Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Julai 2012

yumm yumm yummm

senin lepas, cubaan membuat biskut lapis cheese berjaya dilakukan. weeeee~ tapi kann, pattern dia nampak lain. kontra dengan apa yg org lain buat. ark ark ark... yg penting rasa sedapp. mabeles. rasanya lagi sedap banding kek cheese yg biasa tuh kot. pattern nampak beza mebi sebab cream cheese kat bahagian atas tak tebal. sebab tak cukup. jadi aku lapis la dengan banyak nestum tuk kaver. kehkehkeh. and lagi satu, kena letak biskut bebanyak ckit supaya senang nak potong. hah,takpun kurangkan bubuh cream cheese kat lapisan bawah. takpa, practice make perfect. 1st trial manade yg sempurna. ehemmm. 


tadaaaaaaaa..!!!! potong pas solat subuh. tengah mamai lagi.


then, pagi ni tak tahu nak buat hape. naik atas dengan muka blur. masuk bilik jumpa buku lama. majalah sekolah actually. senyum sengsorang nengok. ah,zaman sekolah. banyak kenangan. terkenang masa duk fom 1. antara pelajar cemerlang gitew kan. top 10 dalam semua kelas. fom 1 ada 6 buah kelas. jadi bayangkanlah aku jadik top 10. maunya tak bangga. ark ark ark... patutnya dapat no 1 dalam kelas, tapi sebabkan gagal BM jatuh no 4. ark ark ark... 1st time dapat majalah sekolah dulu, teruja nampak banyak gambar muka sendiri tertempek dalam majalah. terasa fofuler. ark ark ark... then fom 2, persaingan sebenar bermula. memasing nak rebut anugerah. dan sekali lagi nama aku tercalon tuk naik pentas. fom 3 zaman jahiliyah. zaman lupa diri. zaman malas. zaman menyibukkan diri dengan aktiviti luar skola. kem sana sini. jatuh no 7 dalam kelas. tak dapat naik pentas. ark ark ark... sebab cemburu, ubah perangai. nak rasa naik pentas smola. fom4 banyak jadi wakil skola. pegi perlis pegi selangor. seronok naik flight. huuuu~ fom 5 berjaya raih 4 matapelajaran terbaik. bangga siut. palingg tak best masuk fom6. kengkawan lama banyak pegi jauh. besties skola tempat lain. semangat runtuh. ponteng kelas banyak. dapat surat cinta pengetua, date dengan pengetua. cekgu pandang rendah. biasa. bila ada student peberet sendirik, student ordinary dipinggirkan. apa lagi student yang bermasalah. dengan pandangan rendah orang, aku tetap dapat masuk U. sempat jugak merasa jadik student jahat kan. tak sesia idop. ark ark ark...


nostalgia.. huehuehue



gelak guling guling layan panggilan hangit hot fm tadi. naseb baik duk sorang. tak nampak gile sangat.
kat bawah ni antaranya. best kan dengar orang terkena. kelakar. yang terkena tu tak tau la. ark ark ark.

Saya nk dia jadi model
FBI - Curi Perfume
AG - Korban Bulu Ketiak
Panggilan Hangit - Kau Apa Hal
Whose Fault???




Sabtu, 25 Februari 2012

wa punya suka la nak update



hari khamis lepas,  malamnya aku lepak bilik kawan. saja. buang karan. nak borak borak kosong. gusip gusip. auwww. mula-mula tu makan sama. sambil tengok muvi. journey to the centre earth ke tak silap. best. best bila tengok muvi dengan kawan  daripada tengok sengsorang. dah abeh layan, bermulanya agenda sembang malam. tapi tang ni la aku tak suka kalau borak dengan dia. mesti boipren dia kacau. koling moling. huhh!! dorang ni sehari kalau tak bergayut tak idop agaknya. just happy for her, sebab boipren dia sekarang better daripada yang dulu. tercapai la hajat dapat laki yang rela di kontrol. kekeke. kelakar pun ada. lelaki yang rela kena kontrol ni biasa manja orangnya kan. kontrol bagi mereka caring. caring maknanya kena sayang. huhu. apa-apa je lah. asal kau bahagia. sebenarnya sekarang aku baru abeh lukis otak manusia. dulu main kira-kira. sekarang ada main lukis lukis lak. pastu ada belajar pasal engineer lagi. sangat variety course ini yer. yang paling menarik subjek sem ni, ada belajar pasal biological psychology. belajar lebih dalam pasal kepala hotak. lecturer kata kitorang boleh jadik doktor otak. betul kaa?? yang penting aku paling berminat dengan subjek tuh.  sebab aku suka sains. huehue. lagi  yang menarik untuk sem ni, kitorang masuk makmal. yihaaa!!! lecturer kata makmal kat cni adalah yang terbaik. ada lecturer jepun yang datang melawat UMS dulu pun puji. fuhhh. lecturer untuk sem ni pun ok belaka tapi strict dalam hal kehadiran. ok le tu. bagus ada lecturer strict ni. sebab ia mebuatkan kau ada komitment. ajar kau disiplin diri. tengok lecturer aku masa sem 1, garang siut. tak penah aku tinggal kelas. tak berani. tapi aku suka beliau. sebab cakap lepas. jangan berani cari hal. kuar result, dapat A. kah kah. tuu diaa. penangan dapat lecturer garang. hebat tak hebat. kau bayangkan dapat lecturer yang sempoi. kau pun dengan sempoi jugak la tak datang kelas dan lewat datang kelas. aku le tuh. keh keh keh. 

Rabu, 26 Januari 2011

sedikit tips hilangkan bosan




Kelas tutorial pagi batal buat aku malas nak pergi kuliah TITAS petang tadi. Ah, kenapa aku malas sangat harini. Dah siap berbaju kurung tapi bontot rasa berat nak bangun dari kerusi. saat ni aku terdengar banyak suara.. “tak payahlah kau pergi kelas tuh. Ponteng sahari saja. Next week kau pergi la.” semangat malas aku semakin meninggi.. membuak-buak.. lalu aku terdengar lagi bisikan syahdu itu bersuara.. “kau tidur.. semalam balik lambat. Kau kumpul balik tenaga kau untuk kelas esok. Hari ni tak perlu pergi.” Ahh.. aku semakin terpesona dengan ajakan ituh. “tidurlah.. tidur best.” Cis! tak guna. Saat itu juga bontot aku terasa ringan untuk meninggalkan kerusi. melangkah perlahan ke syurga idaman yang empuk dan bakal menyegarkan tubuh malasku… ohh,tilam busuk. I'm coming! Buzz buzz …(bunyi vibrate hp) tengok 3 mesej datang sekali memenuhi inbox yang berisi 7147 mesej didalamnya belum ku buang. Ketiga-tiga angel ni mengingatkan aku untuk pergi ke kelas petang ni. Alahai,potong tul!(kata setan) nak tak nak aku pergi jugak ke kelas petang tadi.







Sebenarnya aku dah terlepas kuliah TITAS kul 11. So kiranya datang untuk attend kuliah seterusnya. And im soooo lucky masa tu orang still tengah berebut-rebut untuk sign attendance. So sempat la aku sign sekali atas tu. Konon datang juga kuliah TITAS tadi. Walaupunnn…. Penantian kuliah psikologi, OMG so bored!!! Bosan teramat bosan sehingga aku rasa nak banging kepala atas meja. Punyala boring.. boring sampai aku terkira jerawat batu rakan sebelah. Aku tak kenal beliau. Dan aku tak ada mood nak buat sesi suai kenal dengan beliau masa tu. Kepala aku penuh dengan plan bila mana aku dah sampai hostel nanti.. aku nak makan.. cuci baju.. pi mandi… dan tido. Terasa bahagia bila memikirnya. Aku tersenyum sendiri.


jika anda,ingin mengisi masa-masa kosong anda tatkala bosan di kelas atau dewan kuliah.. mungkin tips ni mampu membantu dilemma anda:



1. bangun dari tempat duduk, kemudian duduk atas lantai.

2. lukis red bump di lengan anda, kemudian tunjuk kat rakan terdekat dengan anda.

3. berkelakuan seperti orang mabuk.

4. buat finger breakdancing.

5. learn to sleep with your eyes open.

6. rancang penaklukan dunia.

7. tulis satu karangan tentang kucing yang bernama Chemong.

8. lukis satu bulatan, berdiri di dalamnya dan katakan ke rakan- rakan anda terperangkap.

9. tulis perkataan secara terbalik atas kertas atau meja jika anda berjiwa vandalism.

10. buat sesi perbualan dengan diri anda sendiri.

11. asah pensel kayu anda sehingga habis.

12. beritahu pen anda yang anda sedang bosan.

13. berus gigi..(kalau ada ubat gigi lagi bagus)


bila minda dah set untuk malas, badan kita akan menurutinya. so jangan biarkan kemalasan itu beraja di minda. ~.~



Isnin, 9 November 2009

Bila saya pegi sekolah, saya……$#!$%#&

Bila aku pegi sekolah,aku akan jumpa A. aku tau dia tak suka E. so tiap kali nampak E,dia akan memerli dan mengutuknya. A sering cerita ketidakpuasatian beliau tentang E. aku tak tau nak respon apa. Iya kan je la. Layan je la. Angguk je la. Geleng je la. Dengar jelah. Dah kawan. Kalo aku kata tak suka dengar kang ingat aku saje nak bela E. A gadis yang baik. Tapi bila dia dah tak suka dengan seseorang, memang dia akan menyampah. Mula la mengata dari belakang malah dari depan dengan kata2 yang sungguh sinis lagi pedas. Aku tau E sedar hal tu. aku tau E sedar A tak sukakannya dan selalu mengatanya. Cuma dia tak pasti… sebab tak tau apa punca permasalahannya sampai A membencinya. Hanya aku yang tau. Aku dan A. sebab E takmo dengar nasihat A pun boleh benci membenci. Small matter hape tu. Itu kan keputusan E. kalo dah dia taknak dengar nasihat,sakit biar la dia tanggung sendirik. Ngko dah jalankan tanggungjawab bagi dia nasihat bagai. Then terserah dia nak pilih jalan mana. Kalo E tetap nak pilih jalan yang membinasakan diri beliau, lantak dia la. Tak perlu ada benci. Tak perlu ada rasa sakit hati. Aku rasa bersalah sebenarnya dengan E. bimbang kalo le dia ingat aku pun tumpang semulut ngata dia walhal tak. Aku baik tau. Tak ngata tau! Perlu ke aku jumpa E untuk minta maaf bagi pihak A?

Bila aku pegi sekolah, aku akan sering… selalu sampai tahap nak muntah bila terlalu sangat terserempak dengan kazen aku yg sorang ni. Dengan jalan dia yang meliuk lentok, muka memandang langit… macam datin2 je gayanya. Cehh,macam mak budak ada laa. Apa sal la dia nak kerek dengan aku. Aku kan kazen dia. Tau la mak kita berselisihan… tak sekepala…. Tak bersefahaman. Tapi itu kan masalah dorang. Lagipun mak ngko yang cari pasal. Adik beradik pun nak berkira. Apa daa… dah la tak jaga mama aku masa kecik. Boleh pulak kata kat semua orang dia yg jaga semua adik2nya dolu. Hah,wateverrrrr! Sedap mulut buat cerita kan. Apa yg aku kesal sekarang,kenapa la aku cerita hal ni kat A. A pulak lebih2 ngata kazen aku tu. Aku ok je pun. Takde hal. Lagipun dia takde nak cari pasal dengan aku. Kalo dia ada ngata aku belakang2 ngan kawan dia pun bukan boleh buat aku mati. So,aku tak kesah pun. Tapi A…. alahai,kalo nak ngata tu jangan la nampak sangat. Ko nak ngata jangan la cakap kuat2,jangan jeling2.. siap ajuk cara dia jalan. Aku tau la gaya jalan dia buruk tp…. kaber la skit sayang oii… abes la aku kalo dia ingat aku saje cari gaduh. Aduhai A..

Bila aku pegi sekolah, aku pasti cari seseorang. Dia sekolah ke tak eh. Senang je nak cari dia. Badan besar gedabak sapa pun boleh nampak. Huahuahua. Tapi takpe. Besar pun aku suka. Hikhik. (gatei) kiut sangat la. Tu yang tak tahan tu. Pipi dia dia yg chubby tu,bila senyum skit pun pipi dia tertolak ke atas. Mungkin sebab terdapatnya kepadatan daging kat situ. Comel siot. Aku suka tengok dia senyum. Suka kalo dia gelak. Mata dia jadi sepet. Tak nampak bijik mata. Macam takdek mata pun ada.

lebih kurang cemni muka dia. huh,asal tak sama?? selalu aku jaguh lukis. hins hinss!






Hari tu,mungkin sebab aku bergambar together gether dengan dia… so,aku jadi lebih kerap tengok dia. Tengah2 leka tengok dia,dia tengok aku jugak. Dia senyum. Eeee,sukanyaaaaaa….( tekup2 muka dengan bantal) hahaa. Walopun aku hard die fan dia,tapi hubungan aku dengan dia hanya senior and junior je.(muda dr aku daa) Aku hanya mengggumi ketulan daging kat pipi beliau tu jek. Geram!




alololo... comeinya... alololo

Ahad, 12 Julai 2009

masam manis kehidupan.. peristiwa pahit manis,apa bezanya?

Dalam kedinginan lab, aku terasa kehadiran member aku,mengambil tempat disebelahku. Aku melihatnya. Aku senyum. Ada riak kekonpiusan di wajahnya. Aku menunggu dia memulakan bicara sambil mindaku aktif meneka-neka masalahnya. 1 menet later,dia mula buka mulut… hmmm,ok. Pasal bf lagi. seperti biasa,kerja aku hanya mendengar. Aku hanya berkata bila dia perlukan pandangan. Selesai saje, aku teruskan lagi tugas menyempurnakan kerja sekolah yang terbengkalai berbulan lamanya.
Abes masa cekgu nurul, masa untuk eko le pulak. Ini bermakna aku kena duduk 2 masa lagi dalam lab yang maha sejuk nie. Budak 6APP yang tak ambik eko pun mula memasukkan diri mereka ke dalam lab. Diikuti dengan budak 6RS kerana memang masa dorang pun guna lab. Kitorang je menyemak kat sini. aku tengok kelibat yusri. Kehadiran yusri mula menjengkelkan aku. Tak padan dengan tittle lelaki, tapi tergedik2 ngalahkan orang pompuan. Menempel kat budak2 laki 6RS. Nak ngorat le tuh. Isk! aku teruskan lagi kerja. Pokus skrin pc kat depan. Aku tengok member sebelah kemain syok lagi maen game. Nak jugak join,tapi…ntah nape aku rajin sesangat masa tu. Hatta,aku teruskan saja kerja. Suara yusri semakin kedengaran…jelas! Terjerit2.. terpekik2.. berlagu2 riang bersama budak2 laki 6RS yang berkemungkinan besau bakal jd mangsa ke’gay’annya. Simpang malaikat empat puluh empat! Nak je aku patahkan rahang mulut si yusri ni. Geram haku! Tak senang nak buat kerja. Cuba la hormat cekgu yang ngajo kat depan. Unta betol!
Abes masa eko,masa PA. cekgu x hade. ada meeting kata mat taib! Tepat pada masanya! Memang malas nak blaja PA time tu. Aku pi meja zai,borak2 aje tentang “isu semasa”. Di sini aku dapat tau hal yang sangat memeraskan haku. Zai dapat panggilan temu duga dari SPA. Wat? Dapat panggilan? Asal aku tak dapat? Bukan ke kitorang sama2 isi borang ari tu? Kenapa aku tak kena? sobs. Peras nyeee! Kalao ikut rezet, aku nye lagi baek. Haih! Nampak sangat rezki aku takde. Sian mama dan abah. Kena tunggu lagi. Maaf ma.. abah.. ku tau mama dan abah harap sangat anakmu ini dapat panggilan tu. Sobss. Ya Allah, jika ini lah yang telah Engkau tentukan untukku, aku redha ya Allah. Engkau yang Maha Mengetahui. Ku tahu Kau telah merancangkan sesuatu yang lebih baik untukku kelak. Ku berserah segala2nya padaMu yang Maha Pencipta. Moga rakanku dapat buat sebaik mungkin temuduga tu.
p/s: kena jugak hadapi STPM nampaknya... huwaaaaaaa!!!

Khamis, 25 Jun 2009

arggggghhh....monggg!!!

