Shoutbox






Selasa, 19 Oktober 2010

suka saya ke x??



sebagai manusia, kita dikurniakan akal oleh sang pencipta untuk bertindak... sama ada tindakan itu membawa kepada jalan yang baik atau sebaliknya. dengan akal inilah kita dapat tentukan sesuatu itu bersifat objektif atau subjektif. sebab adanya akal inilah manusia terlalu bijak untuk menilai dan menghakimi orang tanpa usul periksa! fuhh! panjangnya mukaddimah. sebenarnya saya nak bercerita berkenaan persepsi orang aje.




persepsi... bila sentuh bab persepsi, ia menyentuh tentang impression kita terhadap seseorang (Smith & Collins, 2009). lebih tepat, persepsi yang datang pada 1st impression kita. melalui pandangan pertama ini kita sudah pun mempunyai persepsi secara personal terhadap orang itu walaupun tidak pernah borak semeja dengannya atau tanpa mengambil tahu latar belakangnya sekalipun nama beliau. dengan hanya memandang gerak gerinya sejauh sebatu kita sudahpun boleh menilai dengan hebat sekali. wah2! pepandai je tau. kalau penilaian yang membawa prasangka positif tidak apa... kalau setiap orang yang dijumpai dinilai dengan negatif bagaimana pula?




sudah menjadi fitrah, kita tentu mengambil kira tentang persepsi orang terhadap kita bukan? ha, nak tipu lagi. taknak mengaku ye?? yelah, awak mungkin kata awak tak kisah apa pun pandangan orang lain terhadap awak. xnak langsung ambik tau. awak mungkin berkata, " korang kata la apa korang nak kata tentang aku, ape aku pedulik!" taknak hipokrit la kiranya ek! konon nak terus jadi diri sendiri. sebab tu taknak tau apa orang kata. padahal, saat awak memperkatakannya, awak dah tipu diri awak sendiri. such a liar... ohh, ok2... janganlah marah. apa yang ingin cuba saya kongsi di sini bahwasanya setiap manusia itu pasti ada terdetik di hati... jauh di lubuk hati yang kecil kita menyimpan keinginan untuk mengetahui apa yang orang kata tentang kita. suka ke mereka dengan awak? ke benci, meluat, menyampah.... saya sendiri memang teringin sangat nak tahu apa persepsi orang kat saya. jika melalui ekpresi muka, mungkin kita nampak mereka suka... siapa tahu di dalam hati mereka kutuk dan hina kita. sebaik mana perwatakan yang kita tampilkan, sesuci mana wajah kita.... tetap akan menimbulkan berbagai persepsi buruk tentang kita. buktinya, insan semulia Rasulullah SAW juga menjadi sasaran fitnah hasil daripada persepsi negatif yang timbul akibat perasaan iri hati terhadap Baginda.




anyway, persepsi ini sentiasa berubah. tidak akan selama-lamanya. tidak akan kekal. sebab persepsi itu berkait dengan hati. jika hati itu dapat dilembutkan, mungkin persepsi yang mulanya buruk menjadi baik. begitulah sebaliknya jika kita menilai kebaikan hanya setelah kita melihat kecantikan luarannya, tidak pada dalaman.... mungkin persepsi pertama tidak boleh pakai lagi.




kesimpulannya, ambil lah tahu sedikit sebanyak tentang persepsi itu. dah tahu, jangan pula terlalu ambil kesah tentangnya. kebarangkalian untuk kita lupa diri atau mendapat tekanan hidup itu tinggi. mungkin persepsi itu salah, namun tidak salah untuk kita jadikannya satu pembelajaran dalam kita lebih matang mengenal kehidupan. terima yang baik, kita syukuri.. jika sebaliknya kita perbaiki.






Isnin, 11 Oktober 2010

3D tuhhhh!


baru2 ni pi tgk wayang. saja lepas gian. nk tgk wayang sampai lebam. lama tul x tgk wayang. ikutkan ati kalo dapat lepas je nak tgk wayang. tp apakan daya.. ku bukan anak orang kaya. hhuhuhu... so,sampai je 1Borneo, kitorang pi cucuk duit dolu. dah cucuk terus pi tingkat 3 ke 4... survey wayang ape yg best.. plan kitorang nak tgk dua wayang sekaligus. perghh! betul punya gian ni. survey punya survey, muktamad nak tgk cite JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 dan SAMMY'S ADVENTURES. cite JPBC2 mmg best! seronok gelak. seronok tgk gelagat Mazlan pet-pet dan Bob kuman kat cite tu. tp ingt dpt la diskaun rege tket tu kalo bawak kad plajar. rupanya ujung minggu kad plajar kena rejek. ciss!! terpaksa bayar rege ori. paling tak tahan nak hulur duit masa beli tiket SAMMY'S ADVENTURES. haduiihhhhh! punya mahal. RM15 sorg. pk balik... hurmmm,patut pun. nama pun cite 3D. sbb tu la agaknya. sorg2 dapat spek hitam. hahaha! kelakar je pakai. skali tgk mcm superhero pun ada. pengalaman tgk cite 3D beh. mcm berlaku kat depan mata. mcm bermimpi pun ada. huehuehue.



sekali lg kwn aku jd model blog ini.. aha!


Khamis, 7 Oktober 2010

LIKAS! NOT KB!!!

ha,ni nak cite satu kisah. sminggu lepas cekgu kokum ktorg ada bgtau nak buat aktiviti bersama masyarakat kat pedalaman giteww. sambil2 tu konon nak buat praktikal test kat sana. bunyik cambest. biasa x penah pi tempat jauh. asyik terperuk kat labuan tu je dulu. ni la masanya kan.. tapi macam x kena je. last minit. gitau ari ni... next wik nak pegi dah. at least gitau 2 minggu sblum tuuu arr. tggu punya tguu... tarikh nak berangkat pi pedalaman KB tu hampir tiba... tapi xde sebarang informasi pun... ntah jadi ke tak. ntah x jadi ke jadi. tiba tarikh itu... aku yakin program tersebut batal. tarak jadi. so time tu ingat pas antar assignment psiko, aku nak balik bilik tido. rehat time! balik bilik, aku layan laptop jap. x semena2 hp beri isyarat vibrate. membe gitau program tu jadik. kul 5 bertolak pi sana. hampeh. x packing barang apa pun. punyala kelam kabut. kitorang gerak pi dewan kul 4.... tggu lagi. lama tggu... x tahan kitorang kol cekgu kokum. waktu ni la rasa nk geget2 tiang letrik bila tau lokasinya dah bertukar. bukan KB... tp LIKAS! dekat je... kat bandar pulak tuh. pedalaman la sgt kan.. pastu pi sana naik lori. haduihhhh! terbakar punggung aku duk atas lantai lori. slama 3 ari kat sana ntah hape2 je aktiviti dia... dengar taklimat,tido makan tido. byk plan x menjadi.

so moral op da stori, nak buat apa program kena la rancang betul2. jangan last minit. menyusahkan ramai orang. membuang massa orang.







kerna byk sgt free time... so xde lain snap gambar. hehehe.

Rabu, 6 Oktober 2010

call me mahasiswi

alahai.. dah berapa abad aku x update blog. dah ada broadband ni senang cket aku nak update. broadband yang baru berusia sehari dua. baru beli. ahak! ala,tuk senang buat assignment maa. malas tul aku nak pi librari semata2 nak on9. cehhh! oppsss,lupa nak cite. aku dah jd mahasisiwi skrg... kat UMS. ok la dapat U dekat2. x la botak kepala bapak aku pk nak cari duit nak antar aku balajar tempat jauh. aku pun ok saja. hepi dapat kos yang aku suka... "psikologi kaunseling". bunyi cam hebat kan. muehehehehe! tp bila ingt assignment2 dia.... haihhh. Tuhan saja yang tahu.

masa minggu suai mesra bagi kitorang tahun satu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...