yosh!! assalamualaikum rakan blogger. update blog jap sebab nak berkongsi cket. minggu ni rasanya minggu paling bertuah dan menggembirakan aku. sebab apa? sebab empat perkara.
1. my sis datang
actually, tiap kali dia ada aku selalu rasa gembira. my best buddy balik. of course im happy. ada teman nak bergurau. nak berkongsi cerita. nak mengada. nak mintak belanja. kehkeh.
2. my bro in a relationship
ok,itu yang terpapar di wall fb beliau. kenapa ia boleh jadi hal yang menggembirakan? sebab ada harapan dapat membesarkan keluarga kecik nih. teori: abang kahwin -> dapat kak ipar -> dapat anak buah banyak. so keluarga kitorang akan berkembang. akan meriah. then, ada bahan tuk usik my abang. tak kira di mana, lebih best waktu di meja makan. sebab dia takleh lari. dan lagi, aku tak payah risau pasal langkah bendul. boleh kahwin awal. kahkahkah. ahh, hope hubungan diorang berjalan dengan lancar (just if perempuan tu baik)
3. dapat asrama
ingat lagi entry pasal mahasiswa UMS tak dapat penempatan? dan masa tulis entry tu aku masih belum tahu result dapat ke tak. walhal member-member aku ramai yang dah ditendang keluar. tapi minggu ni dapat tau yang permohonan aku diterima. yeahh! btw, hairan jugak, bukan aktif mana pun dengan aktiviti hostel. apa yang member aku ikut, tu yang aku ikut. result aku semester lepas pun menurun. alhamdulillah, itulah yang dinamakan rezeki. murah rezeki di bulan Ramadhan. boleh la berjimat.
4. dapat hadiah lagi
dapat hadiah dari my bobet. hihihi. hampir 5 tahun bersama inilah pemberian dia yang pertama untuk aku. i mean pemberian dalam bentuk stuff.. great stuff. paling suka bila dia bagi barang kepunyaan dia. love it! nampak keikhlasan. tak lupa, dapat duit raya sekali. kekekekeke.
hah,itu je. ni entry last. sambung pas raya lak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan