Shoutbox






Isnin, 25 Jun 2012

story of the day

my home my paradise. sedar tak sedar dah seminggu lebey aku kat rumah. terasa lambat masa berlalu. kenapa eh? sebab duduk rumah aje kot. but aku suka lagi begini. kat luar tu panas. aku kan puteri lilin. mana boleh kena panas. ark ark ark.




planning packing, angkat barang masuk stor, checkout hostel all berjalan dengan lancar. takda masalah. cuma paper last bikin panas. giler susaahh. sengaja nak bagi aku mengulang ke hape. salah sendirik tak belaja awal. cuma pentingkan subjek sekolah. selalu ponteng lagi. ilmu tak berkat. ark ark ark. bila masuk keta myvi akak, aku dah dapat cium bau syurga. sukanya aku. bebas. boleh enjoyyy. walaupun takda duit. ark ark ark. destinasi pertama pegi 1B. survey baju raya kat situ. cantek. sangat cantek. rege pun cantek. siuttt. pas makan, pergi KK, masuk hotel. tido kejap. jam 5 lebey, jalan lagi. cari baju raya. pusing pusing sampai kepala naik pening. plan nak beli baju pokaldot dis year. tgk org pakai comel. mana tau aku pakai lagi comel. ark ark ark. tapi semua baju pokaldot mahal lak. so tukar plan B. cari baju kaler hitam. boleh match dengan apa apa kaler kan. dah dapat baju kitorang pi CP tengok wayang. yihaaa! dah lama tak tengok. pilihan madagascar 3. besttt. besttt. BEST!! semua bintang di langit aku bagi pakej taik bintang sekali. ark ark ark. tegang muka gelak awal sampai akhir. tak nyesal uols. 


habis wayang, singgah karok lak. karok 30 menet jek. ok la tuk lepas gian. 30 menet pun banyak lagu kitorang nyanyi. bermula lagu ella sembilu sampai la lagu kak jiana anggapanmu. tarik suara sampai nak terkeluar anak tekak. ada beberapa orang melintas mengintai. mungkin kerana kelunakan suara aku yang membuatkan dorang punya ingin tahu yang kuat. ark ark ark. esoknya kena balik. jam 10 dah turun makan kedai mamak. selesai terus gerak. pasang radio kuat kuat. angguk angguk kepala. jalannnnnnnnn.  perjalanan jauh memang menekankan. bagi pemandu le. kete depan lambat sebab banyak lori. kete belakang pulak bagai nak mencium bontot kete. bodoh. tau la kete besar. jadi akak ambik keputusan berenti tepi jalan. chill sambil minum air kelapa. buang panas. ark ark ark. sampai menumbok, kena angkat barang banyak. tengok muka akak dah mencuka. mungkin dah mula stress pluss penat. dalam keadaan macam ni, seorang kena maniskan muka. kalau dua-dua masam tak best la kan. sebabkan kapal express takda,jadi kitorang terpaksa naik speedbot. takpa la. lagi cepat sampai. sampai rumah, masuk bilik, landing atas tilam tidoo.



bila dah duduk labuan, maknanya aku kena selesaikan belajar pemanduan kete. kena dapatkan lesen. kena lulus. seriously, aku tak sabar nak tamatkan lesson mandu kete. now aku dah tau kelemahan sendiri. lemah kalo bab praktikal. lemah kalo org ajar main mulut. yelah,aku lembab. kena ajar banyak kali baru boleh masuk.  lemah kalo asyik bergantung dgn org. aku mesti buat sendiri. mesti. tapi pengajar tu taknak bagi lepas. haihh. tak yakin lagi le tu. mungkin dia lupa beli insurans nyawa. ark ark ark. untuk kesekian kalinya harini,harap aku dapat ingat. takla org sebelah aku bising. its ok mija, pelan pelan. nanti pandai la. anyway,syukur dapat pengajar yg tak meroyan. walopun dia mulut tak reti diam, at least dia tak marah tak tentu pasal. bila dia bising, aku just ketawa. ketawa dengan kebodohan sendiri. hahahaha. sori tau uncle foo. i'll try my best! btw, semalam besdei aku. hepi besdei to me. seperti biasa takda apa yang menarik di hari jadi aku. but much better daripada thn lepas. ramai yg wish. but no present. huhuhu. tak kesah. dah biasa. org ingat aku dah rasa cukup gembira. rasa dihargai. moga pada usiaku yang ke 22 ini pintu kejayaan, rezeki dan kebahagiaan lebih terbuka. again, hepi besdei mijaaa!!!!




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...