Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label luahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan. Papar semua catatan

Jumaat, 14 September 2012

kemaafan dendam yang terindah





minggu yang penat. memenatkan fizikal dan mental. fizikal kerana bizi mengangkat barang. mental sebab masalah peribadi. aku cuba buang jauh jauh masalah tu. explaination dah dapat. entah benar ke tak. aku just ambil langkah untuk mempercayai. apa lagi yang boleh aku buat. kekadang aku cemburu dengan pasangan pasangan yang ada di laman sosial. meluahkan rasa cinta dan rindu. tapi kami, ada laman sosial tapi disembunyikan. ajak add pun tak. hairan. adakah dia malu untuk bagitau yang dia dah ada gf? from sabah? ada gf yang tak pernah jumpa. atau bimbang takda perempuan yang nak mengenali dia, yang dia nak usik. terkilan bila melihat dia seronok bertweet, sedangkan aku berfikiran yang dia tengah bizi dengan kerja. aku sabar menanti sebarang penjelasan. walaupun tak tahu bagaimana untuk mula. kerana bimbang dia menafikan. namun tak semena-mena, seorang insan muncul. hadir dengan beribu soalan. soalan yang sangat pelik. tanya pasal status aku dan dia, dah kenal berapa lama, nak tahu nama penuh aku la hape la. pelik. kehadiran insan tu membawa kepada penjelasan dia. mendengarkan penjelasan, aku rasa sedikit lapang. dan kembali senyum. really hope takkan ada salah faham yang akan timbul lagi. cukuplah. cukup. entah kenapa, aku rasa semua ni terjadi berpunca dari aku sendiri. mungkin aku yang tak pandai jaga hati dia. mungkin aku yang tiada masa untuk dia. mungkin aku membosankan dia. mungkin aku tak dapat memberi dia kebahagiaan yang sebenar pada dia in real life.. maafkan ayg abg.. ayg tau abg sangat cintakan ayg.. bila text, abg balas cepat. bila ayg merajuk, abg berusaha pujuk. betapa pentingnya ayg buat abg.. maafkan ayg sebab jauh dari abg.. maafkan ayg sebab hadir dalam hidup abg.. ayg terima abg seadanya. segala kesalahan abg ayg sentiasa terima dan maafkan. dan ayg minta maaf kalau ayg tak sempurna untuk abg..




" tak ada kejadian yang terjadi dengan sia-sia, tak ada kebetulan, semua terjadi dengan izinNya, dan pasti penuh dengan hikmah. "

Rabu, 12 September 2012

worried




aku suka bilik aku sekarang. segalanya mudah. beli makanan, cuci baju, jemur baju, line bb pun baik siot. everything become easy. 2 hari aku menghabiskan masa untuk menyelongkar stor. mencari barang kepunyaan diri dan rakan. yeah,at last dapat gak. setelah berhempas pulas.. bermandi peluh. phewww. lama pun sebab tolong cari orang punya barang. aku yang punggah barang, barang orang pulak yang banyak dapat. but then tiba tiba jadik seronok. seronok dapat bantu orang. seronok melihat riak wajah yang girang. seronok dapat tolong mereka angkat beg bersama. simpati pada tuan punya beg dan kotak yang pecah. tak boleh nak buat apa. tak boleh salahkan sesiapa. 


now, tak payah dah pegi kafe beli breakfast. dah dapat heater smola. aku tak pinjam barang room mate. sebab tak suka. aku tak suka pinjam barang orang. kecuali bila keadaan begitu memaksa. dan aku tak suka orang pinjam barang aku. kecuali dia orang yang aku percaya. bila dah ada kat hostel sekarang, aku risaukan mama. sepanjang cuti, mama ada depan mata. aku lihat mama kekadang sehat, kekadang sakit. kondisi mama sekarang tak menentu. apa lagi bila mama ada sakit lemah jantung sekarang. Allah, panjangkan umur kedua orang tuaku. aku ingin mereka lihat aku berjaya. lihat aku bahagia.



Jumaat, 3 Ogos 2012

at last



alhamdulillah,akhirnya lulus gak ujian JPJ lepas 2 times gagal. terel tak? huhuhu. rasa bersyukur sangat akhirnya boleh lulus. semua gara-gara tiga penjuru. kitorang gelarkan simpang keramat. sebab ramai tul calon kandas kat situ. setelah diteliti, tempat parking tu memang kecik. kalo kancil mungkin boleh senang masuk dan undur. tapi tu la cabarannya. betul tak?





gagal pertama kali masa tu memang boleh handle lagi. but for the 2nd time, rasa down giler. nasib baik bobet ada. dia la yang menenangkan aku. sebenarnya disebalik rasa down tu, ada lagi satu rahsia yang aku simpan. tindakan dan pilihan yang aku buat membebankan perasaan. dan itu aku hanya kongsi dengan seorang rakan yang baik. i lie to my mum. kata dah lulus. teruk kan? aku cuma taknak my mum berhabis duit lagi semata-mata tuk bayar denda gagal test JPJ. semata-mata tuk itu saja. denda tu bukan sikit. banyak. dan tu buat aku rasa salah. aku tau kalau aku bagitau aku gagal lagi, mesti my mum akan bagi lagi duit. kalau aku gagal lagi mesti mama dan abah susah hati lagi. then aku terpaksa ambil risiko sendiri. keluar duit sendiri tuk bayar yuran. dan tanam kepercayaan tinggi untuk lulus test JPJ yang ketiga. mesti lulus! aku tak bagitau bobet bimbang dia marah lak. mesti dia tak setuju. huhuhu. but alhamdulillah, Allah kabulkan doa dan lulus. pegawai JPJ pada masa tu pun baik sangat. masa hantar borang ke pegawai di pondok, siap bagitau tips lagi. sebab nak tengok aku lulus. thanks abang abang JPJ. kekekekke.







hah,dan lagi satu. aku bersyukur dapat pengajar yang baik. ada dua orang pengajar yang ajar aku. hahahaha. lembab kan. tak pandai pandai. sampai dua cekgu tuuu. thanks pada uncle foon sebab selalu bersabar. dan uncle joshua yang sudi tuk ajar tiga penjuru. ajaran uncle joshua memang berkesan. walaupun kekadang rasa tak selesa sikit dengan dia. panggil aku darling bagai. sambil dia berceloteh tangan dia kekadang sentuh tangan aku. naseb baik tengah aku pegang stereng. kalau tak dah lama aku silat cekak kan tengkuk beliau. hinsssss. but i know dia just main-main. dan mungkin tu kebiasaan dia. ramai jugak yang lulus aritu. tu buat aku lagi bertambah gembira. sedih bila kakak-kakak seperjuangan aku tak dapat lulus. mereka selalu beri semangat walaupun dorang pun sama gagal. kekekkekeke. nikmat bila gagal, dapat kawan-kawan baru yang baik. i miss uolsss.



Isnin, 30 Julai 2012

baju olimpik malaysia buruk


Ada yang mengkritik pakaian atlit Malaysia semasa pembukaan Olimpik baru-baru ini. Aku rasa artikel di bawah ini satu perkongsian yang sangat-sangat bermakna. 






Ok, saya setuju. Tema dan lagu Kemerdekaan tahun ini memang agak cipan. Tat. Isu ini tidak perlu diulang-bincang. Sebab lebih separuh penduduk negara telah pun berduyun-duyun membalunnya dengan penuh berahi, lagi prihatin.

Tapi bila ada petualang mencanang betapa buruknya baju perarakan pasukan Olimpik Malaysia: then I think the time has come to get a little bit of perspective.

Di mana datang sentimen itu? Para petualang itu petik dari ulasan Tiara Chiaramonte dalam Yahoo.Com. Yang mana, pengulas gedik itu telah mengkategorikan pakaian seragam Malaysia (serta beberapa negara lain: termasuk UK, Canada, Germany et. al) dalam senarai ‘The Worst’.

Kata Cik Chiaramonte (dengan nada sarkastik): “Malaysia's tiger printed yellow, orange, and black uniform was a little too bold.” As usual, Malaysian haters happily jump into the bandwagon. Terhegeh-hegeh dengan muka tidak malu, sama-sama bersubahat mencaci negara sendiri.

ii
Sebelum kita gali falsafah pakaian bermotifkan Sang Belang dan Jalur Gemilang itu serta tuntutan sebenar uniform perarakan sukan: mari kita rungkai dulu siapa Tiara Chiaramonte dan Yahoo.Com. To set the fundamental perspective right.

Cik Chiaramonte itu adalah perempuan Amerika; dan Yahoo.Com adalah US-based website. Kedua-dua entiti ini (si perempuan dan si website) mempunyai satu persamaan, iaitu: sangat tebal dengan citra Amerikanisasi. Kalau kita lihat kandungan Yahoo sejak dulu, kini dan selama-lamanya: ia sangat bias kepada nilai-nilai Amerika.

Nilai-nilai Amerika itu apa? Dalam satu ayat penyata yang ringkas tapi sedikit kompleks: ‘Rasa kagum yang teramat pada diri sendiri dan menganggap semua nilai lain di dunia tidak signfikan – melainkan ia dipaksikan kepada norma mereka sendiri, yang konon maha agung itu’.

Ada faham sekarang?

iii
That is why, after bashing our official national Olympic outfit, Ms. Chiaramonte also shamelessly lauded the American ‘war-inspired’ uniform as ‘The Best’ with a winning look. Hello, ‘winning look’ taik kucing! Ptui, ptui.

WTF. Ini perarakan sukan Olimpik. Ia patut mempromosikan keceriaan, kedamaian dan persahabatan. Bukan gigih mau menonjolkan persona imperialistik. Amerika adalah satu-satunya negara yang pakai baju perarakan dengan motif tentera. For me, that is not only distasteful, but also very insensitive. Apatah lagi dengan situasi semasa dunia yang penuh dengan perang berdarah di sana-sini.

When I saw the American athletes marching in that army uniform: I felt like watching a bunch of barbaric monsters ready to slaughter thousands of Afghan and Iraqi innocent children. And women. Seriously, what is so Olympic with that kind of spirit?

Gagal seratus peratus. Baju perarakan diorang itu patut dinobatkan sebagai Supra Paling Terburuk. Period.

iv
Olympic marching uniform, of course, should be BOLD. A little tacky is fine, too. Supaya mudah dihayati oleh jutaan manusia yang menonton. Terutama yang berada dalam stadium, yang sesetengahnya berkedudukan beratus meter dari padang perarakan.

This is a world-sporting event with the aim to promote friendship and togetherness, globally. We obviously want to set the mood as colourful as possible. Bukankah keceriaan itu salah satu kunci kepada ikatan dan persahabatan?

This is not a high-class fashion show in Paris. So of course you are expected to march in a striking and extravaganza uniform. Not in an elegant minimalist style (read: dull and boring). Taking this as the standard and benchmark: I don’t see anything wrong with the Malaysian team uniform. Do you?

v
Motif harimau belang dengan warna kuning dan merah semarak itu, sangat Malaysiana. Ada ciri kegagahan dan citra kemesraan yang dipadu dengan sungguh harmoni. Serius, satu tatakonsep busana yang bijak.

Honestly, I would wear that outfit marching all over Saudi Arabia. Dari Jeddah ke Madinah, kemudian ke utara Hail sebelum menyusur sepanjang tebing Laut Merah menuju selatan hingga ke Gizan. With the biggest smile and pride in my face. Why not?

Fine, it is not the most beautiful uniform in the 2012 Olympic march. But it is not ugly, at all. It is not bad, either. Far, far from being ‘the worst’.

If you find that uniform BURUK, you either have a lousy taste in sporting fashion. Or someone has just brutally sodomised you. And you are still suffering from the traumatic after-incident effect. That is why you hate everything you see.

vi
Good luck to my fellow Malaysian Olympians in London 2012. Make us proud.





Rabu, 18 Julai 2012

never look back


dan dengan tak berapa bangga aku nak cakap aku failed for my 1st jpj test.

shocked? me too. -.-''



duit aku terbang rm110. flying without sympathy.
apa pasal la dia mintak memahal. bukan aku langgar ke hancurkan tiang skola memandu tuh.
geram. tak puas hati. 
mungkin tujuan dia nak bagi calon buat bersungguh-sungguh
but i think they should give us 2nd chance.
after that, they can take our 'retake fee'.
bukan semua calon dari keluarga yang senang.
hinss hinsss.
tapi orang jpj tu bukan ada banyak masa tuk layan kitorang kan.
huhu.
hah,so ape kata dorang hire pekerja khas tuk test2 jpj ni semua.
kehkehkeh.


next wik my 2nd chance.
hope i can do much better.
strongly must do much better!
sometimes i wish i could fast forward the time just to see
if in the end it's all worth it. =D

Rabu, 11 Julai 2012

depan mata memang tak nampak kan

Sometimes all we need or I need is a little appreciation. At the same time, let us not forget to appreciate others around us. kita ni sebagai manusia kekadang pandai menghargai dan kekadang macam haram tak pandai nak appreciate orang kan. orang dah banyak tabur budi, beri pertolongan masa susah tapi bila turn mereka pulak susah, korang tak usaha pun nak tolong. hahh hahh, sapa? baik ngaku cepat. ark ark ark. jangan sampai orang taknak bantu kita lagi baru nak menyesal.

menyesal... ya, kita ni bila dah takda nanti baru menyesal. kerja bila dah terlepas baru nak menyesal. kalaulah aku kerja dengan jujur, kalau lah aku tak pecah amanah, kalaulah aku tak main rasuah tentu tak kena buang, baru nak menyesal. istilah melayunya, dah betul betul terhempap atas lantai simen baru nak rasa sakit. kebanyakkan kita gitulah. bila si isteri dan suami meninggal kan kita, baru perasan kebaikan dia. selagi dia ada, tak nampak-nampak pulak kan. dah kantoi exam baru nampak tak berusaha keras. emak ayah meninggal dunia baru nak hargai barang peninggalan mereka. tak sampai hati nak buang. rasa berdosa. yelah, masa mereka hidup jenguk pun tak.


=D


kebanyakkan manusia gitulah. Elvis presly tu, bila dah mati, sibuk orang sebut-sebut, tiru gaya beliau, pakaian dan gaya nyanyian. Micheal jackson bila dah takda, sibuk orang beli album beliau. meletup-letup lebih dari semasa dia hidup. Allahyarham P. ramlee dan Sudirman dah meninggal dunia baru nak bagi tittle Datuk. see, betapa kita ambik mudah benda depan mata dan benda dalam tangan. pasal tu orang terlepas peluang, melepaskan peluang, sebab dia tak nampak peluang tu sebagai peluang, takda usaha, maklum mesti dapat gitu. tahu-tahu, gadis pujaan dipinang dek orang lain, ha baru gelabah, baru nyesal.

nak seru semua orang, tolong hargai apa yang ada di tangan. selalunya kita lebih menghargai benda yang kita susah nak dapat. bagi benda yang senang di dapati juga hargailah. siapa tahu ianya bernilai di masa hadapan. siapa tahu benda tu yang boleh membantu kita. dont take it easy.  kalau kerja hagailah kerja tu sebab ia boleh tak ada besok paginya. jangan buat main. kalau isteri atau suami hargailah dia sebab besok boleh jadi dah tak ada dia. melaung kita kat kubur tak ada maknanya lagi. kalau ada rakan, hargailah sebab diorang jugak yang akan kita cari bila susah nanti. senang cerita macam keretalah. tak payah jaga kalau nak tau resultnya. buat tak reti kerosakkan- kerosakkan kecil, sekali satu hari tu dia tak nak jalan masa nak pergi kerja, ha, macam mana tuh? 


appreciate each moment you have =)


hargailah, hargailah orang lain terutamanya mereka yang dekat dengan kita. yang selalu berbuat baik dengan kita. yang selalu ada untuk kita. kalau tak mampu hargai dengan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan, cukuplah dengan memberi mereka keprihatinan, kejujuran dan kesetiaan. hargai walaupun hanya dengan secebis senyuman. 


Jumaat, 25 Mei 2012

death.. can u come to me 1st?



