Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label geram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label geram. Papar semua catatan

Rabu, 18 Julai 2012

never look back


dan dengan tak berapa bangga aku nak cakap aku failed for my 1st jpj test.

shocked? me too. -.-''



duit aku terbang rm110. flying without sympathy.
apa pasal la dia mintak memahal. bukan aku langgar ke hancurkan tiang skola memandu tuh.
geram. tak puas hati. 
mungkin tujuan dia nak bagi calon buat bersungguh-sungguh
but i think they should give us 2nd chance.
after that, they can take our 'retake fee'.
bukan semua calon dari keluarga yang senang.
hinss hinsss.
tapi orang jpj tu bukan ada banyak masa tuk layan kitorang kan.
huhu.
hah,so ape kata dorang hire pekerja khas tuk test2 jpj ni semua.
kehkehkeh.


next wik my 2nd chance.
hope i can do much better.
strongly must do much better!
sometimes i wish i could fast forward the time just to see
if in the end it's all worth it. =D

Ahad, 26 Februari 2012

Wish I cAN gip y0u M0re tHaN 0Ne MiddlE fiNgEr.

penah tak kau terima sms daripada seorang rakan atau kenalan berbentuk ucapan. selalunya masa hari perayaan. tak pun mesej cute. kau rasa terhibur dengan mesej tu. kemudian kau pun dengan riang hati forward kepada orang lain, lebih kurang 10 orang. keesokan harinya, yang hanya balas ucapan kau ada tiga. 3 out of 10?? dah meninggal ke apa? yalah, kalau ada takkan tak balas. kau forward mesej tanda kau masih ingat kat dia orang. tapi tak dapat respon. apa kau rasa? apa yang aku nak sebut di sini, apa salahnya balas. walaupun kau dah tak ingat atau tak kenal dengan orang tu. kalau ada lebihan kredit, kalau dah lapang, dah tak bizi, balaslah sms yang diterima. meskipun hukumnya tak lah wajib, tapi berpatut-patut la. tak gitu? jangan bila ada hal, nak minta tolong baru nak terhegeh-hegeh mesej orang. 






lagi tensen kalau kau mesej panjang berjela dekat orang, tapi orang balas mesej kau seketul saja. memang nak kena maki. paling tak suka la orang balas "k..". rasa nak hentuk hentuk kepala orang tu. baik tak payah balas langsung. jimat kredit. apa perspektif aku pada orang yang gemar jawab sepatah haram ni? malas nak layan, bosan, taknak diganggu atau tak berminat nak mesej sapa sapa masa tuh.  aku kekadang buat macam tu gak. just bila aku marah dengan orang. hinss hinsss. kalau kau dapat mesej berjela, tak bermakna kau kena reply berjela-jela gak. satu baris ayat cukup. dua tiga patah kata je pun ok. jangan seketul kau bagi. human sense la ckit. kalau nak reply seketul jugak, bubuh kat ujung tu smiley. tak nampak malas sangat. si penerima pun tak rasa sakit ati sangat. dia orang akan rasa lebih positif macam tu dan faham.







Ahad, 5 Februari 2012

you're desperate. shame on you!




fakta di hari pemberian baucer rm5oo di labuan:


1. ari pertama,seorang pakcik telah pengsan akibat tindakan agresif sekumpulan orang yang ingin menaiki pentas untuk mengambil baucer

2. ari kedua, seorang makcik pula yang pengsan.

