Shoutbox






Khamis, 30 Ogos 2012

lukisan hidup

tengok lukisan lukisan kat bawah ni. nampak hidup kan? cool giler. gerenti aku takkan letak gambar macam ni kat dalam rumah. serammm.

note: gambar ke-2 agak 18sx, budak bawah umo sila tutup mata.









pelukis dia Omar Ortiz. dia lukis gambar naked sebenarnya. kalau nak tengok lukisan telanjang bugel beliau sile KLIK SINI


Selasa, 28 Ogos 2012

ini barulah suami




okayy.. im crying. bukan kerana di sakiti orang.. tapi disebabkan oleh sebuah belog ni. belog seorang suami yang menulis mengenai dirinya dan isteri tercinta. but, isterinya sekarang tengah sakit tenat. kesetiaan si suami menjaga isteri sangat mengharukan. ya Allah, ada ke suami yang macam ni lagi. isteri yang dulunya cantik, kini kurus kering menahan sakit.. si suami tetap setia disisi.. menjaga si isteri dengan penuh kasih.. cintanya tak pernah berubah sekalipun si isteri dalam keadaan begitu. tulisan tulisannya sangat ikhlas dan jelas memaparkan cinta dan sayangnya kepada isterinya yang sakit. dan sangat romantik jugak. sobss sobssss.






lapangkan masa singgah ke belog warkah buat isteri . sangat menyayat hati. sangat memberi pengajaran.  moga kasih sayang pasangan ni kekal hingga ke syurga.



Jumaat, 17 Ogos 2012

wut a wonderful week

yosh!! assalamualaikum rakan blogger. update blog jap sebab nak berkongsi cket. minggu ni rasanya minggu paling bertuah dan menggembirakan aku. sebab apa? sebab empat perkara.



1. my sis datang

actually, tiap kali dia ada aku selalu rasa gembira. my best buddy balik. of course im happy. ada teman nak bergurau. nak berkongsi cerita. nak mengada. nak mintak belanja. kehkeh. 



2. my bro in a relationship

ok,itu yang terpapar di wall fb beliau. kenapa ia boleh jadi hal yang menggembirakan? sebab ada harapan dapat membesarkan keluarga kecik nih. teori: abang kahwin -> dapat kak ipar -> dapat anak buah banyak. so keluarga kitorang akan berkembang. akan meriah. then, ada bahan tuk usik my abang. tak kira di mana, lebih best waktu di meja makan. sebab dia takleh lari. dan lagi, aku tak payah risau pasal langkah bendul. boleh kahwin awal. kahkahkah. ahh, hope hubungan diorang berjalan dengan lancar (just if perempuan tu baik)



3. dapat asrama


                                                   


ingat lagi entry pasal mahasiswa UMS tak dapat penempatan? dan masa tulis entry tu aku masih belum tahu result dapat ke tak. walhal member-member aku ramai yang dah ditendang keluar. tapi minggu ni dapat tau yang permohonan aku diterima. yeahh! btw, hairan jugak, bukan aktif mana pun dengan aktiviti hostel. apa yang member aku ikut, tu yang aku ikut. result aku semester lepas pun menurun. alhamdulillah, itulah yang dinamakan rezeki. murah rezeki di bulan Ramadhan. boleh la berjimat. 



4. dapat hadiah lagi



dapat hadiah dari my bobet. hihihi. hampir 5 tahun bersama inilah pemberian dia yang pertama untuk aku. i mean pemberian dalam bentuk stuff.. great stuff. paling suka bila dia bagi barang kepunyaan dia. love it! nampak keikhlasan. tak lupa, dapat duit raya sekali. kekekekeke.




thank you so much.





hah,itu je. ni entry last. sambung pas raya lak.

