Shoutbox






Sabtu, 11 Mei 2013

review cerita 9.9.81

assalamualaikum =)

apa khabar readers?

harini i nak buat review filem. jom?



haritu sebenarnya just nak teman kawan jalan ke 1B beli barang. banyak barang dah habis. so i pun ambik peluang ni nak beli barang jugak. nak rembat sekali teh hijau. kehkehkeh. ingat nak ajak dia karoke. gian nak menyanyi. siap praktis vokal dalam bilik sebelum keluar. ahakahak. time majlis abang i kahwin aritu takda peluang nak menyanyi kan. kena jaga mama yang tengah sakit. itu lebih penting. kewajipan seorang anak.


i tak tanya lagi sama ada dia sudi ke tidak. tapi sebelum sempat i bertanya, dia dah cerita dulu pasal tadi kawan dia ada ajak dia karoke jugak. tapi dia taknak. letih kot. dengan pantas otak i berkata "cancelllllllllllllllllll". terus terang i agak upset jugak. keinginan terputus di tengah jalan. sebelum beli barang kitorang singgah makan. lapar gila. just makan sandwich. tak cukup untuk perutku yang semakin lama semakin meluas spacenya. hukhukhuk. 


tengah makan tu kawan kata nak tengok wayang. tapi macam tak sure lagi nak pegi ke tak. tengok keadaan dia macam tu, sepantas kilat i beri respon. sebelum dia ubah fikiran. "saya nakkkkkk" siap bagi signal. "saya ok saja. kalau ajak pegi karoke pun saya ok" auwwwww. motif agar dipertimbangkan lah cadangan nak pegi karoke tu kan kan. then dia respon "hmmm,tengok lah cerita apa best nanti". ok, itu menandakan dia lebih berkeinginan untuk menengok wayang. but honestly, i tak kesah pun. i pun memang dah lama tak tengok wayang. kalau sem 1 dulu.. pehhhhh, hampir tiap minggu. asal keluar tengok wayang. asal keluar tengok wayang. dasat memang dasat. duit pun keluar dengan dasatnya. hoho. 


see, i dah melalut. enough! lihat entryyyyy. back to the topik =p







ini lah cerita yang i dengan member tengok. kitorang menghabiskan masa sekitar 10minit tuk memilih filem apa nak layan. malang bagi kitorang takda cerita katun yang keluar masa tuh. cerita kelakar pun tak hade. so apa yang hade? cerita aksi, tapi macam tak best. selain cerita ni, pilihan kedua adalah ironman 3. the problem is kitorang belum pernah layan ironman 1 dan 2. bimbang tak berapa nak paham lak. so nak taknak pilih cerita yang maha seram nih. tengok poster pun dah gerun. meremang aku. tapi bukan poster ni yang ditayangkan kat papan kenyataan pawagam tuh. bawah nih.






arghhh.. maunya tak pikir dua empat kali. tengoklah poster tuh. pandangan macam nak terkam orang jer tau. SCARYYYYY! pastuh based on true story. fikir lagi lima enam kali.


tapi memandangkan takda choice lain, terpaksalah. untuk menyedapkan hati, kononnya filem ni filem seram china. mana kitorang tau? tuhhhh, tengok poster atas. ada tulisan china kan. fikiran stereotype kitorang mengatakan filem ni tak seram mana. hantu china mana seram. tak boleh saing dengan hantu siam. ohohoho. tak seram tak seram. jum tengokkkkk!!! RAHWWWRRRR!! ok tiba tiba nak semangat lebih. motip?


so, sambil tunggu filem ni mula, kitorang beli barang kejap. selesai kitorang teruskan nawaitu menengok filem seram ni. alangkah terperanjatnya kitorang bahawasanya filem ini bukan filem china? tapi filem thailand? damn punya poster. apahal kau bubuh tulisan china hahhh! siuttt.


nasib baik jugak kitorang pilih tempat duduk paling belakang. bahagian paling hujung. dekat dengan pintu. senang nak lari. dedua penakut. kahh!


secara keseluruhan, filem ni boleh tahan. yeppp, boleh tahan seramnya. still tak boleh lawan coming soon. filem tu memang gila. setakat ni takda yang dapat celen lagi. untuk filem ni.. yewhhhh. agak berjaya membuatkan i menutup mata hampir semua babak. hakhakhak. permulaan cerita agak porno sikit. sikit jerlah. ada adegan budak melancap. then dengar orang yang duduk sebelah kanan i asyik membaca jampi serapah  "eiii, disgusting disgusting disgusting disgusting disgusting disgusting" berulang ulang. persis macam baca mantera uols. kalau jijik tutup mata tutup telinga. takyah tengok. bukan dia tunjuk pun. kemonlah kemon. 


sedikit sinopsis, cerita ni bermula apabila seorang wanita (heroin merangkap hantu) membunuh diri bila dapat tahu kekasihnya mati. perempuan ni cantik tapi ada mental problem. ada sembilan watak dan babak yang berbeza di mana ia saling berkaitan dengan kematian hantu tuh. ok, done.


so kalau nak layan genre seram. sudi sudilah pilih cerita yg awesome ni ea. =)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...