3. di kesan ramai warga pendatang asing berjaya peroleh bantuan

4. YB Yusuf Mahal asyik mention suruh undi BN

5. sistem perancangan yang tidak teratur menyebabkan ramai orang sentap dan bengang 

6. warga asing yang kurang ajar dan tiada budi bahasa.



persoalan? kenapa ye kerajaan bagi banyak kelulusan pada warga-warga asing ni untuk jadi warga tetap. macam senang sangat diorang ni dapat ic. baru 4 bln duk cni da dpt ic, yg dah duduk bertahun sampai dah bercucu kt cni xdpt pula ic? i dunno y kerajaan tempatkan ramai warga pelarian dari filipina or indon tu kat sini.  damn! sila hantar balik diorang kat tempat asal. rasanya diorang dah cukup selesa tinggal kat sini sampai berani ambil kesempatan dan bersikap kurang ajar. i hope kerajaan boleh limitkan kelulusan warga asing jadi warga tetap di malaysia. lama-lama nanti labuan ni jadi pulau penempatan warga asing pula dan bimbang hak penduduk tempatan akan selalu di cantas. amat tidak adil bagi penduduk di sini. kat sabah pun ramai. haihhh. apa nak jadi. 



dan satu lagi, tak payah la nak ulang ulang cakap suruh undi BN.. junjung junjung BN.. puji bagai nak rak.. kata kesenangan yang kitorang dapat ni atas jasa BN.. BN baik hati bagi rm500 untuk kesenangan rakyat. ok,dats it. kami boleh pikir sendiri. lagipun duit tu kan memang duit rakyat hasil cukai yang kerajaan peroleh tiap tahun. duit tu sememangnya milik kami dan hak kami. cukup la korang letak bendera BN sepanjang jalan untuk rakyat tahu bantuan tu dari BN. just rasa macam bantuan yang diberikan tak ikhlas bila ada unsur unsur politik ni. bagi bantuan sebab nak pancing undi. bukan nak ringankan beban rakyat? WTH. hope lebih ramai pemimpin BN yang telus ikhlas akan muncul sebab saya sayangkan Malaysia. :)



p/s: sampai ada yang pengsan tuhh.. rakusnya manusia kalau pasal duit kan. 

Selasa, 5 Julai 2011

frustrato!



bengang. tiap kali wa mau update blog mesti laptop wa hang. tak sempat save. cilake tul. hilang selera wa nak update. huhh hahh huhhh!!!


Ahad, 5 Jun 2011

bangsat punya cucu.


‘Cucu iblis’ gelaran layak diberi kepada seorang lelaki yang bukan saja gemar memanggil neneknya ‘babi’, malah kerap membelasah nenek dan datuknya yang lumpuh dengan niat mangsa mati cepat walaupun dia dibela sejak kecil hingga berumahtangga.

Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.

“Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil ‘babi’ jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.

“Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik ‘mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya’,” kata Mariam Puteh Nekmat, 71.



ini antara berita yang menyebalkan di hari minggu. sebagai seorang yang tidak pernah menerima kasih sayang seorang atok dan nenek, aku sangat terkesan membaca berita ini. buduh punya cucu. mereka dah tua. kau pukul buat hape. bangang.


baca berita selanjutnya di myMetroCucu hati iblis



manusia la ni, lebih jahat dari iblis. binatang nampak lebih mulia.
padahal manusia itu sebaik-baik kejadian Allah ciptakan..~

Ahad, 20 Februari 2011

nak kena pujuk eh? tampar nak?



Kau ada kawan yang type tak makan kata dan nasihat tak? Dia pinta pandangan dan nasihat kau, tapi bila kau dah bagi dia tak ambik pun. Still buat perangai.. still dengan cara dia. Pandangan dan nasihat yang kau dah bagi berbuih-buih tadi langsung tolak ke tepi. Aik, ingat senang ke nak lontar pendapat. Guna otak ok. Kena perah baru dapat itu idea. Alih-alih tak pakai lak. So apa ke motif dia datang kat kita mengadu bagai tapi masalah tetap jadi masalah yang tak berkesudahan. Apa raaa... buang karan aje. Anyway,bukan ini the real subject aku nak ketengahkan kat sini. Ada la sangkut pautnya juga pasal ia ada related dengan aduan sorang kawan aku ni. Tentang lelaki yang tak sampai sebulan kenal. Tak penah jumpa. Aku bahasakan kawan aku si P dan lelaki tu si L. Satu malam, aku dengan si P lepak kat bilik. Borak-borak kosong. Borak.. borak... borak... si P mula cerita tentang si L. Betapa bestnya episode perkenalan beliau dengan si L. Betapa merdunya suara si L kedengaran di corong henfon. Kebetulan esok kita orang bercadang nak keluar tengok wayang. Release tension dari assignment yang banyak. So,konon nak bersua muka. Tapi si P masih tak sure nak jumpa ke tak. Masih ada malu di jiwa. Mengada! Si P volunteer nak bagi dengar suara si L pada aku. Nak aku lak berborak dengan dia. Oraitt! No hal.Tanpa menunggu lama, Si P pun kol.



