Shoutbox






Ahad, 17 Mei 2009

orientasi lower 6

Budak lower 6 daftar minggu ni. Maka bermulalah sesi orientasi selama 4 ari. Start ari selasa sampai jumaat. Ni la saat yg dinanti2 kan. muhahaha! Ari pertama orientasi aku tgk… fulamak,banyak jugak ni. Kalo nak dibandingkan tahun kitorang yg upper 6 ni dulu, memang banyak lg laa tahun ni punya kemasukan. Aku sebagai pempuan yg ada naluri kewanitaan mula men’detect mana2 adik2 yg emsem2. Heh,buley tahan gak junior2 aku tahun ni. Kebanyakannya badan beso2. Taf2 jew. Ahak!
Masa ari pertama, abang emran’ memulakan tugasnya sebagai mc masa tu. Bagi aku dia ni mmg pandai handle bab ni. Tapi sayangnya dia jadi mc kejap aje sebab dia ada hal. So diganti la pulak dgn yusri. Isk! Aku mmg tak gemar sgt bila dia ni jd mc. Spoil gile! Start dia jd mc sampai abes, aku dengar banyak ketidakpuasatian dan ke’menyampah’an budak2 lower6 tuh.
Saat yg paling aku suka ialah semasa budak2 ni mintak tandatangan daripada kami, upper6. Hik! Best woo buli dorang. Dorang buat aje apa yg kitorang mintak. Nak suruh dorang baring kat tengah jalan ke… suruh dorang jadi orang gile ke… suka ati la kan. masa tu aku tgh sign nama siap2 atas kertas yg di buat khas untuk diberikan kepada yg nak. Aku duk sorang2 je masa tu. Then aku didatangi sekumpulan pempuan. Mereka senyum2, sipu2 cemtuh. Aku pun senyum jugak. Sebab dah tau apa agenda dorang.
“akak, akak ni kiut la. “ aku senyum jek. “akak kalo senyum tambah kiut.” Kata member yg satu lagi. “ye kak. Dari tadi kami perhatikan akak. Akak kan fesi kumpulan kami. Kami tgk akak senyum2 aja. Kiut!” Amboi, budak2 ni. Kemain kipas aku lagik. Ingat puji2 tuh aku nak bagi percuma.! (tapi ske jugak kena puji cemtuh, haha) aku suruh la mereka buat satu pantun tentang aku sebagai tugasan. Dah puji baek punyer tadi kan. ha, puji la lagi. Dorang dah mula terkial2 nak cipta pantun hape. Sebab aku kata kalo lambat aku nak blah. Bila dah kata macam tu, berebut2 la dorang nak jd 1st candidate. Mereka yg mintak ni ada 6 orang. Jadi pantun yg dicipta semuanyalah pujian belaka. Alahai, rasa nak terbang di awan biru kejap. Melayang-layang je aku bila kena puji beberapa das.
Selesai layan 6 orang tu, ada lagi yg datang. Isk! Dorang neh. Beriye sungguh. Aku suruh je la dorang nyanyi sambil buat gaya artis yg dorang nyanyi tu. Nyanyi sampai aku rasa puas ati. Kalo tak, aku tak bagi le. Macam2 karenah aku tengok sepanjang sesi ni. Dapat tengok dorang buat shuffle, joget2, jd gigolo, mat rempit…jd ultramen. Walaupun ada sebahagiannya tak memberikan komitmen yg bagus… bila dah jadi macam tu. Apa lagi, denda ah. Apa2pun, thanx buat junior2ku sekalian sebab memberi keseronokan kepada kami sblom hadapi exam nxt week. peace!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...