Shoutbox






Ahad, 20 November 2011

sentap mak tawwww..!!!




ok, harini dapat berita kurang menyenangkan. semua gara-gara assignment. sebagai ketua, saya menggalas beban yang berat for make sure the outcome is good. minggu-minggu yang sangat menekankan. tapi daripada sinilah kita dapat belajar bersabar dan mengawal emosi. anda selalu emosi? jangan le. cool ok. gila kang. nak? faham masalah yang di alami setiap orang tak sama. penilaian orang terhadap sesuatu masalah pun tak sama. ada orang bagi dia bau ketiak merupakan satu masalah besar. ada yang kata tidak.. sebab bau ketiak dia masyam dan dia suka dan selesa akannya. haa,rambut sama hitam tapi pemikiran lain-lain. tak sama. apa pun masalah kita, kecik ke besau cubalah untuk selesaikannya dengan tenang. orang yang lebih ketenangan tentu pandainya pun lebih. tengok hasil kerja orang yang kelam- kabut? oraittt tak? memuaskan tak? sebelum kita mahu menangani emosi sendiri, kita kenalah kenal diri kita ni macam mana. memang jenis yang cool atau kuat mengamuk. ada empat unsur yang mempengaruhi emosi. jom take a look.


anda rasa anda cool, baik, boleh bertenang dalam apa jua keadaan, tak kelam-kelibut, tak cepat gabra, bukan kaki pemarah, tahniahhh!! unsur anda ialah tanah. lebih lanjut, kau orang baik sejak azali lagi. suka tolong orang gitteww. segala-gala kebaikan ada pada korang. pada mak bapak yang nak cari menantu, sile-sile cari orang unsur tanah ye.


rasa diri fleksibel? campak pi mana-mana ceruk pun boleh masuk. masuk kampung boleh jadi orang kampung, masuk gelanggang tinju, boleh jadi peninju, masuk masjid boleh jadi tok lebai, kira oraitt je dengan perubahan persekitaran dan senang menyesuaikan diri. namun, walaupun boleh masuk semua benda, tapi tak sampai addict. just involve. jenis yang boleh bersabar dan cool juga. selalunya orang seronok kalau anda ada dan resah bila tak ada. ketiadaan anda dirasai, bila ada disenangi. hebat tuhhh. syabasss!! unsur anda ialah air. fleksibel dan bagus semacam.


sapa-sapa rasa diri jenis yang tak paham bahasa tu, haa ni unsur anda. angin. orang unsur ni buat sesuatu ikut sedap dia saja. cakap pun main lepas. contohnya bila bab buat keputusan, selalunya orang susah nak ikut. seseorang yang suka ikut kepala sendiri. maknanya anda tak suka sangat bila ada perbincangan. bila orang tak setuju, orang unsur ini akan mudah berangin satu badan. nama pun unsur angin kannnnn.


berjiwa sensitif? cepat terguris? mudah sentap? unsur anda ialah api. marah tak pasal-pasal, mengamuk, lempar barang pinggan mangkuk senduk. kadang-kadang orang yang tak ada kena mengena pun kena tempias. bila dah mengamuk susah nak cool. heh.


apa-apa pun, tak kata unsur tanah tu memang baik dan unsur api tu individu yang jahat. unsur tanah, kalau baik tak mengena tempat akan ditindas, unsur api jika boleh cool down sekarang ni makna dia boleh kawal emosi dan itu bagussss. orang yang betul-betul bagus dia boleh guna unsur-unsur yang betul pada tempat yang betul. dah kenali diri macam mana, patut tau sendiri macam mana nak tangani emosi sendiri sebab apa kita mahu, kita saja yang tahu. betul tidak?



"Everything that irritates us about others can lead us to an understanding of ourselves"'





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

susah nak puaskan hati sume orang. so, just go with d flow... ^__^

jA_ae(N) berkata...

betul. and learn from it. learn from wuteva experiences we got ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...