Shoutbox






Jumaat, 6 Julai 2012

yumm yumm yummm

senin lepas, cubaan membuat biskut lapis cheese berjaya dilakukan. weeeee~ tapi kann, pattern dia nampak lain. kontra dengan apa yg org lain buat. ark ark ark... yg penting rasa sedapp. mabeles. rasanya lagi sedap banding kek cheese yg biasa tuh kot. pattern nampak beza mebi sebab cream cheese kat bahagian atas tak tebal. sebab tak cukup. jadi aku lapis la dengan banyak nestum tuk kaver. kehkehkeh. and lagi satu, kena letak biskut bebanyak ckit supaya senang nak potong. hah,takpun kurangkan bubuh cream cheese kat lapisan bawah. takpa, practice make perfect. 1st trial manade yg sempurna. ehemmm. 


tadaaaaaaaa..!!!! potong pas solat subuh. tengah mamai lagi.


then, pagi ni tak tahu nak buat hape. naik atas dengan muka blur. masuk bilik jumpa buku lama. majalah sekolah actually. senyum sengsorang nengok. ah,zaman sekolah. banyak kenangan. terkenang masa duk fom 1. antara pelajar cemerlang gitew kan. top 10 dalam semua kelas. fom 1 ada 6 buah kelas. jadi bayangkanlah aku jadik top 10. maunya tak bangga. ark ark ark... patutnya dapat no 1 dalam kelas, tapi sebabkan gagal BM jatuh no 4. ark ark ark... 1st time dapat majalah sekolah dulu, teruja nampak banyak gambar muka sendiri tertempek dalam majalah. terasa fofuler. ark ark ark... then fom 2, persaingan sebenar bermula. memasing nak rebut anugerah. dan sekali lagi nama aku tercalon tuk naik pentas. fom 3 zaman jahiliyah. zaman lupa diri. zaman malas. zaman menyibukkan diri dengan aktiviti luar skola. kem sana sini. jatuh no 7 dalam kelas. tak dapat naik pentas. ark ark ark... sebab cemburu, ubah perangai. nak rasa naik pentas smola. fom4 banyak jadi wakil skola. pegi perlis pegi selangor. seronok naik flight. huuuu~ fom 5 berjaya raih 4 matapelajaran terbaik. bangga siut. palingg tak best masuk fom6. kengkawan lama banyak pegi jauh. besties skola tempat lain. semangat runtuh. ponteng kelas banyak. dapat surat cinta pengetua, date dengan pengetua. cekgu pandang rendah. biasa. bila ada student peberet sendirik, student ordinary dipinggirkan. apa lagi student yang bermasalah. dengan pandangan rendah orang, aku tetap dapat masuk U. sempat jugak merasa jadik student jahat kan. tak sesia idop. ark ark ark...


nostalgia.. huehuehue



gelak guling guling layan panggilan hangit hot fm tadi. naseb baik duk sorang. tak nampak gile sangat.
kat bawah ni antaranya. best kan dengar orang terkena. kelakar. yang terkena tu tak tau la. ark ark ark.

Saya nk dia jadi model
FBI - Curi Perfume
AG - Korban Bulu Ketiak
Panggilan Hangit - Kau Apa Hal
Whose Fault???




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...