Shoutbox






Ahad, 30 Ogos 2009

rayeeeee! (oit,blom lg ah!)


Yes! Baju raya haku dah siap. Aku puas ati. Tak sabar nak tunggu raya. Hahaa. Baju raya taun ni pilih kaler cokelat dan ungu. sesetengah orang bila raya aje mesti nak baju sepesen. Ada tema. Bagi keluarga aku tak pernah buat macam tu. Ikut suka hati aje pakai yg mana suka. Now nak beli tudung lak. Mesti mau match dengan ini baju baru. Tapi duit tak hade. huwaaaa! Duit yg mama bagi aku bank in kan. so duit tinggal beberapa helai je kat dompet. Itu pun not RM1. Adeh! Nampak gaya terpaksa pakai tudung raya lepas je ah taun ni. Tees dah ade. So tak payah beli. Jeans? Em2,dah ada gak. kasut pun dah ade. Tudung je ah ni. Haih! Spoil sungguh. Ingat la nak serba baru taun ni. Tapi apakan daya,taun ni taun sengkek aku. Huh! Biar le. Biar kering duit kat saku asal berkepuk tebal duit kat bank. (ayat sesaje sedapkan hati) anak2 jiran dah membzkan diri bermain mercun. Kebomm kebomm bunyinya. Tiap kali bunyi mercun menjelma, tiap kali tu la aku rasa jantung aku bagai nak jatuh. Bagai beralih tempat. Bagaikan terhenti. Dan berbagai bagai lagi. hampeh bebudak ni. Maunya aku tak lemah semangat. Kang tak pasal2 tak merasa raya aku taun ni. Tapi suasana macam ni la beh. Baru la raye namanya! Meriah… penuh dengan keseronokan dan keterujaan. Tak suke dengo bunyi mercun time raye pi masok hutan. Gile tak sapoting. Hoh! Tahukah anda, pada musim raye ini sahaja kita boleh tau kita akan keluarkan berpuluh2 ringgit untuk mengenyangkan perut orang sebaliknya kita tak perlu keluar duit satu sen pun (sile tolak duit minyak) untuk mengenyangkan perut sendiri.

Jumaat, 21 Ogos 2009

kisah satu malam

Sekitar pukul 6, terdengar suara budak menangis. Ingat kan hape.. ati mula berdebar.. rasa ingin tahu yang kuat membuat aku tekad menjenguk luar tingkap. Tengok takde apa. Suara tangisan pun tak lagi kedengaran. Aku pun buat tak tahu. Mungkin hanya mainan perasaan. Tak sampai dua second bunyi tu datang lagi. Malah makin kuat. Ahh,sudah. Aku pun dah naik geram. Tengah2 mghrib pun bising. Aku jenguk kat luar lagi. Tak ade. Tak puas ati aku pi semua letaknya tingkap kat umah aku. Aik,mana datangnya bunyi budak menangis? Suddenly, ku dengar bunyi tu jelas datangnya dari bilik aku.

“ma,buka pintu ma… buka la pintu.”

Buka pintu? Ha,aku pun buka la pintu. Emm,tengok tak de apa pun. Hanya nampak buku yang menggunung tak dikemas. Aku jenguk tingkap kat bilik aku. Laaa, si memet rupanya dok nangis bagai nak rak kat luar rumah. Ni mesti kes tak kena kasi masuk rumah. Tangisan tu diselangi dengan hilaian hantu yg di buat2 oleh mak dia demi menakut2kan anak beliau kat luar. Turut di sapot dan mendapat bantuan padu oleh makcik jiran sebelah dengan mengatakan ternampak lembaga putih,rambut panjang demi menjayakan lagi proses pengajaran si ibu… Tangisan si memet semakin menjadi2, kuat dan kuat.

“ma…buka pintu ba ma. Aku inda buat lagi. Ampun ma.. aku mo masuk.”

Itu lah dialog yg berulang kali keluar dari mulut kecil si memet. Alahai,sian je. Aku tak begitu berkenan cara mak si memet ni. Kot ye pun nak ngaja anak,jangan la buat cemtuh. Tak bagi anak masuk rumah time2 mghrib, buat lagi suara2 antu… isk! Masa mghrib la setan berpeleseran. Kang anak kena sembunyi dek antu kang baru padan muka! i know mereka bukan muslim tapi mesti dah sangat maklum hal2 macam tu kan…musti percaya jugak. Lebih2 lagi dok berjiran dengan dukun wannabe. Mesti selalu punya dengar cite2 sal jembalang ntah hape2. Di tambah lagi dengan tempat kitorang yang memang keras. Ada je orang nampak benda2 pelik.

nak sangat ajak si memet lepak jap rumah aku…yela,sementara mak dia tak kasi masuk. Risau jadi apa2 kang. Tapi aku takut kena sound mak dia. Pandai2 nak masuk campur tengah dia ngajar anak. Si memet aku tengok dah meraung2 tendang2 pintu nak masuk…. Kadang2 dia batok sebab nangis kuat sangat. Walopun aku bukan seorang ibu,belum ada anak lagi…tapi aku pun manusia. Aku juga seorang pempuan…bakal ibu. Banyak lagi kaedah nak ngajar anak. Kalo nak buat cemtu gak jangan buat masa mghrib. Kalo aku ibu,anak buat salah aku nak cubit2 je,tepuk2 pelan je dia… kalo dah too much sangat boleh la kena lempangan, penerajangan, rotan, sebatan, dan cara lain yang lebih soft hukumannya. Yg penting jangan bagi anak dok luar masa mghrib.

Walobgaimanapun,aku tau dan paham niat mak dia buat cemtuh. Tak lain dan tak bukan nak si memet berubah jadi yang lebih baik. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Right?





p/s: visi terbaru::: nak jadi ibu mithali untuk anak2 aku… hins hins

kisah si perantau

KHAMIS,6HB OGOS 2009 (15 SYAABAN 1430H)

Dear diary..

Hari ni bangun kul4 lebey. Tak perlu nak rush sangat. Semua dah sedia. Tinggal sabun,berus gigi, ubat gigi…ha,tu jek. Tengok mama dah keluar masuk dapo. Bz memanjang sediakan apa yg patut. Mama memang cemtuh. Tiap kali urgent dia mesti tak dok diam. Selesai mandi,aku solat. Panjatkan doa kepada yang Maha Kuasa agar perjalanan kami sekeluarga di pelihara. Keluar bilik aku tengok meja…aik,takde bfast ke?? So,pagi tu aku minum nestum sahaja. Jam dah pukul 6. Mama kata dok luar siap2. Kang uncle tertunggu2. Sampai terminal feri,abah pi beli tiket. Dah beli,masuk le feri. Pehh! Kemain sejuk lagi. Timbul semangat aku nak tido. Hahaa. Tapi akhirnya aku tak dapat tido. Sebab apa? Sebab feri vodo ni pasang lagu rock. dah tu kasi kuat lak volumenya. Vangang! Idea sape la pandai sangat suruh pasang lagu rock. ce pasang lagu yg boleh buat orang tido… yg tangkap lentok punye. Nguk! Bengkak mata aku bila sampai Menumbok,sabah. At least dapat tido dalam bas. Takde yg duduk sebelah aku. Lagi syok aku tido.



Perjalanan mengambil masa 2 jam ke Kota kinabalu. Perut pun dah lapar gile sebab tak makan apa pun lagi. Tapi kaki ku masih kuat untuk melangkah. Perjalanan mencari hotel. Bab yg paling la aku tak ske bila jalan dengan parents. Mesti gado. Hal kecik pun mau gado. Pasal hotel pun boleh gado. Masing2 lain2 pendapat. Sorang kata hotel kat sana…sorang lagi kata hotel sebelah cni. Tensen aku. Siyes! Last2 aku tggal dua2 kat blakang. Baik aku cari sendiri hotel. Gado2 bila nak nampak hotelnya. Akhirnya dapat gak cari. Bila dah dapat hotel boleh pulak damai mak abah aku ni. Dah mesre la pulak. Adeh! Anyway,hotel tempat tinggal kitorang ok gak. sejuk,nyaman…yg penting ada hot water untuk mandi. Yey! Rege pun beh. Rm55 aje. Berbaloi baloi! Perkataan pertama yg kuar dari mulut aku bila dah masuk bilik ialah “mama,me lapar.” Huhu. Lapar gile dow. Mama dah siap2 masak kat rumah tadi nasik dengan ayam masak merah. Fulawehh,sedap woo. Mabeles! Tip top! Dah kenyang baru senang ati. Senang lebey tang perot sebab dah berisi.