Eeeee! Geramnyaaa! Geram10000x! macam mana boleh mong atas aku pulak ni! I cant belibit. Nampaknya dia dah mula ok ye skrg. Ahh! Tu xkire. Aku tak ambik exam sejarah. Boleh la dia pintas aku. Cuba kalo aku ambik. Tak merasa le dia duk atas aku. Huh! But aku still rasa tak puas ati. Mesti dia bangga je tau dapat pintas aku. Aku tgk dia sengih semacam… buat2 muka tak pecaya. Caitt! Takpe mong. Kau rasalah dulu kemenangan ni eh. Ingat aku nak biar! Grrrr! Exam bulan 7 ni hamizah will coming back in top 5 or 3..err.. top 5 je la. Sedor akan kemalasan diri.





suara aku.. kau ada masalah?

Klas 6as didatangi cekgu nurul. Dah tiba masa dia ngajor. Minta jawapan sorang2 rumusan yg dia dah bg minggu lepas.aku tak siap sebenarnya. Tapi kebijaksanaan aku mencuri masa menyetelkan segala permasalahan. Tiba giliran aku beri jawapan. Aku pun cakap le. Bla bla la bla…. Abes je aku tgk cekgu. Tunggu respon dari dia. Tengok cekgu angguk2 sambil mulut berkata… “ha,betul2..” aku ingat dah. Pastu cekgu sambung lagi. “hamizah, cekgu rasa kau bagus jadi cekgu kaunseling.” Aku tercengang. Tgk cekgu lagi. Mata kelip2. Asal pulak?. Dia sambung lagi “ye,bagus engkau ni jadi kaunseling… sebab suara kau menenangkan.”

Ok,baru aku paham. Di sini suara aku dipersoalkan lagi.
Aku tak tau nak bagi reaksi apa
Gembira ke aku bila dikatakan suara aku ni mampu menenangkan orang.
Teruja ke aku bila dikatakan boleh jadi seorang kaunseling
Masalahnya boleh ke aku kaunselingkan orang?
Sebenarnya apa cita2 aku sekarang?
Persoalan yang tak mampu aku jawab ke saat ini.

Isnin, 15 Jun 2009

kemalasan yang tak terkawal

Cuti skolah nak abes. Sebenarnya dah abes pun. Aku je tak sekolah ari ni. Hahaa. Malas betul aku nak bangun. Mesti cekgu nurul bising lg ni. “ni kenapa hamizah x dtg sekolah lg ni. Dia ada masalah ke?” huahuahua! Lantak la. Nampaknya bakal kena bg surat ke3 dek pengetua. Sukanya aku. Boleh buat collection. Takpun bg kat anak kazen aku…bg dia lipat buat kapal terbang kertas. Terus terang aku kata, AKU MALAS NAK DATANG SEKOLAH DAH. Bila aku kata macam ni kat kawan aku, dia pun rasa yg sama. Nak aje benti. Pk kan masa depan, hal tu terpaksa tolak tepi. Uhh!

