Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kereta. Papar semua catatan

Rabu, 8 Ogos 2012

me drive like crazy



pertama kali drive di laluan sebenar.. i mean di laluan luar dari tempat biasa aku belajar.. i mean di jalan highway yang besar. konon dah terel la kan. abah pun cam yakin jek aku boleh bawak. mungkin melihat air mukaku seperti setenang air di muara, padahal dalam hati kemain lagi gabra. oit oitt, aku belum redi. tapi still rasa perlu cabar diri. nak tau mampu ke tak. mampu la sangat kannnnnnn. keh keh keh. masa memula start enjin rasa ok lagi. alahh, perkara mudah. selalu buat masa belajar. undur.. ok, cantekkk. jalan semeter dua mati enjin. jalan lagi ke depan sikit once  more mati enjin. damn! bukan perkara baik. tapi teruskan jugak. sampailah dekat nak keluar simpang, nak masuk highway.. kereta banyak tak putus putus.. berdesup laju.. terus rasa seram sejuk. abah pun kejap suruh i kuar kejap kata jangan dulu. ahhhh, tension. abah kata kalau betul betul nak keluar kena bertindak cepat. jangan ragu-ragu. ok,aku yakinkan diri. tekan clutch tekan minyak. jalannnn. tapi dengar abah jerit suruh berenti. sebab kereta dah makan jalan. hampir hampir jugak kereta orang nak langgar. kan higway. abah suruh undur cepat. nasib baik belakang takda kereta. muhahahaha. tapi insiden tu buat aku tambah teruja pulak. bagitau abah nak drive lagi. nak drive nak drive! abah just bagi drive di laluan yang lurus sebab kata aku tak pandai kawal stereng lagi. huh?? pelik macam mana boleh lulus. ahh, pedulikan. biar tak pandai. tak pandai boleh terus belajar sampai pandai. yang penting lesen dah hade. aku bangga. hohh hehh. 


Jumaat, 3 Ogos 2012

at last



alhamdulillah,akhirnya lulus gak ujian JPJ lepas 2 times gagal. terel tak? huhuhu. rasa bersyukur sangat akhirnya boleh lulus. semua gara-gara tiga penjuru. kitorang gelarkan simpang keramat. sebab ramai tul calon kandas kat situ. setelah diteliti, tempat parking tu memang kecik. kalo kancil mungkin boleh senang masuk dan undur. tapi tu la cabarannya. betul tak?





gagal pertama kali masa tu memang boleh handle lagi. but for the 2nd time, rasa down giler. nasib baik bobet ada. dia la yang menenangkan aku. sebenarnya disebalik rasa down tu, ada lagi satu rahsia yang aku simpan. tindakan dan pilihan yang aku buat membebankan perasaan. dan itu aku hanya kongsi dengan seorang rakan yang baik. i lie to my mum. kata dah lulus. teruk kan? aku cuma taknak my mum berhabis duit lagi semata-mata tuk bayar denda gagal test JPJ. semata-mata tuk itu saja. denda tu bukan sikit. banyak. dan tu buat aku rasa salah. aku tau kalau aku bagitau aku gagal lagi, mesti my mum akan bagi lagi duit. kalau aku gagal lagi mesti mama dan abah susah hati lagi. then aku terpaksa ambil risiko sendiri. keluar duit sendiri tuk bayar yuran. dan tanam kepercayaan tinggi untuk lulus test JPJ yang ketiga. mesti lulus! aku tak bagitau bobet bimbang dia marah lak. mesti dia tak setuju. huhuhu. but alhamdulillah, Allah kabulkan doa dan lulus. pegawai JPJ pada masa tu pun baik sangat. masa hantar borang ke pegawai di pondok, siap bagitau tips lagi. sebab nak tengok aku lulus. thanks abang abang JPJ. kekekekke.







hah,dan lagi satu. aku bersyukur dapat pengajar yang baik. ada dua orang pengajar yang ajar aku. hahahaha. lembab kan. tak pandai pandai. sampai dua cekgu tuuu. thanks pada uncle foon sebab selalu bersabar. dan uncle joshua yang sudi tuk ajar tiga penjuru. ajaran uncle joshua memang berkesan. walaupun kekadang rasa tak selesa sikit dengan dia. panggil aku darling bagai. sambil dia berceloteh tangan dia kekadang sentuh tangan aku. naseb baik tengah aku pegang stereng. kalau tak dah lama aku silat cekak kan tengkuk beliau. hinsssss. but i know dia just main-main. dan mungkin tu kebiasaan dia. ramai jugak yang lulus aritu. tu buat aku lagi bertambah gembira. sedih bila kakak-kakak seperjuangan aku tak dapat lulus. mereka selalu beri semangat walaupun dorang pun sama gagal. kekekkekeke. nikmat bila gagal, dapat kawan-kawan baru yang baik. i miss uolsss.



Isnin, 9 Julai 2012

can't stop cursing road user





again, todays monday blues. mulakan ari senin korang dengan senyuman. dan akhirinya dengan senang dan perut kenyang. bagi yang duduk rumah macam aku. hahahaha. yang sekolah dan bekerja tuh pepandai la tahan perasaan korang. 


ok, ambik mood serius. nak cakap sikit pasal pengguna jalan raya di malaysia. takmau ambik secara keseluruhan sebab taktau negara lain perangai diorang di jalan raya macam mana kan. tak boleh nak judge semua orang sama. semalam, aku keluar duduk santai waiting for my mum kat terminal. sebelah aku ada seorang makcik. aku rasa dia dari Brunei. kira nak balik ke tempat asal beliau la. tunggu masa feri datang. dia ada tanya kenapa pemandu di malaysia tiada adab. aritu dia jenjalan kat sini, dia lalu di laluan garisan kuning tuk melintas.. "zebra crossing". tapi kereta takmau berenti bagi laluan. selamba badak jalan macam taktau peraturan. dia bandingkan dengan pengguna jalan raya di Brunei yang lebih baik. aku angguk. setuju. sebab aku pun pejalan kaki. paham la apa makcik tu maksudkan. dan aku sendiri penah duduk di Brunei selama 10 tahun. really, jauh lebih bagus. bukan nak bias. tapi tu la hakikatnya. kazen aku yang 1st time bawak kereta pegi Brunei pun puji pemandu pemandu di sana. berhemah. not 100%. pasti ada segelintir yang bangang. but majoriti good. pemandu pemandu di Brunei, nampak orang melintas dari jauh lagi diorang dah berenti, then tunjuk signal suruh lalu. walaupun takda "zebra crossing". how sweet. malaysia?? selagi ada ruang, dia akan jalan. tak maunya diorang berenti. kekadang kaki ni hampir hampir dengan muncung kereta. damn. aku percaya tak semua macam tu. but, sorry to say. majority of us like that.








pada pendapat aku lah kan, tak kisah la korang setuju ke tak.. dua faktor pengguna jalan raya yang membawa kepada kemalangan ialah sikap pengguna tu sendiri dan 'inappropriate state'. sikap utama adalah KURANG sabar. orang yang kurang sabar, mereka tak ambik pertimbangan yang panjang, bertindak melulu dan mementingkan diri. so tak mustahil mereka ni melanggar disiplin jalan raya. contoh? macam yang tadi ler, orang nak lintas tak bagi jalan.. lampu isyarat dah merah still nak jalan.. takda lesen lagi dah bawak kereta. hahh huhh! 'inappropriate state' pulak situasi di mana ianya boleh jadi disengajakan atau tidak. sinonim dengan kecuaian. contoh disengajakan ialah menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan mabuk. yang tidak disengajakan pulak ialah more to mental and body state.. seperti tekanan jiwa dan rabun mata. that's it. malas nak ulas pepanjang. bukan boleh bertambah duit dalam bank. ark ark ark.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...