Shoutbox






Ahad, 13 November 2011

awan nano nanooooo



satu habit saya jika dok dalam kete yang bergerak, saya suka pandang luar dan kepala mendongak sedikit ke atas. bukan nak tunjuk lobang hidung kat penumpang kete sebelah. nak tengok awan. tengok awan buat ati rasa tenang dan damai. bila tengok awan, otak saya akan create pelbagai lakaran yang ntah hape2 mengikut imaginasi saya. bila saya rasa memang mengena, saya akan tersenyum sendiri. (orang kuat berangan memang gini.. 0h0h0. ) langit umpama lukisan besar yang membentangi bumi. lukisan penuh makna. kalaulah diri ni reti lukis, akan saya lukiskan setiap awan yang saya nampak menarik. saya nak kongsi apa yang saya nampak pada orang lain. saya nak orang percaya dengan imaginasi saya. saya pernah nampak awan yang membentuk bayi, kura-kura, unta, rumah, malah saya pernah dengan mata sendiri awan yang membentuk 'Allah'. terus saya memanjatkan syukur ke hadrat Illahi berkali-kali kerana menjadi orang terpilih untuk menyaksikan salah satu kebesaran-Nya.






haa,gambar ni cilok dari fb. yang berlaku di labuan baru-baru nih. masa sebelom ribut kencang. angin kuat giler2. masa nih kuar dengan mama beli barang. nampak angin berputar membentuk satu pusingan. nasib baik tak keding macam dulu. kalu tak peluk tiang la jawabnya. kah kah kah. awan yang cantik tapi menakutkan. huu~



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...