Shoutbox






Isnin, 13 April 2009

hari yang menyenangkan



Sabtu lepas aku skola. Awal2 tu tgk masing2 still takde mood nak cakap… nak gerak…masih ngantuk kut. Zai je aku tgk ektip. Satu pelusuk klas dia tawaf… pegi ke meja2 org. dah mcm stail ketua kampung dah aku tgk. Cekgu siah tak hade. Dah selamat masuk wad. Org nak beranak dah. Tinggal la kitorang kat klas ni yg tak tahu nak buat apa. Baca buku je la. Tunjuk rajen. 20 menet pastu, encik sahar datang dengan gaya pengetuanya… letak 2 tangan kat belakang.. aku apa lagi… ambik le can tatap wajah pengetua tersenta. Ahak! Aku nampak dia tengok aku. Aku pun tengok dia. Mata saling memandang. Dia senyum. Aku pun senyum. Heran aku. Asal pengetua neh?? Pastu dia pun tnya… “awak kan yg tak hadir 11 ari tu kan?” cis! Agak dah. Pengetua ni ingat aku pasal aku tak hadir jek. I mencik u! Huahua! Then,mula la dia cakap pasal wawasan… arah tuju…. Peperiksaan…keputusan yang cemerlang yang dia harapkan… bla,bla,bla… sblom kuar,dia tanya ada sapa2 tak yg bawa hp. Dia kata dia blh tau sapa2 yg ada bawa. Pastu dia tgk aku. Siut betul pengetua nie. Ingat aku bawak le tuh. Huh!





Abes masa cekgu siah,masa untuk muet speaking pulak. Aduh! Speaking ni la paling aku mintak jauh ni. Sebab tu la aku tak penah nak datang ari khamis. Bukan la pasan dah bagos sangat speaking. Aku juz tak suka. Tu aje alasan aku. Walo cekgu dah penah marah sebab tak datang masa subjek dia… aku still takmo datang. Org keras kepala macam aku mana leh terima arahan. Hoh! *eksen. Kalo org tu suruh je baru aku buat….lalalala. tapi waktu speaking ni aku rasa seronok. Sebab dapat tolong kawan… share idea… otak terasa berkembang. Ingatla aku ni boleh pk pasal %@$# aje. masa ni baru aku sedor yg aku ni pandai gak rupanya. Hukhuk! Belum sempat turn group aku speaking kat depan, lonceng dah bunyi. Yay! Rehat time! Hahahaha!





Tiba saat yang dinantikan. Aku tengok masing2 dah tak sabar mainkan watak2 sendiri. Aku pun redi la jugak. Ada la prektis kat rumah… syok sendiri depan cermin. Dah selesai,fuhh! Tak tau macam mana nak ckp. Ada rasa kepuasan. Best gak belakon ni. Rasa berterima kasih kat kawan2 aku sebab bagi aku watak ‘hamdan’. Seyes! Seronok sangat! Hope dapat belakon lg. Hee!!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...