Shoutbox






Isnin, 9 November 2009

AntArA gArisAN

One of drama astro yg aku suka. Cite yang bisa membuka mata yang buta, membuka minda yang tertutup,menilai diri sendiri yang secara tak sedar sudah jauh dengan tuhan. Nauzubillah.


Synopsis cite...

Wida (sharifah amani) dan ayu (norkhiriah) ni sepupu. Kalo tak silap aku.. (kes tak tengok dari awal). Ayu le yg sara hidup wida. segala barang dapo,yuran persekolahan, makan minum,baju,tudung,suar kecik semua ayu yg beli. ada la seorang ustaz ni (lupa nama) datang ke kampong. Kire baru la kat sana. Ustaz ni memang alim dan warak. Ayu pula seorang pelacur. Kat cite tu dia ngandung. Laki yg ngandungkan dia taknak tanggungjawab. Hampeh jek. So,ayu pasang niat nak gugurkan anak kat perot dia. wida taktau ayu ni pelacur. Bila tau dia rasa bersalah sebab selama ni dia makan duit haram. Oooo,rupanyaa. Berbalik kepada ustaz warak td,tengah ustaz ni kat dalam surau…ada seorang menegur. Laki misteri dalam cite ni. Gaya berpakaian macam ustaz gak. Berpakaian serba putih dengan serban. Siap pakai celak lagi. Dipendekkan cerita,ada dua budak muda nak ustaz tu pegi cari mana2 yg buat maksiat. Bagi diorang, orang2 buat maksiat tu mencemarkan nama kampong sekaligus agama. Oleh itu perlu dihukum. Mamat pakai serban tu pun bagi sapot. Hatta,ustaz warak tersebut pun bersetuju. Malamnya,ustaz mengerahkan kroni2nya pegi mencari mereka2 yg berdosa kat kampong tu. Ayu yg masa tu sudah pun sedar akan kesalahannya dan menghentikan niat menggugurkan anak dalam kandungan bimbang kroni2 ustaz tu cari beliau. Oleh itu,dia minta pertolongan wida supaya jangan beritahu di mana dia berada. Tapi wida enggan. Dia kata taknak bersubahat. Kang dusee. Dahlah dia membesar dengan duit haram…katanyaa. So tak main le subahat2. Dia pun jerit kat anak2 buah ustaz bagitau ayu dengan dia sekarang. Ayu tergamam dengan sikap wida. Tak sangka youuuuuu…..! ayu cuba nak lari tapi tak dapat. Tengah mengandung mana larat nak buka langkah seribu. Satu dua langkah je boleh. Akhirnya ayu dipukul tanpa rasa belas kasihan. Orang memandang dia jijik. Ahli nurakes! Kena pukul. Datang ketua kampong cek apa ke halnya yg riuh memalam tuh. Kawan wida satu sekolah(anak ketua kampong) pegi selamatkan ayu dari terus dipukul.


Ayu dibawa kerumah ketua kampong tersebut. Di rumah ketua kampong(zaibo) kemain marah lagi dengan tindakan ustaz warak itu. Memandai je nak hukum orang. Ingat tuhan hape! di rumah ketua kampong,ayu mula sedar dan mahu bertaubat. di hadapan surau,ayu merasa sebak. Sebak mengenangkan dosanya yg setinggi langit…. Sepenuh bumi. Di akhir solat,dia mohon keampunan kepada tuhan. Sayu mendengar rintihan doanya… ketika itu juga bapa kepada anak yg dikandungnya itu datang dan berkata mahu bertanggungjawab. Ayu bertambah sebak dan bersyukur. Pada masa yg sama juga,aku tak tau la cemana ustaz warak dengan wida ni boleh tinggal serumah. (Tu le. Asek tukar cenel. Padan muka!) Tengah ustaz tu nak kuar pi mesjid berterawih,dia nampak wida ambik wuduk. Ambik wuduk takkan pakai tudung kot. So,nampak le auratnya yang ditutup selama ni. Ustaz warak ni memang dah lama usyar wida ni. Wida ni pun dah gatei kan ustaz ni. Test dia la kiranya. Mamat berserban putih tetiba juga kat rumah tu. Ingat nak larang. Rupanya! Caitt! Ayu yg kat surau tadi terkejut dengar suara riuh kat luar. Dia pegi tengok. Nampak ustaz warak ituh dengan wida dibawa dengan keadaan yg agak seksi juge dihadap di depan ketua kampong. Masa ni la ustaz tu memandang ayu. Orang yg dirasanya jijik…ahli nurakes, kini berada didepannya dalam keadaan bersih dari dosa. Tapi dia?


Bila tengok cite ni buat aku merenung diri sendiri. manusia yang suka menghukum. Manusia yang sering merasa dirinya lebih mulia… lebih baik. Siapa kita untuk menilai dosa pahala seseorang. Sungguh tak layak. Tu keje tuhan. Apa yang buat kita rasa lebih baik? Sebab kita solat lima waktu? Sembahyang tak tinggal? Sebab ilmu agama lebih tinggi dari orang lain? Sebab kita bukan penagih dadah? Pelacur? Manusia..manusia semua sama. Apa yang memisahkan kita semua hanyalah satu garisan halus dimana kita takkan sedar bila kita yang dirasakan baik ini telah pun melangkah garisan halus tersebut. Garisan halus tu la yang akan menjadikan kita sama saja seperti orang yg kita rasa berdosa itu. Efek terbesar yg aku dapat dari cerita ni adalah ending ceritanya. Lelaki yang berserban putih tu rupanya adalah setan bertopengkan manusia. Walopun tak bertukar wajah jdi buruk ke hape….ia mampu buat aku seram sejuk. Masa tu dia telah mengatakan janji setan kepada tuhan…di mana setan tidak akan penat menyesatkan manusia sehinggalah tiba hari kiamat. Isk,berdiri mulu tengkok aku dengar.

5 ulasan:

anonymous berkata...

me pun suka cerita ni. insaf ku sekejap. pastu buat perangai smula. hehe

anonymous berkata...

me pun suka cerita ni. insaf ku sekejap. pastu buat perangai smula. hehe

Al-Rashid Zulkefli berkata...

salam ziarah,

"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"- Abu Bakar As-Siddiq

*maka, kita ikutlah mana yang benar. menjatuhkan hukum tanpa dihakimi sesuatu yang parah dlm masyarakat kini!

jA_ae(N) berkata...

meet uncle shah.. yup,sungguh benar kata2mu. kekadang kite kena hakimi diri sendiri dulu sebelum nak hakimi orang.

jA_ae(N) berkata...

anonymous,ko semua cerita pun suka kan. =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...