"heii,mata kau bengkak." kata kawan aku yang datang mengetuk pintu bilikku seawal pagi. ye,mata aku bengkak.. sebab bobet cakap pasal mati. aku benci dia cakap pasal tu. sebab aku takut kehilangan dia. dan aku tak dapat bayangkan kalau dia pergi. bila dia cakap pasal mati, bukan dia saja yang aku risaukan.. tapi mak bapak aku jugak.. orang-orang yang aku sayangi.. so lepas bangun pagi, segalanya jadi serba tak kena.. kerana asyik memikirkan hal kematian.. aku jadi lupa apa yang aku nak buat.. bahkan benda rutin pun jadi serba tak menjadi. akibatnya aku telifon mama dan abah. make sure dorang ok. hati sedikit senang namun tetap gelisah. aku turut minta tolong bobobi agar mendoakan mereka. aku tak pernah kehilangan sapa-sapa lagi orang yang aku sayang. dan aku takmau semua itu jadi. Ya Allah,panjangkan umurku.. keluargaku.. cinta hatiku.. lindungi kami dari sebarang musibah dan kecelakaan.
aku suka gile layan lagu ni sekarang. nama mojo.. macam tagline austin powers.
aku suka gile layan lagu ni sekarang. nama mojo.. macam tagline austin powers.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan