Shoutbox






Selasa, 4 Januari 2011

bagaikan malaikat untuk 37minit

sekadar hiasan


babak 1 (pejabat pos)


tangan kanan menolak tombol pintu. kaki terus melangkah ke kaunter. borang asb diminta. dapat. kaki di hayun pula ke meja pengisian borang. buka zip dompet. keluarkan buku asb yang lusuh. terdapat garis rekahan di setiap permukaan kulit buku yang berwarna biru. borang di isi dengan penuh tumpuan. peluh membasahi dahi menunjukkan aku kena berambus dari situ cepat-cepat. tiba-tiba teringat nak salin no ic member di sekeping kertas. tangan mula terkial-kial menekan keypad henpon mencari no ic yang tersimpan didalam itu. tidak semena-mena seorang wanita mengandung terpacak di sebelah. mata bertentang mata. senyuman bertukar senyuman. matanya singgah ke borang asbku yang telah lengkap. senyuman bertukar lagi. diselangi dengan kerutan didahi. bila wanita tersebut terlihat sejuta kerutan didahi ini, dia mula bersuara.

"kat mana boleh dapat borang tu?" (mulutnya muncung ke borang asbku)

senyuman semakin manis. tiada lagi kerutan.

"kat situ kak. kat kaunter tu ha. akak mintak je kat diorang."

kaki wanita itu langsung sahaja bergerak menuju kaunter yang dimaksudkan. aku meneruskan kerjaku yang tergendala. beberapa saat kemudian wanita mengandung itu muncul lagi.

"bahagian ni nak isi no tel siapa ya?"

aku melihatnya. kemudian mata meneliti borang dihadapannya.

"no tel si pengirim duit kak."

aku melihat beliau agak tidak begitu cekap dalam mengisi borang tersebut. lalu aku menantinya sehingga beliau siap. selesai sahaja aku meminta izin untuk beredar ke mesin pengambilan no giliran. jari menekan punat "A". terpampang angka 1056. tengok angka terkini 1047. ah,lama la pulak lagi. aku merungut. seorang wanita berusia lewat 3oan memandangku. mungkin telah mendengar rungutanku sebentar tadi. aku senyum kepadanya namun senyuman tidak berbalas. aku menyumpahnya di dalam hati. jari mula gatal menekan-nekan punat henpon bagi menghilangkan bosan menunggu. sesekali mata menjenguk no giliran dalam skrin dihadapan. aku terasa seseorang melabuhkan bontot di kerusi sebelah. aku menoleh. wanita mengandung tadi tersenyum ramah. kami mula memperkenalkan diri masing-masing dan berborak panjang. tanpa sedar, sudah menghampiri ke angka giliran 1056. penuh kegadisan melayu aku meminta diri untuk ke kaunter no 3. dia mengangguk dan sempat berterima kasih kerana membantunya tadi. aku mengangguk lalu melempar senyuman semanis gegula kapas.


babak 2 (terminal kapal)


dihadapan kaunter 2 pembelian tiket, aku mengeluarkan dua not rm50.

"tiket pegi kk esok pagi 2 ya."

sementara menunggu,mata meliar melihat orang ramai yang lalu lalang di luar. mata tertumpu ke arah seorang laki yang berpakaian sekolah lengkap. rambut belah tengah. kelihatan kilauan gel dirambutnya. dia membetulkan kolar baju. sesekali jarinya menggaru ke bahagian sulit. kemudian jari itu singgah ke pipi pula. di garu di situ. haish,tak sekolah ke? perhatian kemudian beralih arah apabila telinga comelku menangkap butir-butir bicara pelanggan di kaunter 5.

pakcik tua: pakcik salah tadi. pakcik nak pergi sipitang. bukan menumbok.
cik kaunter: pakcik kena beli lagi tiket.
pakcik tua: duit pakcik cukup tuk beli satu tu je tadi.
cik kaunter: tapi kami tak boleh nak bagi pakcik. kena beli jugak.
pakcik tua: tolonglah nak. pakcik kena naik bot laju tu tengah hari ni.

mata tidak berkedip. bagaikan menonton satu drama kehidupan. perhatianku di ganggu suara lunak cik kaunter dihadapan.

"ni tiketnya. masuk kapal kul7.30. bertolak kul 8 nanti ye cik."

aku mengambil baki wang yang dihulurkan.

"err,kak. tambang tuk bot laju pegi sipitang berapa?"

laju sahaja bait-bait kata di atas terpacul keluar dari mulut ini.

"rm27" jawabnya ringkas.

aku memberikannya duit rm27 tersebutnya.

"tiket tu beri kat pakcik di kaunter 5 tu ye cik."

aku nampak riak cik kaunter 2 berubah. aku bergegas keluar meninggalkan tempat itu. di dalam bas aku tersenyum senang.



p/s: esok aku balik asrama. we want more cutiiii!!! kah kah kah..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...