Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan

Isnin, 25 Jun 2012

story of the day

my home my paradise. sedar tak sedar dah seminggu lebey aku kat rumah. terasa lambat masa berlalu. kenapa eh? sebab duduk rumah aje kot. but aku suka lagi begini. kat luar tu panas. aku kan puteri lilin. mana boleh kena panas. ark ark ark.




planning packing, angkat barang masuk stor, checkout hostel all berjalan dengan lancar. takda masalah. cuma paper last bikin panas. giler susaahh. sengaja nak bagi aku mengulang ke hape. salah sendirik tak belaja awal. cuma pentingkan subjek sekolah. selalu ponteng lagi. ilmu tak berkat. ark ark ark. bila masuk keta myvi akak, aku dah dapat cium bau syurga. sukanya aku. bebas. boleh enjoyyy. walaupun takda duit. ark ark ark. destinasi pertama pegi 1B. survey baju raya kat situ. cantek. sangat cantek. rege pun cantek. siuttt. pas makan, pergi KK, masuk hotel. tido kejap. jam 5 lebey, jalan lagi. cari baju raya. pusing pusing sampai kepala naik pening. plan nak beli baju pokaldot dis year. tgk org pakai comel. mana tau aku pakai lagi comel. ark ark ark. tapi semua baju pokaldot mahal lak. so tukar plan B. cari baju kaler hitam. boleh match dengan apa apa kaler kan. dah dapat baju kitorang pi CP tengok wayang. yihaaa! dah lama tak tengok. pilihan madagascar 3. besttt. besttt. BEST!! semua bintang di langit aku bagi pakej taik bintang sekali. ark ark ark. tegang muka gelak awal sampai akhir. tak nyesal uols. 


habis wayang, singgah karok lak. karok 30 menet jek. ok la tuk lepas gian. 30 menet pun banyak lagu kitorang nyanyi. bermula lagu ella sembilu sampai la lagu kak jiana anggapanmu. tarik suara sampai nak terkeluar anak tekak. ada beberapa orang melintas mengintai. mungkin kerana kelunakan suara aku yang membuatkan dorang punya ingin tahu yang kuat. ark ark ark. esoknya kena balik. jam 10 dah turun makan kedai mamak. selesai terus gerak. pasang radio kuat kuat. angguk angguk kepala. jalannnnnnnnn.  perjalanan jauh memang menekankan. bagi pemandu le. kete depan lambat sebab banyak lori. kete belakang pulak bagai nak mencium bontot kete. bodoh. tau la kete besar. jadi akak ambik keputusan berenti tepi jalan. chill sambil minum air kelapa. buang panas. ark ark ark. sampai menumbok, kena angkat barang banyak. tengok muka akak dah mencuka. mungkin dah mula stress pluss penat. dalam keadaan macam ni, seorang kena maniskan muka. kalau dua-dua masam tak best la kan. sebabkan kapal express takda,jadi kitorang terpaksa naik speedbot. takpa la. lagi cepat sampai. sampai rumah, masuk bilik, landing atas tilam tidoo.



bila dah duduk labuan, maknanya aku kena selesaikan belajar pemanduan kete. kena dapatkan lesen. kena lulus. seriously, aku tak sabar nak tamatkan lesson mandu kete. now aku dah tau kelemahan sendiri. lemah kalo bab praktikal. lemah kalo org ajar main mulut. yelah,aku lembab. kena ajar banyak kali baru boleh masuk.  lemah kalo asyik bergantung dgn org. aku mesti buat sendiri. mesti. tapi pengajar tu taknak bagi lepas. haihh. tak yakin lagi le tu. mungkin dia lupa beli insurans nyawa. ark ark ark. untuk kesekian kalinya harini,harap aku dapat ingat. takla org sebelah aku bising. its ok mija, pelan pelan. nanti pandai la. anyway,syukur dapat pengajar yg tak meroyan. walopun dia mulut tak reti diam, at least dia tak marah tak tentu pasal. bila dia bising, aku just ketawa. ketawa dengan kebodohan sendiri. hahahaha. sori tau uncle foo. i'll try my best! btw, semalam besdei aku. hepi besdei to me. seperti biasa takda apa yang menarik di hari jadi aku. but much better daripada thn lepas. ramai yg wish. but no present. huhuhu. tak kesah. dah biasa. org ingat aku dah rasa cukup gembira. rasa dihargai. moga pada usiaku yang ke 22 ini pintu kejayaan, rezeki dan kebahagiaan lebih terbuka. again, hepi besdei mijaaa!!!!




Khamis, 14 Jun 2012

last paper.. plizzzz be good to me ;)

aku nak balik dah.. anyway,esok ada paper lagi. pastu terus kena kutip oleh akak. tak dapat bayangkan betapa penatnya esok. malam ni penat kemas barang... terussssss bawak simpan pegi stor. Tuhanku, Kau kuatkanlah tulang belakangku. then,esok sibuk cari baju rayeeeeeeeeee. tahun ni main beli je. tahun lepas orang jahit tak bagus. tak pasal pasal takda baju raya nak pakai. now dah trauma. serik. beli je la. ada duit ma. orang sponsor maaa. mueheeeheee. malamnya mesti akak singgah funfair. tapi terasa nak ajak akak tengok wayang gak. hinssssssss. apa pun aku gumbira nak balik. paper paper sem ni pun kemain mudah aku jawab. apesal ntah. buat aku lebih senang hati nak balik. kalau rajin mebi nak buat keje sambilan lagi. dengan my bestiessss. yeahhh!! 



lagu ni besttttt.. aku suka lagu lagu aizat. 

Ahad, 8 April 2012

holeyy deyyy

im home!!! safely home. yeah! cuti seminggu pun jadi la kan. cuti2 pun kena study. mid term menanti. ahh, dats y la aku suka mid term sebelum cuti. cuti blh rehat sepuas hati. blh ketepikan assgment mentar. tp ramai pulak yg nak mid term pas cuti. haiyohhhh! aku siap angkat dua tangan lg masa lecture tnya kalau nak mid term sblum cuti. malangnya majoriti nak after huha haha. pastu serabut la dgn mid term dan asgment. hinss! btw semalam balik naik feri kat jesselton. sebab feri kete kat Menumbok rosak. kena duduk dlm feri 4 jam. pheww~ kebas bontot duduk lama. kebetulan seat sebelah takda orang. ada can untukku  baring. muka tutup pakai buku fixi jerat. x sampai sejam tido, org duk seat blkg mula tak keruan. tak duk diam. sebab seat aku rasa mcm digoncang2 digoyang2. mungkin dia asyik duduk dan berdiri tak henti henti. haihh, nak tido pun tak senang. mahu saja ku lempang lelaju muka beliau. bangun kepala mula rasa pening. sebab tak lunch kutt. kekekeke. sebelum balik aritu roomate ajak kuar malam. bukan pi pub atau kelab dangdut dut dut. pi mkn steambot le. teruja sesangat. nak tau rasa mcm mana kan. ingat nk pegi berempat. tp pagi tu  dua roomate aku gaduh. err, not really gaduh la. just sebelah pihak tak puas ati dgn sikap yg sebelah pihak ni lagi. masalahnya yg sebelah pihak tu tak tau yg dia dah buat salah. aku yg bangun tido tak tau apa tak pasal pasal kena dengar luahan rasa si roomate yg sorg ni. marah betul dia. "malam ni kita tiga saja jalan. jangan bawa dia!" ok, tak boleh nak cakap apa dah. sebab dia yang empunya kereta. nak pujuk pun tak guna. ajak berbincang taknak. tak boleh nak paksa orang yang tengah panas. biarlah bincang pas abeh cuti nanti. akhirnya memang kitorang bertiga je lah yang pegi. memang tak sia-sia la kuar makan mlm tu. makanan dia fulawehhhh! sedap siottt. segala-galanya sedap. dari steamboat, satay hingga ke minuman sedap belaka.  walopun makan gerai biasa, tak mewah.. yang penting rasa dia tu. sup steambot dia... hmmm,tak tau nak kata apa. sedap sangat. satu ari nanti, nak bawa family datang cni.





...sebelum makan...













sesudah makan.. licin youuu.

v
v
v





satay ni order  last minit. sebab roomate yg cine tu asek jejeling gerai satay. jd ajak beli. berbaloi-baloi. isi dia manis. kuah pekat sedap.






p/s: harap ade lagi rancangan jalan-jalan cari makan lepas ni. kwn ade kete. kena manfaatkan bagus bagus. mueheheheehehe.










Jumaat, 17 Februari 2012

3 dalam 1




selasa lepas, pi outing dengan my bff. seronoknya dapat lepak dengan beliau. dari kul 10.. tak sedar sampai ke petang. padahal just duduk lepak kat shopping kompleks, tengok orang lalu lalang sambil tayang gigi. lepak makan kfc dekat dua jam. daripada kedai tu tak ramai orang sampai la penuh orang duduk. sebab dah masuk waktu lunch. huehue. . kalo dengan kawan lain tak selama tu agaknya jalan. banyak perkara kitorang sembangkan. pasal study, pasal rakan-rakan lama.. cikgu-cikgu yang penah ngajar. semuanya mengimbas memori lama zaman persekolahan. dan dengan dia jugalah saja tempat aku luahkan apa sebenar benar aku rasa pasal bobet. dia pendengar yang baik, dan selalu bagi pendapat yang baik. sebab tu aku selalu luahkan pada dia. bila dia balik sini saja aku dapat luahkan. mean, 2 tahun sekali. ahakk. i will gonna miss you my dear.






