Shoutbox






Sabtu, 29 Oktober 2016

Pray

Dear Diary,

Esok pagi saya, akak, dan mama akan berangkat ke kota kinabalu. Alhamdulillah, dah tiba masanya mama dipanggil untuk melakukan angiogram. Agak surprise juga, sebab cepat sangat pula. Ingatkan tahun depan. Mungkin rezeki kami.

31hb ni mama dah masuk wad kat Hospital Queen II Kota Kinabalu. 1hb angiogram akan dilakukan. Harap segalanya berjalan lancar. Harap takda saluran jantung yang tersumbat. Dan yang penting sekali, harap mama tak apa-apa. Siapa2 yang tersinggah belog ni dan terbaca post ni.. mohon doakan mama saya sihat ya. Moga Allah membalas jasa kalian.



Sabtu, 15 Oktober 2016

Welcome



Welcome to our family sayang.


Hai Jeofri Nasrullah. Alhamdulillah, bertambah lagi keluarga kitorang. Dapat anak buah baru. yeyy yeyy! Nak harap saya dengan akak memang tak dan lagi la. huhu. Kali ni dapat anak buah lelaki pulak. Senang je kak ipar teran dia keluar. Jam 4 pagi masuk hospital. Sebelum subuh dah selesai dah. 




erk, apesal dak nakal ni pun ada dalam ni cerita??


Dalam gambar nampak macam akak dia suka je kan dapat adik. But itu semua pelesu belakaaaaa. Hari2 mengamuk, marah, nangis dan macam2 lagi karenah semenjak joefri ada. Sebelum ni tak reti minum susu ibu, eh tetiba boleh jadi suka pula. Tengok adik dia menyusu. dia pun nak jugak. huk aloh. kuat cemburu tau. Along dan kak ipar pun pening layan dak ni. Sabau je lah. 



Jumaat, 14 Oktober 2016

Beza

Dear Diary,

Bulan lepas saya dapat panggilan dari PCML untuk kembali bekerja di sana. Mulanya saya ingat nak terima saja. Iyalah, at least dapat bagi mama dan abah duit bulan bulan. Dapat bantu tambah duit simpanan diorang nak naik haji. Tapi bila fikir2 lagi, rasa berat hati pula. Memandangkan kitorang baru saja mulakan perniagaan sendiri. Kalau terima, siapa nak tolong mama. Nak harap along sorang tolong mungkin berat sikit. Walaupun untung tak banyak mana, tapi ada rasa kepuasan kat situ. Terasa keberkatannya. Akhirnya saya putuskan untuk tolak. Saya beri peluang tu pada rakan sekerja saya yang sorang lagi tu. Baru saja kahwin pas raya tahun ni. Duk menyewa. Kesian juga. Nak harap duit laki dia saja memang rasa tak berapa cukup kan. Sebab dia pernah cite sebelum ni. Harap duit OT laki dia banyak saja bulan2. So elok la bagi dia saja dulu. Bila dia dah pindah johor nanti, mungkin boleh la aku take over. Yes, itu cuma alasan. Sebab utama nak tolong mama saja sebenarnya. 

Bagaimana dengan bisnes tudung? Haa, bulan pertama promote nasi katok bisnes tudung memang terabai gile.. haha! tak promote langsung kot. Ada la try jugak sekali dua promote, tapi seriously tak boleh nak fokus. Sebab teruja sangat promote nasi katok. Promote nasi katok, cust yang pm atau whatsapp 98% akan jadi beli. Tak payah tertunggu tunggu dorang dah bank in duit ke belum. Jadi beli ke tak. Diorang terus bagitau nak berapa bungkus, alamat dan sekian sekian. Pehhh, seronok beb. Respon kemain cepat. Berniaga nasi katok, saya just minta RM3 sehari saja. Untuk saya simpan dalam tabung. Takpa sikit, yang penting berkat. Itu yang di cari. Itu pun kalau dalam sehari tu banyak order dapat. Kalau tak banyak, saya tak minta. Biar saja untuk along dan keluarganya. Untuk beli pampers dan susu anak. 

Start bulan kedua niaga nasi katok, saya mula kembali aktif promote tudung. try and error. Belajar untuk fokus buat 2 kerja dalam sehari. Dalam masa yang sama. Kena rajin tekan2 fon dan keypad. Kekadang sakit juga kepala. Hari2 pandang skrin. Allahu Akhbar. Tapi demi bantu family, ku gagahi jua. Kena push diri. Tak promote takda orang beli. Usaha, doa dan tawakal. Dapat jual sehelai dapat komisen RM5. Jika dapat jual 10 sehari, dapat la RM50. Cuma jarang sekali dapat rezeki besar sebegitu. Ramai sangat saingan. Rezeki tu tidak sesekali salah alamat. Itu saja yang membuatkan saya tak putus asa untuk terus promote. Cepat atau lambat pasti ada.

Berniaga ni memang banyak cabarannya. Sesekali ujian tu datang menguji kesabaran dan ketahanan hati. 1st ujian HP rosak. Dua kali pulak tuh. Lesap RM240. Simpan duit kemain susah, lesapnya sekelip mata. Nombor lama pula tak boleh pakai lagi. Paling sedih. Apesal tak boleh pakai? Sebab lama tak topup. Sebelum ni topup sebab nak kol dia. Walaupun untuk kol dia free saja, tapi kena ada kredit juga dalam tu. Hampeh Digi. Free la sangat kan. Bila kitorang dah tak berhubung, siapa lagi la saya nak kol kan. Main whatsapp saja. Sampai terlupa nak topup. Sampai expired nombor tuh. Tak dapat nak diselamatkan lagi. Pilu rasa hati. Nombor tu bermakna buat saya. Banyak sangat kenangan. Alih2, terpaksa beli no baru. Haihhh. 

2nd, masalah utama peniaga ofkos la berkaitan dengan ragam customer. Terlalu banyak ragamnya. Pernah ada yang kata saya menipu, suka janji kosong la apa la.. walhal saya tak janji apa pun. Berpunca daripada salah faham saja. Bila kita explain dengan baik, diorang pun ok semula. Syukur pernah jumpa seorang dua saja customer macam ni. Selainnya, memang tiptop. Cust yang bertanya details, kata nak bank in dan kemudian sepi tu biasa. Saya tak kisah. Itu hak mereka. Mungkin diorang tak sampai hati nak inform seller yang mereka tak jadi beli. Daripada fikir reason mereka tak jadi beli, baik cari potential customer yang lain. Masa itu emas. Tak perlu nak up status kat FB rasa tak puas hati, kecik hati bagai. Teruskan saja usaha goda customer lain. Sedih? Mengadu dengan Allah. Dia akan bagi customer yang lebih baik. Insya Allah.

Banyak benda lagi nak kena belajar. Yang pastinya sekarang kena belajar drive semula. Baru senang tolong along delivery. Dah lupa dah. Huwaaaa. Takut pun iya jugak. Masih teringat detik detik cemas excident tahun lepas. 2-3 hari lagi nak raya. Boleh2 kereta terbabas ke lorong yang bertentangan. Langgar divider pergi ke lorong sebelah. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk perbaiki diri. Belum waktunya dijemput Illahi. Mujur juga kereta hancur bahagian depan saja. Bila ingat2 semula memang takut sangat nak drive. Dah lah mudah panik. Mudah terkejut. Hmmm. Taktau nak cakap apa. Tetiba rasa useless bila sentuh bab drive ni. haha. Ambil lesen dulu pun failed 2x. Haih.. si dia saja yang tahu betapa sedihnya saya waktu tu. Sedih yang amat. Dia juga yang tenangkan saya, pujuk saya dan beri semangat. Beri motivasi. As usual. Alhamdulillah, kali ketiga, lulus jugak. huhu. One fine day, insya Allah. Saya akan drive semula. Yosh!!!

Jumaat, 7 Oktober 2016

Kangen

Dear Diary,

Sebelum dia beri saya lagu ni, saya sebenarnya dah lebih dulu sampaikan lagu ni kepada dia. Lama dah. Melalui ingatan saya padanya. Nak share dengan dia, tapi ntah apa yang saya fikirkan masa tu. risau dia tak suka atau apa ntah. Tapi setahun kemudian macam tu, dia share dengan saya lagu ni. Ommo. Macam2 tau saja saya suka. Suka sebab bila dengar lagu ni, saya kenangkan dia. Isi hati saya yang sarat merinduinya. pada setiap waktu yang ada. hingga kini.




Selasa, 20 September 2016

Bunga yang bercahaya

Dear Diary,

Kali ni tajuk panjang sikit. 3 harkat. Sebab apa? itu nama anak buah kesayangan saya. Pengubat duka sementara. Yang banyak ragamnya. Lebih2 lagi bila dah besau ni. Lebih2 lagi bila adik dia nak kena teran keluar dalam masa terdekat ni. Mengamuk sakan. Haiyoo. Bangun subuh memang budak busuk ni lah yang saya cari dulu. Dia bangun jam 4. So waktu subuh tu dia dah merayau2 kat ruang tamu bawah. Bila dah tak kerja ni most of time saya spend masa kat bawah. Kat atas takda siapa. Sunyi. So duk bawah layan budak ni lagi best.

Umo dah 2 tahun lebih. Tapi speech development dia agak lambat. Ntah kenapa ntah. Dia start pandai jalan pun lambat. Nak dekat umo 2 tahun. Rajin juga mak ayah dia layan dia bercerita. But still cenggitu juga. Dia suka gulung lidah bila bercakap. So bunyi yang keluar, macam tamil. Boleh bayang tak tamil cakap melayu macam mana. Huhu.

So doktor advise budak ni tengok lagu budak2 kat youtube. Walaupun sebelum ni memang mak ayah dia bagi dia tengok tu juga. Takpa la. Memang ada certain budak yang lambat bercakap kan. Mungkin bila masuk taska atau pra sekolah nanti, speech development dia bertambah baik sebab banyak rakan2 boleh di ajak bercerita. 

Bawah ni video layan dia nyanyi. Dia suka kalau ada orang nyanyi sama. Badan kecik. Maklum lah makan nasi/bubur sekali 2 hari saja. Kecik2 dah diet. Tak suka makan nasi. Huh.




Video bawah ni pula, bila dia dapat tahu yang saya rakam dia nyanyi. So dia tak boleh nak fokus dah. Menyemak duduk ke sebelah tengok hp maksu dia. Alahai. 



Sabtu, 10 September 2016

Hooreyyyy

Dear Diary,

OMG, saya ternampak ni dalam berita. Terus saya godek2 encek google.



















Alhamdulillah, TAHNIAH MELAKA! Setelah sekian lama. Kini jadi juara, dah boleh masuk Liga Super. Allahu, mesti dia happy sangat. Sukanya! Teringat dia kata dulu, 1 day team melaka akan masuk Liga Super. Terus rasa nak melompat tengok berita tadi. Syukur ya Allah. Tak sia2 usaha penyokong pasukan ni. Memang betul2 gigih. Tahniah! Yeahh!!!


Again

Dear Diary,

Rasanya belum sampai 2 minggu saya post pasal mama admit wad, tup2 admit lagi. Hmm. Procedur awal sebelum angiogram tu, kena buat stress test. apa ke benda? kena lari atas treadmill. Nak tengok level kesihatan jantung mama macam mana. teruk sangat ke tak.

Before this, mama pernah juga buat. 1st kat Brunei. 2nd kat KK. Last result untuk kedua2nya adalah mama pengsan. Thats why doktor cadangkan buat angiogram. Tapi refuse. Sebab takut. Kami 1 family takut.

Actually, baru2 ni kami tengah berjinak2 berniaga nasi katok. Kitorang buat COD. Sementara abg saya duk rumah, elok buat duit sambil2 cari kerja kat tempat lain. Kami terima tempahan 50 bungkus dari pihak sekolah untuk esoknya. Alhamdulillah, excited. Akak berseloroh, kalau pengsan lagi memang tak jadi lah 50 bungkus tu. Kami gelak saja. Dalam hati, saya tak putus berdoa. Tolonglah jangan pengsan.

Bila penilai datang, mama pun disuruh masuk. Akak masuk sekali. Saya boleh jenguk2 dari luar saja. Sebab bilik tu kecik. Akak warning penilai tu siap2, mama ada history jatuh pengsan lari atas treadmill. Penilai tu dah nervous dah. Dia panggil seorang nurse untuk tolong tengok sekali. Sepatutnya ada seorang doktor tengok test tu juga. Tapi dia pergi tengok pesakit lain.

Mama test jalan atas treadmill untuk level perlahan dulu. Jalan slow2. Macam berjalan kaki biasa tapi agak laju sikit. Saya boleh agak, mama dah agak semput masa tu. Rasanya tak sampai 5 minit, penilai tu dah up kan level kelajuan. Sekelip mata, mama jatuh tersembam atas treadmill yang masih bergerak. Allahu. Saya nampak mama tercungap2 ambik nafas. Tiba2 nampak akak tepuk2 pipi mama. Suruh mama bangun. Then akak jerit oksigen. Baru saya tahu, masa tu nafas mama terhenti. Tapi malangnya, dalam bilik tu diorang tak sediakan mesin oksigen yang sepatutnya kena ada dalam bilik stress test. Penilai tu cuba buat CPR. Tak berjaya. Last2, kena hantar pegi emergency room. Nak angkat mama lagi satu hal. Disebabkan mama agak berat, dengan kudrat 3 orang dalam bilik tu tak cukup kuat untuk angkat mama. Penilai tu pun dah join jerit, panggil orang. Nasib baik ada cleaner lalu. Tolong angkat sekali.

Saya hanya terdiam melihat mama. Speechless. Fikiran saya kosong. Sewaktu mama disorong laju ke emergency room pun saya hanya berlari mengikuti. Akak masih jerit minta mesin oksigen. Kat emergency room, semua MA dan nurse lari sini sana. Ada seorang dua doktor turut berlari masuk. Saya di minta keluar. Akak saja yang berjaya untuk berada di sisi mama. Saya angguk. Mulut masih terkunci. Seorang MA lelaki meminta saya duduk seketika. Tapi masa tu kaki pun terasa berat untuk melangkah. Hanya mampu berdiri tersandar di dinding. Bila seorang lagi MA lelaki panggil untuk bertanyakan butir peribadi mama, baru saya bersuara. Dan mata mula berkaca. Saya teruskan doa, agar mama panjang umur dan terus sihat.

15 minit menunggu, kelihatan penilai tadi keluar. Saya tanya, mama macam mana. Alhamdulillah, ok. jangan risau. Semua baik. Alhamdulillah. Baru lah kaki saya ada kudrat untuk berjalan. Saya duduk tunggu akak pula. Bila akak datang, dia suruh tengok2 mama. Dia nak pergi merayu dengan sister untuk minta off haritu. Nak jaga mama katanya. Mama admit wad untuk 3 hari macam haritu jugak. 3 hari mama kat sana, jadi perbualan hangat pula. Sebab kat sini jarang terjadi kes emergency macam tu. Bila tiba2 berlaku, tu yang jadi kelam kabut semacam. Nurse yang ada dalam bilik pun nampak blur2 bila nampak mama pengsan. Hmm. Yang penting mama sihat kembali. Untuk angiogram tu mungkin tahun depan baru boleh buat. Memandangkan ada ramai juga pesakit seluruh Sabah tengah tunggu que nak buat juga.

Buat masa ni, kami masih teruskan berniaga nasi katok. Abg saya dah belajar dari mama. Saya pun turut join sekali. Mama just tengok2 saja. Tak bagi mama terlampau penat. Alhamdulillah, permintaan tu setiap hari ada. kekadang sikit, kekadang banyak sampai tak menang tangan. Berniaga kecil2an. Yang penting berkat, Hati pun puas. Sebab habis kerja boleh rileks, Takda bos nak marah. Hihi. Abah pun 3 tahun lagi nak pencen. Tak sabar rasanya nak tunggu family ni complete dalam satu rumah. Insya Allah, semuanya akan baik2 saja untuk hari2 yang akan datang.


Jumaat, 9 September 2016

Wonder

Dear Diary,

Hari ni tiba2 saya termimpikan dia.
Terjumpa dia and then duduk bersemuka
Happy seeing each other
Walaupun dari raut wajahnya ada garis pilu

Kami bercerita seperti biasa
Sometimes gelak ketawa
Kemudian dia lentok kan kepala atas meja
berbantalkan lengannya sendiri
Dia diam seribu bahasa
Saya pun diam
Mungkin dia penat

Tiba2 dengar bunyi esakan kecil
Saya pandang pipinya yang basah
Kenapa
Kenapa menangis
Please.. jangan
Saya usap rambutnya yang kasar
Masih saya ingat lagi perasaan usap rambutnya dulu
Tebal dan kasar
Bila dia dongakkan kepala
Saya terus terjaga


La Haulawala Quata Illah Billah. I hope dia baik2 saja di sana. Really.. bersama keluarga tercintanya. Hope realitinya dia gembira dan bahagia. Allah, jagakan dia untukku. Jauhkan dia dari gundah gulana dan kesedihan.




Sabtu, 20 Ogos 2016

Sorror

Dear Diary,

1 minggu lepas mama admit wad hospital. Malam tu mama sesak nafas. Nampaknya jantung mama buat hal lagi la. Boleh jadi sebab mama dah tak makan ubat Tasly (herba cina yang baik untuk kesihatan jantung). Tapi mahal gila ubat ni. RM200+ sebotol untuk sebulan je kot. Mama kata tak payah la beli lagi, Mahal. Kite nak pakai duit untuk banyak benda. Hmm, tengah sakit pun mama masih risau pasal kami. Itulah pengorbanan seorang ibu. Dari kita lahir sampai dah boleh survive sendiri, seorang ibu masih akan ambil berat dan jaga kita selagi terdaya.

Buat masa ni, doktor kata jantung mama dah agak kembang. Kena lakukan indiogram.. endogram.. angiogram.. haa, lebih kurang macam tu la sebutannya. kena buat cepat2. Kalau boleh sekitar tahun ni juga. Prosedur ni untuk nak tahu kalau ada penyumbatan di bahagian arteri jantung yang menyebabkan jantung sukar nak pump darah dengan elok. Actually, doktor dah pesan lama dah suruh buat. Tapi yelah, bila ingat pada kebarangkalian risikonya mama jadi takut nak buat. Kerosakkan buah pinggang, kerosakan saluran darah dan paling hebat kematian. Allahu Akhbar. Bukan saja mama, abah dan anak2nya ni pun tak bagi mama buat.

But now, rasanya nak taknak kena buat juga sebelum keadaan jadi lebih teruk. Pihak hospital tengah aturkan jadual bila kena buat prosedur tu kat Hospital Quean Kota Kinabalu. Jalan terakhir adalah doa. Agar segalanya berjalan dengan lancar dan baik. Agar mama kembali sihat sepenuhnya. Agar mama sempat menunaikan haji dengan abah sebelum tiba akhir hayatnya...

Mama.. Please keep strong. And keep healthy.

Isnin, 11 Julai 2016

Lebaran

Dear Diary,

Selamat Hari Raya. Dah raya ke enam baru nak wish kan. Ape daa. Alhamdulillah, bulan Ramadhan tahun ni Allah murahkan rezeki saya. Dapat emas buat kali kedua. Dah dua kali berturut-turut. Lahaulawala quata illa billah. Allah beri saya hadiah hari jadi yang punya nilai tersendiri.

Ramadhan tahun ni sambut sederhana saja. Raya pun sama. Beli baju raya pun takda. Bulan puasa, biasa makan meriah bila masuk berbuka. Beli macam-macam juadah. Sampai tak habis makan. Kucing la biasanya yang take over. Tapi pada tahun ni biasa je. Jarang beli kat bazar. Mungkin dalam proses nak jimat budget. 2 orang dah tak kerja kan. Huhuhu. So masak sendiri je lah. Lagi sedap. Lebih terjamin kebesihannya. Halalan Thoiban gituhh. Sahur pun minum air masak saja. Sekadar ambik berkat bersahur. Nampaknya dah 2 kali Ramadhan tak wish dia selamat bersahur dan berbuka puasa. Dulu pas saya sahur, biasa saya tak tidur. Saya tunggu dulu. Semata-mata nak wish selamat bersahur je pun. Hihi. Penghujung Ramadhan pula biasanya dia share gambar lampu pelita kat rumah dia. Tak pernah missed. Kalau dia lupa, saya akan mintak. Mengadakan. Haha. Pastu sehari sebelum raya, dia dah bizi tolong tolong masak. Kekadang beberapa hari sebelum tu dia akan cat rumah. Hmm, rindunya. Rasa sayu hati bila kenang. Allah, rindu sangat.. Hari jadi saya tahun ni pun dia ada wish. Walaupun lambat 2 hari. Alhamdulillah, dia ingat juga. Terima kasih Allah, kerana Kau beri dia kekuatan untuk wish. Saya tahu, bukan mudah untuk dia.. Dengan beberapa kerat ayat yang dia bagi dah buat hari saya ceria giler giler. Senyum sampai telinga. Allah, Kau berilah segala kebaikan untuknya, terimalah segala doanya, majukan bisnesnya dan kerjayanya, sihatkan tubuh badannya dan keluarga.


Apa pun selamat hari raya semua. Yeayy!!!

Rabu, 29 Jun 2016

Kerja

Dear Diary,


Sedar tak sedar dah nak masuk 3 bulan tak bekerja. Dalam banyak-banyak kerja yang saya apply, hanya 1-2 buah company yang panggil interview. Alhamdulillah, at least ada. Walaupun resultnya negatif. Rata-rata mahukan individu yang punya transport sendiri. Senang nak arah ke sana ke mari. Haih. Takpe lah. Belum rezeki nak dapat kerja makan gaji.

So saya try fikir cara lain. Ya, cara lain untuk make money. Sambil gegoyang kaki kat rumah. Takde lah nampak hopeless sangat. Bisnes. Ya, bisnes. Saya ada terfikir untuk bisnes sebelum ni. Dan saya memang dah join beberapa drophip pakaian tahun lepas. Apa kata buat dengan serius. Maka dalam masa bulan tu saya fokus kaw kaw dengan bisnes. Promote je pun. Tak keluar modal. Ingatkan senang. Rupanya luar biasa susahnya. Jika setakat promote macam tu saja memang lah senang. Tapi kena ingat, zaman sekarang ramai dah yang celik akal untuk tambah pendapatan. Even dia dah ada kerja tetap. Jalan mudah, join dropship. Student lagi ramai yang join. So saingan promote sesuatu produk memang hard gile. Saingan dengan rakan dropship yang sama produk satu hal. Dengan dropshipper yang jual produk lain pun satu hal. 

Namun, lama-lama saya dapat catch up rentak bisnes macam ni. Yeyy! Yang penting adalah doa dan kesungguhan. Saya mula belajar untuk edit gambar sendiri. buat storytelling sendiri, belajar cara close sales yang berkesan dan macam-macam lagi. Kenapa kena edit sendiri? kenapa tak pakai saja gambar yang disediakan supplier? Sebab saya taknak iklankan gambar yang sama dengan gambar rakan dropship saya yang lain. Walaupun edit tak cantik mana. Sobs. Saya banyak iklankan kat group-group FB. So chance untuk bertembung dengan mereka sangat lah tinggi. Nanti prospek pun confused. Tak tahu nak beli dengan siapa. Gambar sama je. Rasanya hampir setiap jam juga saya promote. Boleh nampak tak kesungguhan saya macam mana. Hakhakhak.

Dan hasilnya,


TARAAAAA!!!!




Supplier hadiahkan saya emas. Sugoiii!!!! Sebab berjaya jadi penjual item terbanyak bulan lepas. Hik. Alhamdulillah. Walaupun emas 0.5g saja, tapi tersangat bernilai untuk saya. Apapun semua atas izin Allah. Dia lah yang banyak beri ilham pada saya. Menggerakkan hati prospek untuk mahu membeli dengan saya. Komisen yang saya dapat, takda lah banyak mana. Tapi cukuplah sekadar dapar bayar astro bulan bulan. huhu. Ringan juga beban akak saya. Memandangkan abang saya pun belum dapat kerja sekarang. Pun sama diberhentikan kerja. Semua ujian ni terselindung hikmah. Itu saja yang saya percaya.


Bila dah berniaga ni, banyak sebenarnya yang saya dapat belajar. Yang mencelikkan mata dan hati saya. Saya belajar bahawa rahmat Allah tu luas dan rezeki tu dalam genggamanNya. Semasa saya kerja Petronas dulu, yang saya gerunkan adalah manager. Seram sejuk bila dengar dia marah. Paling tak best, terpaksa menipu. Allah, nampak sangat tak berkat duit gaji tu kan. Lepas tu, kalau ada rakan sekerja yang tak bagi kerjasama, mulut dan hati ni memang merungut tak sudah sudah. Ada saja yang tak puas hati. Bila berniaga ni, masya Allah.. saya rasa lebih tenang. Pengharapan saya pada Allah saya letak setinggi-tingginya lepas saya berusaha. Saya juga belajar untuk redha bila takda customer dan bersabar melayan karenah customer yang pelbagai. Saya cuba manfaatkan ilmu psikologi yang saya belajar dengan mereka. Alhamdulillah, berkesan.

Apapun, bukan senang nak make money. Now, saya tahu sangat betapa sukarnya nak cari duit. Lebih lebih zaman sekarang ni. Saya cuma nak Allah sentiasa cukupkan rezeki saya sekeluarga saja. Dan untuknya juga. Saya pernah berangan-berangan sebelum ni, nak bisnes sama-sama dengan dia. Tolong bisnes dia ke. huhu. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua ye. Yosh! Teruskan usaha!


Ahad, 3 April 2016

Anggur

Dear diary,

This month, my contract had been terminated. No longer working. Farewell Petronas. I miss him. Pada waktu tough macam ni biasanya saya ngadu dengan dia, then dia akan bagi idea baik punya. bukan sekadar beri idea, but motivate sekali. "abang akan selalu jadi motivator buat sayang." Hmm, how i miss that statement so much.. For me, dialah seorang kekasih, seorang abang, bestfriend.. 3in1. thats make him so special in my heart till now.

What did I do now? Nothing. Just gegoyang kaki hadap laptop ala bos tanpa gaji. sometimes turun bawah borak sembang dengan mama. Pastu naik atas hadap laptop semula. 2 hari duduk rumah, saya dah list apa bisnes yang possible saya boleh buat dengan modal yang rendah. List then blank, tak tau nak mula. Allah. it;s okay.. pelan2. Hmm. Baru dua hari tanam anggur kan. mana tau seminggu dua dah boleh jadi tauke anggur. Keep strong Mija!!!


