Shoutbox






Rabu, 26 Januari 2011

sedikit tips hilangkan bosan




Kelas tutorial pagi batal buat aku malas nak pergi kuliah TITAS petang tadi. Ah, kenapa aku malas sangat harini. Dah siap berbaju kurung tapi bontot rasa berat nak bangun dari kerusi. saat ni aku terdengar banyak suara.. “tak payahlah kau pergi kelas tuh. Ponteng sahari saja. Next week kau pergi la.” semangat malas aku semakin meninggi.. membuak-buak.. lalu aku terdengar lagi bisikan syahdu itu bersuara.. “kau tidur.. semalam balik lambat. Kau kumpul balik tenaga kau untuk kelas esok. Hari ni tak perlu pergi.” Ahh.. aku semakin terpesona dengan ajakan ituh. “tidurlah.. tidur best.” Cis! tak guna. Saat itu juga bontot aku terasa ringan untuk meninggalkan kerusi. melangkah perlahan ke syurga idaman yang empuk dan bakal menyegarkan tubuh malasku… ohh,tilam busuk. I'm coming! Buzz buzz …(bunyi vibrate hp) tengok 3 mesej datang sekali memenuhi inbox yang berisi 7147 mesej didalamnya belum ku buang. Ketiga-tiga angel ni mengingatkan aku untuk pergi ke kelas petang ni. Alahai,potong tul!(kata setan) nak tak nak aku pergi jugak ke kelas petang tadi.







Sebenarnya aku dah terlepas kuliah TITAS kul 11. So kiranya datang untuk attend kuliah seterusnya. And im soooo lucky masa tu orang still tengah berebut-rebut untuk sign attendance. So sempat la aku sign sekali atas tu. Konon datang juga kuliah TITAS tadi. Walaupunnn…. Penantian kuliah psikologi, OMG so bored!!! Bosan teramat bosan sehingga aku rasa nak banging kepala atas meja. Punyala boring.. boring sampai aku terkira jerawat batu rakan sebelah. Aku tak kenal beliau. Dan aku tak ada mood nak buat sesi suai kenal dengan beliau masa tu. Kepala aku penuh dengan plan bila mana aku dah sampai hostel nanti.. aku nak makan.. cuci baju.. pi mandi… dan tido. Terasa bahagia bila memikirnya. Aku tersenyum sendiri.


jika anda,ingin mengisi masa-masa kosong anda tatkala bosan di kelas atau dewan kuliah.. mungkin tips ni mampu membantu dilemma anda:



1. bangun dari tempat duduk, kemudian duduk atas lantai.

2. lukis red bump di lengan anda, kemudian tunjuk kat rakan terdekat dengan anda.

3. berkelakuan seperti orang mabuk.

4. buat finger breakdancing.

5. learn to sleep with your eyes open.

6. rancang penaklukan dunia.

7. tulis satu karangan tentang kucing yang bernama Chemong.

8. lukis satu bulatan, berdiri di dalamnya dan katakan ke rakan- rakan anda terperangkap.

9. tulis perkataan secara terbalik atas kertas atau meja jika anda berjiwa vandalism.

10. buat sesi perbualan dengan diri anda sendiri.

11. asah pensel kayu anda sehingga habis.

12. beritahu pen anda yang anda sedang bosan.

13. berus gigi..(kalau ada ubat gigi lagi bagus)


bila minda dah set untuk malas, badan kita akan menurutinya. so jangan biarkan kemalasan itu beraja di minda. ~.~



susahkan kan jadi orang tengah?

kadang-kadang aku malas nak fikir tentang hal member aku yang dua orang ni. buat berat otak. tapi mau x mau terfikir juga sebab dah memang hari-hari berjumpa. hari-hari juga aku dengar sungutan dari kedua belah pihak. yang A tak puas ati dengan yang B. yang B menyampah dengan yang A. padalal satu kos.. satu kelas. satu tempat belajar. entah mana silapnya aku pun tak tahu. tetapi sebagai bakal kaunselor yang akan mendengar ribuan permasalahan di dunia, aku tadahkan jugalah telinga ni untuk mereka.

yang ajaibnya bila berjumpa dua orang ni macam tak ada apa pulak. orait je. gelak ketawa bergurau senda bercanda ria. padahal kat belakang saling mengata saling tak puas hati saling mengutuk. WTH? kenapa tak terus terang saja? nak jaga hati sehingga sendiri makan hati berulam jantung? alahaiii... sebagai pihak tengah selaku pemerhati dan pendengar, aku tak pi belah mana-mana. baik si kerajaan atau si pihak pembangkang. bagi aku itu perkara biasa. (selagi mereka tidak hair pulling dan cheek slaping) lumrah kalau kita tak puas hati dengan orang yang tak sejiwa dengan mereka. dalam ketidakserasian tentu ada sedikit persamaan. macam dunia rumah tangga la. kejap tidur peluk-peluk, kejap sorang tidur atas sorang tidur bawah. hue hue hue..


seronok jadi budak. gaduh hari ni esok dah ok. tak payah tunggu esok, 20-30 minit dah boleh bermain bersama. tak macam kita-kita yang semakin meningkat usia ni... gaduh sikit tak betegur sampai tujuh keturunan. buruk gile perangai.. kah kah kah..

Isnin, 24 Januari 2011

setan punya antu!

1) pocong jumat kliwon
wayang paling latest aku tengok. berkisahkan sekumpulan budak kolej yang shooting filem horror di hutan belantara tuk assignment diaorg. baru shooting sehari dah ada yang kena rasuk. gara-gara memakai rambut pelesu yang entah dari mana datangnya. dari situ bermula lah kelihatan kelibat-kelibat pocong mengganggu sorang demi sorang daripada mereka.
komen? boring! tak seram langsung. rileks aje aku makan pop corn kat belakang. tak pernah sesantai ni tengok cerita antu. kalo tak ada lelucon yang terselit dalam wayang ni sumpah lebih nampak macam shit. seperti kebiasaan cerita horror indon, aktressnya memang seksi. mantep yang amat. terima kasih juga tuk budak-budak tak cukop umo yang lengkap berpakaian uniform sekolah menonton filem ni kerana berjaya ruin my mood sebelum filem ni start main pun lagi. jeritan korang memang terbaik. rasa nak bagi hadiah penendang dari belakang.
marks: 3/10


scene kelakar... mamat ni penyelamat ini filem. clap3x!


2) death bell 2 bloody camp

pasal student satu kelas yang bijak pandai, mengikuti satu kem di sekolah... err... di dalam bangunan sekolah.... di situ berlaku pembunuhan ke atas mereka.
sebenarnya filem ni aku dah tengok kat tenet. kat youtube pun dah ada. tapi tak tengok sampai abis. member ajak tengok so aku ikut je la. bagi aku boleh la tahan. jalan cerita yang ok. pejam-pejam mata juga aku nononton cerita ni. geli tengok seksaan. (dats y i taknak tengok cerita SAW.. huhu) tetap tak boleh lawan death bell yang pertama.
marks: 6/10




3) hantu kak limah balik rumah

ha,cite ni best giler. super kelakar. lagi kelakar dari zombie kampung pisang. walau aku tau filem ni raya kang ada kuar kat astro tapi aku nak tengok gak. satu panggung gelak. memang seronok. tak rugi beli tiket woh.

ce cite! ce cite!
ahh,korang tengok la sendiri kat astro sampai muntah. memang best!
marks: 10/10


usop yang sengal... kahkahkah. aku suka beliau dalam filem ni. thumb up to usop!

Ahad, 9 Januari 2011

tonton ajl 25 di tonton.com.my.. bia betik??



sepanjang minggu ni la.. aku ushar banyak web yang boleh membawa infomasi tepat untuk aku tengok ajl25 secara online mlm ni. aku nak tengok! dah jadi tradisi aku tengok ajl tiap tahun. tahun ni mana boleh miss! aku takkan biarkan. at last aku terserempak dengan http://www.rotikaya.com/tonton-anugerah-juara-lagu-25-secara-online-jumpa-anda-di-sana/ beliau kata tonton kat tonton dot com dot my. alright. sekarang ati guaa banyak senang. hope dapat la tonton kang. takda aku antar santau kat tuan empunya web kat atas. MUHAHAHAHA! *evil*

Jumaat, 7 Januari 2011

matlamat saya berkecai dalam 1 hari.. DAMN!

sebelum kuar pi shopping compleks, dah siap buat list barang nak di beli.. dan try anggar harga barang untuk whole stuff. konon nak jimat la dan elak keterlebihan bajet. dah siap,tenung jap list tu. terasa bijak lak. *dongak langit* BUT uols tgk ni..




