Shoutbox






Jumaat, 24 April 2009

hari ni dan semalam


Semalam kazen aku buat besday parti untuk anaknya yg ke3 tahun kalo tak silap. Dalam ati aku…. Yes yes yes. Kebetulan masa tu memang aku lapar. Dalam kepala otak dah terbayang ayam panggang berlari2 bagai memintaku mengejarnya untuk dimuatkan ke dalam perut muncetku ini. Urghh! Sungguh tak sabar. Siap mandi awal2. Pas solat, aku sedia mengenakan tees putih lengan panjang dan tudung pepel. Sebelom kuar, aku sempat jenguk cermin. Hmm,cantik. Hukhuk! Yah! Aku dah sedia mencekik ayam panggang! Dari jauh aku tengok ramai dah yg datang. Isk! Asal ramai sangat ni?? Selalu jemput jiran terdekat aje. Naseb baik aku pakai tudung. Dah niat dah taknak pakai tadi. Kat jamuan tu aku ketemu dengan insan yg pernah aku suka dulu…. “Secara senyap”. Aku tak lepaskan can tengok dia. Alooooooo…. Cumil n emsem jek. Dah makin tinggi dah aku tengok. Dulu tinggi takat aku jek. Last jumpa dia ni pun masa tahun 2004. Masa kazen aku ni kawen. Walo dia mmg tggal cni tp tak penah pun terjumpa or selisih bahu ke buku lali kat luar. Baru semalam laa aku jumpa dia semula. Tapi aku setakat suka gitu2 aje laa… Kalo nak buat kapel ke hape,taknak aku. Sebab dia nampak macam takde masa depan. Yela,sekolah pun tak abeh. Camne dia nak belanja aku kFC kang. Huhuhu! Nampak dia sibuk kipas2 ayam. Tapi aku pasan dia pun asek tengok aku. Sengaja berdepanan dengan aku. Senyum2 aje. Hik! Astagfirullah… ingat kerel… ingat kerel…(tampo2 pipi)

Aku datang kul 7.10… sekarang dah kul 7.43. bilanya nak start makan ni?? Kipas ayam kemain lagi…. Sampai 3 4 orang. Ayamnya tak masak2 jugak. Ampess dorang neh. Aku tengok tetamu2 yg ada pun dah tak sabar nak ratah ayam. Ntah2 datang pun sebab nak makan ayam aje. Lain le budak2… datang sebab nak tengok kek… tengok org tiup lilin…. Nyanyi lagu besday sesame. Org yg dah besor ni datang dengan satu tujuan…. Iaitu “makan free”….dalam erti kata lain “malas masak”. Macam aku gak le. Huehuehue!

Okeh… cite hari ni le pulok. Aku ingat boleh ah continue tido dalam klas. Sebab dua masa cekgu siah tak hade. Rupa2nya dah ada cekgu ganti… main point yg aku nak cite kat cni ialah berkenaan cekgu ganti tersebut. Cekgu tu masok aje dah tunjuk muka masam. Tak tau la kalo pattern muka dia memang dah macam tu sejak azalinya. Aku terima aje la. Aku tilik lagi… normal, cekgu baru biasanya akan suruh pelajarnya memperkenalkan diri. Bila turn dia perkenalkan diri…. Dia pun bangun. Amik marker n tulis kat papan tulis “HAMIMAH”. Dalam otak aku pk…. Asal tak cakap aje?? Bila kitorang tanya mana dia belaja dulu…. Tinggal kat mana… umo brapa…..dia tulis gak kat papan tulis. Adeii le… Mungkin sedor diri sore dia xkuat kut. Agak terkial2 aku nak tangkap setiap butir kata2nya. Sore kejap kecik kejap beso. Eh,sedap aje aku ngata cekgu baru aku. Ahak! Tapi aku rasa dia cekgu yg baik… hope dia suka la ajar klas kitorang,.
p/s: tak sabar tunggu af sok. sebab ada lagu "kau yang punya"....

jangan ko bimbang sayang.
dimanaku berada
dengan siapaku bersama
jangan bimbang ku tetap ko yang punya.


ku juga bimbang sayang
dimana ko berada
dengan siapa ko bersama
jangan lupa ko tetap ku yang punya..

sedap gak suara aku bila nyanyi.... hehh!

