Shoutbox






Rabu, 25 Februari 2009

hari bosan... penat....

Aloha!
Kat klas hari ni bosan siot! Sebenarnya hari2 pun bosan kat smk lajau buat aku. Tak tau kenapa aku rasa tak boleh blah kat sana. Walaupon cekgu2 kat sana baik sangat dan agak supporting. Cuma perangai malas aku yang menggila sering datang menguasaiku bila aku sekolah. Aku tak boleh nak tumpu sangat. Asek ngantok. Mungkin sebab aku tak cukup tido. Tiap kali pun tido tak lebey 4 jam. Mana nak cukop. Hari ni hari rabu. Secara resminya ianya adalah hari kokum semalaysia. Minggu ni ada pemilihan masuk kelab persatuan. Aku tak tahu nak masuk mana. Bab kokum memang aku tak ambik port. So, aku nak ikut je la apa je kawan aku pilih. Berikut adalah antara dialog yang berlaku antara aku dan kawan aku tu.

Aku: ko nak masuk mana,moi?
Kawan aku: *senyum jek.

Selepas abes kemasukan pelajar ke kelab matematik dan sains.

Aku: ko mau masuk kelab mana ni?
Kawan aku: ntahlah..*sambil jungkit bahu.
Aku: kita masuk kelab pengguna la?
Kawan aku: *geleng2 kepala.

Aku diam lagi sambil anak mata aku melihat pelajar2 yang semakin kurang duduk di dataran sekolah. 15 menet kemudian, kelab perpustakaan dilaungkan cekgu jubia. Separuh dari budak kelas aku masuk kelab itu. Aku tengok kawan aku kat sebelah.

Aku: jomlah ikut diorang masuk kelab perpustakaan.
Kawan aku: eh,inda mau la. Ada si mong. Aku inda mau sama ia.

Arrgghhhhh! Aku bagai hilang sabar layan kerenah banyak songeh kawan aku sorang ni. Last2,pilihan yang ada hanya kelab geografi. Kelab yang memegang ahli seramai 17 orang sahaja. Secara automatiknya,kitorang 3 budak fom6 terpaksa pegang jawatan tinggi.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...