tadi pagi, aku bangun lambat lagi. damn! patutnya aku balas mesej bobet pagi tu. buat malu btul. tak sedar tido semola. arghhhh! bangun tadi bagaikan kena kejutan elektrik, mata celik luas. terus cari hanset nak tengok jam. rupanya hanset kat belakang, aku hempap. patutla belakang aku sakit. ciss cisss!!! mesti bobet ingat aku selalu bangun lewat. huwaaaaaaaaaaaaaa!!! padahal baru 3 ari ni aku asyik TERbangun lambat. and i dont know why. sobb sobb.. dah jatuh saham. sobb sobbb....  -_-"






masa beranjak dengan pantas... pejam celik pejam cilik, nak abis dah cuti aku. huhu! apepun, pas dapat result tadi, timbul dah semangat. dapat result baik, mana taknya. muehehehehe. alhamdulillah, tercapai lagi target untuk sem ni. selama ni study main ala kadar. last minit. hahaha. sebab bagi aku, study last minit, result aku still baik. still lulus. walopun tak gempak. sem ni buat kajian sendiri, apa lainnya study last minit dengan study awal? takda lah awal mana. nak dekat exam tu jugak aku belajar. sebab awal awal sangat sibuk dengan assignment. seriously, too busy. dapat jadual exam, rancang jadual belajar sendiri. perancangan jadual masa ni sangat penting sebenarnya untuk student. amalan buat jadual memang dari dulu lagi aku amalkan. mebi tu yang membantu result baik kut. hukhuk. tak sia-sia belajar sungguh-sungguh. siap sakit lagi. rakan-rakan lain pun tengok ada yang demam gak. huhuhu. hope result dorang pun best gak. benarlah kata pepatah arab.. man jadda wa jadda, sapa yang berusaha pasti dapat hasilnya. tak dapat banyak, mesti dapat ckit. kalo tak nampak sekarang, mungkin akan datang. thanx pada rakan- rakan yang membantu bagi soalan sem-sem lepas. tak sangka banyak keluar. rasanya result dorang mesti lebey gempak, sebab dorang dah tanya pensyarah awal-awal. aku cari jawapan sendiri. sebab dapat pun masa minggu exam. aku puas hati dengan apa yang aku dapat. sekali lagi, alhamdulillah. moga sem 4 ni dapat yang lebih baik. anugerah dekan sentiasa jadi impian.  




Isnin, 8 Jun 2009

cuti weii

Cuti sekolah kali ni bukan seperti biasa… dimana aku bosan dan keseorangan. Cuti ni abg dan akak aku ada. Hee! Sukanyeeeeee! Abah pun ada balik 2 hari lepas. Adanya abg, ada jugak teman aku gaduh… main kejar2. Adanya akak, ada teman aku berborak, bergosip bagai. Cuaca kat cni pun beberapa ari ni tak berapa nak panas dah. Syok woh! Tapi aku tak plan hape lg untuk cuti ni. Takkan nak duk rumah aje kut. Belaja? Alaaaaaaaaaaa…….. cuti2 ni la paling malas aku nak buka buku. Org cuti…buku kena la cuti gak! kan buku?? (cepat2 tgk buku… fuhh, naseb tak menjawab. Naya je kang.) Mebi aku akan buat sedikit note untuk di baca kelak. Buka sekolah kang mesti nak kena discuss paper exam. Rasanya exam kali ni adalah exam paling teruk aku penah buat dalam sejarah hidup aku. Sebab tak langsung buat persiapan. Nampaknya aku kena curik satu bungkus plastik kapas mama kat dalam bilik tu bawak pi sekolah untuk mendefense telinga. Musti kena hentam oleh cekgu ni. Huwaaaaaa!!!

Bagi aku cuti ni tak banyak beza pun seperti ari2 lain. Sebab duk umah jugak tlg mama. Tak boleh la nak relaks. Kena bangun awal bt keje. Teringin jugak cuti sekolah nak pi melancong mana2. nak buat camne. Takde rezeki aku lagi nak pi luar dari Labuan yg maha kecik nie. Biar lah.. tlg mama dapat gak duit. Kalo tak tolong rasa salah pulak. Takde makna aku lahir di bumi kalo aku tak senangkan mama dan abah. Bila pk balik, kalo aku cuti dengan fmly bukan boleh beli banyak benda. Paling2 pun shoping window. Pi cuti pun 2-3 ari. Isk! Gila tak best. Bercuti kena la lama2 sket. seminggu ke… huhu! payah jugak kan. mama bukan keje makan gaji. Berniaga saja.. Niaga pun kuih2. Tak untung mana pun. Duit cukup untuk tebus modal, bayar bil segala. Haih! Nampak nya nak becuti kena jugak la tunggu aku keje. Tinggal berapa tahun je lagi… (kira2 pakai jari)




p/s: nak cuti kat pulau sipadan... my wish. <- baru pas tgk keindahan pulau sipadan kat tv. hins hins.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...