Sabtu, 11 Ogos 2012

mahasiswa persoal isu kelayakan penempatan kolej




amacam, macam tajuk berita tak? ark ark ark.. ini isu paling hangat yang melanda mahasiswa mahasiswi UMS terutamanya senior tahun 3. ramai yang diterajang keluar.. berambus.. foot loose.. kasi chance itu adik adik junior duduk hostel lak. senior pepandai la pi cari rumah sewa ke kat luar. serius, ramai giler yang tak puas hati espescially bebudak semenanjung yang datang belajar kat situ. mana nak cari tempat tinggal sementara tunggu rayuan? bagaimana dengan isu pengangkutan? macam mana dengan perbelanjaan? yang menjadikan isu ni tersangatlah hangat apabila pelajar rasa di tipu dan tertipu. pihak pengurusan hostel selama ni sering menekankan bahawa kewujudan mysdp boleh menjamin pelajar untuk mendapat penempatan di sem berikutnya. thats why pelajar sanggup berhabis duit untuk aktif melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak hostel. paling mengejutkan aku, isu ni sampai masuk berita harian doe. aku petik sedikit petikan daripada mahasiswa yang berani ini. 


"Saya kesal dengan situasi sebegini dan pihak pengurusan seharusnya membuat pertimbangan wajar dengan mengutamakan pelajar tahun akhir yang aktif untuk tinggal di kolej kediaman, mengambil kira faktor bebanan tugasan pelajar dengan urusan penyelidikan tesis dan latihan industri.

Kami sangat mengharapkan ihsan pihak pengurusan untuk membenarkan kami tinggal di kolej kediaman kerana lebih mudah untuk membuat penyelidikan di makmal serta perpustakaan. Faktor kewangan juga menjadi masalah kerana kadar rumah sewa di sekitar UMS agak mahal selain sukar mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam."

selanjutnya sile lah klik link di bawah ek.

pelajar tahun akhir ums rayu tinggal di kediaman kolej







disebabkan asakan soalan demi soalan oleh pelajar. pengetua kolej akhirnya muncul dengan memberi beberapa kenyataan dan penjelasan. di bawah ini antaranya:



"Pelajar keliru sistem MySDP. yang tahu pelajar aktif di kolej atau tidak adalah pihak pengurusan kolej bukannya MySDP. Kalau pelajar tak aktif di kolej, tapi aktif aktiviti sekolah dan luar kolej, masuk dalam MySDP, dah tentu ada point jugakan..itu mana dikira untuk penginapan kolej sebab tak ada sumbangan kepada kolej. Inilah masalah kalau MySDP dianggap sebagai kelayakan untuk dapat kolej. MySDP itu tiada kaitan dengan kemudahan penginapan kolej!"


hah,ini pula jawapan salah seorang pelajar:

"my sdp mmg bkn kelayakn, tp, seingat sy selama ini kami di war2kan bhwa mysdp bleh membantu kami mendapatkn kdiaman.. maafkn sy Dr., tetapi sy mahu tau, apa y sy dpt tau, ada kawan sy menyertai bbrape aktiviti d kolej e, ttpi tdak mndpt tmpt.. ada kwn sy, kurg aktif, setahu sy, dia tdak begitu menyertai aktiviti kolej.. so, apakah sebenarnya kriteria y dperlukn utk mndptkn kediaman? boleh tlg jelaskn supaya tidak lg berlaku kekeliruan pd masa akan dtg.."



hmm,setakat ni pengetua kolej belum lagi menjawab soalan. bila soal tak dapat hostel sudah diperjelaskan, isu rayuan pula jadi persoalan. sebab pelajar yang tak dapat hostel kalau boleh mahukan penempatan sebelum kembalinya mereka ke UMS. pelajar keliru dengan procedure yang diminta oleh pihak pengurusan. mereka minta bukti yang mengatakan pelajar aktif dengan aktiviti. sedangkan bukti tu semua pelajar pelajar sudah berikan kepada pihak pengurusan sebelum check out. aduhaii. 


