Shoutbox






Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan

Isnin, 21 Februari 2011

lagi lagi hantu.. ada apa dengan hantu ha?



post sebentar. nak share movie latest aku tengok. aku taktau movie ni still ditayangkan kat pawagam ke tak. kalau dah takda nasib korang la. pi la beli dvd atau download kat mana-mana. "SINI ADA HANTU" hasil kerja james lee yang bikin movie "HISTERIA" lakonan liyana jasmey. pernah tengok cerita tuh? takda diam. yang ada tengok cerita tu boleh tahan kan? tapi tak sehebat mana. kalau hebat filem tu mesti david teo dah terkejar-kejar kat james lee nak tolong terbitkan apa-apa filem bikinan beliau selepas tu. ni tak. makna belum cukup umphhhh lagi. mintak maap je la.


start dari scene ni la kelakar. scene Bakri dapat tau Ah Meng sudah mati. kawan dia cerita hantu sudah mati. hahahaha.



cerita ni berkisarkan tentang Bakri dan Ah Meng yang terpaksa menghantar sebuah keranda ke upacara pengebumiaan selepas didesak dan digoda dengan wang overtime yang berlipat ganda daripada Rama,penyelia diorang. apabila Ah Meng bertanya soalan " kau percaya hantu tak?", bermulalah penceritaan hantu di antara mereka. ada hantu pokok pisang, hantu cina, hantu asrama, dan hantu jepun.

komen? boleh la. part depan bosan, part belakang kelakar. best! part depan cerita dia agak slow... itu pasal bosan. anyway, masa aku tau pasa sanda berlakon cerita ni.. aku expect dia watak utama. rupanya cuma watak selingan. watak hantu pulak tuh. dah tu takda dialog apa. tersenyum-senyum gatal je kerja dia. mengoda lelaki tidur setilam dengannya. salah seorang watak utama iaitu Baki Zainal yang kalau aku tak silap dia ni pengacara di 8tv, tak sangka kau pandai jugak berlakon. begitu juga Qhaud AF7. kesimpulannya, korang akan nampak ramai pelakon baru membintangi filem ni. anyway, syabas james lee!



marks: 6/10


banyaknya cerita hantu sekarang... semakin sempit lah pemikiran orang dengan perkara-perkara tahyul. harapnya tidak.


Isnin, 24 Januari 2011

setan punya antu!

1) pocong jumat kliwon
wayang paling latest aku tengok. berkisahkan sekumpulan budak kolej yang shooting filem horror di hutan belantara tuk assignment diaorg. baru shooting sehari dah ada yang kena rasuk. gara-gara memakai rambut pelesu yang entah dari mana datangnya. dari situ bermula lah kelihatan kelibat-kelibat pocong mengganggu sorang demi sorang daripada mereka.
komen? boring! tak seram langsung. rileks aje aku makan pop corn kat belakang. tak pernah sesantai ni tengok cerita antu. kalo tak ada lelucon yang terselit dalam wayang ni sumpah lebih nampak macam shit. seperti kebiasaan cerita horror indon, aktressnya memang seksi. mantep yang amat. terima kasih juga tuk budak-budak tak cukop umo yang lengkap berpakaian uniform sekolah menonton filem ni kerana berjaya ruin my mood sebelum filem ni start main pun lagi. jeritan korang memang terbaik. rasa nak bagi hadiah penendang dari belakang.
marks: 3/10


scene kelakar... mamat ni penyelamat ini filem. clap3x!


2) death bell 2 bloody camp

pasal student satu kelas yang bijak pandai, mengikuti satu kem di sekolah... err... di dalam bangunan sekolah.... di situ berlaku pembunuhan ke atas mereka.
sebenarnya filem ni aku dah tengok kat tenet. kat youtube pun dah ada. tapi tak tengok sampai abis. member ajak tengok so aku ikut je la. bagi aku boleh la tahan. jalan cerita yang ok. pejam-pejam mata juga aku nononton cerita ni. geli tengok seksaan. (dats y i taknak tengok cerita SAW.. huhu) tetap tak boleh lawan death bell yang pertama.
marks: 6/10




3) hantu kak limah balik rumah

ha,cite ni best giler. super kelakar. lagi kelakar dari zombie kampung pisang. walau aku tau filem ni raya kang ada kuar kat astro tapi aku nak tengok gak. satu panggung gelak. memang seronok. tak rugi beli tiket woh.

ce cite! ce cite!
ahh,korang tengok la sendiri kat astro sampai muntah. memang best!
marks: 10/10


usop yang sengal... kahkahkah. aku suka beliau dalam filem ni. thumb up to usop!

Isnin, 11 Oktober 2010

3D tuhhhh!


baru2 ni pi tgk wayang. saja lepas gian. nk tgk wayang sampai lebam. lama tul x tgk wayang. ikutkan ati kalo dapat lepas je nak tgk wayang. tp apakan daya.. ku bukan anak orang kaya. hhuhuhu... so,sampai je 1Borneo, kitorang pi cucuk duit dolu. dah cucuk terus pi tingkat 3 ke 4... survey wayang ape yg best.. plan kitorang nak tgk dua wayang sekaligus. perghh! betul punya gian ni. survey punya survey, muktamad nak tgk cite JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 dan SAMMY'S ADVENTURES. cite JPBC2 mmg best! seronok gelak. seronok tgk gelagat Mazlan pet-pet dan Bob kuman kat cite tu. tp ingt dpt la diskaun rege tket tu kalo bawak kad plajar. rupanya ujung minggu kad plajar kena rejek. ciss!! terpaksa bayar rege ori. paling tak tahan nak hulur duit masa beli tiket SAMMY'S ADVENTURES. haduiihhhhh! punya mahal. RM15 sorg. pk balik... hurmmm,patut pun. nama pun cite 3D. sbb tu la agaknya. sorg2 dapat spek hitam. hahaha! kelakar je pakai. skali tgk mcm superhero pun ada. pengalaman tgk cite 3D beh. mcm berlaku kat depan mata. mcm bermimpi pun ada. huehuehue.



sekali lg kwn aku jd model blog ini.. aha!


Rabu, 12 Mei 2010

***BELUKAR**



cite yg aku tgk masa ronda2 kota K.K baru2 nie. best gak.. x nyesal la kirenya aku kuar duit beli tiket tgk wayang ni. aku paling takut pilih wayang melayu kalo pi cinema. takot boring...jalan cite ampeh, sama x ubah2. tp yg ni aku rasa ok. ada aksi...ada kelakar... romantik. seronok ah layan. lebih2 lg pelakon2 kat cni mostly berdialek sabah. tu yg kekadang mencuit ati org yg menengoknya. dr 10 aku bg 7 bintang... hinss!



ni le main actor n actressnya



Jika mahu mencari sebuah filem Melayu yang lari daripada imej hantu dan aksi mat motor, mungkin Belukar pilihan yang baik.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...