Trutttt truttttt trutttttttttttttt


P: assalamualaikum....

L: ...............................

P: buat apa?

L: ...............................

P: dengan kawan ni. Bincang nak beli apa esok.

L: ...............................

P: ha’ah, ala.... tengok la dulu. X janji.

L: ..................................

P: u pujuk la kawan i, dia nak ke tak ikut i jumpa u. Kalau dia taknak i pun tak.

L: .....................................

P: ok,u cakap dengan dia k.

(err, sorri. Aku tak tau si L kata hapa. kehkehkeh)

Henfon nokia E71 bertukar tangan....

Aku: hello..

L: hello..

Aku: ye?

L: ni kawan P?

Aku: ha, nak apa?

L: ermm... boleh tak setuju nak jumpa saya esok?

Aku: kalau tak boleh?

L: ala,boleh la. Saya nak jumpa dia.

Aku: saya kata... KALAU TAK BOLEH?

L: kalau tak boleh saya tak nak makan, tak nak minum, tak nak tidur.

Aku: ada saya kesah?

L: hmm,ikut suka awak lah..

Tuttt.... tuttt...tutttt


Berkerut dahi aku. Apahal mamat ni. Boleh lak matikan henfon mengejut. Biadap. Si P pun tanya kenapa. Aku bagitau la dia tetiba matikan henfon. Gaya x ubah macam orang merajuk. Laaa,rupanya memang gitu. Tiap kali si P kol, ada perkara yang buat dia kecik ati dia akan buat gitu. Merajuk. Sentap. Off henfon. Kahkahkahakahkah!!! Kelakar kelakar. Ada juga mamat macam ni kat dunia. Haihhh!

Esoknya, aku di inform si P ni jadi nak jumpa si L. Ha,bagus. Aku memang hendak sangat nak tengok muka encik sentap tuh. Dah jumpa, hmmm.... not bad. Encom. Tinggi. Dan aku agak dia ni spesis pemalu. Tak cakap pun dengan aku dan kawan aku yang sorang lagi. Pandang pun kejap-kejap pastu tunduk.

Dah tengok wayang, dah jumpa semua... kitorang balik hostel. Esok punya cerita lak. Si P datang mengadu yang si L ajak kapel malam tu. Hurmm,dah agak. Mesti jadi macam ni. So,apa masalahnya? Kapel jela. Kan encom. Hisy! Tak boleh. Sebab si P ni da ada boifren. Ni la yang aku maksudkan. Dah tau diri tu girlfren orang masih nak layan. Apa aku jawab? Senang. Kata kau dah ada boifren. The end. Apa kata si P? Dia kata taknak. Nanti si L ni taknak kawan dengan dia. Pulak.. Lerrr,kenal sebab nak berkawan ke. Tapi tengok gaya macam nak ajak bercinta. Perihatin sangat. Si P cerita lagi... dia tolak cinta si L. Kata nak berkawan-kawan dulu. Sebab kenal pun tak lama lagi. Itu alasan yang di beri. Lalu,si L pun merajuk. Sentap. Off henfon beberapa hari. (WTH??) Hadoiihhhh! Dia ni jantan ke pondan. Punyaaaa la sensitif. Hahaha. Tak salah merajuk. Sesekali. Kalau selalu, itu dah exaggerate. Baru aku tau, lelaki ni ada juga yang complicated. Kawan aku ni pun satu, dah tau perangai cenggitu, lagi mau pujuk. Manusia.. manusia.. ada-ada saja.






~jangan sesekali bermain api, kelak membakar binasa diri, jangan cuba mencari masalah, kerana bimbang penghujungnya parah~

Jumaat, 7 Januari 2011

matlamat saya berkecai dalam 1 hari.. DAMN!

sebelum kuar pi shopping compleks, dah siap buat list barang nak di beli.. dan try anggar harga barang untuk whole stuff. konon nak jimat la dan elak keterlebihan bajet. dah siap,tenung jap list tu. terasa bijak lak. *dongak langit* BUT uols tgk ni..




target bajet SEBULAN= below rm300!!!


belanjawan arini :-


makan tengah hari= rm12.40

tengok wayang= rm11 (termasuk kentang goreng dan meatball..kah kah)

beli barangan penjagaan muka= rm 123

belian hasil borong dari Giant= rm48.21

bayar broadband= rm96 (termasuk yang tertunggak bulan lepas)


total= RM290






so baki tinggal rm10 saja tuk belanja makan untuk bulan ni?? gila! kah kah kah.. buat list konon. ke aku salah anggar harga barang? dah tau vangang kira-kira lagi mau anggar. kah kah kah..


aktiviti sambilan selepas kira mengira

Isnin, 13 Disember 2010

pissed off!!!!

Hari ni aku tengok dua tajuk berita utama yang menyebalkan. Pertama, berita tentang budak OKU yang kena kerat 4. Kedua, berita tentang seorang ayah yang kerat kemaluan anak sulung beliau yang baru berusia 4 tahun. Budak OKU kena kerat 4... ntah apa la dosa arwah tu sampai kena kerat-kerat. OKU pun nak bunuh. gila babi punya orang. mentaliti orang gila saja yang puas bila bunuh orang. sama la macam berita kedua tu. bapak silake... aku tengok bahana kegilaan dan kebangangan manusia semakin menjadi-jadi. macam teruk sangat lak hidop kat dunia ni. bukan ke dunia ni teruk sebab diorang sendiri yang jadikan ianya teruk. bukan siapa-siapa. bukan keadaan yang memaksa. itu diorang la punya engkara. diorang punya pasal sebab diorang tak pandai buat pilihan bijak. pasal diorang sendiri le diorang jadi gila dan stress bagai. jangan nak salahkan orang lain. jangan nak sakiti orang lain. apa kejadahnya bunuh OKU. nguk ngek tul.


Sabtu, 19 September 2009

kau yang celaka

Dalam al-Quran ada tertulis, “sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin”. So boleh la disimpulkan orang yg kejam mcm lakhanat tu jin. Orang jahat slalunya takkan pikir tang orang lain. Sesuke ati dia nak buat apa. Asalkan ati dia puas muas. Aku anti betol dengan orang yg suke sgt gune2kan orang untuk capai matlamat sendiri. malas nak berusaha bermakna dia tu bodoh,bebal,bengap,bangang,bengong. Tau nak ikut jalan shortcut. Tau nak untung sendiri. Dia untung orang lain tak. Berebut tempat niaga pun nak main gune2.
Cari ah tempat lain. macam dah tak hade tanah nak buat tapak niaga. Kalao niaga tak balik modal, pandai2 la cari ikhtiar. Ni nak kacau rezki orang. Orang tak kacau dia pun. Ingat tuhan ape nak potong rezki orang. Hoh! Aku ingat orang cemni tahap PHD dia kuat ah. Kagum aku dengan sikap kebangsatan orang2 PHD ni. Orang macam ni agaknya dengan orang gile kalao cari pasal dengan dia pun nak disantaunya gak. yela,sesame sewel. Harap2 la bulan ramadhan ni… nak dekat raya da ni bawa2 bertaubat. Reti2 la minta maaf ek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...