Sometimes all we need or I need is a little appreciation.
At the same time, let us not forget to appreciate others around us. kita ni sebagai manusia kekadang pandai menghargai dan kekadang macam haram tak pandai nak appreciate orang kan. orang dah banyak tabur budi, beri pertolongan masa susah tapi bila turn mereka pulak susah, korang tak usaha pun nak tolong. hahh hahh, sapa? baik ngaku cepat. ark ark ark. jangan sampai orang taknak bantu kita lagi baru nak menyesal.
menyesal... ya, kita ni bila dah takda nanti baru menyesal. kerja bila dah terlepas baru nak menyesal. kalaulah aku kerja dengan jujur, kalau lah aku tak pecah amanah, kalaulah aku tak main rasuah tentu tak kena buang, baru nak menyesal. istilah melayunya, dah betul betul terhempap atas lantai simen baru nak rasa sakit. kebanyakkan kita gitulah. bila si isteri dan suami meninggal kan kita, baru perasan kebaikan dia. selagi dia ada, tak nampak-nampak pulak kan. dah kantoi exam baru nampak tak berusaha keras. emak ayah meninggal dunia baru nak hargai barang peninggalan mereka. tak sampai hati nak buang. rasa berdosa. yelah, masa mereka hidup jenguk pun tak.
=D
kebanyakkan manusia gitulah. Elvis presly tu, bila dah mati, sibuk orang sebut-sebut, tiru gaya beliau, pakaian dan gaya nyanyian. Micheal jackson bila dah takda, sibuk orang beli album beliau. meletup-letup lebih dari semasa dia hidup. Allahyarham P. ramlee dan Sudirman dah meninggal dunia baru nak bagi tittle Datuk. see, betapa kita ambik mudah benda depan mata dan benda dalam tangan. pasal tu orang terlepas peluang, melepaskan peluang, sebab dia tak nampak peluang tu sebagai peluang, takda usaha, maklum mesti dapat gitu. tahu-tahu, gadis pujaan dipinang dek orang lain, ha baru gelabah, baru nyesal.
nak seru semua orang, tolong hargai apa yang ada di tangan. selalunya kita lebih menghargai benda yang kita susah nak dapat. bagi benda yang senang di dapati juga hargailah. siapa tahu ianya bernilai di masa hadapan. siapa tahu benda tu yang boleh membantu kita. dont take it easy. kalau kerja hagailah kerja tu sebab ia boleh tak ada besok paginya. jangan buat main. kalau isteri atau suami hargailah dia sebab besok boleh jadi dah tak ada dia. melaung kita kat kubur tak ada maknanya lagi. kalau ada rakan, hargailah sebab diorang jugak yang akan kita cari bila susah nanti. senang cerita macam keretalah. tak payah jaga kalau nak tau resultnya. buat tak reti kerosakkan- kerosakkan kecil, sekali satu hari tu dia tak nak jalan masa nak pergi kerja, ha, macam mana tuh?
appreciate each moment you have =)
hargailah, hargailah orang lain terutamanya mereka yang dekat dengan kita. yang selalu berbuat baik dengan kita. yang selalu ada untuk kita. kalau tak mampu hargai dengan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan, cukuplah dengan memberi mereka keprihatinan, kejujuran dan kesetiaan. hargai walaupun hanya dengan secebis senyuman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan