Shoutbox






Sabtu, 28 Februari 2009

kes buli..huh!

Pelajar di Mukah siar aksi buli di YouTube

"KUCHING: Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah di Mukah bertindak berani apabila merakam dan memasukkan aksi buli mereka ke atas seorang pelajar lain ke dalam YouTube. Perbuatan itu mendapat liputan meluas media tempatan hari ini. Di dalam klip video selama 3.05 minit itu, mangsa yang dikatakan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat, dilihat disepak, diterajang dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang masih berpakaian seragam sekolah, di dalam sebuah bilik asrama.
Walaupun mangsa kelihatan cuba merayu tidak diapa-apakan, beliau terus dibelasah tanpa belas kasihan. "






Tajuk berita pertama kat tv3 tentang kes buli pelajar. Budak fom5 buli budak fom3. Siap rakam lagi. Pehh! Dasat betul. Bagus dorang neh. tepukan untuk mereka. clap3x! dah besar sket nanti boleh lah jadi pelapis pengarah filem gangster. filem tak meletop kang boleh bakar panggung terus. Kesian aku tengok mangsa buli tu. Rasa nak menanges aku. Dah la budak yang buli tu badan beso2. Aku hengat la kes buli ni dah tutop. Ada lagi rupanya. Malah makin terok. Astaghfirullah.. apa nak jadi. Dah macam anak didik setan je buli2 orang. Vodo betul la. Kepuasan apa yang diorang dapat ha buli2 orang tu? Aku lebih rela tengok dorang ni rosakkan harta benda awam dari rosakkan badan anak orang. Kan melibatkan nyawa tu beb. Silap2 boleh mati. Kalo harta benda awam boleh ganti smola. Kalo duit banyak la. Ala,kerajaan kan banyak duit. Duit yang kerajaan ada tu pun duit rakyat gak. isk! Aku ni sokong kelab vandalism ke hape. Hukhuk! Apapun,harap sangat pihak sekolah dan mana2 pihak berkuasa ambil perhatian dalam hal ni.

Ohh! Aku dah dapat jawapan dari soklan budak cina yang tanya aku tu. Sebenarnya mempelajari ilmu tajwid ni mendapat perselisihan di antara golongan ulama. Nak jadikan dia fardhu ain ke fardhu kifayah. Sebab membaca al-Quran dengan bacaan yang sempurna adalah wajib. Belajar dan ketahui hukum2 tajwid dalam bacaan pula tak wajib. Kesimpulannya sekarang,nak jadikannya fardhu kifayah boleh,nak jadikannya fardhu ain pun boleh gak. Fuhh! Maknanya betul jugak la apa yang aku jawab tu. Syukur la aku tak bagi ajaran sesat kat mereka. Dosa besar aku kang. Sobs!

jangan ikut ye adik2 sekalian..itu tak BAEK PUNYER!

Jumaat, 27 Februari 2009

salah tangan???

Aku ponteng sekolah dis day. Alasan? Nak study kat library awam. Sebab next week dah ujian pertama. Mak aku ambik kesempatan suruh aku beli lada kering. Huh! Masa kat bus stop,ada sorang pakcik datang dan duduk sebelah. Pakcik tu tengok aku,aku senyum. Tanda hormat. Kemudian, pakcik tu tanya:

“nak pergi bandar?”
“em2.” Jawab ku ringkas.
“Nak pergi kerja?”
“takla,belajar lagi pakcik. Nak pergi library ni.”

Aku tengok pakcik tu gelak sket. Aku tak tau mana yang kelakarnya. Mebi pakcik tu terasa bodoh tanya soklan tu. Terang2 aku bawa buku..lagi mau tanya.

(anyway,aku tak tau berapa ramai dah yang terserempak dengan aku tanya soklan “nak pergi kerja?” kat aku. Nampak aku ni macam orang dah kerja ke?? Ke sebab diorang selalu sangat nampak muka aku kat bandar.?Macam orang tak sekolah. Huhuhu!)


Kat library hari ni tak banyak orang. Yela,kan waktu sekolah. Aku yang tak sekolah ni pun ambik meja depan. Senang nak cari buku. Aku perasan sepanjang aku duk sana, ada dua budak cina ni asyik sangat cari buku. Kat bahagian buku2 agama pulak tu. Nak masok islam ke? Tengah layan buat nota,ada budak cina laki datang kat aku. Hmmmm! Cutenyaaaaa! Dia duduk semacam berlutut sebelah aku. Erk,nak melamar aku ke ne? I terimaaaaaa!! Sepatutnya dia bagi aku cincin. Sebaliknya dia bagi aku buku. Aku tengok,buku tajwid. Oooooo,buku tajwid. Isk! Budak cina tu tanya,ilmu tajwid tu fardhu ain ke fardhu kifayah? Aku mengong jap. Sebab muka aku dah merah. Relax2! Fuhh! Aku jawab la tajwid ni perlu belajar kalo nak baca al-Quran. Aku jawab lagi ianya sebahagian daripada fardhu ain. Aku belasah je sebenarnya. Tapi rasanya betul la apa aku jawab. Tak belajar tajwid,tak dapat baca ayat al-Quran dengan sempurna. Kan? Kan? Pas budak tu blah, aku rasa ada kepuasan dalam diri. Sebab dapat bantu orang. Huyeh!


Tiba la masa untuk aku balik. Aku naik bas dan ambik seat kat depan sket. Senang nak kuar kang. Kat dalam bas, aku dapat mesej dari my sayang. Dia tak tau aku tak sekolah. Tiap kali aku abes reply mesej dia,aku senyum. Aku perasan budak sebelah aku tengok. Ahh,sudah! Mesti ingat aku gila. Lantak la! Dah nak dekat sampai simpang rumah aku,aku terus tekan lonceng. Masa nak kuar aku hadapi sedikit kesukaran. Satu,banyak sangat benda nak bawak. Buku dan duit tambang kat tangan kanan, payung dan bungkusan lada kering kat tangan kiri. Kedua, ibu jari kaki aku keluar dari area kasut aku yang sepatutnya. So,aku terpele’ot sket. Aku pi kat driver tu nak bagi tambang bas. Tapi masa tu aku hengat nak masukkan semula ibu jari kaki aku tu jek. Aku pelik kenapa driver ni tak ambik duit yang aku hulur kat dia. Rupa2nya,aku salah hulur tangan. Yang aku bagi kat dia bungkusan lada kering. Mana dia nak ambik. Wakakakaka! Aku maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Khamis, 26 Februari 2009

i"m weird????????

Aku tau ada makhluk tuhan yang pernah dekat dan mengenali aku merasakan diriku ini pelik. Mereka tak pernah cakap kat aku, tapi aku dapat menangkapnya. Ni antara perlakuan pelik aku yang aku sendiri rasa pelik gak kadang-kadang:


Suka berseorangan.


Mak aku selalu pergi Brunei sebab ayah kerja sana. So,aku sering kena dump duk rumah sorang2 jadi penunggu. Kalo orang lain dalam keadaan ni mesti rasa best kan. Dapat kuar bebas la. Pi pub clubbing,pkai seksi2,buat parti,kuar tengah malam,tertonggek2 jadi minah rempit dan tak kurang jugak ada yang mengambil kesempatan ni bawa budak laki aka bf masuk rumah. Pehh! Best tu. Gila tak best. Tapi bila perut bulat pandai2 la sendirik. Tapi aku tak macam tu. Dulu pernah la aku buat. Aku ambik peluang tu kuar rumah jalan2 waktu malam. Pastu aku tak buat dah. Sebab aku rasa bersalah kat mak bapak aku…(kes kuar tak mintak izin). Korang kena paham la, budak baik kalo buat salah mesti rasa tak kena kan.. macam haku. Hukhuk! Mak aku akan tinggalkan aku paling2 lama pun 3 minggu. Bila aku beritahu hal ni kat kawan2, ramai yang mengajak aku tinggal rumah mereka, pergi jalan2,tengok band,pi pub la. Tapi aku reject! Di sini orang buat anggapan yang aku ni anti-sosial dan tak suka bercampur dengan orang, tak suka hiburan dan membosankan. What a jerk!


