Shoutbox






Jumaat, 17 Februari 2012

3 dalam 1




selasa lepas, pi outing dengan my bff. seronoknya dapat lepak dengan beliau. dari kul 10.. tak sedar sampai ke petang. padahal just duduk lepak kat shopping kompleks, tengok orang lalu lalang sambil tayang gigi. lepak makan kfc dekat dua jam. daripada kedai tu tak ramai orang sampai la penuh orang duduk. sebab dah masuk waktu lunch. huehue. . kalo dengan kawan lain tak selama tu agaknya jalan. banyak perkara kitorang sembangkan. pasal study, pasal rakan-rakan lama.. cikgu-cikgu yang penah ngajar. semuanya mengimbas memori lama zaman persekolahan. dan dengan dia jugalah saja tempat aku luahkan apa sebenar benar aku rasa pasal bobet. dia pendengar yang baik, dan selalu bagi pendapat yang baik. sebab tu aku selalu luahkan pada dia. bila dia balik sini saja aku dapat luahkan. mean, 2 tahun sekali. ahakk. i will gonna miss you my dear.






tadi pagi, aku bangun lambat lagi. damn! patutnya aku balas mesej bobet pagi tu. buat malu btul. tak sedar tido semola. arghhhh! bangun tadi bagaikan kena kejutan elektrik, mata celik luas. terus cari hanset nak tengok jam. rupanya hanset kat belakang, aku hempap. patutla belakang aku sakit. ciss cisss!!! mesti bobet ingat aku selalu bangun lewat. huwaaaaaaaaaaaaaa!!! padahal baru 3 ari ni aku asyik TERbangun lambat. and i dont know why. sobb sobb.. dah jatuh saham. sobb sobbb....  -_-"






masa beranjak dengan pantas... pejam celik pejam cilik, nak abis dah cuti aku. huhu! apepun, pas dapat result tadi, timbul dah semangat. dapat result baik, mana taknya. muehehehehe. alhamdulillah, tercapai lagi target untuk sem ni. selama ni study main ala kadar. last minit. hahaha. sebab bagi aku, study last minit, result aku still baik. still lulus. walopun tak gempak. sem ni buat kajian sendiri, apa lainnya study last minit dengan study awal? takda lah awal mana. nak dekat exam tu jugak aku belajar. sebab awal awal sangat sibuk dengan assignment. seriously, too busy. dapat jadual exam, rancang jadual belajar sendiri. perancangan jadual masa ni sangat penting sebenarnya untuk student. amalan buat jadual memang dari dulu lagi aku amalkan. mebi tu yang membantu result baik kut. hukhuk. tak sia-sia belajar sungguh-sungguh. siap sakit lagi. rakan-rakan lain pun tengok ada yang demam gak. huhuhu. hope result dorang pun best gak. benarlah kata pepatah arab.. man jadda wa jadda, sapa yang berusaha pasti dapat hasilnya. tak dapat banyak, mesti dapat ckit. kalo tak nampak sekarang, mungkin akan datang. thanx pada rakan- rakan yang membantu bagi soalan sem-sem lepas. tak sangka banyak keluar. rasanya result dorang mesti lebey gempak, sebab dorang dah tanya pensyarah awal-awal. aku cari jawapan sendiri. sebab dapat pun masa minggu exam. aku puas hati dengan apa yang aku dapat. sekali lagi, alhamdulillah. moga sem 4 ni dapat yang lebih baik. anugerah dekan sentiasa jadi impian.  




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...