"heii,mata kau bengkak." kata kawan aku yang datang mengetuk pintu bilikku seawal pagi. ye,mata aku bengkak.. sebab bobet cakap pasal mati. aku benci dia cakap pasal tu. sebab aku takut kehilangan dia. dan aku tak dapat bayangkan kalau dia pergi. bila dia cakap pasal mati, bukan dia saja yang aku risaukan.. tapi mak bapak aku jugak.. orang-orang yang aku sayangi.. so lepas bangun pagi, segalanya jadi serba tak kena.. kerana asyik memikirkan hal kematian.. aku jadi lupa apa yang aku nak buat.. bahkan benda rutin pun jadi serba tak menjadi. akibatnya aku telifon mama dan abah. make sure dorang ok. hati sedikit senang namun tetap gelisah. aku turut minta tolong bobobi agar mendoakan mereka. aku tak pernah kehilangan sapa-sapa lagi orang yang aku sayang. dan aku takmau semua itu jadi. Ya Allah,panjangkan umurku.. keluargaku.. cinta hatiku.. lindungi kami dari sebarang musibah dan kecelakaan.





aku suka gile layan lagu ni sekarang. nama mojo.. macam tagline austin powers. 


Selasa, 1 Mei 2012

maaf,ini entry emosi. tak suka sila abai.




sejak kebelakangan ini, i dont know why... banyak sangat masalah yang datang.. masalah study.. assignment... masa... duit... kawan... i try to ignore, but its always come to my mind. bila masalah berlumba-lumba menjengah ke otak... ia akan memberi kesan kepada hati... then akan datang la stress dan depress... and it happen to me now... masalah? i cant tell if its killing me or its making me stronger. sejak akhir-akhir ni juga.. mean dekat-dekat habis sem, aku kerap nampak someone menangis.. bila ditanya.. hmm,basic problem for student.. pasal study, assignment yang banyak dan masa.. mungkin juga ada masalah sampingan yang lain. bila i share this story to my roommate, she said why she havent ever seen me cry. hmm? bila fikir semula.. sepanjang 4 sem yang aku lalui disini.. maybe just dalam 3 or 4 times.. homesick... family matter... dan bobet. and today... i cry again.. alone.. without no one.. i cry semasa mesej dengan bobet. dalam mesej mungkin kelihatan aku sedang bersuka.. nothing happen.. layan bobet yang sedang bergurau.. in reality.. aku menangis teresak-esak.. i really need someone i can trust to talk to and comfort me. nak call mama, but im afraid i will cry more harder. mesti mama risau. i miss my best friend.. i need bobet.. why both of them so far away.. aku tidak sesekali salahkan masalah-masalah yang datang tanpa diundang.. sebab jika aku berbuat demikian, maka aku tidak redha dengan apa yang Allah dah plan untuk aku. bersyukur kerana ada room mates yang hepi go lucky.. seketika dapat lupakan segala perkara.. dan memiliki bobet yang sangat caring. hati berkata-kata, janji untuk lebih kuat untuk tempuh semua.. tapi hari ini, aku mahu menangis sepuas-puasnya...

Ahad, 4 Mac 2012

jackie chan, wa peminat lu bila wa stress.


terkejut tengok baki duit kat atm tadi. terpinga terpana terkesima. timbul stress. aaaaaaaaaaaaaaaa.......!!!! ada rm11 je lagi. tak dapat nak kasi keluar. dalam bank lg satu ada rm18. dalam dompet tinggal sehengget. aduhh, apa saja la yang aku beli. padehal aku beli makanan saja. yang lain beli barang keperluan like sabun di bilik mandi.. maggi.. (maggi pun dah abeh) .. gula... biskut.. kopok.. milo... susu tepung.. pencuci muka.. sabun cuci kain... shampuu....  panty liners.. hah, tu je kot. itu pun dah cecah rm100 lebey. mahal tol barang sekarang. belum masuk harga buku buku nota. lain buat beli makanan sehari hari.  banyak sangat ke aku makan?? iskkk! kalau ada jual kredit rm5 semalam boleh la save rm5. dapat jugak aku survive sehari. sebab kalau tak silap duit PT masuk lusa. how aku nak makan esok? kena korek duit tabung? tetiba teringat baucer KFC abg aku bagi. so adakah aku kena pi kedai beli KFC dengan baucer? free kannnn. huhuhu... bila jadi macam ni, rasa someone yang gagal dalam mengurus kewangan. sobb sobb... sedih... 

---

---

---




---

---

---


tapi semua stress hilang bila tengok mende alah nih. dem it! so hilarious. berjujuran air mata aku. kah kah kah.



dah habis tulis tekan lah sialll... muakakakakaka! tak guna lagi dah kena maki hamun.