i think pelajar tak perlu begitu merungut dengan hal ni. dan perlu ambil positive view. Sebagai seorang pelajar, kita harus bersedia dengan apa jua kemungkinan. Seperti kena tendang kluar. Kena positif. Kena terima hakikat. Mungkin dengan tiada nya penempatan, pelajar akan lebih menghargai kehidupan sebagai seorang pelajar. Menjadi lebih berjimat cermat dan berdisiplin. dah tahun akhir kan? better dihalau masa tahun akhir daripada dihalau masa tahun sebelumnya. betul tak? tiada siapa yang mahu menyalahkan pihak pengurusan. ini bukan salah mereka. bukan salah pelajar jugak. pelajar bertindak demikian kerana pelajar belum tahu jawapan bagi jalan penyelesaian terhadap major problem ni. where will students live especially semenanjung students when the lectures start? some of us dont have cars to go to ums easily. and we are not that rich to search for rents. Yep. mungkin sesetengah pelajar tidak menghadiri sebarang aktiviti. tetapi sebenarnya itu hak pelajar sama ada mengikuti atau tidak. beberapa pelajar mengorbankan waktu-waktu sibuk mereka untuk pembelajaran bagi mengikuti aktiviti-aktiviti  tetapi masih tidak mendapat sebarang tempat di asrama. perkara itu yang membuat pelajar marah. sekali lagi, itu mungkin bukan salah pihak pengurusan. dalam hal ini mungkin bukan pihak pengurusan saja orang yang memberikan keputusan sama ada kita mendapat asrama atau tidak. and to pihak pengurusan, rasanya problem ni memang sering kali timbul kan. patutnya jalan penyelesaian tu dah ada. anyway, hope semua orang boleh bersabar di bulan Ramadhan yang mulia ini. ah, hope aku pun dapat gak la hostel. kalau tak dapat terima je la wahai hati.


Khamis, 9 Ogos 2012

got free pillow



di malam yang hening dan gelap sepi, pintu rumah aku diketuk bertalu-talu. ohh,siapakah? saspen tul. dah lah ketuk pintu orang tak bagi salam. tapi dengan beraninya bukak jugak. ciss! anak kazen aku rupanya. dah besar panjang tapi tak reti reti bagi salam.*sekeh sekeh kepala* tengok dia bawak bungkusan besar. tanya untuk siapa? dia balas tuk kak mija lah. wahhh, ada present! dah lama tak dapat present! terujaaaa! tapi aritu memang kawan ada kata nak pos. tapi tak sangka secepat ni sampai. dia pos semalam tapi hari ni dah sampai. pehhh. cayalah pos laju. nak dekat raya ni laju pulak korang pos kan kan. anyway, thank you my precious fren, ain . ingat jugak kat kawan baik kau yang lama ni. keh keh keh.. next wik my turn pulak bagi. lagipun besdei dia pun tak lama je lagi. ahahh, jatuh pada hari raya. damn nice! beruntungnya dia sambut raya sambil sambut besdei. haih,bila lah hari jadi aku jadi yang istimewa lak. uhuh.  

Rabu, 8 Ogos 2012

me drive like crazy



pertama kali drive di laluan sebenar.. i mean di laluan luar dari tempat biasa aku belajar.. i mean di jalan highway yang besar. konon dah terel la kan. abah pun cam yakin jek aku boleh bawak. mungkin melihat air mukaku seperti setenang air di muara, padahal dalam hati kemain lagi gabra. oit oitt, aku belum redi. tapi still rasa perlu cabar diri. nak tau mampu ke tak. mampu la sangat kannnnnnn. keh keh keh. masa memula start enjin rasa ok lagi. alahh, perkara mudah. selalu buat masa belajar. undur.. ok, cantekkk. jalan semeter dua mati enjin. jalan lagi ke depan sikit once  more mati enjin. damn! bukan perkara baik. tapi teruskan jugak. sampailah dekat nak keluar simpang, nak masuk highway.. kereta banyak tak putus putus.. berdesup laju.. terus rasa seram sejuk. abah pun kejap suruh i kuar kejap kata jangan dulu. ahhhh, tension. abah kata kalau betul betul nak keluar kena bertindak cepat. jangan ragu-ragu. ok,aku yakinkan diri. tekan clutch tekan minyak. jalannnn. tapi dengar abah jerit suruh berenti. sebab kereta dah makan jalan. hampir hampir jugak kereta orang nak langgar. kan higway. abah suruh undur cepat. nasib baik belakang takda kereta. muhahahaha. tapi insiden tu buat aku tambah teruja pulak. bagitau abah nak drive lagi. nak drive nak drive! abah just bagi drive di laluan yang lurus sebab kata aku tak pandai kawal stereng lagi. huh?? pelik macam mana boleh lulus. ahh, pedulikan. biar tak pandai. tak pandai boleh terus belajar sampai pandai. yang penting lesen dah hade. aku bangga. hohh hehh. 


Jumaat, 3 Ogos 2012

at last



alhamdulillah,akhirnya lulus gak ujian JPJ lepas 2 times gagal. terel tak? huhuhu. rasa bersyukur sangat akhirnya boleh lulus. semua gara-gara tiga penjuru. kitorang gelarkan simpang keramat. sebab ramai tul calon kandas kat situ. setelah diteliti, tempat parking tu memang kecik. kalo kancil mungkin boleh senang masuk dan undur. tapi tu la cabarannya. betul tak?





gagal pertama kali masa tu memang boleh handle lagi. but for the 2nd time, rasa down giler. nasib baik bobet ada. dia la yang menenangkan aku. sebenarnya disebalik rasa down tu, ada lagi satu rahsia yang aku simpan. tindakan dan pilihan yang aku buat membebankan perasaan. dan itu aku hanya kongsi dengan seorang rakan yang baik. i lie to my mum. kata dah lulus. teruk kan? aku cuma taknak my mum berhabis duit lagi semata-mata tuk bayar denda gagal test JPJ. semata-mata tuk itu saja. denda tu bukan sikit. banyak. dan tu buat aku rasa salah. aku tau kalau aku bagitau aku gagal lagi, mesti my mum akan bagi lagi duit. kalau aku gagal lagi mesti mama dan abah susah hati lagi. then aku terpaksa ambil risiko sendiri. keluar duit sendiri tuk bayar yuran. dan tanam kepercayaan tinggi untuk lulus test JPJ yang ketiga. mesti lulus! aku tak bagitau bobet bimbang dia marah lak. mesti dia tak setuju. huhuhu. but alhamdulillah, Allah kabulkan doa dan lulus. pegawai JPJ pada masa tu pun baik sangat. masa hantar borang ke pegawai di pondok, siap bagitau tips lagi. sebab nak tengok aku lulus. thanks abang abang JPJ. kekekekke.







hah,dan lagi satu. aku bersyukur dapat pengajar yang baik. ada dua orang pengajar yang ajar aku. hahahaha. lembab kan. tak pandai pandai. sampai dua cekgu tuuu. thanks pada uncle foon sebab selalu bersabar. dan uncle joshua yang sudi tuk ajar tiga penjuru. ajaran uncle joshua memang berkesan. walaupun kekadang rasa tak selesa sikit dengan dia. panggil aku darling bagai. sambil dia berceloteh tangan dia kekadang sentuh tangan aku. naseb baik tengah aku pegang stereng. kalau tak dah lama aku silat cekak kan tengkuk beliau. hinsssss. but i know dia just main-main. dan mungkin tu kebiasaan dia. ramai jugak yang lulus aritu. tu buat aku lagi bertambah gembira. sedih bila kakak-kakak seperjuangan aku tak dapat lulus. mereka selalu beri semangat walaupun dorang pun sama gagal. kekekkekeke. nikmat bila gagal, dapat kawan-kawan baru yang baik. i miss uolsss.



Khamis, 2 Ogos 2012

bila tunang ex datang menyapa

semenjak 2 bulan lamanya tak hap date status fb di wall sendirik, akhirnya semalam aku melakukannya *touched* uhhh! saje nak kongsi rasa gembira dengan kengkawan.. but 1st yang mengomen ialah stranger... no,dia tunang ex aku. totally stranger.. apa kes ni, mau cari gaduh ka?







hahahaha.. dah tentu la tidak. hanya ucapan tahniah. walaupun rasa pelik sebab selama ni tak penah datang komen. dan tak penah saling kenal . masa dia add dulu taktau pun dia tu gf bekas aku. lepas gambar dorang bertunang bertebaran di wall beliau baru tau. ark ark ark.. tapi takda beza pun kalau dia gf or tunang of my bekas bekas. selalu bila bukak fb memang aku offline chat. ianya mengganggu dan kekadang meng'anoying'kan. baru terdetik nak offline fb satu mesej datang menyinggah di inbox. tengok dia yang mesej. hmm,ada apa ya. 







tak pasal pasal kena soal siasat.. hahahahaha. dia tanya dengan baik, jadi aku layan dengan lebih baik. jadi selama ni dia memang dah tau yang aku bekas gf tunang dia. patutla dia add. huhuhu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...