Shoutbox






Ahad, 20 Februari 2011

nak kena pujuk eh? tampar nak?



Kau ada kawan yang type tak makan kata dan nasihat tak? Dia pinta pandangan dan nasihat kau, tapi bila kau dah bagi dia tak ambik pun. Still buat perangai.. still dengan cara dia. Pandangan dan nasihat yang kau dah bagi berbuih-buih tadi langsung tolak ke tepi. Aik, ingat senang ke nak lontar pendapat. Guna otak ok. Kena perah baru dapat itu idea. Alih-alih tak pakai lak. So apa ke motif dia datang kat kita mengadu bagai tapi masalah tetap jadi masalah yang tak berkesudahan. Apa raaa... buang karan aje. Anyway,bukan ini the real subject aku nak ketengahkan kat sini. Ada la sangkut pautnya juga pasal ia ada related dengan aduan sorang kawan aku ni. Tentang lelaki yang tak sampai sebulan kenal. Tak penah jumpa. Aku bahasakan kawan aku si P dan lelaki tu si L. Satu malam, aku dengan si P lepak kat bilik. Borak-borak kosong. Borak.. borak... borak... si P mula cerita tentang si L. Betapa bestnya episode perkenalan beliau dengan si L. Betapa merdunya suara si L kedengaran di corong henfon. Kebetulan esok kita orang bercadang nak keluar tengok wayang. Release tension dari assignment yang banyak. So,konon nak bersua muka. Tapi si P masih tak sure nak jumpa ke tak. Masih ada malu di jiwa. Mengada! Si P volunteer nak bagi dengar suara si L pada aku. Nak aku lak berborak dengan dia. Oraitt! No hal.Tanpa menunggu lama, Si P pun kol.



Trutttt truttttt trutttttttttttttt


P: assalamualaikum....

L: ...............................

P: buat apa?

L: ...............................

P: dengan kawan ni. Bincang nak beli apa esok.

L: ...............................

P: ha’ah, ala.... tengok la dulu. X janji.

L: ..................................

P: u pujuk la kawan i, dia nak ke tak ikut i jumpa u. Kalau dia taknak i pun tak.

L: .....................................

P: ok,u cakap dengan dia k.

(err, sorri. Aku tak tau si L kata hapa. kehkehkeh)

Henfon nokia E71 bertukar tangan....

Aku: hello..

L: hello..

Aku: ye?

L: ni kawan P?

Aku: ha, nak apa?

L: ermm... boleh tak setuju nak jumpa saya esok?

Aku: kalau tak boleh?

L: ala,boleh la. Saya nak jumpa dia.

Aku: saya kata... KALAU TAK BOLEH?

L: kalau tak boleh saya tak nak makan, tak nak minum, tak nak tidur.

Aku: ada saya kesah?

L: hmm,ikut suka awak lah..

Tuttt.... tuttt...tutttt


Berkerut dahi aku. Apahal mamat ni. Boleh lak matikan henfon mengejut. Biadap. Si P pun tanya kenapa. Aku bagitau la dia tetiba matikan henfon. Gaya x ubah macam orang merajuk. Laaa,rupanya memang gitu. Tiap kali si P kol, ada perkara yang buat dia kecik ati dia akan buat gitu. Merajuk. Sentap. Off henfon. Kahkahkahakahkah!!! Kelakar kelakar. Ada juga mamat macam ni kat dunia. Haihhh!

Esoknya, aku di inform si P ni jadi nak jumpa si L. Ha,bagus. Aku memang hendak sangat nak tengok muka encik sentap tuh. Dah jumpa, hmmm.... not bad. Encom. Tinggi. Dan aku agak dia ni spesis pemalu. Tak cakap pun dengan aku dan kawan aku yang sorang lagi. Pandang pun kejap-kejap pastu tunduk.

Dah tengok wayang, dah jumpa semua... kitorang balik hostel. Esok punya cerita lak. Si P datang mengadu yang si L ajak kapel malam tu. Hurmm,dah agak. Mesti jadi macam ni. So,apa masalahnya? Kapel jela. Kan encom. Hisy! Tak boleh. Sebab si P ni da ada boifren. Ni la yang aku maksudkan. Dah tau diri tu girlfren orang masih nak layan. Apa aku jawab? Senang. Kata kau dah ada boifren. The end. Apa kata si P? Dia kata taknak. Nanti si L ni taknak kawan dengan dia. Pulak.. Lerrr,kenal sebab nak berkawan ke. Tapi tengok gaya macam nak ajak bercinta. Perihatin sangat. Si P cerita lagi... dia tolak cinta si L. Kata nak berkawan-kawan dulu. Sebab kenal pun tak lama lagi. Itu alasan yang di beri. Lalu,si L pun merajuk. Sentap. Off henfon beberapa hari. (WTH??) Hadoiihhhh! Dia ni jantan ke pondan. Punyaaaa la sensitif. Hahaha. Tak salah merajuk. Sesekali. Kalau selalu, itu dah exaggerate. Baru aku tau, lelaki ni ada juga yang complicated. Kawan aku ni pun satu, dah tau perangai cenggitu, lagi mau pujuk. Manusia.. manusia.. ada-ada saja.






~jangan sesekali bermain api, kelak membakar binasa diri, jangan cuba mencari masalah, kerana bimbang penghujungnya parah~

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...