Ahad, 26 Februari 2012

Wish I cAN gip y0u M0re tHaN 0Ne MiddlE fiNgEr.

penah tak kau terima sms daripada seorang rakan atau kenalan berbentuk ucapan. selalunya masa hari perayaan. tak pun mesej cute. kau rasa terhibur dengan mesej tu. kemudian kau pun dengan riang hati forward kepada orang lain, lebih kurang 10 orang. keesokan harinya, yang hanya balas ucapan kau ada tiga. 3 out of 10?? dah meninggal ke apa? yalah, kalau ada takkan tak balas. kau forward mesej tanda kau masih ingat kat dia orang. tapi tak dapat respon. apa kau rasa? apa yang aku nak sebut di sini, apa salahnya balas. walaupun kau dah tak ingat atau tak kenal dengan orang tu. kalau ada lebihan kredit, kalau dah lapang, dah tak bizi, balaslah sms yang diterima. meskipun hukumnya tak lah wajib, tapi berpatut-patut la. tak gitu? jangan bila ada hal, nak minta tolong baru nak terhegeh-hegeh mesej orang. 






lagi tensen kalau kau mesej panjang berjela dekat orang, tapi orang balas mesej kau seketul saja. memang nak kena maki. paling tak suka la orang balas "k..". rasa nak hentuk hentuk kepala orang tu. baik tak payah balas langsung. jimat kredit. apa perspektif aku pada orang yang gemar jawab sepatah haram ni? malas nak layan, bosan, taknak diganggu atau tak berminat nak mesej sapa sapa masa tuh.  aku kekadang buat macam tu gak. just bila aku marah dengan orang. hinss hinsss. kalau kau dapat mesej berjela, tak bermakna kau kena reply berjela-jela gak. satu baris ayat cukup. dua tiga patah kata je pun ok. jangan seketul kau bagi. human sense la ckit. kalau nak reply seketul jugak, bubuh kat ujung tu smiley. tak nampak malas sangat. si penerima pun tak rasa sakit ati sangat. dia orang akan rasa lebih positif macam tu dan faham.







Jumaat, 17 Februari 2012

3 dalam 1




selasa lepas, pi outing dengan my bff. seronoknya dapat lepak dengan beliau. dari kul 10.. tak sedar sampai ke petang. padahal just duduk lepak kat shopping kompleks, tengok orang lalu lalang sambil tayang gigi. lepak makan kfc dekat dua jam. daripada kedai tu tak ramai orang sampai la penuh orang duduk. sebab dah masuk waktu lunch. huehue. . kalo dengan kawan lain tak selama tu agaknya jalan. banyak perkara kitorang sembangkan. pasal study, pasal rakan-rakan lama.. cikgu-cikgu yang penah ngajar. semuanya mengimbas memori lama zaman persekolahan. dan dengan dia jugalah saja tempat aku luahkan apa sebenar benar aku rasa pasal bobet. dia pendengar yang baik, dan selalu bagi pendapat yang baik. sebab tu aku selalu luahkan pada dia. bila dia balik sini saja aku dapat luahkan. mean, 2 tahun sekali. ahakk. i will gonna miss you my dear.






tadi pagi, aku bangun lambat lagi. damn! patutnya aku balas mesej bobet pagi tu. buat malu btul. tak sedar tido semola. arghhhh! bangun tadi bagaikan kena kejutan elektrik, mata celik luas. terus cari hanset nak tengok jam. rupanya hanset kat belakang, aku hempap. patutla belakang aku sakit. ciss cisss!!! mesti bobet ingat aku selalu bangun lewat. huwaaaaaaaaaaaaaa!!! padahal baru 3 ari ni aku asyik TERbangun lambat. and i dont know why. sobb sobb.. dah jatuh saham. sobb sobbb....  -_-"






masa beranjak dengan pantas... pejam celik pejam cilik, nak abis dah cuti aku. huhu! apepun, pas dapat result tadi, timbul dah semangat. dapat result baik, mana taknya. muehehehehe. alhamdulillah, tercapai lagi target untuk sem ni. selama ni study main ala kadar. last minit. hahaha. sebab bagi aku, study last minit, result aku still baik. still lulus. walopun tak gempak. sem ni buat kajian sendiri, apa lainnya study last minit dengan study awal? takda lah awal mana. nak dekat exam tu jugak aku belajar. sebab awal awal sangat sibuk dengan assignment. seriously, too busy. dapat jadual exam, rancang jadual belajar sendiri. perancangan jadual masa ni sangat penting sebenarnya untuk student. amalan buat jadual memang dari dulu lagi aku amalkan. mebi tu yang membantu result baik kut. hukhuk. tak sia-sia belajar sungguh-sungguh. siap sakit lagi. rakan-rakan lain pun tengok ada yang demam gak. huhuhu. hope result dorang pun best gak. benarlah kata pepatah arab.. man jadda wa jadda, sapa yang berusaha pasti dapat hasilnya. tak dapat banyak, mesti dapat ckit. kalo tak nampak sekarang, mungkin akan datang. thanx pada rakan- rakan yang membantu bagi soalan sem-sem lepas. tak sangka banyak keluar. rasanya result dorang mesti lebey gempak, sebab dorang dah tanya pensyarah awal-awal. aku cari jawapan sendiri. sebab dapat pun masa minggu exam. aku puas hati dengan apa yang aku dapat. sekali lagi, alhamdulillah. moga sem 4 ni dapat yang lebih baik. anugerah dekan sentiasa jadi impian.  




Ahad, 5 Februari 2012

you're desperate. shame on you!




fakta di hari pemberian baucer rm5oo di labuan:


1. ari pertama,seorang pakcik telah pengsan akibat tindakan agresif sekumpulan orang yang ingin menaiki pentas untuk mengambil baucer

2. ari kedua, seorang makcik pula yang pengsan.

3. di kesan ramai warga pendatang asing berjaya peroleh bantuan

4. YB Yusuf Mahal asyik mention suruh undi BN

5. sistem perancangan yang tidak teratur menyebabkan ramai orang sentap dan bengang 

6. warga asing yang kurang ajar dan tiada budi bahasa.



persoalan? kenapa ye kerajaan bagi banyak kelulusan pada warga-warga asing ni untuk jadi warga tetap. macam senang sangat diorang ni dapat ic. baru 4 bln duk cni da dpt ic, yg dah duduk bertahun sampai dah bercucu kt cni xdpt pula ic? i dunno y kerajaan tempatkan ramai warga pelarian dari filipina or indon tu kat sini.  damn! sila hantar balik diorang kat tempat asal. rasanya diorang dah cukup selesa tinggal kat sini sampai berani ambil kesempatan dan bersikap kurang ajar. i hope kerajaan boleh limitkan kelulusan warga asing jadi warga tetap di malaysia. lama-lama nanti labuan ni jadi pulau penempatan warga asing pula dan bimbang hak penduduk tempatan akan selalu di cantas. amat tidak adil bagi penduduk di sini. kat sabah pun ramai. haihhh. apa nak jadi. 



dan satu lagi, tak payah la nak ulang ulang cakap suruh undi BN.. junjung junjung BN.. puji bagai nak rak.. kata kesenangan yang kitorang dapat ni atas jasa BN.. BN baik hati bagi rm500 untuk kesenangan rakyat. ok,dats it. kami boleh pikir sendiri. lagipun duit tu kan memang duit rakyat hasil cukai yang kerajaan peroleh tiap tahun. duit tu sememangnya milik kami dan hak kami. cukup la korang letak bendera BN sepanjang jalan untuk rakyat tahu bantuan tu dari BN. just rasa macam bantuan yang diberikan tak ikhlas bila ada unsur unsur politik ni. bagi bantuan sebab nak pancing undi. bukan nak ringankan beban rakyat? WTH. hope lebih ramai pemimpin BN yang telus ikhlas akan muncul sebab saya sayangkan Malaysia. :)



p/s: sampai ada yang pengsan tuhh.. rakusnya manusia kalau pasal duit kan. 

