Shoutbox






Ahad, 17 Mei 2009

exam lagi

Minggu exam bermula lagi. Nampaknya buat masa sekarang aku tak dan nak post hape2 kat cni. Pokus utk exam. Biar sampai tumbuh kulat, cendawan ke lumut dalam blog aku ni dulu.

siyes sebenarnye aku takde mende nak cite ni.. just nak update blog aje.. nnt kalo ade ape2 yg best utk diceritakan lepas exam.. akan aku tepek kt sini..


farewell, adios!

orientasi lower 6

Budak lower 6 daftar minggu ni. Maka bermulalah sesi orientasi selama 4 ari. Start ari selasa sampai jumaat. Ni la saat yg dinanti2 kan. muhahaha! Ari pertama orientasi aku tgk… fulamak,banyak jugak ni. Kalo nak dibandingkan tahun kitorang yg upper 6 ni dulu, memang banyak lg laa tahun ni punya kemasukan. Aku sebagai pempuan yg ada naluri kewanitaan mula men’detect mana2 adik2 yg emsem2. Heh,buley tahan gak junior2 aku tahun ni. Kebanyakannya badan beso2. Taf2 jew. Ahak!
Masa ari pertama, abang emran’ memulakan tugasnya sebagai mc masa tu. Bagi aku dia ni mmg pandai handle bab ni. Tapi sayangnya dia jadi mc kejap aje sebab dia ada hal. So diganti la pulak dgn yusri. Isk! Aku mmg tak gemar sgt bila dia ni jd mc. Spoil gile! Start dia jd mc sampai abes, aku dengar banyak ketidakpuasatian dan ke’menyampah’an budak2 lower6 tuh.
Saat yg paling aku suka ialah semasa budak2 ni mintak tandatangan daripada kami, upper6. Hik! Best woo buli dorang. Dorang buat aje apa yg kitorang mintak. Nak suruh dorang baring kat tengah jalan ke… suruh dorang jadi orang gile ke… suka ati la kan. masa tu aku tgh sign nama siap2 atas kertas yg di buat khas untuk diberikan kepada yg nak. Aku duk sorang2 je masa tu. Then aku didatangi sekumpulan pempuan. Mereka senyum2, sipu2 cemtuh. Aku pun senyum jugak. Sebab dah tau apa agenda dorang.
“akak, akak ni kiut la. “ aku senyum jek. “akak kalo senyum tambah kiut.” Kata member yg satu lagi. “ye kak. Dari tadi kami perhatikan akak. Akak kan fesi kumpulan kami. Kami tgk akak senyum2 aja. Kiut!” Amboi, budak2 ni. Kemain kipas aku lagik. Ingat puji2 tuh aku nak bagi percuma.! (tapi ske jugak kena puji cemtuh, haha) aku suruh la mereka buat satu pantun tentang aku sebagai tugasan. Dah puji baek punyer tadi kan. ha, puji la lagi. Dorang dah mula terkial2 nak cipta pantun hape. Sebab aku kata kalo lambat aku nak blah. Bila dah kata macam tu, berebut2 la dorang nak jd 1st candidate. Mereka yg mintak ni ada 6 orang. Jadi pantun yg dicipta semuanyalah pujian belaka. Alahai, rasa nak terbang di awan biru kejap. Melayang-layang je aku bila kena puji beberapa das.
Selesai layan 6 orang tu, ada lagi yg datang. Isk! Dorang neh. Beriye sungguh. Aku suruh je la dorang nyanyi sambil buat gaya artis yg dorang nyanyi tu. Nyanyi sampai aku rasa puas ati. Kalo tak, aku tak bagi le. Macam2 karenah aku tengok sepanjang sesi ni. Dapat tengok dorang buat shuffle, joget2, jd gigolo, mat rempit…jd ultramen. Walaupun ada sebahagiannya tak memberikan komitmen yg bagus… bila dah jadi macam tu. Apa lagi, denda ah. Apa2pun, thanx buat junior2ku sekalian sebab memberi keseronokan kepada kami sblom hadapi exam nxt week. peace!

Isnin, 11 Mei 2009

lebiu ma!



Sempena ari ibu… nak cite la pasal ibu aku. My mama. Hehe! Mama yg ku kenali selama 19 tahun ni adalah seorang mama yg sabar, tabah, cekal, dan kuat. Mengikut sumber yg dipercayai, sewaktu mama masih kecil lg mama dah bekerja sendiri mencari duit. masa budak2 lain pegi sekolah, mama beniaga kuih muih rumah ke rumah… sebab mama tak sekolah pun. Umo mama 14, mama keje kat restoran jd tukang masak. So,tak payah la nak challange masakan mama aku. Sendiri mo ingat la. Umo 14 dah jadi tukang masak tuuuuu….. pastu abah hadir dalam hidup mama. Dan akhirnya kahwin masa mama umo 18. Tahun 1986,abang aku dilahirkan…diikuti rapat oleh akak aku n last one is me. masa kitorang adik beradik masih kecil, mama cari duit mengasuh anak orang. Bila kami dah besar sket, mama mula kerja jadi cleaner di hotel brunei. Masa ni mama sering mengadu sakit2 badan sebab kerja berat. Dah pindah Labuan ni, mama jd cleaner kat sebuah klinik swasta pulak… ntah hape nama klinik tuh. Dah lupa. Pastu mama benti sebab klinik tu bangkrap. Tuan punya klinik tu boleh pulak lari pi china. Dah la tak bayar gaji mama aku. Jaga ko. Aku sumpah2 ko! Cilakak punya doctor. huh! Mama mula pk nak berniaga pisang goreng dan kuih2 lain…. Sekadar yg mampu mama boleh buat. Alhamdulillah… makin hari pendapatan mama baik. Walopun ada yg dengki.. sampai sanggup buat tektik kotor nak buat mama benti beniaga . dorang guna2 mama sampai mama slalu sakit. Tp mama still kuat untuk bekerja. Semua ni tak lain tak bukan… hanya untuk kami bertiga. Jadi, aku bersyukur sangat dilahirkan dari rahim seorang ibu yang baik.. terima kasih mama. por eberiting u did por me…por us. Muahhh!

