Dalam kedinginan lab, aku terasa kehadiran member aku,mengambil tempat disebelahku. Aku melihatnya. Aku senyum. Ada riak kekonpiusan di wajahnya. Aku menunggu dia memulakan bicara sambil mindaku aktif meneka-neka masalahnya. 1 menet later,dia mula buka mulut… hmmm,ok. Pasal bf lagi. seperti biasa,kerja aku hanya mendengar. Aku hanya berkata bila dia perlukan pandangan. Selesai saje, aku teruskan lagi tugas menyempurnakan kerja sekolah yang terbengkalai berbulan lamanya.
Abes masa cekgu nurul, masa untuk eko le pulak. Ini bermakna aku kena duduk 2 masa lagi dalam lab yang maha sejuk nie. Budak 6APP yang tak ambik eko pun mula memasukkan diri mereka ke dalam lab. Diikuti dengan budak 6RS kerana memang masa dorang pun guna lab. Kitorang je menyemak kat sini. aku tengok kelibat yusri. Kehadiran yusri mula menjengkelkan aku. Tak padan dengan tittle lelaki, tapi tergedik2 ngalahkan orang pompuan. Menempel kat budak2 laki 6RS. Nak ngorat le tuh. Isk! aku teruskan lagi kerja. Pokus skrin pc kat depan. Aku tengok member sebelah kemain syok lagi maen game. Nak jugak join,tapi…ntah nape aku rajin sesangat masa tu. Hatta,aku teruskan saja kerja. Suara yusri semakin kedengaran…jelas! Terjerit2.. terpekik2.. berlagu2 riang bersama budak2 laki 6RS yang berkemungkinan besau bakal jd mangsa ke’gay’annya. Simpang malaikat empat puluh empat! Nak je aku patahkan rahang mulut si yusri ni. Geram haku! Tak senang nak buat kerja. Cuba la hormat cekgu yang ngajo kat depan. Unta betol!
Abes masa eko,masa PA. cekgu x hade. ada meeting kata mat taib! Tepat pada masanya! Memang malas nak blaja PA time tu. Aku pi meja zai,borak2 aje tentang “isu semasa”. Di sini aku dapat tau hal yang sangat memeraskan haku. Zai dapat panggilan temu duga dari SPA. Wat? Dapat panggilan? Asal aku tak dapat? Bukan ke kitorang sama2 isi borang ari tu? Kenapa aku tak kena? sobs. Peras nyeee! Kalao ikut rezet, aku nye lagi baek. Haih! Nampak sangat rezki aku takde. Sian mama dan abah. Kena tunggu lagi. Maaf ma.. abah.. ku tau mama dan abah harap sangat anakmu ini dapat panggilan tu. Sobss. Ya Allah, jika ini lah yang telah Engkau tentukan untukku, aku redha ya Allah. Engkau yang Maha Mengetahui. Ku tahu Kau telah merancangkan sesuatu yang lebih baik untukku kelak. Ku berserah segala2nya padaMu yang Maha Pencipta. Moga rakanku dapat buat sebaik mungkin temuduga tu.
p/s: kena jugak hadapi STPM nampaknya... huwaaaaaaa!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan