entry pertama tuk 2011. tahun baru... aku tetap seperti dulu. tak berubah langsung. yang berubah cuma umur je semakin meningkat. hope 2011 ni mencipta satu lembaran yang indah untuk aku kenang sampai bila-bila. tahun 2010 merupakan tahun dimana aku terjebak dalam satu persekitaran yang baru... bukan lagi kena pakai baju kurung putih, kain putih atau biru. hari-hari aku pi blajar pakai baju warna warni. yess! i mean i successfully memegang title mahasiswa di sebuah ipta. i think itu satu yang sangat bermakna sepanjang tahun 2010. melangkah kaki ke universiti, kenal ramai orang baru dari pelbagai negeri, study pun kat dewan yang ada penghawa dingin, no more papan hijau or papan hitam, mostly study guna slide show, pastu kena bentang lagi.. satu perkara yang aku tak biasa buat. masa form 6 selalu mengelat. *padan muka* kali pertama duduk asrama aku tak rasa janggal langsung. lebih seronok ada. mungkin kerana aku selalu ditinggal sorang kat rumah. uhuhu! *poor ija*
ha,ada dua lagi incident yang aku tak boleh lupa. pertama of course la ketika ambil result stpm. punya terkejut. tak sangka. gembira. terpersona. terpana melihat result sendiri. hadir sekolah seminggu dua kali. total dalam sebulan lebih kurang 12 kali. terima surat amaran pengetua masuk 4 surat. dekat nak kena gantung. muhahaha! betul cari penyakit. walo aku tak hadir aku belajar kat rumah. bukan sekadar simpan lemak dan taik mata. aku tau masa depan aku akan berubah hanya jika aku belajar. im not totally useless person. i know what i want to be. hinssss hinssssss!
kedua pula when i have my 1st payment. kerja sambil-sambilan di kedai emas. dan duit itu telah aku belanjakan tuk beli kaspersky antivirus. kehkehkeh.
azam? korang ada azam? aku pernah ada azam. tapi tu cerita 10 or 9 tahun lepas. pastu aku tak buat azam dah. sebab tak menjadik. and now aku kena ada satu dua. dan aku taknak guna perkataan azam lagi. macam takda booster dalam word tu. lembik. im prefer use word matlamat. nampak lebih jelas. matlamat jangka pendek untuk sem2 ni aku tak listkan lagi dalam mana-mana kertas. secara angkuhnya aku listkan kat cni secara fresh dari kepala hotak.
1. kewangan ::: lebih mahir untuk urus duit, belanja tuk sebulan jangan lebih rm300! taruh duit rm 500 kat asb, leave rm200 duit ptptn dalam simpanan.
2. self-control ::: tengok wayang sekali sebulan sahaja, masuk kedai popular tak payah beli apa-apa, jangan beli banyak sangat makanan bila turun cafe, beli barangan online at least sekali sahaja.
3. relationship ::: hubungan dengan roomate, /housemate/ klasmate lebih baik, lebih jujur dan lebih spontan.
4. study ::: capai 3 pointer dalam sem2. pasti!!!
matlamat for whole year 2011 ::: nak beli kamera brand nikon!!! x kireeee!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan