Shoutbox






Sabtu, 13 Ogos 2011

No W0NdEr la MaK i pUN tAK suKa Y0u..!!

Mendapat ilham menulis hasil pemerhatian terhadap sikap seorang jiran yang berjaya menggenangkan air mata di kelopak mata seorang ibu mertua ketika si menantu ini melarang anak-anaknya yang ketika itu bermain-main bersama nenek mereka. Bukan itu sahaja, si menantu ini juga berjaya membuatkan suaminya yang dulunya anak yang baik tapi kini mengecilkan hati seorang ibu. Syabas.




Kepada orang perempuan, saya nak berpesan lah khusus yang dah bersuami dan bakal bersuami.. tak usah lah nak sibuk jika suami nak berbuat jasa dengan ibu dia. dats y la mertua dengan menantu selalu ada masalah.. selalu tak ngam. Itu kerana ibu adalah ibu. Seorang ibu menganggap bila anaknya dah berkahwin, mereka seolah-olah akan kehilangan perhatian dan kasih sayang seorang anak. Yelah, bila berkahwin anak mempunyai keluarga sendiri. Tumpuan lebih untuk mengurus rumah tangga daripada memikirkan perihal ibu bapa. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Sesetengah ibu kadang-kadang akan terasa anak lelakinya lebih mengutamakan isteri berbanding ibu. Saya faham, ada ibu mertua yang tak berapa nak baik. Keras kepala. Keras hati. Kita dah buat baik bagai nak rak pun dia tetap nak cari kesalahan kita. Tetap tak suka kita. Tetap nak mencik kita. Tak mau ngaku menantu. I hate u. Po eber! Senang cerita macam si nyonya Mansoor dalam cerita Kassim Selamat. Mau tak sakit jiwa bermertuakan beliau. Sebab apa ibu mertua bersikap over gitu. Tak lain tak bukan sebab kasih seorang ibu terhadap anak. Sehingga timbul sikap pentingkan diri yang tak agak-agak. Sila jangan jadikan itu kunci untuk jadikan suami anda seorang anak derhaka. Sabarlah. Jangan sesekali kenal erti putus asa. Sakit memang sakit. Berat mata memandang berat lagi tuan empunya bahu yang memikul. Satu penderaan mental yang zalim. Bersabarlah dalam mengambil hati seorang ibu. Anggap ibu suami anda sebagai ibu sendiri. Treat beliau sebagaimana anda treat ibu anda. Anda dan ibu mertua kan sesama perempuan. Mesti tau punya cara-cara nak melembutkan ati yang sekeras gua batu tuh. Takda masalah yang takda jalan penyelesaian. Pasti ada.






Ingat, seorang anak lelaki walaupun dah berkahwin tanggungjawab dia terhadap ibu dan ayah dia tak lepas, tak selesai. Tak macam orang perempuan, bila dah bersuami tanggungjawab terhadap ibu dan ayah terlepas. Anak lelaki dia wajib terus bagi perhatian, ambil tahu, ambil kisah, buat budi, pelihara, jaga, tatang ibu bapa dia sepanjang hayat dia. meskipun dah berkahwin empat, anak sedozen.. tangunggjawab terhadap ibu ayah tetap ada.. tak akan lepas. Kesian ramai anak lelaki jadi anak derhaka, bukan dia nak derhaka, tapi sebab pengaruh isteri. So saya seru semua wanita termasuk lah saya sendiri, moga kita boleh jadi isteri yang taat kepada suami dan menantu yang baik kepada ibu dan ayah suami kita. Sebagai menantu, taraf anda anak juga, walaupun tak sehebat anak kandung, anak juga. Semoga anak lelaki anda juga akan berbuat begitu kepada anda setelah dia dewasa dan berkahwin kelak.


layan bidio ni.. tak suka? uhh, wateberrr.



“jadilah anak menantu, jangan jadi anak hantu”

3 ulasan:

Life is Art berkata...

good advice...

Tanpa Nama berkata...

Really great article with very interesting information. You might want to follow up to this topic!?! 2011

jA_ae(N) berkata...

yes. might be. tQ. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...