Shoutbox






Isnin, 9 November 2009

Bila saya pegi sekolah, saya……$#!$%#&

Bila aku pegi sekolah,aku akan jumpa A. aku tau dia tak suka E. so tiap kali nampak E,dia akan memerli dan mengutuknya. A sering cerita ketidakpuasatian beliau tentang E. aku tak tau nak respon apa. Iya kan je la. Layan je la. Angguk je la. Geleng je la. Dengar jelah. Dah kawan. Kalo aku kata tak suka dengar kang ingat aku saje nak bela E. A gadis yang baik. Tapi bila dia dah tak suka dengan seseorang, memang dia akan menyampah. Mula la mengata dari belakang malah dari depan dengan kata2 yang sungguh sinis lagi pedas. Aku tau E sedar hal tu. aku tau E sedar A tak sukakannya dan selalu mengatanya. Cuma dia tak pasti… sebab tak tau apa punca permasalahannya sampai A membencinya. Hanya aku yang tau. Aku dan A. sebab E takmo dengar nasihat A pun boleh benci membenci. Small matter hape tu. Itu kan keputusan E. kalo dah dia taknak dengar nasihat,sakit biar la dia tanggung sendirik. Ngko dah jalankan tanggungjawab bagi dia nasihat bagai. Then terserah dia nak pilih jalan mana. Kalo E tetap nak pilih jalan yang membinasakan diri beliau, lantak dia la. Tak perlu ada benci. Tak perlu ada rasa sakit hati. Aku rasa bersalah sebenarnya dengan E. bimbang kalo le dia ingat aku pun tumpang semulut ngata dia walhal tak. Aku baik tau. Tak ngata tau! Perlu ke aku jumpa E untuk minta maaf bagi pihak A?

Bila aku pegi sekolah, aku akan sering… selalu sampai tahap nak muntah bila terlalu sangat terserempak dengan kazen aku yg sorang ni. Dengan jalan dia yang meliuk lentok, muka memandang langit… macam datin2 je gayanya. Cehh,macam mak budak ada laa. Apa sal la dia nak kerek dengan aku. Aku kan kazen dia. Tau la mak kita berselisihan… tak sekepala…. Tak bersefahaman. Tapi itu kan masalah dorang. Lagipun mak ngko yang cari pasal. Adik beradik pun nak berkira. Apa daa… dah la tak jaga mama aku masa kecik. Boleh pulak kata kat semua orang dia yg jaga semua adik2nya dolu. Hah,wateverrrrr! Sedap mulut buat cerita kan. Apa yg aku kesal sekarang,kenapa la aku cerita hal ni kat A. A pulak lebih2 ngata kazen aku tu. Aku ok je pun. Takde hal. Lagipun dia takde nak cari pasal dengan aku. Kalo dia ada ngata aku belakang2 ngan kawan dia pun bukan boleh buat aku mati. So,aku tak kesah pun. Tapi A…. alahai,kalo nak ngata tu jangan la nampak sangat. Ko nak ngata jangan la cakap kuat2,jangan jeling2.. siap ajuk cara dia jalan. Aku tau la gaya jalan dia buruk tp…. kaber la skit sayang oii… abes la aku kalo dia ingat aku saje cari gaduh. Aduhai A..

Bila aku pegi sekolah, aku pasti cari seseorang. Dia sekolah ke tak eh. Senang je nak cari dia. Badan besar gedabak sapa pun boleh nampak. Huahuahua. Tapi takpe. Besar pun aku suka. Hikhik. (gatei) kiut sangat la. Tu yang tak tahan tu. Pipi dia dia yg chubby tu,bila senyum skit pun pipi dia tertolak ke atas. Mungkin sebab terdapatnya kepadatan daging kat situ. Comel siot. Aku suka tengok dia senyum. Suka kalo dia gelak. Mata dia jadi sepet. Tak nampak bijik mata. Macam takdek mata pun ada.

lebih kurang cemni muka dia. huh,asal tak sama?? selalu aku jaguh lukis. hins hinss!






Hari tu,mungkin sebab aku bergambar together gether dengan dia… so,aku jadi lebih kerap tengok dia. Tengah2 leka tengok dia,dia tengok aku jugak. Dia senyum. Eeee,sukanyaaaaaa….( tekup2 muka dengan bantal) hahaa. Walopun aku hard die fan dia,tapi hubungan aku dengan dia hanya senior and junior je.(muda dr aku daa) Aku hanya mengggumi ketulan daging kat pipi beliau tu jek. Geram!




alololo... comeinya... alololo

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku macam tau sapa E&A tu. heh!

jA_ae(N) berkata...

kalo tau diam. hehe.

anonymos berkata...

aku pun tau E&A. huruf! haha

jA_ae(N) berkata...

wakaka. tu dak baru lahir pun tau la. ngek!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...