Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelik. Papar semua catatan

Khamis, 2 Ogos 2012

bila tunang ex datang menyapa

semenjak 2 bulan lamanya tak hap date status fb di wall sendirik, akhirnya semalam aku melakukannya *touched* uhhh! saje nak kongsi rasa gembira dengan kengkawan.. but 1st yang mengomen ialah stranger... no,dia tunang ex aku. totally stranger.. apa kes ni, mau cari gaduh ka?







hahahaha.. dah tentu la tidak. hanya ucapan tahniah. walaupun rasa pelik sebab selama ni tak penah datang komen. dan tak penah saling kenal . masa dia add dulu taktau pun dia tu gf bekas aku. lepas gambar dorang bertunang bertebaran di wall beliau baru tau. ark ark ark.. tapi takda beza pun kalau dia gf or tunang of my bekas bekas. selalu bila bukak fb memang aku offline chat. ianya mengganggu dan kekadang meng'anoying'kan. baru terdetik nak offline fb satu mesej datang menyinggah di inbox. tengok dia yang mesej. hmm,ada apa ya. 







tak pasal pasal kena soal siasat.. hahahahaha. dia tanya dengan baik, jadi aku layan dengan lebih baik. jadi selama ni dia memang dah tau yang aku bekas gf tunang dia. patutla dia add. huhuhu.


Selasa, 19 Julai 2011

you're life suck! isnt it a compliment to you?

manusia ni super duper pelik. kalo kita tak puji, kecik hati. rasa tak dihargai. uselessly.

eg:

student A: result kau ni ok apa. takpe. lain kali kau usaha lagi. pasti boleh.
student B: alah,aku tau. aku ni bodoh. tak pernah lagi orang puji aku pandai selama ni. aku ni satu sen pun memang tak guna.
student A: .............

manusia ni super duper pelik. kalo kita puji, dia ingat kita sindir. pulakk.

eg:

makcik C: hei,kiah. pegi mana tuh? hambouiii,cantiknya kau pepagi buta ni. nak pegi bandar yer?
makcik D: timaah,toksah lah kau nak menyindir aku ni ha. tau la aku ni tak cantik. pakai apa pun tak cantik. tak macam kau tuh. janda meletop top top.
makcik C: ..............


manusia ni super duper pelik. bila kita puji, ingat kita ada motif.

eg:

aku: salam. kak,esok aku kerja shift pagi ke malam? al-maklum ler. takut silap time lagi. huehue.
dia: kau shift pagi lah. hahaha.
aku: eh? hehehe. tankiu. BTW,akak cantik arini bertudung ungu. wink wink.
dia: hahaha. yelah tuh. puji-puji ni ada makna je tuh?
aku: ...................




~"pujian itu makanan hati" kata dr. hm tuan iskandar. tapi semakin banyak dipuji, hati bisa mati.~

Khamis, 26 Februari 2009

i"m weird????????

Aku tau ada makhluk tuhan yang pernah dekat dan mengenali aku merasakan diriku ini pelik. Mereka tak pernah cakap kat aku, tapi aku dapat menangkapnya. Ni antara perlakuan pelik aku yang aku sendiri rasa pelik gak kadang-kadang:


Suka berseorangan.


Mak aku selalu pergi Brunei sebab ayah kerja sana. So,aku sering kena dump duk rumah sorang2 jadi penunggu. Kalo orang lain dalam keadaan ni mesti rasa best kan. Dapat kuar bebas la. Pi pub clubbing,pkai seksi2,buat parti,kuar tengah malam,tertonggek2 jadi minah rempit dan tak kurang jugak ada yang mengambil kesempatan ni bawa budak laki aka bf masuk rumah. Pehh! Best tu. Gila tak best. Tapi bila perut bulat pandai2 la sendirik. Tapi aku tak macam tu. Dulu pernah la aku buat. Aku ambik peluang tu kuar rumah jalan2 waktu malam. Pastu aku tak buat dah. Sebab aku rasa bersalah kat mak bapak aku…(kes kuar tak mintak izin). Korang kena paham la, budak baik kalo buat salah mesti rasa tak kena kan.. macam haku. Hukhuk! Mak aku akan tinggalkan aku paling2 lama pun 3 minggu. Bila aku beritahu hal ni kat kawan2, ramai yang mengajak aku tinggal rumah mereka, pergi jalan2,tengok band,pi pub la. Tapi aku reject! Di sini orang buat anggapan yang aku ni anti-sosial dan tak suka bercampur dengan orang, tak suka hiburan dan membosankan. What a jerk!


Senyum dan gelak.


Aku perasan hal ni setiap kali aku duduk bersama sekumpulan orang2 yang rancak bergosip x hengat donia. Hinggalah pada satu ketika mereka buat kelakar. Aku yang duduk sebelah khusyuk dengar cerita mereka pun ikut la ketawa. Tapi aku tak la ketawa sampai kuar anak tekak. Biasa2 jek. Aku kaver2 la sket. Agak2 la kan. Kalo macam tu dah lama la aku kena penampo. So, bila dah aku gelak mereka macam heran kenapa aku ikut gelak sama. Padahal aku bukan join cerita mereka tu. Isk! Dah mereka buat kelakar,mestilah aku gelak. Aku ni jenis yang mudah ketawa. Dengar je lawak yang aku rasa lucu aku gelak la. Paling tak pun aku senyum jek. Satu lagi masa haku tinggal sorang. Ada yang perasan aku gelak sorang2 kat rumah. Yela,dah aku tengok cerita kelakar kat tv,takkan aku nak nanges pulak! Gila ke hape. Lagipun bila aku gelak,aku dapat buang rasa kesunyian aku. Lain orang lain la caranya. Pelik ke tu?


Bercakap dengan binatang.








Haha! Ni selalunya jiran2 aku yang nampak. Aku bercakap dengan kuceng. Aku pun tak tau. Tapi aku suka cakap dengan kuceng jiran aku ni. Sampai la sekarang ni kuceng tu makin kerap bertandang ke rumah. Satu hari, jiran sebelah dengar aku semacam cakap dengan seseorang. Walhal aku tinggal sorang kat rumah tu…(ni mesti kes syak aku bawak laki masuk rumah ni). Jadi dia pun tanya. Aku jawab aku cakap dengan kuceng. Aku tengok dia tersenyum dan terus blah. Aku bukan setakat cakap dengan kuceng saja. Dengan binatang lain pun ye gak. Macam semut. Aku pesan kat semut tu, “Ko jangan nak jalan sini. Kang aku simbah ko dengan air!” pastu aku letak tangan aku suruh dia naik. Bila dia dah naik aku pindahkan dia ke tempat selamat untuk dia jalan. Nampak betul gila bukan? Tapi bagi aku, binatang ni makhluk tuhan yang bukan setakat kita perlu jaga,beri makan minum dan tempat berlindung. Ada masanya kita perlu berkomunikasi dengan mereka. Siapa tahu, di akhirat kelak mereka bantu kita masuk syurga?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...