setakat ni no prob. cuma kesian apartment dua budak ni kecik. nanti ada duit lebey ckit aku beli lagi beso. takpun aku rembat saje akuarium kat rumah nanti. dua hari ni rajen pegi librari sebab nk guna wifi. (kes bb tak bayar) gugel cara penjagaan ikan laga ni hah. yelahhh, takut mati.. kang aku yang makan hati.







bobi suke tayang ekor dia yang pnjang. nyampah. bobo cool.
so melalui  encek gugel, dpt tau ikan ni boleh hidup kire2 2-3 tahun, air kena tukar ikut bekas, kalo kecik kena tukar sehari sekali, air guna yang dah simpan semalaman, makan 2 kali sehari, letak daun ketapang  untuk merawat ikan.. apakah itu daun ketapang? huhuhu... hah, lagi satu, 1st day jaga aku pelik, apesal selalu ada buih2 kat permukaan air. tnya kawan, tu petanda ikan laga tengah gersang. kahkahkah.. ari2 pun kuar buih. ari2 gersang? WTF.  nt aku carikan kau bini. anyway,aku harap budak 2 ekor ni hidup tahan lama. 








Ahad, 6 Mei 2012

sumpah i like







sayaa... saya...
saya menggilai lagu ni sekarang..
aaaaaaaaaaaaa...
sumpah suka
like this version more than the original one
lagu ni bobet yang kasik
lamaaaaaaa daaaaaa
tapi baru layan 2 minggu lepas
akekekekeke
sama macam lagu yuna terukir dibintang ituuuuhhh
thats me
lambat perasan yang lagu tu sebenarnya best n malatopss
tapi yang bobet bagi tu audio punya
so bukak youtube cari versi video
tambahhhhhh sukeeeeeeeeeeeeeeeee
sebab mamat main gitar itu sangat comel okeh
huhuhuhu...
cantik mata dia.. kuyu.. mcm garfield.. geram... aummmmm
are they sibling? muka lebih kurang



Sabtu, 5 Mei 2012

SiLky 0r MaC??





sedih ni.. bedak dodo aku nak habis tengah aku nak berjimat. aduhhhh. bedak ni memang best. giler kentang punya bedak. aku pakai dekat setahun. hah,nampak..!!! sampai begitu sekali aku nak save bedak aka save money. tempek ke muka seciput je. asal ada sudah la. dulu pakai bedak miyami 2 WAY CAKE COMPACT POWDER. ramai yang kata best.. retis pun konon ramai yang guna. so beli cuba. mana tau bila guna boleh nampak mcm retis. eh.. eh.. lempang nak?? perasan la sangat kau. my opinion about miyami? hurmm, tak suka sangat. bila apply kat muka rasa macam tak natural. ketara pakai bedak. padehal aku sapu nipis. ke aku yang tak reti pakai? HAKHAK. macam la aku suka sangat bubuh mekap tebal. aku suka loose powder macam dodo. rasa ringan muka. dan yang PENTING nampak natural. orang suka pakai compact sebab nak nampak GEBU. but kenapa aku pakai nampak BERDEBU? serius tak tipu..!! (ok, aku tak reti mekap.. ) lagipun sekarang jerawat kemain suka beriadah di muka. siuttt! so kalau nak guna compact powder agak kurang digalakkan. bedak dodo ni tak silap boleh di beli secara online saja. dan aku sendiri beli melalui online. rege paling murah rm35. dalam keadaan aku tengah papa kedana sekarang, rasanya aku perlu bertukar angin. beli bedak lain yang murah tapi effect hebat macam bedak brand mahal. tanya roomate, dia syorkan SILKY GIRL. tanya kawan dia suruh try MAC. huh??






semalam sempat survey ke guardian. expect loose powder SILKY GIRL ni setakat dalam rm20 ke bawah. bila tengok price sebenar rm27. huihhh, tersasar sangkaan haku. but lebih murah dari dodo. compact powder dia belas belas. ahh, mebi loose powder boleh guna lama, itu pasal mahal. damn! MAC tak tengok lagi. tak silap MAC ni brand mahal. cuma ada MAC tiruan yang banyak dijumpai di kedai-kedai india dijual murah. dan itu buat aku was-was nak beli. tapi tengok kawan pakai ok je. so which one should i choose yaa... 





Selasa, 1 Mei 2012

maaf,ini entry emosi. tak suka sila abai.




sejak kebelakangan ini, i dont know why... banyak sangat masalah yang datang.. masalah study.. assignment... masa... duit... kawan... i try to ignore, but its always come to my mind. bila masalah berlumba-lumba menjengah ke otak... ia akan memberi kesan kepada hati... then akan datang la stress dan depress... and it happen to me now... masalah? i cant tell if its killing me or its making me stronger. sejak akhir-akhir ni juga.. mean dekat-dekat habis sem, aku kerap nampak someone menangis.. bila ditanya.. hmm,basic problem for student.. pasal study, assignment yang banyak dan masa.. mungkin juga ada masalah sampingan yang lain. bila i share this story to my roommate, she said why she havent ever seen me cry. hmm? bila fikir semula.. sepanjang 4 sem yang aku lalui disini.. maybe just dalam 3 or 4 times.. homesick... family matter... dan bobet. and today... i cry again.. alone.. without no one.. i cry semasa mesej dengan bobet. dalam mesej mungkin kelihatan aku sedang bersuka.. nothing happen.. layan bobet yang sedang bergurau.. in reality.. aku menangis teresak-esak.. i really need someone i can trust to talk to and comfort me. nak call mama, but im afraid i will cry more harder. mesti mama risau. i miss my best friend.. i need bobet.. why both of them so far away.. aku tidak sesekali salahkan masalah-masalah yang datang tanpa diundang.. sebab jika aku berbuat demikian, maka aku tidak redha dengan apa yang Allah dah plan untuk aku. bersyukur kerana ada room mates yang hepi go lucky.. seketika dapat lupakan segala perkara.. dan memiliki bobet yang sangat caring. hati berkata-kata, janji untuk lebih kuat untuk tempuh semua.. tapi hari ini, aku mahu menangis sepuas-puasnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...