Last month pegi KK, everywhere I go.. saya nampak bayang dia. Anjung Senja, Pasar Filipin, KK Plaza, 1 Borneo.. Haih. My sister ajak masuk kedai Adidas. Teringat saat kami masuk dalam tu, i remember the way he look pada sepasang kasut Adidas yang dia suka. Nak beli ke tak nak. Nak beli ke tak nak. Ok, cute. Then layan dia cari jersi, seriously jadual kami sangat pack masa tu. Sememangnya dia dah plan perjalanan dengan baik dan teratur. Jauh jugak kami berjalan, pegi Anjung Senja sebab nak makan pisang cheese saja. hihi. beriya-iya dia tunjuk kat abang waiter yang ambik order kami, pisang cheese kat situ dapat review baik dalam blog. Alahai. Dah kenyang, pegi beli souveniour pulak, jalan kaki lagi. singgah kedai buku Times, bersejuk-sejuk kat sana. Kaki masa tu takyah cakap la. Sakit sebenarnya. dah melecet. tapi tetap buat selamba. biasa la kasut baru bawa jalan. tapi bila tengok dia, tengok dia seronok jalan2 terus hilang rasa sakit. sejuk mata turun ke hati turun ke kaki. ajaib. Kat sana dua tiga kali kami beli sayap ayam, dia selalu betulkan. bukan sayap, tapi kepak ayam. Whatever. yang penting rasa sedap. huhu. Paling saya suka bila dia call mak dia. nampak diorang ni rapat sangat. dia panggil papa dia taiko ok. hehe.



Sepanjang bersama juga, dia kerap merokok. saya naik risau. Kat rumah pun macam tu ke. tak boleh jadi ni. dah warning jangan sedut asap banyak sangat. grrr grrr.. now, dapat tahu dia mula hisap vape. Hmm. I hope, dia jaga kesihatan dengan baik. Dulu, saya sangat takut kalau dia jatuh sakit. syukur sebab dia jenis yang jarang jatuh sakit. tapi bila dah sakit tu lamanya nak sembuh. paling lama pun demam 2 minggu. pernah satu ketika, dia kena demam denggi. risaunya saya hanya Allah yang tahu. sampai kena tahan masuk wad. bila dapat chance sembang dengan dia, dengar suara dia pun saya rasa rawan. rindu, sedih, bimbang. semua perasaan ada. saya menangis, menangis dan menangis. saya siap bernazar lagi supaya dia cepat sembuh. dan sampai sekarang nazar tu still kena buat. benda yang baik pun. so tak kisah. yang penting dia sihat selalu.



Saya taktau apa status dia sekarang. dah ada makwe baru.. dah tunang.. dah kahwin ke. Siapa tahu, lepas pegi umrah dapat petunjuk. Lagipun mesti mak nak cepat dapat menantu. boleh tolong2 kat dapur. Nad pun dah kahwin. Maaf mak tak sempat nak jadi menantu mak. tak dapat nak rasa asam pedas mak dan sambal mak yang jadi kegemaran keluarga mak...  Hmm. Sejujurnya, bila fikir tentang tu, hati saya bagai ditusuk2 benda tajam. tapi bila fikir tentang kebahagian dia, saya rela dan redha. Siapa saya untuk diingati lagi. Malah saya berharap, dia cepat temu pengganti. pengganti yang jauh lebih baik dari saya, pastinya... yang boleh manjakan dia, faham buruk baik dia, terima diri dia seadanya, yang takkan marah dan merajuk dengan dia kalau dia terlupa tarikh penting.. yang selalu memaafkan kesalahan dia.. sentiasa selalu ada di sisi dia di saat dia perlu.. dan segala perkara yang saya tak dapat beri sewaktu kami bersama.. Sampai saat ini, nama dia sentiasa meniti dibibir dalam setiap doa. Insya Allah, hingga nyawa berpisah dari jasad.




Khamis, 7 Januari 2016

Last Song

My heart cry for a while..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...