Shoutbox






Isnin, 24 Januari 2011

setan punya antu!

1) pocong jumat kliwon
wayang paling latest aku tengok. berkisahkan sekumpulan budak kolej yang shooting filem horror di hutan belantara tuk assignment diaorg. baru shooting sehari dah ada yang kena rasuk. gara-gara memakai rambut pelesu yang entah dari mana datangnya. dari situ bermula lah kelihatan kelibat-kelibat pocong mengganggu sorang demi sorang daripada mereka.
komen? boring! tak seram langsung. rileks aje aku makan pop corn kat belakang. tak pernah sesantai ni tengok cerita antu. kalo tak ada lelucon yang terselit dalam wayang ni sumpah lebih nampak macam shit. seperti kebiasaan cerita horror indon, aktressnya memang seksi. mantep yang amat. terima kasih juga tuk budak-budak tak cukop umo yang lengkap berpakaian uniform sekolah menonton filem ni kerana berjaya ruin my mood sebelum filem ni start main pun lagi. jeritan korang memang terbaik. rasa nak bagi hadiah penendang dari belakang.
marks: 3/10


scene kelakar... mamat ni penyelamat ini filem. clap3x!


2) death bell 2 bloody camp

pasal student satu kelas yang bijak pandai, mengikuti satu kem di sekolah... err... di dalam bangunan sekolah.... di situ berlaku pembunuhan ke atas mereka.
sebenarnya filem ni aku dah tengok kat tenet. kat youtube pun dah ada. tapi tak tengok sampai abis. member ajak tengok so aku ikut je la. bagi aku boleh la tahan. jalan cerita yang ok. pejam-pejam mata juga aku nononton cerita ni. geli tengok seksaan. (dats y i taknak tengok cerita SAW.. huhu) tetap tak boleh lawan death bell yang pertama.
marks: 6/10




3) hantu kak limah balik rumah

ha,cite ni best giler. super kelakar. lagi kelakar dari zombie kampung pisang. walau aku tau filem ni raya kang ada kuar kat astro tapi aku nak tengok gak. satu panggung gelak. memang seronok. tak rugi beli tiket woh.

ce cite! ce cite!
ahh,korang tengok la sendiri kat astro sampai muntah. memang best!
marks: 10/10


usop yang sengal... kahkahkah. aku suka beliau dalam filem ni. thumb up to usop!

2 ulasan:

10jarijemari berkata...

kak limah memang terbaik!! ^^

jA_ae(N) berkata...

aik,fan kak limah ker? buleh la main injit2 semut dgn beliau. xD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...