Shoutbox






Isnin, 8 Jun 2009

cuti weii

Cuti sekolah kali ni bukan seperti biasa… dimana aku bosan dan keseorangan. Cuti ni abg dan akak aku ada. Hee! Sukanyeeeeee! Abah pun ada balik 2 hari lepas. Adanya abg, ada jugak teman aku gaduh… main kejar2. Adanya akak, ada teman aku berborak, bergosip bagai. Cuaca kat cni pun beberapa ari ni tak berapa nak panas dah. Syok woh! Tapi aku tak plan hape lg untuk cuti ni. Takkan nak duk rumah aje kut. Belaja? Alaaaaaaaaaaa…….. cuti2 ni la paling malas aku nak buka buku. Org cuti…buku kena la cuti gak! kan buku?? (cepat2 tgk buku… fuhh, naseb tak menjawab. Naya je kang.) Mebi aku akan buat sedikit note untuk di baca kelak. Buka sekolah kang mesti nak kena discuss paper exam. Rasanya exam kali ni adalah exam paling teruk aku penah buat dalam sejarah hidup aku. Sebab tak langsung buat persiapan. Nampaknya aku kena curik satu bungkus plastik kapas mama kat dalam bilik tu bawak pi sekolah untuk mendefense telinga. Musti kena hentam oleh cekgu ni. Huwaaaaaa!!!

Bagi aku cuti ni tak banyak beza pun seperti ari2 lain. Sebab duk umah jugak tlg mama. Tak boleh la nak relaks. Kena bangun awal bt keje. Teringin jugak cuti sekolah nak pi melancong mana2. nak buat camne. Takde rezeki aku lagi nak pi luar dari Labuan yg maha kecik nie. Biar lah.. tlg mama dapat gak duit. Kalo tak tolong rasa salah pulak. Takde makna aku lahir di bumi kalo aku tak senangkan mama dan abah. Bila pk balik, kalo aku cuti dengan fmly bukan boleh beli banyak benda. Paling2 pun shoping window. Pi cuti pun 2-3 ari. Isk! Gila tak best. Bercuti kena la lama2 sket. seminggu ke… huhu! payah jugak kan. mama bukan keje makan gaji. Berniaga saja.. Niaga pun kuih2. Tak untung mana pun. Duit cukup untuk tebus modal, bayar bil segala. Haih! Nampak nya nak becuti kena jugak la tunggu aku keje. Tinggal berapa tahun je lagi… (kira2 pakai jari)




p/s: nak cuti kat pulau sipadan... my wish. <- baru pas tgk keindahan pulau sipadan kat tv. hins hins.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...