Shoutbox






Isnin, 21 Februari 2011

lagi lagi hantu.. ada apa dengan hantu ha?



post sebentar. nak share movie latest aku tengok. aku taktau movie ni still ditayangkan kat pawagam ke tak. kalau dah takda nasib korang la. pi la beli dvd atau download kat mana-mana. "SINI ADA HANTU" hasil kerja james lee yang bikin movie "HISTERIA" lakonan liyana jasmey. pernah tengok cerita tuh? takda diam. yang ada tengok cerita tu boleh tahan kan? tapi tak sehebat mana. kalau hebat filem tu mesti david teo dah terkejar-kejar kat james lee nak tolong terbitkan apa-apa filem bikinan beliau selepas tu. ni tak. makna belum cukup umphhhh lagi. mintak maap je la.


start dari scene ni la kelakar. scene Bakri dapat tau Ah Meng sudah mati. kawan dia cerita hantu sudah mati. hahahaha.



cerita ni berkisarkan tentang Bakri dan Ah Meng yang terpaksa menghantar sebuah keranda ke upacara pengebumiaan selepas didesak dan digoda dengan wang overtime yang berlipat ganda daripada Rama,penyelia diorang. apabila Ah Meng bertanya soalan " kau percaya hantu tak?", bermulalah penceritaan hantu di antara mereka. ada hantu pokok pisang, hantu cina, hantu asrama, dan hantu jepun.

komen? boleh la. part depan bosan, part belakang kelakar. best! part depan cerita dia agak slow... itu pasal bosan. anyway, masa aku tau pasa sanda berlakon cerita ni.. aku expect dia watak utama. rupanya cuma watak selingan. watak hantu pulak tuh. dah tu takda dialog apa. tersenyum-senyum gatal je kerja dia. mengoda lelaki tidur setilam dengannya. salah seorang watak utama iaitu Baki Zainal yang kalau aku tak silap dia ni pengacara di 8tv, tak sangka kau pandai jugak berlakon. begitu juga Qhaud AF7. kesimpulannya, korang akan nampak ramai pelakon baru membintangi filem ni. anyway, syabas james lee!



marks: 6/10


banyaknya cerita hantu sekarang... semakin sempit lah pemikiran orang dengan perkara-perkara tahyul. harapnya tidak.


2 ulasan:

zixol berkata...

tula..skang ni penuh degan cita hantu..apa yg sronoknye agaknye..

Tanpa Nama berkata...

Thank you for the work you have put into this post, it helps clear away a few questions I had.

car hire companies alicante airport then Car hire alicante Airport

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...