sekadar luahan

Aku lupa bawa hanset bila kuar,
Then balik lambat pulak
Sebab kawan aku tak dan nak balik lg,
Masih nak tgk sapel kat pc tuh,
Nak je cakap suh dia bawak aje pc keling tu balik rumah,
Tp biarlah
Dia kan takde computer kat rumah,
Kat cc la tmpat tuk lepas gian.
Lgpun spnjg b’kwn,
dia byk bersabar dgn aku yg byk karenah ni
Sekali sekala aku pulak yg sabar dgn dia
Lgpun dia la kawan baik aku yg tggal
Kwn tmpt meluahkan masalah
Aku dah anggap dia mcm kluarga
Yg lain dah blah pi semenanjung
Pas balik,
Dpt msg dan mizkol yg byk
Dr dia
Aku kena marah
Tak kot..
Mungkin geram aje
Mebi dia ingat aku sje xnk reply msej dia
Aku explain kat dia
Dan tanya kenapa marah aku
Dia kata
Dia tak marah
Cuma risau sesangat
Dia rasa macam gila je
Dah banyak kali dah
Aku buat dia rasa macam tu
Katanya..
Dia tak tau
Aku ari2 macam org gile
Org bodoh
Org bebal
Org otak bingai
Org cengeng
Org hilang akal
Org jiwa kacau
Bila dia kerja
Aku risaukan dia
Bila dia pi kedai
Aku risaukan dia
Bila dia kuar dgn kawan2
Aku risaukan dia
Bila dia tak mesej
Aku risaukan dia
Bila dia sakit
Aku risaukan dia
Bila dia sedih
Aku risaukan dia
Mungkin aku terlalu pk pasal dia ni
Terlalu pk apa yg sdg dia buat
Keadaan dia
Di mana2 saja
Di rumah,
Di luar,
Di sekolah,
Masa boring dengar cekgu membebel kat depan
Aku tulis nama dia atas kertas
Atas buku
Atas meja
Kadang2 tu aku lukis orang
Aku lukis la orang pakai cermin mata
Rambut belah tepi
Dah siap aku senyum jek
Sebab rasa puas
Dan rindu aku makin tebal
Makin kuat
Makin dalam
So aku tau perasaan dia masa tu
Dan aku hepi dan senang
dia risaukan aku
Terima kasih sayang…

Jumaat, 8 Mei 2009

suka duka


Hari ni aku baca blog kawan aku…
Baca punya baca,
aku dapat tau
akhirnya
dia dah dapat jumpa dia nya buah ati
yg di kenal kat ym..
dorg pi jalan2..
siap jumpa fmly lg
pehh!
bila baca
aku rasa
Aku pun nak..
Nak jumpa'dia'..
sgt2..:’(

update lagi

Hari yg memenatkan bulan ini. Bravo! Balik lambat bkn sbb ada kokum. Tp ada sesi ceramah melentur buluh dari pak ustaz. Semua bdk pmr,spm dan stpm terlibat. Mmg nak sgt dtg ceramah ni kerna penceramah itu. Best! Tak boring. Gelak bnyak ada. Aku mmg suka dgn ustaz ni. Sejak aku fom1 lg. tau aje beliau nak dtg bg ceramah msti aku menghadirkan diri ke skolah. ceramah tersebut dibuat di bilik galeri. Untuk makluman, bilik galeri ini panas ye. Ada kipas aje ye. Aircond takde ye. Jadi berpeluh2 la sekalian budak yg duduk dalam bilik tu. Aku tak rasa sgt laa. Aku kan org beriman….(duduk betul2 bawah kipas..mmg le tak panas)

Sebelom balik, ktorang kena bg air kotak free. Bab2 free ni mmg aku tak nak tggal. Musti mau ambik punye! Sampai aje kat pondok, adik2 tu cakap makcik bas dah tinggalkan ktorang. Yela, suruh jemput kul 4.30…sesi tu abeh kul 4.37. campo lg masa tggu turn nak ambik air kotak. Mmg lmbat la. Terpaksa tahan bas mini. Bas pulak buat hal. Masa org nak la dia tak hade. Dah lah letey, dapat bonus lg. (‘panas!’) huh! Tp tak kisah la. Asalkan aku sampai rumah.

Sampai rumah, aku tgk mama dan abah sibuk kat laman. Bakar tu,bakar ni. Dr jauh aku dah nampak moto baru abg. Pergh! Kaler biru woo. Ailaik! Seperti biasa, benda alah pertama yg aku cari dulu dalam bilik ialah hp. tgk bucok aku tak balik lg. jam dah kul 6 lebey. Adoih! Kepala aku yg tengah berat dek panas bertambah berat lagi bila tau dia blom balik. Kul 7 tu dia reply. Rupanya dia takde kredit. Isk! Pahtu baru aku dapat tido dgn jayanya kul 8. Kul 11 aku bgn pasal aku ada set jam. Masa utk mesej si dia. Tp tujuan sebenar aku set jam sebab ada assignment yg kena aku buat. dah taip… alter2 sikit….tambah2 design sikit… dah siap!

The End... (kompem haku tgh tido masa menaip post ni)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...