Shoutbox






Jumaat, 7 September 2012

episod baru bermula



aku rasa sepanjang cuti, mama selalu kata "anak mama semua gemuk gemuk. pipi bulat." untuk aku ada tambahan sikit. "perut bulat." dun wori mama. soon perut anak mama ni akan ramping and very the model lepas masuk hostel karang. sungguh.

i think dah dekat 3 bulan aku terperuk kat rumah ni. rumahku syurgaku. esok dah nak berangkat ke sabah semula. malasnya nak keluar dari syurga. packing pun malas. ada sapa sapa nak tolong kemas tak? huhu. now 93% done. ada lagi yang tak complete. tak tau nak bawa apa dah. yang penting bobobi akan turut bersama sama aku nanti. masuk UMS. biar pandai. 

belum masuk belajar lagi, aku dah start penat. padahal tak sampai hostel lagi. hoho. senin ni rasmi lah pegang pangkat senior. jadi pelajar tahun 3 di mana aku kena study lebih kuat dan bijak. sem lepas pun dah rasa sukar. siap nanges nanges lagi. sian bobet terpaksa pujuk memalam. padan muke. kah kah. tapi pada saat sukar tu la aku belajar banyak benda. naseb baik jugak pointer aku tak terjejas dengan teruk.

tahun akhir ni aku terpaksa bersendirian di hostel, sebab member-member banyak yang keluar menyewa. tak dapat hostel. poor them. poor me too. sebab akan bersendirian mengharungi liku liku hidup. macam lirik lagu. hinssss. but i know its just po a while. takkan lama. aku pasti dapat sesuaikan diri. harap sangat kawan sebilik dan serumah aku semua baik baik. bersyukurlah dapat penempatan untuk tahun last nie. paling best uols, i dapat bilik paling bawah. tak payah lagi naik tangga bagai. suke mak jemah tawww.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...