Rabu, 22 April 2009

bahas ala parlimen

Okeh… nak cite sikit pasal pertandingan bahas peringkat negeri di sekolah aku. Kali ni turn smk lajau pulak jd tuan rumah. Tajuk bahasnya….. emm,ntah le. Aku pun dah ingat2 lupa. Ada kaitan dengan kenaikan harga barang. So budak2 upper6 diberi amanah untuk melibatkan diri mengurus pertandingan tersebut. Aku sebagai tukang “penjaga masa” sekaligus menjadi “penonton” yg “kepenatan” sbb baru abes p&p dan turun naik tangga untuk ambil barang.
Nebes gak rasanya bila jadi “penjaga masa”. Dah lah takde rehearsal.

Dalam hati aku cuma
…..”Adoiiiii”

Aku dan moi masuk awal ke dewan mini. Terasa lama menunggu sehinggakan gula2 dalam bekas yg disediakan khas untuk para hakim hampir abes kitorang kebas. Aku expect best la perbahasan kali ni. Kalo tak, sia2 aje la la aku tawar diri jadi penjaga masa. Datang memang just nak tengok. Kirenya nak merasa laa jugak kan.

Para peserta dah datang… diikuti dengan para hakim. “sang pengerusi” memulakan tugasnya dengan kata2 aluan dan explain peraturan2nya. Tangan aku peloh tak payah cakap la. meleleh. Seyes! Aku nebes. Aku takut buat silap ler. Sebab ni melibatkan nama sekolah. Peringkat negeri ni beb.

Mula2 buat kerja nekan jam dan nekan lonceng, aku tak biasa lagi. Ada sedikit kesilapan kalo ada yg pasan. Aku dah tekan lonceng sebelum peserta kuar lg. isk~! Dah lama tu, aku mula enjoy. Lebey2 lagi bab tekan lonceng tu….. ting ting ting! Hik! Sedap je aku dengor. Org lain buat mungkin x se’best’ aku buat. Hahaa.


Best laa tengok org bahas ni. Macam nak gado aje. Ni kalo bukan pertandingan dah tarik2 rambut agaknya. Sebab wakil semua pun pempuan. Ada sorang aje laki. Part yg best bila pihak pembangkang mati2 mengatakan petroleum itu tergolong daripada “barangan”. Minyak bukan barang le dik oii. Tu bahan mentah. Apa ke kaitannya dengan barang. Aku siap tanya hakim lg ni tau. Bukan “barang” ok! Keadaan semakin panas…(sebab dewan mini tu dah memang panas…. Terpaksa berkipas secara manual)
Smk mutiara akhirnya diumumkan sebagai pemenang sekaligus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Yes yes yes…Sekolah dulu aku menang! Cayalah.

Nak selit sikit…. Cite paginya. Selepas perhimpunan pagi,subjek muet writing. Masuk aje cekgu jubia, tau dah mood tak baik punyaa. Masa ni la dia marah aku. Tak lain tak bukan pasal aku tak penah datang masa muet speaking dia. %$^&&%%#$&*&^*%^$%%#$@&^*^(*^..... Ni saja lah yg ada kat kepala aku masa tu. Mamai lagi. Satu butir kata cekgu tu langsung tak masuk ke lorong2 gelap telinga aku. Singgah pun tak hade. Pastu tiba2 aku dengar cekgu tu tekankan suara dia. Cam geram. Mungkin sebab aku buat muka seposen masa tu. sori, pattern muka aku memang macam ni. bukan nak cari pasal. Haih! Ade2 aje laa.


p/s: keputusan berani mati.... taknak datang lagi khamis minggu ni. bersedia terima pembalasan si pitung. haahaa.

Sabtu, 18 April 2009

update ajee

Eeiii!! Geramnya aku! Apa masalah “ko” ha?? Aku bawa “ngko” tido, “ko” taknak! Berat bukan main lagi. Cucuk kang! Ngada lebih! Dah berair2 dah ni. Lendir. Sroott sreetttt srettt…. Arghh! Boleh pulak aku selsema ari ni. Rasa macam nak tanggal aje hidung aku. Hachuuuummmm! (sebar2 bairess)

Yes!! Bilik aku ada haruman ambi pur. Bau bunga jasmine. Sedap! Barulah rasa yakin nak bagi kawan2 or sape2 nak masok bilik. Selalu macam apa ntah. Tapi ladies only ok. Kalo buipren aku… erk! Mungkin boleh dipertimbangkan. Wakakakakaka! Gateyy jek aku.

Awal bulan 5 ni mebi abang aku balik Labuan.
................. ........................ ....... ....... ........ ...... ............. .. ........ ........... ........... ........... ......................... .................... ........ ........ .... .................... ................... .......................... ................... ................................ ................ .................................................... .................. ................. ................... ................. ............................................. ..................... ............ ....... ........................... ............. . ......... ............... .......
err,nak cakap apa eh. Hepi la jugak. Dah ada kawan kan. tapi how my life nanti? Haku takkan bebas lagi. Tak boleh nak pasan jadi makhluk tuhan paling syeksyi dalam rumah… remote tv mesti dia yg pegang. Dan apa yg paling penting sekali!!!! Laptop aku!!! Adakah akan turut dimonopoli oleh beliau?? Ohh,tidakksss! (pelok2 laptop)

p/s: budak ni memang kedekot…sekian.

mimpi

Bercerita pasal mimpi. Pagi tu sblom haku nak kuar pegi bank dengan mama,mama ada cite pasal mimpi dia. Mama kata dia mimpi ada sangkut paut dengan haku. Isk! Saspen2. Aku tanya la mimpi apa dia. Pastu mama start laa cite. Masa ni aku tengok mama senyum2 dah. Bt aku tak senang duduk dan tak lalu untuk menjamah roti telor yg baring melentang di depanku. Al kisahnya,ada la sorg laki ni yg tak diketahui identitinya… sebab dalam mimpi, laki tu tak tunjuk ic. Dia datang ke rumah, nak ajak aku kuar jalan. Tanya kat mama, boleh ke idak. Mama kate laa dia bagi,tapi syaratnya mesti jaga aku baik2. Bila mama aku kata ye aje, laki tu terus kata yahoo yahoo.. sambil lompat2. Kelakar aje mama aku cerita. Aku tanya la laki tu rupa dia cemane.. emsem ke hape. Mama bgtau secara detail. Aku terkejot. Apa yg mama gambarkan tu persis buipren aku. Heran. Tak mungkin. Tak mungkin. (‘geleng2 kepala’) Sebab mama tak penah tgk dia. Macam mana boleh mimpi pulak ni!!! Mula2 aku ingat la mamat yg keje JKR tuh. Tapi tak macam dia laa.. Cuma satu je aku tak sure. Mama kata org tu jenis yg banyak cakap. Aku taktau le pulak buipren aku tu banyak cakap. Masa koling2 tak nampak pun cemtuh. Tapi hope dia la. Hehehehe! Sukanya aku kalo dia! Aku nak bgtau dia betapa hepinya aku kalo dia la yg dimaksudkan dalam mimpi tu.
Aku dah plan,nak bg hint dulu. Kebetulan aku ada tengok satu drama tv ni. Berjayanya heroin tu buat hero dia rasa teruja mendorong aku nak buat cemtuh jugak. Dalam kepala aku, fuhh,mesti best ni kalo buat. Tapi masa aku cite hal ni… ntahlah. Tak macam yg aku harapkan. A bit disappointed… Memang la niat aku nak buat dia eksaited. Tp taktau pulak dia boleh over eksaited. Tu aku tak kesah lagi. Masalahnya,dia nak tau masa tu jugak. Jadi,agak spoil mood aku kat sini. if I know, aku bgtau aje malamnya. Tak payah nak hint2 segala. it suppose to be an interesting story to share.. Salah aku jugak. Sebab tak paham dia… sobsss.

p/s: mimpi itu mainan tidur.. tido pun ada mainan. teringin gak nak try main mimpi.

Khamis, 16 April 2009

baek ke vodo?


Aku blur… xtau nak start dr mana. Kawan aku pi cek up kat hospital ari ni. Seperti apa yg dijangkakan, memang ada ketumbuhan. Ntahla. Kawan aku sakit,macam aku pulak yg kena. sedihnya aku tak dapat nak digambarkan. walo dia bukan kawan yg rapat bagi aku,tp dia kawan yg baik. Dia temankan aku…. Share problem dia dengan aku.. aku hargai sgt2. Walopun sedikit kebaikan org kat aku… aku akan balasnya selagi boleh. 5 sen org tolong aku,sampai mati aku ingat. 5 sen org tipu aku…. Sampai mati jugak la aku ingat! Nampak macam pendendam bukan? Tapi taklah… aku takkan balas kejahatan org. Aku hanya akan ingat saja. Ni la hasil didikan mak ayah haku. Gud job 4 my mami n dedi! Yeah! Takde didikan ni dah lama aku mandrem balik org yg dah guna2kan aku dulu! Dekat seminggu aku sakit. Naseb baek aku sempat jugak duduki SPM. Grr! (‘bt gaya org asah parang’) Sebab sikap ni jugak la kenapa aku bagi buipren aku dulu kat kawan aku. Gara2 dia penah ajar maths sekali dua. Org taktau apa2. Org ingat aku vodo,knp aku sanggup buat macam tu. Tapi semua ni ada hikmah. Aku tinggalkan dia, aku dapat seseorang yg lebih baik. Walo aku tak dapat pegang tangan dia… tak dapat tgk dia depan mata… tapi… dia selalu hadir dalam hati aku. Senantiasa ada..takkan penah hilang.*senyum.
p/s: hope sangat moi agree nak buat operation..

Isnin, 13 April 2009

lets makan!


Makan.. makan… makan… seperti yg dijangkakan, semua klasmate aku datang ari senin. 1st aku tak nampak pun makanan yg kawan2 aku bawak. Ada la 2 3 org kawan aku yg aku nampak bawak cheese kek dan macaroni. Yg lain tu tak bawak. Konon bawak perut saja. Cehh! Tiba masa rehat, setiap org mula kuarkan makanan masing2. Pehh! Banyak giler! Memang kecur air liur tengok. Cekgu pulak buat hal. Lambat masok. Ikutkan ati kitorang, nak je makan terus. Takyah tggu. Masing2 dah lapar… sebab tak bfast paginya. Respect cekgu punya pasal,kena la tunggu jugak. Abes dah waktu rehat, cekgu still tak muncul. Masing2 dah buat muncung itik. .. buat muka botol cuka… dah tunggu kira2 sejam lebih, baru cekgu hade. Apalagi, serbu makanan!!! yey2,makan! ('kata perut')











pehh! sedappp!



menanti penuh kesabaran






cekgu datang! yay!




cakkk!



heheheheeh!



cekgu nurul!


sesi bergambar..emsem n cun je kitorang bukan. erkk!

hari yang menyenangkan



Sabtu lepas aku skola. Awal2 tu tgk masing2 still takde mood nak cakap… nak gerak…masih ngantuk kut. Zai je aku tgk ektip. Satu pelusuk klas dia tawaf… pegi ke meja2 org. dah mcm stail ketua kampung dah aku tgk. Cekgu siah tak hade. Dah selamat masuk wad. Org nak beranak dah. Tinggal la kitorang kat klas ni yg tak tahu nak buat apa. Baca buku je la. Tunjuk rajen. 20 menet pastu, encik sahar datang dengan gaya pengetuanya… letak 2 tangan kat belakang.. aku apa lagi… ambik le can tatap wajah pengetua tersenta. Ahak! Aku nampak dia tengok aku. Aku pun tengok dia. Mata saling memandang. Dia senyum. Aku pun senyum. Heran aku. Asal pengetua neh?? Pastu dia pun tnya… “awak kan yg tak hadir 11 ari tu kan?” cis! Agak dah. Pengetua ni ingat aku pasal aku tak hadir jek. I mencik u! Huahua! Then,mula la dia cakap pasal wawasan… arah tuju…. Peperiksaan…keputusan yang cemerlang yang dia harapkan… bla,bla,bla… sblom kuar,dia tanya ada sapa2 tak yg bawa hp. Dia kata dia blh tau sapa2 yg ada bawa. Pastu dia tgk aku. Siut betul pengetua nie. Ingat aku bawak le tuh. Huh!





Abes masa cekgu siah,masa untuk muet speaking pulak. Aduh! Speaking ni la paling aku mintak jauh ni. Sebab tu la aku tak penah nak datang ari khamis. Bukan la pasan dah bagos sangat speaking. Aku juz tak suka. Tu aje alasan aku. Walo cekgu dah penah marah sebab tak datang masa subjek dia… aku still takmo datang. Org keras kepala macam aku mana leh terima arahan. Hoh! *eksen. Kalo org tu suruh je baru aku buat….lalalala. tapi waktu speaking ni aku rasa seronok. Sebab dapat tolong kawan… share idea… otak terasa berkembang. Ingatla aku ni boleh pk pasal %@$# aje. masa ni baru aku sedor yg aku ni pandai gak rupanya. Hukhuk! Belum sempat turn group aku speaking kat depan, lonceng dah bunyi. Yay! Rehat time! Hahahaha!





Tiba saat yang dinantikan. Aku tengok masing2 dah tak sabar mainkan watak2 sendiri. Aku pun redi la jugak. Ada la prektis kat rumah… syok sendiri depan cermin. Dah selesai,fuhh! Tak tau macam mana nak ckp. Ada rasa kepuasan. Best gak belakon ni. Rasa berterima kasih kat kawan2 aku sebab bagi aku watak ‘hamdan’. Seyes! Seronok sangat! Hope dapat belakon lg. Hee!!!

Khamis, 9 April 2009

kehadiran


kehadiran penuh?? pehh! dalam bulan ni dah berapa kali dah kehadiran klas 6 atas sejarah penuh. semuanya datang. tahniah la buat kawan2 seklas aku... dan buat aku sendirik. kalo tahun lepas jgn harap ah. 3 muka ni la yg slalunya menimbulkan kes kurangnya kehadiran. me? yes,of coz! pastu moi dan zai. tapi skarang mungkin insap sket. pas jumpa pengetua ari tuh. encik sahar,i still lebing u ok. hakhak! sabtu ni pun rasanya semua hadir. sebab ada lakonan. masing2 eksaited nak belakon. aku? hmm,mebi tak. gara2 aku dapat watak laki. ntah macam mana aku nak gayakan nanti dengan suara aku yang macam budak nie. try imejin... hari senin depan ni pun rasanya semua ada.... sebab ada parti. sal makan sape taknak datang. ngeh2! bulan lepas ada parti. bulan ni pun ada lagi. huyeehhh! makan free!!!


doktor sakit puan ke??

Pegi klinik hari tu sebab syak ada masalah dalaman… tak selesa kat sekitar perut dan bahagian bawah.. (paham2 le sendiri) so aku pi kat klinik ni. Punya la jauh. Tapi nak doktor pompuan punya pasal, kena gak la jalan. Aku nak pi klinik pun sebab nak scan je. Juz nak make sure. Sampai sana memang dapat la aku doctor pompuan. Cuma yang tak bestnya, bila dia bgtau aku yang dia tak reti nak scan. Maka , dengan itu dia bg la aku kat doctor laki india. Haiyoo! Nak tak nak pasrah je la. Tapi macam sia2 saja aku jalan jauh bagai. Doctor laki gak kena. Hampeh! scan punya scan,tak jumpa pun apa2. Rahim ok… ginjal ok. Boleh dikatakn semua ok ah. Doctor syak darah aku pulak masalah. Dia suruh aku datang esoknya pula. Aku pun ok je. Bab2 tak datang skolah aku takde hal.huhuhu! Esoknya aku datang lagi. Doctor yang sama gak. dia kuarkan 4 bekas. Terkejut aku. Aku ingat dia nak ambik sket je kan. Ni sampai 4 wooo! Aku dah risau dah. Abesla darah aku. Macam mana la aku nak jalan kang. Takut pening. Kan kalo nak cek darah kena puasa. So,pg tu memang aku tak makan. Mula la aku tanya soklan yang bukan2 kat doctor india tuh. Sampai senyum2 dia. Nampak sangat aku risau. Isk! Sebab aku tengok 1 dr 4 bekas tu besar sket. Rupanya tu bekas untuk isi air kencing. Adeh! Tak pasal2 kena gelak dek doctor. Mana la aku tau! Kata cek darah aje. Huh! Takpelah. At least aku dah buat doctor tu hepi. heh!







baru tau darah jenis AB. huuhuhuhu!







hasil daripada blood test haku.







result yang menunjukkan aku kurang protein. hahahaha!



haih! macam mana la boleh kurang protein. doktor cakap jugak antibodi dalam badan aku lemah. so,kalo aku nak lanjutkan pelajaran kat mana2 U or kolej,kena jumpa doktor lagi. nak kena bagi suntikan apa ntah.


kantoi le


Dia baca blog aku… dia baca blog aku weii!!! Alaaa…. Payah la nak cite2 dah kat cni. Perlu kah aku mengkaver2 penulisan ini nanti..? Hukhuk! Bila dia bgtau dia dah baca… tgk reaksi macam dia sedey je. Risau aku. Kot2 dia salah paham. Mula la aku rasa nak nanges… yela.. takut jadi isu pergaduhan pulak kan? aku takut la gado2 nie… sbb bila kitorang gado aku rasa macam nampak lambaian perpisahan… ala2 macam lambaian malaikat maut giteww. Ha?? Tak tau salah paham apa?? Try tgk bawah…. BLIND DATE TUH! Isk! Aku cuba bayangkan perasaan dia bila aku yang baca blog dia macam ni… mesti aku rasa lain gak. Ntah kenapa aku sendiri rasa kesal… terkilan…. Sbb tu la taknak bg dia baca. Tapi dia nak baca gak! Dia nak baca gak!!! Arghhhhh! Tapi,syukurlah tak jadi apa. Sebab dia faham jugak. Hehehe! Ni yang buat aku sayang sangat kat dia. Dia sangat memahami. Sangat2! Apa yang penting… dia still percayakan aku. Dan aku berharap sangat dia sentiasa percayakan aku. Sebab kepercayaan itu sajalah yang menjadi kekuatan hubungan kami…. Kepercayaan,kesetiaan dan kejujuran…. Sekarang aku kena la jaga segala gerak geri dan aktiviti supaya tak buat sesuatu yang boleh buat dia curiga dan hilang kepercayaan. Hmm… so hard la. Eh2,takkk! Untuk dia,I will! I can du it!






p/s.. nak plan buat blog ke2. Khas utk cetusan perasaan aku sal dia.

Sabtu, 4 April 2009

digi vodo!!!!




Tak dapat msg dia buat aku rasa sedey sesangat. No aku ni slalu sangat ada masalah. Takleh kol…nak msg pun tak dapat. Bila aku tak tau apa yg dia buat… aku rasa tak tenteram. Rasa risau… takut jd apa2 kat dia kan. aku boleh gila ah macam ni. Malam ni dia mizkol aku byk kali. Bila dia buat banyak kali macam tu…. Buat aku rasa terkilan… rasa salah sebab tak dapat nak balas or respon. Semalam dia topupkan aku. Sebab aku kata kredit da tggal sen2 jek. Bila dia dah topupkan,tak dapat pulak nak msg dia sebab prob digi yang vangang,tutt n tuttttt!!!...('senset sendirik') So,aku rasa macam dah mensia2kan usaha dia…. duit dia…. Padahal dia topupkan aku untuk aku boleh msg dia…sebab dia tahu aku tggal sorang. Dia tahu aku sunyi… thats why aku rasa berdosa dgn dia. Aku takleh tahan bila dia asek2 mizkol aku….msg aku yg dia rindu… ati aku ni meronta2 gak nak bgtau yg aku pun rindu dia… aku ingatkan dia.. sobss! (T_T) agak2 dia tau tak perasaan aku???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...