Shoutbox






Ahad, 27 Mei 2012

puan norliza







Sesi kaunseling bersama puan norliza semalam, tidak akan aku lupakan. Disebabkan dah 2 minggu aku tak masuk kelas beliau, jadi aku tak tau tahap keseronokan kelas yang beliau kendalikan. Ramai yang kata best. Seronok tahap 7 petala langit. Sepanjang sesi gelak. Pagi dan petang tu aku jadi penghuni library. Kelas fisio tak masuk. Cari jurnal punya pasal. Benci aku cari jurnal. Dapat cari kena pulak baca. Kalau ayat senang faham tak apa jugak. 10 menet lagi kelas kaunseling nak mula. Penyakit malas mula menerpa. Landing kepala atas meja. Kepala berdenyut, tengkuk sengal, bahu lenguh, tulang belakang rasa nak tercabut. Kenapalah aku rasa azab jadi student. Hishh! Apa punya fikiran. Not good mija. Malas malas pun aku pi jugak la. Perjalanan dari library ke sekolah anggaran 500meter. Sampai kelas, nampak ustaz jurin. ustaz jurin??? what the hell he doin here? ohh,bekas bini dia di sini. tengok dia bawa anak-anak. kan cuti sekola. hanya mampu tunduk tanda hormat. tapi tak sangka dia masih ingat nama aku. heii, hamizah! aku senyum dan terus berlari masuk. malas nak layan. aku benci lelaki yang main kayu tiga. puan norliza tak sampai lagi. Kus semangat. Naseb baik. Muka masing-masing nampak ceria. Majoriti. Selebihnya monyok. Terutama Yati. Sampai aku tak sanggup tengok lama-lama. Silap haribulan nanti kena pangggg. Nampak sangat ada masalah. Kesian.


Tepat 4.30 puan norliza datang. Now I know, dia bagi can student muslim solat asar. Apa yang kawan-kawan sebelum ni cerita pasal puan norliza ternyata  indah khabar indah rupa. Tepat sama sekali. Memang gila orangnya. Sempoi. Bertudung, badan gempal gempal, comel. Tapi bila buka suara, adoiiii. Punya kuat. Jelas lantang. Orang pekak badak pun boleh dengar kot. Duduk kangkang. kaki tak pernah rapat. Naseb tak pakai kain. Alahai, lecture aku yang sorang ni. Dia panggil nama sengsorang, masa ni dia pasan aku. Aku yang selalu tak tunjuk muka masa sesi. Maka dia pun tanya soalan lazim. Kenapa tak datang. Aku pun tanpa pikir dua kali boleh pulak jawab tak ada apa-apa sebab. Jawab sambil tepat tengok anak mata dia. then,masa ni la dia tegur dan kata jawapan aku boleh dikategorikan sebagai biadap. Bila fikir balik, memang pun. aku sendiri pun pelik, kenapa jawapan itu yang terkeluar secara spontan dari mulut. Im not that kind of person. Aku jenis yang berhati-hati menutur kata. Tapi,ntah la. Otak tengah tak betul agaknya. Panjang lebar syarahan puan norliza untuk aku yang keterlanjuran kata-kata, tapi hanya word “biadap” tu saja yang berjaya aku tangkap. Selebihnya aku termenung kosong seperti lagu si najwa latif. Selesai syarahan beliau, sesi dimulakan. Perkenalkan diri masing-masing, bina peraturan, inform tentang kerahsiaan. Ketua kelompok beri peluang kepada sesapa yang nak kongsi isu. Dan seperti yang dijangka, yati yang awalnya bermuka botol cuka tadi mengemukakan isunya. Tentang tittle “kawan”. Yes yes yes! Aku suka. Mula-mula yati diam. Mungkin tengah kumpul kekuatan. Perlahan-lahan air matanya berjujuran keluar. Kitorang hanya melihat. Etika kaunselor. Jangan mencelah. Kalau ada klien menangis, biarkan je. Sambil yati menangis dia bercerita. Seorang kawan yang memang kalau pergi memana dengan yati dia akan ada. Dan kami seisi kelompok secara pantas maklum siapa orangnya. Bila yati bercerita hal kawan rapatnya itu, kitorang seakan tak percaya. Sebab nampak kawan tu seorang yang baik, peramah, hepi go lucky. Tapi menurut yati, dia  seorang yang tak pandai jaga hati kawan, pentingkan diri, menyusahkan, tak faham dan macam macam lagi. Sedih memang sedih dengar. Lebih lebih aku. Sambil yati cerita sambil aku bayangkan penderitaan dan kesakitan yang dia alami. Sangat sakit. Aku paham perasaan dia. aku paham bila seorang kawan baik tidak memahami dan menghargai.. tapi kita still mahu menjaga hati namun si dia tetap menyakiti. Kalau lah tak ada syurga dan neraka, memang dah lama kau bunuh orang macam tu.


post kali ni panjang gile kan? sabar dan teruskan pembacaan.


Setengah jam sesi berjalan, puan norliza yang semenjak tadi menjadi pemerhati mencelah. Can I join? Katanya. Kitorang bersorak gembira tanda mengalukan. Puan norliza kata dia tak tahan dengar cerita yati. Gerammmmmmmm sangat. Dia pun berkongsi cerita, dalam seumur hidup. Ada dua orang yang paling teruk pernah dia jumpa. Kenapa teruk? Sebab tak ada orang yang sanggup berkawan dengan dua orang tu. Kahkahkah. Dia hanya cerita salah seorang daripada mereka sebab masa tak mengizinkan. Ok, kawan yang dia mention tu sangat teruk. Teruk giler. Teruk tahap melampau. Perangai kawan puan norliza tu memalukan orang sekeliling. Mulut puaka. Tapi puan norliza tetap geng. sebab dia kan sempoi. Sehinggalah satu hari tu, puan norliza tak tahan dengan mulut syaiton kawan dia kerana melibatkan anak. Mereka langsung putus kawan. Tapi cara penceritaan puan norliza sangat kelakar. Siap dengan mimic muka dan bahasa tubuh sekali. Tak tahan tengok. Serta merta masalah aku hilang. Beberapa kata-kata keramat puan norliza yang aku paling ingat. Katanya, manusia tak sempurna. Yakinkah yang kita tak pernah menyakiti hati orang lain? Mesti pernah. Jangan terlalu menjaga hati orang sebab menjaga hati orang itu lah yang akan menyakitkan hati sendiri. Kalau sekarang kau rasa kawan yang kau jumpa sekarang teruk, kau akan jumpa orang yang lebih teruk lagi daripada dia di luar sana. Kawan yang baik adalah kawan yang bila kita bergaduh, akan cepat berbaik. Kalau tidak, tinggalkan lah. Bukankah seorang yang bergelar kawan itu seharusnya menyenangkan dan bukannya menambah beban? Fuhhh.  Terima kasih puan norliza. Kita akan berjumpa lagi sem depan. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...