Shoutbox






Jumaat, 3 Ogos 2012

at last



alhamdulillah,akhirnya lulus gak ujian JPJ lepas 2 times gagal. terel tak? huhuhu. rasa bersyukur sangat akhirnya boleh lulus. semua gara-gara tiga penjuru. kitorang gelarkan simpang keramat. sebab ramai tul calon kandas kat situ. setelah diteliti, tempat parking tu memang kecik. kalo kancil mungkin boleh senang masuk dan undur. tapi tu la cabarannya. betul tak?





gagal pertama kali masa tu memang boleh handle lagi. but for the 2nd time, rasa down giler. nasib baik bobet ada. dia la yang menenangkan aku. sebenarnya disebalik rasa down tu, ada lagi satu rahsia yang aku simpan. tindakan dan pilihan yang aku buat membebankan perasaan. dan itu aku hanya kongsi dengan seorang rakan yang baik. i lie to my mum. kata dah lulus. teruk kan? aku cuma taknak my mum berhabis duit lagi semata-mata tuk bayar denda gagal test JPJ. semata-mata tuk itu saja. denda tu bukan sikit. banyak. dan tu buat aku rasa salah. aku tau kalau aku bagitau aku gagal lagi, mesti my mum akan bagi lagi duit. kalau aku gagal lagi mesti mama dan abah susah hati lagi. then aku terpaksa ambil risiko sendiri. keluar duit sendiri tuk bayar yuran. dan tanam kepercayaan tinggi untuk lulus test JPJ yang ketiga. mesti lulus! aku tak bagitau bobet bimbang dia marah lak. mesti dia tak setuju. huhuhu. but alhamdulillah, Allah kabulkan doa dan lulus. pegawai JPJ pada masa tu pun baik sangat. masa hantar borang ke pegawai di pondok, siap bagitau tips lagi. sebab nak tengok aku lulus. thanks abang abang JPJ. kekekekke.







hah,dan lagi satu. aku bersyukur dapat pengajar yang baik. ada dua orang pengajar yang ajar aku. hahahaha. lembab kan. tak pandai pandai. sampai dua cekgu tuuu. thanks pada uncle foon sebab selalu bersabar. dan uncle joshua yang sudi tuk ajar tiga penjuru. ajaran uncle joshua memang berkesan. walaupun kekadang rasa tak selesa sikit dengan dia. panggil aku darling bagai. sambil dia berceloteh tangan dia kekadang sentuh tangan aku. naseb baik tengah aku pegang stereng. kalau tak dah lama aku silat cekak kan tengkuk beliau. hinsssss. but i know dia just main-main. dan mungkin tu kebiasaan dia. ramai jugak yang lulus aritu. tu buat aku lagi bertambah gembira. sedih bila kakak-kakak seperjuangan aku tak dapat lulus. mereka selalu beri semangat walaupun dorang pun sama gagal. kekekkekeke. nikmat bila gagal, dapat kawan-kawan baru yang baik. i miss uolsss.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...