Shoutbox






Jumaat, 27 Februari 2009

salah tangan???

Aku ponteng sekolah dis day. Alasan? Nak study kat library awam. Sebab next week dah ujian pertama. Mak aku ambik kesempatan suruh aku beli lada kering. Huh! Masa kat bus stop,ada sorang pakcik datang dan duduk sebelah. Pakcik tu tengok aku,aku senyum. Tanda hormat. Kemudian, pakcik tu tanya:

“nak pergi bandar?”
“em2.” Jawab ku ringkas.
“Nak pergi kerja?”
“takla,belajar lagi pakcik. Nak pergi library ni.”

Aku tengok pakcik tu gelak sket. Aku tak tau mana yang kelakarnya. Mebi pakcik tu terasa bodoh tanya soklan tu. Terang2 aku bawa buku..lagi mau tanya.

(anyway,aku tak tau berapa ramai dah yang terserempak dengan aku tanya soklan “nak pergi kerja?” kat aku. Nampak aku ni macam orang dah kerja ke?? Ke sebab diorang selalu sangat nampak muka aku kat bandar.?Macam orang tak sekolah. Huhuhu!)


Kat library hari ni tak banyak orang. Yela,kan waktu sekolah. Aku yang tak sekolah ni pun ambik meja depan. Senang nak cari buku. Aku perasan sepanjang aku duk sana, ada dua budak cina ni asyik sangat cari buku. Kat bahagian buku2 agama pulak tu. Nak masok islam ke? Tengah layan buat nota,ada budak cina laki datang kat aku. Hmmmm! Cutenyaaaaa! Dia duduk semacam berlutut sebelah aku. Erk,nak melamar aku ke ne? I terimaaaaaa!! Sepatutnya dia bagi aku cincin. Sebaliknya dia bagi aku buku. Aku tengok,buku tajwid. Oooooo,buku tajwid. Isk! Budak cina tu tanya,ilmu tajwid tu fardhu ain ke fardhu kifayah? Aku mengong jap. Sebab muka aku dah merah. Relax2! Fuhh! Aku jawab la tajwid ni perlu belajar kalo nak baca al-Quran. Aku jawab lagi ianya sebahagian daripada fardhu ain. Aku belasah je sebenarnya. Tapi rasanya betul la apa aku jawab. Tak belajar tajwid,tak dapat baca ayat al-Quran dengan sempurna. Kan? Kan? Pas budak tu blah, aku rasa ada kepuasan dalam diri. Sebab dapat bantu orang. Huyeh!


Tiba la masa untuk aku balik. Aku naik bas dan ambik seat kat depan sket. Senang nak kuar kang. Kat dalam bas, aku dapat mesej dari my sayang. Dia tak tau aku tak sekolah. Tiap kali aku abes reply mesej dia,aku senyum. Aku perasan budak sebelah aku tengok. Ahh,sudah! Mesti ingat aku gila. Lantak la! Dah nak dekat sampai simpang rumah aku,aku terus tekan lonceng. Masa nak kuar aku hadapi sedikit kesukaran. Satu,banyak sangat benda nak bawak. Buku dan duit tambang kat tangan kanan, payung dan bungkusan lada kering kat tangan kiri. Kedua, ibu jari kaki aku keluar dari area kasut aku yang sepatutnya. So,aku terpele’ot sket. Aku pi kat driver tu nak bagi tambang bas. Tapi masa tu aku hengat nak masukkan semula ibu jari kaki aku tu jek. Aku pelik kenapa driver ni tak ambik duit yang aku hulur kat dia. Rupa2nya,aku salah hulur tangan. Yang aku bagi kat dia bungkusan lada kering. Mana dia nak ambik. Wakakakaka! Aku maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...