Ahad, 17 Mei 2009

orientasi lower 6

Budak lower 6 daftar minggu ni. Maka bermulalah sesi orientasi selama 4 ari. Start ari selasa sampai jumaat. Ni la saat yg dinanti2 kan. muhahaha! Ari pertama orientasi aku tgk… fulamak,banyak jugak ni. Kalo nak dibandingkan tahun kitorang yg upper 6 ni dulu, memang banyak lg laa tahun ni punya kemasukan. Aku sebagai pempuan yg ada naluri kewanitaan mula men’detect mana2 adik2 yg emsem2. Heh,buley tahan gak junior2 aku tahun ni. Kebanyakannya badan beso2. Taf2 jew. Ahak!
Masa ari pertama, abang emran’ memulakan tugasnya sebagai mc masa tu. Bagi aku dia ni mmg pandai handle bab ni. Tapi sayangnya dia jadi mc kejap aje sebab dia ada hal. So diganti la pulak dgn yusri. Isk! Aku mmg tak gemar sgt bila dia ni jd mc. Spoil gile! Start dia jd mc sampai abes, aku dengar banyak ketidakpuasatian dan ke’menyampah’an budak2 lower6 tuh.
Saat yg paling aku suka ialah semasa budak2 ni mintak tandatangan daripada kami, upper6. Hik! Best woo buli dorang. Dorang buat aje apa yg kitorang mintak. Nak suruh dorang baring kat tengah jalan ke… suruh dorang jadi orang gile ke… suka ati la kan. masa tu aku tgh sign nama siap2 atas kertas yg di buat khas untuk diberikan kepada yg nak. Aku duk sorang2 je masa tu. Then aku didatangi sekumpulan pempuan. Mereka senyum2, sipu2 cemtuh. Aku pun senyum jugak. Sebab dah tau apa agenda dorang.
“akak, akak ni kiut la. “ aku senyum jek. “akak kalo senyum tambah kiut.” Kata member yg satu lagi. “ye kak. Dari tadi kami perhatikan akak. Akak kan fesi kumpulan kami. Kami tgk akak senyum2 aja. Kiut!” Amboi, budak2 ni. Kemain kipas aku lagik. Ingat puji2 tuh aku nak bagi percuma.! (tapi ske jugak kena puji cemtuh, haha) aku suruh la mereka buat satu pantun tentang aku sebagai tugasan. Dah puji baek punyer tadi kan. ha, puji la lagi. Dorang dah mula terkial2 nak cipta pantun hape. Sebab aku kata kalo lambat aku nak blah. Bila dah kata macam tu, berebut2 la dorang nak jd 1st candidate. Mereka yg mintak ni ada 6 orang. Jadi pantun yg dicipta semuanyalah pujian belaka. Alahai, rasa nak terbang di awan biru kejap. Melayang-layang je aku bila kena puji beberapa das.
Selesai layan 6 orang tu, ada lagi yg datang. Isk! Dorang neh. Beriye sungguh. Aku suruh je la dorang nyanyi sambil buat gaya artis yg dorang nyanyi tu. Nyanyi sampai aku rasa puas ati. Kalo tak, aku tak bagi le. Macam2 karenah aku tengok sepanjang sesi ni. Dapat tengok dorang buat shuffle, joget2, jd gigolo, mat rempit…jd ultramen. Walaupun ada sebahagiannya tak memberikan komitmen yg bagus… bila dah jadi macam tu. Apa lagi, denda ah. Apa2pun, thanx buat junior2ku sekalian sebab memberi keseronokan kepada kami sblom hadapi exam nxt week. peace!

Rabu, 25 Februari 2009

hari bosan... penat....

Aloha!
Kat klas hari ni bosan siot! Sebenarnya hari2 pun bosan kat smk lajau buat aku. Tak tau kenapa aku rasa tak boleh blah kat sana. Walaupon cekgu2 kat sana baik sangat dan agak supporting. Cuma perangai malas aku yang menggila sering datang menguasaiku bila aku sekolah. Aku tak boleh nak tumpu sangat. Asek ngantok. Mungkin sebab aku tak cukup tido. Tiap kali pun tido tak lebey 4 jam. Mana nak cukop. Hari ni hari rabu. Secara resminya ianya adalah hari kokum semalaysia. Minggu ni ada pemilihan masuk kelab persatuan. Aku tak tahu nak masuk mana. Bab kokum memang aku tak ambik port. So, aku nak ikut je la apa je kawan aku pilih. Berikut adalah antara dialog yang berlaku antara aku dan kawan aku tu.

Aku: ko nak masuk mana,moi?
Kawan aku: *senyum jek.

Selepas abes kemasukan pelajar ke kelab matematik dan sains.

Aku: ko mau masuk kelab mana ni?
Kawan aku: ntahlah..*sambil jungkit bahu.
Aku: kita masuk kelab pengguna la?
Kawan aku: *geleng2 kepala.

Aku diam lagi sambil anak mata aku melihat pelajar2 yang semakin kurang duduk di dataran sekolah. 15 menet kemudian, kelab perpustakaan dilaungkan cekgu jubia. Separuh dari budak kelas aku masuk kelab itu. Aku tengok kawan aku kat sebelah.

Aku: jomlah ikut diorang masuk kelab perpustakaan.
Kawan aku: eh,inda mau la. Ada si mong. Aku inda mau sama ia.

Arrgghhhhh! Aku bagai hilang sabar layan kerenah banyak songeh kawan aku sorang ni. Last2,pilihan yang ada hanya kelab geografi. Kelab yang memegang ahli seramai 17 orang sahaja. Secara automatiknya,kitorang 3 budak fom6 terpaksa pegang jawatan tinggi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...