target bajet SEBULAN= below rm300!!!


belanjawan arini :-


makan tengah hari= rm12.40

tengok wayang= rm11 (termasuk kentang goreng dan meatball..kah kah)

beli barangan penjagaan muka= rm 123

belian hasil borong dari Giant= rm48.21

bayar broadband= rm96 (termasuk yang tertunggak bulan lepas)


total= RM290






so baki tinggal rm10 saja tuk belanja makan untuk bulan ni?? gila! kah kah kah.. buat list konon. ke aku salah anggar harga barang? dah tau vangang kira-kira lagi mau anggar. kah kah kah..


aktiviti sambilan selepas kira mengira

Selasa, 4 Januari 2011

bagaikan malaikat untuk 37minit

sekadar hiasan


babak 1 (pejabat pos)


tangan kanan menolak tombol pintu. kaki terus melangkah ke kaunter. borang asb diminta. dapat. kaki di hayun pula ke meja pengisian borang. buka zip dompet. keluarkan buku asb yang lusuh. terdapat garis rekahan di setiap permukaan kulit buku yang berwarna biru. borang di isi dengan penuh tumpuan. peluh membasahi dahi menunjukkan aku kena berambus dari situ cepat-cepat. tiba-tiba teringat nak salin no ic member di sekeping kertas. tangan mula terkial-kial menekan keypad henpon mencari no ic yang tersimpan didalam itu. tidak semena-mena seorang wanita mengandung terpacak di sebelah. mata bertentang mata. senyuman bertukar senyuman. matanya singgah ke borang asbku yang telah lengkap. senyuman bertukar lagi. diselangi dengan kerutan didahi. bila wanita tersebut terlihat sejuta kerutan didahi ini, dia mula bersuara.

"kat mana boleh dapat borang tu?" (mulutnya muncung ke borang asbku)

senyuman semakin manis. tiada lagi kerutan.

"kat situ kak. kat kaunter tu ha. akak mintak je kat diorang."

kaki wanita itu langsung sahaja bergerak menuju kaunter yang dimaksudkan. aku meneruskan kerjaku yang tergendala. beberapa saat kemudian wanita mengandung itu muncul lagi.

"bahagian ni nak isi no tel siapa ya?"

aku melihatnya. kemudian mata meneliti borang dihadapannya.

"no tel si pengirim duit kak."

aku melihat beliau agak tidak begitu cekap dalam mengisi borang tersebut. lalu aku menantinya sehingga beliau siap. selesai sahaja aku meminta izin untuk beredar ke mesin pengambilan no giliran. jari menekan punat "A". terpampang angka 1056. tengok angka terkini 1047. ah,lama la pulak lagi. aku merungut. seorang wanita berusia lewat 3oan memandangku. mungkin telah mendengar rungutanku sebentar tadi. aku senyum kepadanya namun senyuman tidak berbalas. aku menyumpahnya di dalam hati. jari mula gatal menekan-nekan punat henpon bagi menghilangkan bosan menunggu. sesekali mata menjenguk no giliran dalam skrin dihadapan. aku terasa seseorang melabuhkan bontot di kerusi sebelah. aku menoleh. wanita mengandung tadi tersenyum ramah. kami mula memperkenalkan diri masing-masing dan berborak panjang. tanpa sedar, sudah menghampiri ke angka giliran 1056. penuh kegadisan melayu aku meminta diri untuk ke kaunter no 3. dia mengangguk dan sempat berterima kasih kerana membantunya tadi. aku mengangguk lalu melempar senyuman semanis gegula kapas.


babak 2 (terminal kapal)


dihadapan kaunter 2 pembelian tiket, aku mengeluarkan dua not rm50.

"tiket pegi kk esok pagi 2 ya."

sementara menunggu,mata meliar melihat orang ramai yang lalu lalang di luar. mata tertumpu ke arah seorang laki yang berpakaian sekolah lengkap. rambut belah tengah. kelihatan kilauan gel dirambutnya. dia membetulkan kolar baju. sesekali jarinya menggaru ke bahagian sulit. kemudian jari itu singgah ke pipi pula. di garu di situ. haish,tak sekolah ke? perhatian kemudian beralih arah apabila telinga comelku menangkap butir-butir bicara pelanggan di kaunter 5.

pakcik tua: pakcik salah tadi. pakcik nak pergi sipitang. bukan menumbok.
cik kaunter: pakcik kena beli lagi tiket.
pakcik tua: duit pakcik cukup tuk beli satu tu je tadi.
cik kaunter: tapi kami tak boleh nak bagi pakcik. kena beli jugak.
pakcik tua: tolonglah nak. pakcik kena naik bot laju tu tengah hari ni.

mata tidak berkedip. bagaikan menonton satu drama kehidupan. perhatianku di ganggu suara lunak cik kaunter dihadapan.

"ni tiketnya. masuk kapal kul7.30. bertolak kul 8 nanti ye cik."

aku mengambil baki wang yang dihulurkan.

"err,kak. tambang tuk bot laju pegi sipitang berapa?"

laju sahaja bait-bait kata di atas terpacul keluar dari mulut ini.

"rm27" jawabnya ringkas.

aku memberikannya duit rm27 tersebutnya.

"tiket tu beri kat pakcik di kaunter 5 tu ye cik."

aku nampak riak cik kaunter 2 berubah. aku bergegas keluar meninggalkan tempat itu. di dalam bas aku tersenyum senang.



p/s: esok aku balik asrama. we want more cutiiii!!! kah kah kah..

Ahad, 2 Januari 2011

dua:kosong:satu:satu




entry pertama tuk 2011. tahun baru... aku tetap seperti dulu. tak berubah langsung. yang berubah cuma umur je semakin meningkat. hope 2011 ni mencipta satu lembaran yang indah untuk aku kenang sampai bila-bila. tahun 2010 merupakan tahun dimana aku terjebak dalam satu persekitaran yang baru... bukan lagi kena pakai baju kurung putih, kain putih atau biru. hari-hari aku pi blajar pakai baju warna warni. yess! i mean i successfully memegang title mahasiswa di sebuah ipta. i think itu satu yang sangat bermakna sepanjang tahun 2010. melangkah kaki ke universiti, kenal ramai orang baru dari pelbagai negeri, study pun kat dewan yang ada penghawa dingin, no more papan hijau or papan hitam, mostly study guna slide show, pastu kena bentang lagi.. satu perkara yang aku tak biasa buat. masa form 6 selalu mengelat. *padan muka* kali pertama duduk asrama aku tak rasa janggal langsung. lebih seronok ada. mungkin kerana aku selalu ditinggal sorang kat rumah. uhuhu! *poor ija*


ha,ada dua lagi incident yang aku tak boleh lupa. pertama of course la ketika ambil result stpm. punya terkejut. tak sangka. gembira. terpersona. terpana melihat result sendiri. hadir sekolah seminggu dua kali. total dalam sebulan lebih kurang 12 kali. terima surat amaran pengetua masuk 4 surat. dekat nak kena gantung. muhahaha! betul cari penyakit. walo aku tak hadir aku belajar kat rumah. bukan sekadar simpan lemak dan taik mata. aku tau masa depan aku akan berubah hanya jika aku belajar. im not totally useless person. i know what i want to be. hinssss hinssssss!


kedua pula when i have my 1st payment. kerja sambil-sambilan di kedai emas. dan duit itu telah aku belanjakan tuk beli kaspersky antivirus. kehkehkeh.


azam? korang ada azam? aku pernah ada azam. tapi tu cerita 10 or 9 tahun lepas. pastu aku tak buat azam dah. sebab tak menjadik. and now aku kena ada satu dua. dan aku taknak guna perkataan azam lagi. macam takda booster dalam word tu. lembik. im prefer use word matlamat. nampak lebih jelas. matlamat jangka pendek untuk sem2 ni aku tak listkan lagi dalam mana-mana kertas. secara angkuhnya aku listkan kat cni secara fresh dari kepala hotak.

1. kewangan ::: lebih mahir untuk urus duit, belanja tuk sebulan jangan lebih rm300! taruh duit rm 500 kat asb, leave rm200 duit ptptn dalam simpanan.




2. self-control ::: tengok wayang sekali sebulan sahaja, masuk kedai popular tak payah beli apa-apa, jangan beli banyak sangat makanan bila turun cafe, beli barangan online at least sekali sahaja.




3. relationship ::: hubungan dengan roomate, /housemate/ klasmate lebih baik, lebih jujur dan lebih spontan.




4. study ::: capai 3 pointer dalam sem2. pasti!!!








matlamat for whole year 2011 ::: nak beli kamera brand nikon!!! x kireeee!!






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...