Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label update aje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label update aje. Papar semua catatan

Khamis, 30 Ogos 2012

lukisan hidup

tengok lukisan lukisan kat bawah ni. nampak hidup kan? cool giler. gerenti aku takkan letak gambar macam ni kat dalam rumah. serammm.

note: gambar ke-2 agak 18sx, budak bawah umo sila tutup mata.









pelukis dia Omar Ortiz. dia lukis gambar naked sebenarnya. kalau nak tengok lukisan telanjang bugel beliau sile KLIK SINI


Rabu, 8 Ogos 2012

me drive like crazy



pertama kali drive di laluan sebenar.. i mean di laluan luar dari tempat biasa aku belajar.. i mean di jalan highway yang besar. konon dah terel la kan. abah pun cam yakin jek aku boleh bawak. mungkin melihat air mukaku seperti setenang air di muara, padahal dalam hati kemain lagi gabra. oit oitt, aku belum redi. tapi still rasa perlu cabar diri. nak tau mampu ke tak. mampu la sangat kannnnnnn. keh keh keh. masa memula start enjin rasa ok lagi. alahh, perkara mudah. selalu buat masa belajar. undur.. ok, cantekkk. jalan semeter dua mati enjin. jalan lagi ke depan sikit once  more mati enjin. damn! bukan perkara baik. tapi teruskan jugak. sampailah dekat nak keluar simpang, nak masuk highway.. kereta banyak tak putus putus.. berdesup laju.. terus rasa seram sejuk. abah pun kejap suruh i kuar kejap kata jangan dulu. ahhhh, tension. abah kata kalau betul betul nak keluar kena bertindak cepat. jangan ragu-ragu. ok,aku yakinkan diri. tekan clutch tekan minyak. jalannnn. tapi dengar abah jerit suruh berenti. sebab kereta dah makan jalan. hampir hampir jugak kereta orang nak langgar. kan higway. abah suruh undur cepat. nasib baik belakang takda kereta. muhahahaha. tapi insiden tu buat aku tambah teruja pulak. bagitau abah nak drive lagi. nak drive nak drive! abah just bagi drive di laluan yang lurus sebab kata aku tak pandai kawal stereng lagi. huh?? pelik macam mana boleh lulus. ahh, pedulikan. biar tak pandai. tak pandai boleh terus belajar sampai pandai. yang penting lesen dah hade. aku bangga. hohh hehh. 


Rabu, 25 Julai 2012

awesome HOT video. aummmm.




p/s:  lakonan hebat dan sengal. made my day. kah kah kah. but this is really an awesome video.



Jumaat, 17 Februari 2012

3 dalam 1




selasa lepas, pi outing dengan my bff. seronoknya dapat lepak dengan beliau. dari kul 10.. tak sedar sampai ke petang. padahal just duduk lepak kat shopping kompleks, tengok orang lalu lalang sambil tayang gigi. lepak makan kfc dekat dua jam. daripada kedai tu tak ramai orang sampai la penuh orang duduk. sebab dah masuk waktu lunch. huehue. . kalo dengan kawan lain tak selama tu agaknya jalan. banyak perkara kitorang sembangkan. pasal study, pasal rakan-rakan lama.. cikgu-cikgu yang penah ngajar. semuanya mengimbas memori lama zaman persekolahan. dan dengan dia jugalah saja tempat aku luahkan apa sebenar benar aku rasa pasal bobet. dia pendengar yang baik, dan selalu bagi pendapat yang baik. sebab tu aku selalu luahkan pada dia. bila dia balik sini saja aku dapat luahkan. mean, 2 tahun sekali. ahakk. i will gonna miss you my dear.






tadi pagi, aku bangun lambat lagi. damn! patutnya aku balas mesej bobet pagi tu. buat malu btul. tak sedar tido semola. arghhhh! bangun tadi bagaikan kena kejutan elektrik, mata celik luas. terus cari hanset nak tengok jam. rupanya hanset kat belakang, aku hempap. patutla belakang aku sakit. ciss cisss!!! mesti bobet ingat aku selalu bangun lewat. huwaaaaaaaaaaaaaa!!! padahal baru 3 ari ni aku asyik TERbangun lambat. and i dont know why. sobb sobb.. dah jatuh saham. sobb sobbb....  -_-"






masa beranjak dengan pantas... pejam celik pejam cilik, nak abis dah cuti aku. huhu! apepun, pas dapat result tadi, timbul dah semangat. dapat result baik, mana taknya. muehehehehe. alhamdulillah, tercapai lagi target untuk sem ni. selama ni study main ala kadar. last minit. hahaha. sebab bagi aku, study last minit, result aku still baik. still lulus. walopun tak gempak. sem ni buat kajian sendiri, apa lainnya study last minit dengan study awal? takda lah awal mana. nak dekat exam tu jugak aku belajar. sebab awal awal sangat sibuk dengan assignment. seriously, too busy. dapat jadual exam, rancang jadual belajar sendiri. perancangan jadual masa ni sangat penting sebenarnya untuk student. amalan buat jadual memang dari dulu lagi aku amalkan. mebi tu yang membantu result baik kut. hukhuk. tak sia-sia belajar sungguh-sungguh. siap sakit lagi. rakan-rakan lain pun tengok ada yang demam gak. huhuhu. hope result dorang pun best gak. benarlah kata pepatah arab.. man jadda wa jadda, sapa yang berusaha pasti dapat hasilnya. tak dapat banyak, mesti dapat ckit. kalo tak nampak sekarang, mungkin akan datang. thanx pada rakan- rakan yang membantu bagi soalan sem-sem lepas. tak sangka banyak keluar. rasanya result dorang mesti lebey gempak, sebab dorang dah tanya pensyarah awal-awal. aku cari jawapan sendiri. sebab dapat pun masa minggu exam. aku puas hati dengan apa yang aku dapat. sekali lagi, alhamdulillah. moga sem 4 ni dapat yang lebih baik. anugerah dekan sentiasa jadi impian.  




Isnin, 9 Januari 2012

ujian ketika final exam

berita sedih. laptop kena repair. ni pinjam laptop member jap. sebab now beliau duk rumah uncle dia. so untuk beberapa hari.. oh,tidak. mungkin makan masa minggu-minggu.. tak dapat la main tenet. huwaaaaaaaa..!!!! nevermind lah.. lagipun sekarang musim exam. so mebi boleh buat aku more fokus tuk membaca. tsk tsk tsk. *fikir apa nak buat sepanjang lappy tak ada. terpaksa la depend pada henpon selaid. hinsss.



seminggu sebelum exam.. agak kemas cket.



my lappy.. T_T






sehari sebelum exam.. muhahahaha! gempa bumi melanda mejaku.




satu lagi problem.. tengah jalan kaki pi dewan peperiksaaan tadi, sandle aku sebelah kiri putus. aritu sebelah kanan. nak jugak dua-dua putus. sehati sejiwa giteww. haihh.. kena jahit la gamaknya. nak beli baru tak mampu. selagi boleh diselamatkan aku akan selamatkan. jimat pun jimat.





sandle sebelah kanan. aku jahit ikut suka hati nanti mati. payah nak jahit mende alah ni. sampai patah jarum dibuatnya. err,ni sandle lelaki. sebab aku selesa pakai. tak main la high heel bagai. pakai baju kurung pun pakai sandle ni. kelakar. mana ada aku kasut lain. ni je la satu satu yang berjasa sepanjang sem 3 ni. nanti nanti je la aku jadi feminin. ok, chow~ lain tahun update. bagi laluan sang labah-labah membuat sarangnya kat cni.


Khamis, 29 Disember 2011

i miss you damn much


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tiba tiba kebulur KFC. macam dah lama tak makan walaupun minggu lepas ada makan dah. KFC antara makanan peberet. kalau kawan-kawan mintak teman jalan, dia orang akan rasuah aku dengan KFC. cite pasal KFC sekarang ni pun buat aku tertelan-telan air liur. gila. sebab bajet tak mengizinkan *sedar diri dah mesken* maka ku pasrah. rela kempunan. *geget2 bantal tak puas ati* sobsss. takpa, tunggu selepas abis exam nanti. tu pun kalau ada belen duit. tadi teman kawan jap shoping barang keperluan dok jeling2 saja KFC kat situ. huwaaaaaa.....! goodbye my lover... goodbye my fren... *lagu james blunt berkumandang...




memori pas makan kfc aritu. perut kenyang muka pun ada senyum. kaver perut muncet.


Sabtu, 2 Julai 2011

senyum nampak gusi


debaran hilang.. hati lapang.. ana telah lulus ujian undang-undang jpj lah.. yahuuu! mati-mati ana ingat soalan dia susah.. sampai bengkak mata ana baca itu buku... sebab ana baru baca itu buku semalamlah.. dah memang pe'el ana lah baca last minit.. baru boleh ingat.. kalau tidak ana lupa lah lupa lah.. ana dapat 44/50.. syukur pada Tuhan.. syukur pada Tuhan.. ana ingat sudah gagal lah tadi.. ada beberapa soalan ana hentam.. ana fikir punya fikir tapi jawapan tiada mari.. ana banyak abis masa cek itu soalan.. tapi takut mau tukar itu jawapanlah.. sangat-sangat tidak yakinlah.. kalau ana fail nanti fulus banyak keluaarlah.. bikin susah mak bafak ana.. tapi nasib ana banyak baiklah.. syukran to ana punya umi dan ana punya habibi Bobet selalu bagi ana doa dan supportlah.. ana sayang sama umi dan ana punya habibi..


mental state: poor

Jumaat, 3 Disember 2010

punyaaa malassss!

tenung-tenung blog sendiri,
mata meliar ke kanan ke kiri,
eh,apa yang pelik ni?

>Disember
>Oktober
>May

aik,dis year 3 bulan ni aje aku ada update??
nampak benau malas..
ahakhakhak!

Isnin, 20 Julai 2009

may be or possible?


Uhh! At last! Dapat gak aku makam asam boi. Yummy! Mmg dah lama sgt aku tak pekena asam nie. Bukan aku suka makan. Mama pun tak galak aku makan atas factor kesihatan. Since sejak demam semenggu nie aku tiba2 nak makan asam-asaman. Demam buat selera makan aku kurang. Sebab tu ah kena makan asam boi. Mintak mama belikan,beli satu je…tapi 3 aku dapat. Ha, ambik kau. Nak sangat. Dah la next week nak exam. Aku boleh pulak makan asam. Memang berani mati. Hmm,skrg terasa nak makan durian pulak. Huhuhuhu! Apapun, exam kali ni aku agak bersedia berbanding exam sebelom2 ni. Aku pasti boleh buat! Yeah!

Dah lama tak pegi outing… especially dgn kawan aku yg sorg tu. Punya la payah nak jumpa dia. Banyak kali aku ajak dia kuar. Sampai sekarang tak dapat2 lagi outing dgn dia. Banyak cite yg aku nak kongsi kat dia. Nak sms, kadang2 je balas. Dah la guna maxis. Lagi la berat ati dia nak reply mesej haku. Haih! Jangan sampai aku buat tindakan zalim kang. Kali ni kalao tak boleh jugak memang nak kena la! Grr! Actually, I miss her soo much. All of them.. kawan yg aku tak brapa concern sgt yg perihatin dgn aku,tanya kabar,tnya study,life.. I know,masing2 ada tanggungjawab, busy dgn study, ada kawan2 baru…tapi tak boleh ke send 1 mesej untuk gembirakan ati seorang kawan? ye,kawan2 baru. Mungkin tu la masalahnya.. aku taknak tunding jari pada siapa2. Aku taknak buat spekulasi sendiri. Mungkin aku juga salah. Maaf.

Ahad, 28 Jun 2009

aku dah bosannn!


Aku tak tahan lagi. Dekat 2 tahun aku dah bersama dia. Aku malas nak bersama dia dah. Sebenarnya rancang sebelum besday aku ni aku nak putuskan dia. Sekarang ni dah lepas pun besday aku. Sebenarnya aku rimas. Bosan! Walopun dia banyak ajar ku erti kesabaran, dan sebagainya. Dia kadang2 buat aku hepi, buat aku rasa teruja… seronok… bahagia. tapi perangai dia tu menjengkelkan. Asyik nak kena jaga dia. Nak kena ambil tahu. Nak kena belai2 slalu.. kalo tak layan mula la buat hal . Mula la sakitkan ati aku. Aku juga yang kena mengalah. Asyik aku yang puaskan keinginan dia. Permintaan dia.. Dia? Huh! Still macam tu jugak. Dia buat aku rasa tertunggu2. Aku betul2 bosan dah! Tapi aku takut buat keputusan yang salah. Aku takut menyesal bila dah buatnya. Kang musti aku rindu. Dan mula mahukannya semula. Arghh! Susahnyaaaaaa….. apa nak buat ni???!! takkan aku nak simpan rambut ni lagiii! Nak potong pendek laa!!!!!!

Selasa, 9 Jun 2009

update again




Hari tu akak aku banyak sgt cite pasal life dia kat sabah. Aku ni buat je la tugas aku.. jd pendengar yg tak berbayar. Dia bagi tengok gambar2 dia kat laptop. Banyak… banyak gambar kenangan bersama kawan2 dia semasa betugas di kg2 sekitar sabah itu. Ada jugak gambar di mana dorang pi melawat rumah2 kebajikan…. Pi tempat rumah orang tua…. Dan kanak2 istimewa. Kemudian akak aku tunjukkan gambar seseorang kat aku. Sile tgk bawah ni ye..





cuba pokus kat mamat baju putih.. emsem kan? mari kite close up lagi.


emsem bukan? ('gatey') hakhak!

Tapi tahukah anda bahawa dia ni bisu…??? Ye,dia bisu. Itu la yg menjadikannya istimewa. Akak kata kalo jumpa org dia senyum.. sebab tu je yg dapat dia buat. Bukan semua org tau guna bahasa tangan. Siannya… aku mmg tersentuh dgn org cemni. Lebih2 lagi kalo dia gud looking. ye ah! kalo sedap di pandang mesti kite rasa....eiii,nak aje tlg dia ni. lumrah.. lumrah. ahaks! Best kan jd nurse. Dapat jumpa dgn mereka ni semua. Mungkin sebab tu jgk aku teringin nak jd mcm akak aku. jd nurse kite dapat tlg patients.... tlg dia berjalan, berdiri, makan... Aku teringin nak dekati mereka yg istimewa ni. Aku nak tau apa perasan dorang. Dari mereka, mungkin aku akan dapat belaja banyak benda… ttg kekuatan diri, ketabahan,kesabaran…dan sebagainya.

p/s: bila la aku nak dapat keje dlm SPA tu. sobss..

Ahad, 17 Mei 2009

exam lagi

Minggu exam bermula lagi. Nampaknya buat masa sekarang aku tak dan nak post hape2 kat cni. Pokus utk exam. Biar sampai tumbuh kulat, cendawan ke lumut dalam blog aku ni dulu.

siyes sebenarnye aku takde mende nak cite ni.. just nak update blog aje.. nnt kalo ade ape2 yg best utk diceritakan lepas exam.. akan aku tepek kt sini..


farewell, adios!

Jumaat, 8 Mei 2009

update lagi

Hari yg memenatkan bulan ini. Bravo! Balik lambat bkn sbb ada kokum. Tp ada sesi ceramah melentur buluh dari pak ustaz. Semua bdk pmr,spm dan stpm terlibat. Mmg nak sgt dtg ceramah ni kerna penceramah itu. Best! Tak boring. Gelak bnyak ada. Aku mmg suka dgn ustaz ni. Sejak aku fom1 lg. tau aje beliau nak dtg bg ceramah msti aku menghadirkan diri ke skolah. ceramah tersebut dibuat di bilik galeri. Untuk makluman, bilik galeri ini panas ye. Ada kipas aje ye. Aircond takde ye. Jadi berpeluh2 la sekalian budak yg duduk dalam bilik tu. Aku tak rasa sgt laa. Aku kan org beriman….(duduk betul2 bawah kipas..mmg le tak panas)

Sebelom balik, ktorang kena bg air kotak free. Bab2 free ni mmg aku tak nak tggal. Musti mau ambik punye! Sampai aje kat pondok, adik2 tu cakap makcik bas dah tinggalkan ktorang. Yela, suruh jemput kul 4.30…sesi tu abeh kul 4.37. campo lg masa tggu turn nak ambik air kotak. Mmg lmbat la. Terpaksa tahan bas mini. Bas pulak buat hal. Masa org nak la dia tak hade. Dah lah letey, dapat bonus lg. (‘panas!’) huh! Tp tak kisah la. Asalkan aku sampai rumah.

Sampai rumah, aku tgk mama dan abah sibuk kat laman. Bakar tu,bakar ni. Dr jauh aku dah nampak moto baru abg. Pergh! Kaler biru woo. Ailaik! Seperti biasa, benda alah pertama yg aku cari dulu dalam bilik ialah hp. tgk bucok aku tak balik lg. jam dah kul 6 lebey. Adoih! Kepala aku yg tengah berat dek panas bertambah berat lagi bila tau dia blom balik. Kul 7 tu dia reply. Rupanya dia takde kredit. Isk! Pahtu baru aku dapat tido dgn jayanya kul 8. Kul 11 aku bgn pasal aku ada set jam. Masa utk mesej si dia. Tp tujuan sebenar aku set jam sebab ada assignment yg kena aku buat. dah taip… alter2 sikit….tambah2 design sikit… dah siap!

The End... (kompem haku tgh tido masa menaip post ni)

Selasa, 24 Februari 2009

intererst..

alop!


dalam masa sehari,aku update blog dua kali. pehh! nampak eksaited semacam. tiba2 aku nak cerita sal cerita tv yang aku layan sekarang neh. 1st, yang baru saja aku abes tengok sebentar tadi..."boys over flower". kalo korang ikuti or peminat F4,tau la macam mana jalan cerita dia. sama je pun. cuma yang ni versi korea. lagi best rasanya. dia ada tukar2 skit la jalan cerita. tp hero2 dia lagi ganteng2 woh. waduh!





ke2,aku tengok dua rancangan realiti tv iaitu raja lawak & one in million. raja lawak tahun ni agak slow peserta dia. jika dibandingkan dengan peserta tahun sudah. yang aku nampak kelakar tiap minggu cuma kumpulan sepah jek. yang lain hampeh! lagi2 amir tu. *tengok kiri kanan kalo2 ada fans dia...i'm sori! aku suka persembahan sepah masa minggu lawak dengan lagu tu. bak kata samsul, paling MANTOP la. apa2pun raja lawak tahun ni kurang menyengat. harap2,dah dekat nak last ni semua peserta dapat la tunjukkan kebest'an lawak dorang nanti.


ni logo one in million betul ke?? erkk!






lain pula cerita one in million. peserta2 yang shafinaz selamat dan paul moss (selaku juri) pilih semua gempak beb. masa 1st persembahan diorang rasa exsaited je nak tengok. suara tak payah cakap la. best sangat2! masing2 punya aura tersendiri. rasanya tahun ni nak support nine,esther & amelya la. undi?? jangan harap le. huahua!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...