hari khamis lepas, malamnya aku lepak bilik kawan. saja. buang karan. nak borak borak kosong. gusip gusip. auwww. mula-mula tu makan sama. sambil tengok muvi. journey to the centre earth ke tak silap. best. best bila tengok muvi dengan kawan daripada tengok sengsorang. dah abeh layan, bermulanya agenda sembang malam. tapi tang ni la aku tak suka kalau borak dengan dia. mesti boipren dia kacau. koling moling. huhh!! dorang ni sehari kalau tak bergayut tak idop agaknya. just happy for her, sebab boipren dia sekarang better daripada yang dulu. tercapai la hajat dapat laki yang rela di kontrol. kekeke. kelakar pun ada. lelaki yang rela kena kontrol ni biasa manja orangnya kan. kontrol bagi mereka caring. caring maknanya kena sayang. huhu. apa-apa je lah. asal kau bahagia. sebenarnya sekarang aku baru abeh lukis otak manusia. dulu main kira-kira. sekarang ada main lukis lukis lak. pastu ada belajar pasal engineer lagi. sangat variety course ini yer. yang paling menarik subjek sem ni, ada belajar pasal biological psychology. belajar lebih dalam pasal kepala hotak. lecturer kata kitorang boleh jadik doktor otak. betul kaa?? yang penting aku paling berminat dengan subjek tuh. sebab aku suka sains. huehue. lagi yang menarik untuk sem ni, kitorang masuk makmal. yihaaa!!! lecturer kata makmal kat cni adalah yang terbaik. ada lecturer jepun yang datang melawat UMS dulu pun puji. fuhhh. lecturer untuk sem ni pun ok belaka tapi strict dalam hal kehadiran. ok le tu. bagus ada lecturer strict ni. sebab ia mebuatkan kau ada komitment. ajar kau disiplin diri. tengok lecturer aku masa sem 1, garang siut. tak penah aku tinggal kelas. tak berani. tapi aku suka beliau. sebab cakap lepas. jangan berani cari hal. kuar result, dapat A. kah kah. tuu diaa. penangan dapat lecturer garang. hebat tak hebat. kau bayangkan dapat lecturer yang sempoi. kau pun dengan sempoi jugak la tak datang kelas dan lewat datang kelas. aku le tuh. keh keh keh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan