Shoutbox






Jumaat, 10 Jun 2011

sabar itu nikmat,hikmah itu hadiah


"setiap perkara itu terjadi ada hikmah." selalu dengar ayat ni? selalu. tapi selalu ke kita mengingatinya? sebab manusia ni pandainya merungut tanpa sudah. komplen itu ini. cket2 mengeluh. cket2 buat muncung itik. kekadang manusia ni juga tak sedar apa yang mereka dah lakukan. tak sedar bahawa mereka dah mempertikaikan apa yang Allah tentukan untuk mereka di dunia.


hari ini aku merenung banyak hal tentang diri sendiri. kebetulan time ni aku sakit. batuk, dada sakit. pedih jer rasa. tapi bila pikir semula, semua tu ada hikmahnya. kenapa? supaya lepas ni aku perlu menjaga diri dengan lebih baik dan juga peringatan untuk aku minum air suam lebih banyak. sebotol kecik mineral tu mana cukup maa. keluarga aku pula kena musibah. hasil buatan orang. tapi kami redha. semua tu takkan jadi tanpa izin Allah. kami sekeluarga sabar saja walopun orang berkenaan sering melakukan banyak kezaliman kepada kami. entah apa yang buat beliau sakit hati sangat. nantikan pembalasan yang Maha Kuasa. kalau bukan di dunia, di akhirat kau dapat. mungkin dia pikir dengan ilmu menyimpang dia tu dia boleh buat kami menderita dan takut kepadanya. maaf, rezeki kami lebih mencurah2 sekarang. dan kami sekeluarga maintain bahagia. sekarang aku bekerja, dapat la aku rasa bagaimana peritnya mencari rezeki. so aku tau how my parents work very hard for their three kids. aku tau juga betapa penatnya Bobet spend most of his time to work untuk support familynya. dengan gaji cket yang aku dapat, i know betapa susahnya nak bahagikan duit belanja dan duit simpanan. belum masuk lagi hutang PTPTN and other bills yang kena aku langsaikan kelak. fuhh! memang tak lah. this experience allow me to study more hard and serious, so i can get better job and payments. muehehehehe!


begitu juga ketika di U, ada satu ari tu aku terpaksa jalan kaki pi kuliah. sebab aritu ada kempen jaga alam sekitar. so bas hanya ada pukul 6-8pagi. start dari pukul 9-5 ptg bas tak kena bagi masuk. ok, i know, its my own fault sebab lambat turun. padan muka aku. tak pasal2 kena jalan kaki sejauh 4km. penat? ohh,tak. seronok ada. dont know why. but im enjoy it. mungkin kerana aku dah biasa. masa kecik2 dulu, pi sekolah rendah memang jalan kaki. abah just ambik masa aku dok tadika. pastu pepandai le balik sendiri. see? jika aku tak pernah jalan kaki sejauh tu sebelum ni, mungkin aku terpaksa ponteng kuliah. bukan sekali hal ni terjadi. semasa sekolah menengah pun sama. masa tu ada kelas tambahan bahasa Arab. tunggu punya tunggu bas tak timbul2. nak naik bas awam duit takda. no choice. terpaksa jalan kaki balik rumah. takkan aku nak nangis guling2 atas jalan raya minta simpati orang. gila hape. dengan beg galas yang super duper berat, aku ringankan kaki untuk melangkah. pantang jumpa bus stop, aku akan berhenti. duduk rehat kat sana. jarak sekolah dengan rumah kemain jauh lagi. tapi aku gagahkan jua kaki. sambil berjalan aku menyanyi. bagi hilang rasa takut di hati. jalan sorang2 mana tak takut. lebih2 lagi masa tu baru form1. balik rumah mama tanya kenapa muka merah. aku yang dah tak mampu nak cakap apa terus cium tilam. uhukk!!!

hampir setiap perkara yang terjadi tu ada hikmah, setiap tingkah laku kita dan setiap tindakan kita. oh,tak. bukan hampir. tapi kesemua perkara yang terjadi ada hikmah. kalau nak cerita semua memang tak boleh. Allah bagi kita susah sekarang sebab Dia nak kita senang kemudian. ^^ kau orang amacam? pernah terpikir mengenai hikmah yang kau orang dapat tak?




~People are not happy today because they are not thankful~

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...