Shoutbox






Khamis, 30 Mei 2013

happy for her




beberapa hari ini i see my friend asyik sangat tersenyum senyum. kekadang senyuman dia tu tak kena tempat tak kena situasi. dia senyum sengsorang.

bila tanya kenapa senyum? ada barang baik happen ke?
dia bertambah senyum. tersipu sipu. pelik.

kitorang cuba usik. hah,ni mesti dah jumpa someone special kan? siapa? zul? azhar? saiful?
dia geleng tapi tetap meneruskan senyuman. kitorang geleng pening kepala melihat perangai kawan yang sorang ni. apa kena lah kan.

tika perjalanan dari sekolah ke bus stop, i yang super curious bertanya lagi. i guna apa yang i belajar. orang cenderung untuk share walaupun ianya sulit jika pada masa tu hanya korang berdua sahaja. tanpa kengkawan lain. awak dan dia. of course depend pada kepercayaan dia pada awak jugak. berbekalkan teknik persuasion yang i ada, akhirnya dia membuka mulut. yesss!

"aku tak suka perasaan ni"

hmm? tak suka tapi kemain senyum sampai ke telinga

"kenapa?"
"aku rasa aku dah jumpa orang yang aku suka"

weeeeeeee. now my turn pulak senyum. teruja. macam i pulak yang dah fallin in love kan. no. ini empati namanya. kehkeh.

dipendekkan cerita lah kan, dia kenal guy tu dalam satu web mencari jodoh. sebelum ni dia memang pernah bagitau. kenal kenal kenal.. dalam satu hari dah bertukar contact no. mungkin itu perkara biasa bagi sesetengah orang. tapi untuk my friend yang satu orang ni dia susah sikit nak bagi contact no.

hmm, menarik. =)

dua hari berikutnya, dia bertambah selesa bercerita dengan i tentang guy tu. tak payah nak korek. lelaki itu orang pahang. now bekerja di johor. dia kata lelaki tu agak tua. dia tak bagtau secara tepat. segan kot. tapi dia kata umur macam abang-abang dia. so around 30+. huiyoooo.

disebabkan lelaki tu dah agak tua bangka, usia yang memang dah patut kahwin, dan memandangkan lelaki tu juga anak sulung, so lelaki tu memang tengah cari calon isteri. dalam perkenalan diorang tu, lelaki tu terus terang kata yang dia tengah cari seorang isteri dan kalau boleh hubungan tu serius. hopefully. hopefully.

sometimes lah kan, bila lelaki kata begitu kita tak rasa apa. perasaan suka tu akan ada, tapi yelah. just biasa-biasa je kot. mesti ada persoalan "yeke?" betul ke?" untuk kes kawan i ni, bila lelaki tu kata macam tu, dia terus menangis. maknanya kata kata lelaki itu memang lahir dari hati. ikhlas. bila lahir dari hati, maka kata kata dia tu sampai jugak ke hati kawan i. padahal kenal tak sampai pun seminggu. tapi my friend kata macam dah lama kenal. attraction yang ada pada lelaki tu kuat sangat. gitewww. maybe itulah jodoh dia kan.


semalam i tanya soalan cepu emas
"agak agak bila dapat rasa nasi minyak kau?" aku usik.
"mungkin tahun depan?" dia senyum tapi nampak yakin.

pehhh, i sendiri pun tak sure bila nak kahwin. tak boleh jadi niii. orang yang belum kenal lama nak kahwin dulu. i yang dah kenal 5 tahun lebih pulak belum lagi. tak tau bila. arghhhhhhhhhh!!!!!!! *tumbuk tumbuk lantai*


apa apa pun, im happy for u Suria. =))))




2 ulasan:

abg berkata...

sabau baby sabau. masa kita akan tiba :-*

jA_ae(N) berkata...

hihi. ye bucok. sabar lah ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...