Selasa, 27 Disember 2011

my gross housemate. haisyy!!!


dunnno y, but i think my housemates dis sem with whom i share a washroom are disgusting people. this morning i woke up and went to the washroom to brush my teeth and stuff, nampak plastik yang tergantung di tombol pintu dah sarat kandungannya. lagipun dah busuk. kalau tak silap plastik sampah tu da ada dekat seminggu. bila aku tenung tenung itu sampah, aku nampak anak-anak ulat gerak. eeeeeeuuuuuwwwwww! grosss!!!!! antara menatang yang paling aku tak suka. nak tak nak aku jugak yang kena buang. seebab nampak anak-anak ulat sampah tu dah ada yang merayau rayau keluar panjat pintu. iskkk. kalau biar karang masuk dalam bilik. geram dengan diorang nih. kalau nak gantung lama plastik sampah kat tombol pintu tu, jangan la buang sisa makanan kat situ. dah besar panjang pun tak pandai pikir. ingat dah abis. tapi pas siap mandi semua still ada bau busuk. bau masam. cari cari cari mana datangnya bau. hurmm,dari periuk nasik yang belum basuh 4 5 hari. buka penutup dia, Allahu Akhbar! periuk nasi yang ada sisa makanan.. dan yang aku tak boleh tahan ada ulat jugak. gila pengotor. pemalas. apa nak jadi housemate aku sem ni. dulu senior ada bukan main bersih lagi rumah. ni bila junior masuk, alahaiiii. seluar dalam atas sinki tu dari bulan lepas dah ada kat sana. siap ada lipas lagi. dah jadi makanan lipas dah. tak tahu sapa empunya. kalau mende alah tu takda dah lama volunteer basuh sinki. tsk tsk tsk. aritu ada anak kucing berak kat ruang tamu, takda sapa yang nak buang. buleh buat dunno lak. resdung tahap kritikal ke hape. boleh buat tak hirau dengan bau taik kucing. haihhh. buang taik kucing pun taknak.. macam mana nak buang taik mak bapak bila diorang berak merata naanti???




pk kakak aku saja yang kena masalah ni. FYI dia pun dapat housemate yang pemalas tahap gaban. masak malas, kemas rumah malas, buang sampah malas. semua nak harap kakak aku. kakak kalau cuti balik labuan memang tak abis abis dengar rungutan dia pasal housemates dia. mula-mula aku tak pecaya. kalau betul pemalas pun, mungkin tak semalas aku. tapi bila dah pernah tumpang tinggal sana cuti lepas, ok. aku pecaya. kotor. sampah ada ulat gak. huwaaaaaa!!!!! dalam sinki tengok ada bekas yang belum basuh. dalam dia ayam goreng yang dah berkulat. erk. najis mutowasittah sungguh. aku terkedu. tanya kakak apesal tak bersihkan? dia kata dia dah naik malas. asyik dia saja yang buat kerja. hati pun berkata-kata.. sayang, muka dah cantik. tapi malas... x boleh harap. i think my sis should move to other house. nanti boleh jadi gila. kesian, penat kerja kat hospital, balik rumah kena buat semua kerja rumah pulak. no wonder she get very pissed off now.



p/s: baru paham, kenapa kalau kita mahu kenal perangai sebenar seseorang, tanya orang yang pernah tinggal serumah dengannya. (naseb baik i kat hostel sopan je.. auww!)





Khamis, 22 Disember 2011

bala.. bala.... tsk tsk


gara-gara salah informasi, hampir di extend pengajian. maknanya nanti tak dapat nak bergraduat dengan rakan lain. final exam tak dapat ambik. so gagal. haihhhh. kalu just mengulang subjek ni takda hal, walupun bakal mengganggu pointer. tapi kalu extend, mampus aku. terus terbayang wajah mak bapak. salah sendiri. sepatutnya sendiri tanya pensyarah, bukan rakan. ada dua orang rakan lain pun kena kes yang sama. kami bertiga jumpa pensyarah minta kemuka sebab kenapa tak datang buat midterm. yang sorang dah menangis. aku jugak ati kering. muka takda perasaan. siap senyum lagi. otak blackout, terkesima tak tau nak pikir apa. balik hostel terus migrain. ni bukan sekadar kuliah. tapi midterm beb. mustahil aku tak datang kalu tau aritu midterm. alhamdulillah, nasib baik pensyarah bagi peluang. tapi kena tunjuk reason yang munasabah dulu. hope reason aku di terima pakai. fuhhh fuhhhhhh.

Isnin, 20 Jun 2011

unconscious..



tersungkur jatuh rebah tidak berteman

di hina, di pandang rendah, di perlekehkan

tanpa sedar membantu diri untuk bangkit teguh mendaki puncak impian




Failure is only a temporary change in direction to set you straight for your next success. Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...