Senyum dan gelak.


Aku perasan hal ni setiap kali aku duduk bersama sekumpulan orang2 yang rancak bergosip x hengat donia. Hinggalah pada satu ketika mereka buat kelakar. Aku yang duduk sebelah khusyuk dengar cerita mereka pun ikut la ketawa. Tapi aku tak la ketawa sampai kuar anak tekak. Biasa2 jek. Aku kaver2 la sket. Agak2 la kan. Kalo macam tu dah lama la aku kena penampo. So, bila dah aku gelak mereka macam heran kenapa aku ikut gelak sama. Padahal aku bukan join cerita mereka tu. Isk! Dah mereka buat kelakar,mestilah aku gelak. Aku ni jenis yang mudah ketawa. Dengar je lawak yang aku rasa lucu aku gelak la. Paling tak pun aku senyum jek. Satu lagi masa haku tinggal sorang. Ada yang perasan aku gelak sorang2 kat rumah. Yela,dah aku tengok cerita kelakar kat tv,takkan aku nak nanges pulak! Gila ke hape. Lagipun bila aku gelak,aku dapat buang rasa kesunyian aku. Lain orang lain la caranya. Pelik ke tu?


Bercakap dengan binatang.








Haha! Ni selalunya jiran2 aku yang nampak. Aku bercakap dengan kuceng. Aku pun tak tau. Tapi aku suka cakap dengan kuceng jiran aku ni. Sampai la sekarang ni kuceng tu makin kerap bertandang ke rumah. Satu hari, jiran sebelah dengar aku semacam cakap dengan seseorang. Walhal aku tinggal sorang kat rumah tu…(ni mesti kes syak aku bawak laki masuk rumah ni). Jadi dia pun tanya. Aku jawab aku cakap dengan kuceng. Aku tengok dia tersenyum dan terus blah. Aku bukan setakat cakap dengan kuceng saja. Dengan binatang lain pun ye gak. Macam semut. Aku pesan kat semut tu, “Ko jangan nak jalan sini. Kang aku simbah ko dengan air!” pastu aku letak tangan aku suruh dia naik. Bila dia dah naik aku pindahkan dia ke tempat selamat untuk dia jalan. Nampak betul gila bukan? Tapi bagi aku, binatang ni makhluk tuhan yang bukan setakat kita perlu jaga,beri makan minum dan tempat berlindung. Ada masanya kita perlu berkomunikasi dengan mereka. Siapa tahu, di akhirat kelak mereka bantu kita masuk syurga?


Rabu, 25 Februari 2009

hari bosan... penat....

Aloha!
Kat klas hari ni bosan siot! Sebenarnya hari2 pun bosan kat smk lajau buat aku. Tak tau kenapa aku rasa tak boleh blah kat sana. Walaupon cekgu2 kat sana baik sangat dan agak supporting. Cuma perangai malas aku yang menggila sering datang menguasaiku bila aku sekolah. Aku tak boleh nak tumpu sangat. Asek ngantok. Mungkin sebab aku tak cukup tido. Tiap kali pun tido tak lebey 4 jam. Mana nak cukop. Hari ni hari rabu. Secara resminya ianya adalah hari kokum semalaysia. Minggu ni ada pemilihan masuk kelab persatuan. Aku tak tahu nak masuk mana. Bab kokum memang aku tak ambik port. So, aku nak ikut je la apa je kawan aku pilih. Berikut adalah antara dialog yang berlaku antara aku dan kawan aku tu.

Aku: ko nak masuk mana,moi?
Kawan aku: *senyum jek.

Selepas abes kemasukan pelajar ke kelab matematik dan sains.

Aku: ko mau masuk kelab mana ni?
Kawan aku: ntahlah..*sambil jungkit bahu.
Aku: kita masuk kelab pengguna la?
Kawan aku: *geleng2 kepala.

Aku diam lagi sambil anak mata aku melihat pelajar2 yang semakin kurang duduk di dataran sekolah. 15 menet kemudian, kelab perpustakaan dilaungkan cekgu jubia. Separuh dari budak kelas aku masuk kelab itu. Aku tengok kawan aku kat sebelah.

Aku: jomlah ikut diorang masuk kelab perpustakaan.
Kawan aku: eh,inda mau la. Ada si mong. Aku inda mau sama ia.

Arrgghhhhh! Aku bagai hilang sabar layan kerenah banyak songeh kawan aku sorang ni. Last2,pilihan yang ada hanya kelab geografi. Kelab yang memegang ahli seramai 17 orang sahaja. Secara automatiknya,kitorang 3 budak fom6 terpaksa pegang jawatan tinggi.


Selasa, 24 Februari 2009

intererst..

alop!


dalam masa sehari,aku update blog dua kali. pehh! nampak eksaited semacam. tiba2 aku nak cerita sal cerita tv yang aku layan sekarang neh. 1st, yang baru saja aku abes tengok sebentar tadi..."boys over flower". kalo korang ikuti or peminat F4,tau la macam mana jalan cerita dia. sama je pun. cuma yang ni versi korea. lagi best rasanya. dia ada tukar2 skit la jalan cerita. tp hero2 dia lagi ganteng2 woh. waduh!





ke2,aku tengok dua rancangan realiti tv iaitu raja lawak & one in million. raja lawak tahun ni agak slow peserta dia. jika dibandingkan dengan peserta tahun sudah. yang aku nampak kelakar tiap minggu cuma kumpulan sepah jek. yang lain hampeh! lagi2 amir tu. *tengok kiri kanan kalo2 ada fans dia...i'm sori! aku suka persembahan sepah masa minggu lawak dengan lagu tu. bak kata samsul, paling MANTOP la. apa2pun raja lawak tahun ni kurang menyengat. harap2,dah dekat nak last ni semua peserta dapat la tunjukkan kebest'an lawak dorang nanti.


ni logo one in million betul ke?? erkk!






lain pula cerita one in million. peserta2 yang shafinaz selamat dan paul moss (selaku juri) pilih semua gempak beb. masa 1st persembahan diorang rasa exsaited je nak tengok. suara tak payah cakap la. best sangat2! masing2 punya aura tersendiri. rasanya tahun ni nak support nine,esther & amelya la. undi?? jangan harap le. huahua!

tulisan pertama haku..

asslamualaikum wbt....


hei guys! this is my 1st blog. fuhh! merasa jugak aku buat blog ni. dulu aku asek tengok aje blog orang. baru sekarang dapat nur hidayah untuk membuatnya jugak. kes ketinggalan zaman la ni. hakhak! kadang-kadang aku tengok blog ni macam satu diari tau. yang membezakannya cuma blog ni menjadi bacaan umum. x kesah orang tu kenal kita ke x. diari yang selalunya di tulis dalam buku tu pulak privacy. sampai nak sorok2 takut orang baca. kalo orang baca marah. kata menceroboh hak peribadi dia. laa,senang2 salahkan orang. sapa suruh tak sorok betul2. macam abg aku ni,dia ada buat diari. dia letak atas meja. aku ni jenis gatal tangan memang aku baca la buku tu. tak nampak papan tanda pun suruh jangan baca. rupa2nya ianya diari. tapi diari tu setengah jalan. maybe abg aku dah malas nak tulis.



contoh diari....

blog ni agak menarik. sebab ianya menarik la aku tertarik nak buat gak. dulu aku pun ada diari,tapi malas pulak nak tulis. ni best sket. tekan2 keypad. tak la berdenyut2 sakit tangan aku. lepas ni aku akan belaja merajinkan diri untuk meng'update blog ini. tujuan aku buka blog ni pun bukan mengharapkan orang membaca tulisan aku. cuma, yela. aku ni kadang-kadang tinggal sorang. bosan dowh! kalo takda keje boleh la aku main benda ni. sebab aku suka mengarang cerita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...