Malamnya,aku ngan parents pi jalan2 kat KK Plaza. Dekat sangat dengan hotel tempat tinggal kitorang. Jalan kaki 5 menet dah sampai. Hajat memang nak jalan tempat lain lagi…tapi kena paham la. mama tak boleh jalan lama sangat. Oleh itu,kat KK Plaza tu je la kitorang kuar masuk. Ingatkan nak supper kat sana. Ntah knapa bnyak kedai dah tutup menjelang pukul 10 malam. Masing2 tutup kdai. Food court tempat nak pegi supper pun tutup. Huh! Terpaksalah abah pi pasar malam sorang. Mama takmo ikut sebab tempat tu jauh. Aku pun dok hotel gak teman mama. Sian mama… sebab nak tengok konvo abg,mama kuatkan ati jugak nak jalan. Sobs. 25menet kemudian abah pun sampai…bawa banyak makanan. Semua peberet aku. Ada ayam panggang dengan kue cakoi!.arghhh! tak tertahan nafsuku untuk meratah semua ituhh! Mama n abah dah tak larat. Aku la tukang kebas segala sisa yg ada. Da abes tak tau nak cakap apa. Usap2 perot jek menandakan kekenyangan di tahap maksima.







JUMAAT,7HB OGOS 2009 (16 SYAABAN 1430H)

Dear diary..

Kul6 lebey kitorang dah turun bawah bfast. order roti canai je untuk makan. 13menet lagi nak pukul8 kitorang dah sampai airport. Ke hulu kehilir cari kaunter tiket. Dah la crowd. Tambah pening lagi nak cari. Last2 kol abg. Hee. 9.30 dah kena panggil masuk flight. Ni la kali pertama aku bergerak sendiri menaiki kapal terbang. Dulu ikut cekgu je masa pi semenanjung. Semua cekgu yg uruskan. Tengok tiket mama…tengok tiket abah. Hmmm,tak sama tempat duduk. Aku? Lagi jauh tempat duduk aku dari mama n abah. Kena berpisah. Waktu ini aku pk sape la yg dok sebelah aku. Org tua ke? Isk,takmo. Laki ensem? Eee,nak nak! Masa tu aku antara yg awal masuk flight. Tengok takde orang lagi kat line aku duduk. Dah letak barang kat atas aku pun ambik tempat kat tepi sekali. Tempat yg paling senang nak kuar. Aku duduk...dan duduk. Sambil tengok orang yang semakin ramai memenuhi kerusi yg ada. Aku semakin berdebar. Sapa la lucky person dok sebelah aku. Then ada seorang yg menegur. Aku angkat muka. “may I in?” kata laki asing yg berdiri depan aku. Eeeeeee,ensemnye mamat niiiiiii! Mat salleh lagi. Kekeke! Aku pun bangkit dari tempat duduk. Dengan penuh sopan dan penuh gaya lemah lembut gemalainya aku memberikan dia laluan untuk duduk. Dia kata, “terima kasih” sambil snyum manis. Alahai… lemah lutut aku. Ingt dia dok tepi tingkap. Rupanya kat tengah. Betul2 kat sebelah aku ni. Ohh,bahagia rasanya!.. terasa bagai di syurga. Orang ni bagai bidadari bagi aku. Hahaa!



Banyak kali aku tengok orang sebelah. Bangga dapat jadi pasangan ideal untuk duduk bersama sepanjang perjalanan. Berat mulut nak mulakan bicara. Tapi hati teringin sangat nak borak2 dengan dia. rugi la kalao tak ambik peluang ni. Bukan slalu dapat duduk dengan warga asing yg ensem. Hinss hinss. Akhirnya dia yg start dulu. tanya if me sabahan or not.. Yes yess. He talk to me! Penuh kompiden aku jawab dengan broken English. Ala,English dia pun bukan betul sangat. Mebi takut aku tak paham pe yg dia cakap. Ramah betul orang ni. Aku tak tanya apa pun dia belasah cakap gak. Cite dia pi melancong kat sabah. Pusing sabah with big bike. Dia kata la dia bukan mat salleh. Tapi Arabic. Pergh! Patut ah English tak berapa nak ngam. Macam aku gak. Tengah sibuk dia cakap aku tengok dia dengan lebih detail. sangat ensem. Besarnya badan dia! segala2nya besar agaknya. Hahaa. Perfect je aku tengok dari luaran. Hmm,how lucky I am. Nyesal xambik gambar sesama. Argh!



Akhirnya sampai airport JB. Sebelum berpisah, mat arab tu sempat kata,”see u next time.” Hik! Rasa nak lumpat2 je masa tuh. Dah kuar kitorang ambik teksi. Mama suruh anta pi stesen bas kat lakin…eh,ke lakim? Ah,gasaklah. Tapi orang teksi tu dah volunteer nak bawak terus pi BP. Mama n abah pun on aje. Tak payah susah2 turun teksi naik bas. Sepanjang kat lebuh raya takde mende menarik pun aku nak tengok. Yg ada cuma kelapa sawit. Tak kelapa sawit, lori. Pastu sawit. Pastu lori lagi. Isk! Dalam kul 2 kitorang sampai kat kuarters bomba. Aduhai,letih betol. Abg ajak jalan pun aku tak nak. Takmo! Dun want! Nehi! Aku nak mandi. Nak rehat. Nak tido.










SABTU,8HB OGOS 2009(17 SYAABAN 1430H)

Dear diary..

Takde apa yg beh aku nak tulis untuk ari ni. Seharian aku pi window shopping kat BP mall n carefour. Tak beli hape pun. Mama yg kuar banyak duit. Beli baju tu, beli baju ni. Semua SALES! Tak tahan tengok mende2 sales. Terus juling. Tak dinafikan barang2 kat cni memang murah. Seronok shoping kalao ade duit. Sebab takde duit la aku juz window shoping. No money no talks no shoping. Sobs!












AHAD,9HB OGOS 2009(18 SYAABAN1430H)

Dear diary..

Tiba hari konvo abg. Tak sabar rasanya nak menjejaki tapak UITHO. Dari rumah lagi tengok abg nampak tampan dan segak sekali dengan kemeja hitamnya. Atas bawah hitam. Macam nak pegi tempat orang mati. Kakaka! Awal lagi dah bangun. Awal jugak la kitorang sampai ke UITHO. Agak ramai dah orang datang. Abg kata tak boleh masuk dewan. Tengok dari tv besar kat luar je. Aku dah perass dah. Sebab nak merasa duduk kat dewan konvo la aku ikut! Arghh! Mama yakinkan aku. “Dun wori mai daughter,kau boleh masuk punye.” Ha,yela. Boleh la sangat. Last2 aku sorang dok kat luar. Hoh! Huh! Tapi beh gak. At least dapat tengok abg aku terima ijazah. Serta merta semangat aku timbul. Timbul hasrat nak bagi mama n abah segulung ijazah gak.



Lebey kurang 3jam berlalu,tiba masanya untuk sesi bergambar. Bergambar dengan keluarga…dengan kawan sekonvo.. macam2 ragam. Yg pasti eberibadi pamer riak wajah yg gembira. Aku sendiri turut bersenang hati dengan kejayaan semua orang especially abg aku. Aku bergerak ke sana sini take his picture with fren. As a professional photographer aku tak merungut langsung. Sebab aku suka kerja ni. Hasilnya gambar abg, kwn2 dia, mama n abah je ada. Pic aku tak hade. huwaaaa! Takpe…takpe,at least dapat gambar abg aku bersama kwn dia yg aku admire. Ahak! Dapat face to face dengan dia. Tu yg beh tuh!













ISNIN,10HB OGOS 2009(19 SYAABAN 1430H)

Dear diary..

Sedey rasanya terpaksa tinggalkan rumah ni. Kan best rumah ni rumah aku. Ada aircond, tak panas, bilik air ada tiga… tak payah nak rebut2, bilik pun beso.. haih! Samat tinggal BP. Hari ni kena gerak pi KL. Naik bas express. Ambik port belakang skali. Owh,macam ni rupanya bas express. Dulu dah penah naik. Tapi tak pasan sangat keadaannya. Masa tu letey sangat sebab jalan tak henti2. Ni baru la dapat tengok sekeliling. Selesanya…. Tido beh ni. Blakang seat aku ada tilam. Tapi tak dan aku nak tido atas tu. Ntah ada bekas hape ntah. Lain macam jek. Seperti perjalanan sebelum ni,yg ada cuma kelapa sawit. Sesekali driver berenti kat tapak R&R. ni ke R&R? ingatkan la R&R ni tempat makan. Sebelom2 ni penah mai syg sebut2 sal R&R time pi Singapore. Rupanya tempat pelepasan hajat je. Cehhh! Ada la jugak gerai2 kecik jual makanan ringan. Aku malas nak turun. takde selera haku nak buang air.



Kul 11 lebey dah boleh nampak dah KL. KL jerebu masa ni. Kazen dah standby tunggu kat puduraya. Kitorang pulak stuck kat tengah jalan. Adoih! Kedatangan disambut dengan senyuman manis kazen aku. On da way nak pi hotel,kitorang stuck lagi. Timbul rasa geram kat mat2 moto yg begitu cuai di jalan raya. Lampu tak ijau lagi pun main belasah jalan. Huh! Terpandang signboard kat depan. “sayangi kuala lumpur” Hahahaa! Geli tiak aku baca slogan ni. Macam tak hade fungsi jek. Orangnya macam tu jugak. No wonder most of them are motorcyclist. Traffic kat cni teruk! Guna moto senang skit nak gerak.



Akhirnya sampai jugak hotel setelah half an hour dok kete. Aha! Hotel ni pun beh. Sebab ada hot water gak. Yey! Petangnya kazen ajak jalan. Guna LRT jek. Senang skit. Hmm,ok gak. lagipun hari tak panas sangat. No hal la nak jalan kaki. Actually,ske sangat naik LRT. Macam maen roller coster. Ingat lagi dulu,masa nak pi seremban.. sebab dah tak ade orang dlm LRT,kitorang gasak tido dalam tu. Masing2 buat style tido sendiri. tak senunuh langsung. Air liur tak payah cakap la. pandai2 la kaver. Muhahaha! Err,berbalik kepada cite tadi,sebelom jalan kitorang makan le dulu. kazen bawa pi gerai nasi ayam kampung. pehh! sedap betol. tengah2 makan tiba2 ada seorang buta datang meja kitorang. minta sedekah. atas rasa belas kasihan abah bagi sedikit wang padanya. pastu kazen bawak kitorang pi times square. Ni kali ke2 aku pi times square. Takde apa yg beh. Ronda punya ronda..badan pun mula letey. Sebelom balik sempat lagi singgah chow kit. hotel pun dah tak jauh mana. Kat kg baru aje. Esok nak jalan lagi. Kena ah rehat sepuas2 secukup2nyeeeeee!













SELASA,11HB OGOS 2009(20 SYAABAN 1430H)

Dear diary..

Hari ni jalan kat sekitar mesjid india pulak. Indah kabar indah lagi rupanya. Memang betol2 banyak orang india kat jalan mesjid india. Terasa one melesia. Hahaa. Tak penah aku dikelilingi orang india sebanyak ini seumo hidupku. Berdiri mulu2 aku. Tapi kat sini kain n tudung mutul2 murah woo. Rambang mata aku tengok. Then,kazen bawa kitorang masuk mydin lak. Ha,kdai ni la antara yg nak sangat aku masuk. Dari dulu lagi ain slalu sebut2 sal kdai mydin ni. Kata barang murah2. Tapi aku hengat la mydin ni kdai org melayu. Rupanya india jugak. Eh,yeke eh? Pandai je aku. Tapi pekerja majority india. Yela tu kot. sepanjang jalan kat jalan mesjid india ni juga aku berjumpa dengan ramai peminta sedekah. sayu hati tengok. kat labuan jarang nampak peminta2 sedekah...mungkin juga takde. Abg ada kata nak pi petaling street. Ha,kat situ pun dengar kata banyak baju yg murah. Aku pun memang nak beli tees. Last2 tak jadi. Mama takmo sebab dah letey katanya. Alahai. Kempunan aku. Terpaksa la beli kat sogo. Dapat beli baju 2 helai je. 2 helai tu pun nak dekat seratus duit aku lesap.. cis! hape la. jual baju mahal2. Cekik darah betol. Huh!



Sebelom balik hotel, singgah chow kit lagi. mama n abah nak beli buah untuk bawa balik pi Labuan. Abg dgn aku dok dalam kete je. Bosan dok kete aku kata kat abg nak tengok2 barang kat kdai seberang jalan. Sebenarnya aku nak pi kdai PT widuri. Kdai ni jual barang2 kecantikan. Ada sumting yg aku nak beli. Aku pun masuk. Terus cari benda yg aku nak. Cari2 tak jumpa. Ingat nak tanya. Tapi tengok pekerja semua laki. Aik,pe hal org laki kerja kat kedai kecantikan ni! Segan pulak aku nak tanya kat org laki. Last2 kensel,tak jadi nak beli. Nak balik semula pi tempat letaknya kereta. Tengok kiri kanan. Masa tu jalan jem. Kete gerak skit2 je. So,ingat senang le nak lintas. Tengah aku lintas ntah dari mana datang motor ni..skit lagi nak langgar aku. Jalan punye la sempit,kiri kanan kete..boleh lak moto dia nyelit masuk kat tengah. Ampeh! Kalao kena aku tadi jaga kau! Aku anto santau. Huh! patutla mai syg x bagi aku belaja kat KL dulu. kalau tahu macam ni aku pun taknak. nasib baik i mendengar kata kan yang.. hikhik.



Malamnya kitorang makan di rumah mertua kazen I, kat Ampang. dapat tengok Rafi,anak kazen i. cepat je dah besar. Mertua kazen I ni baek orangnya. Berangan dah aku nak dapat mertua macam ni. Ahak! Masakan pun sedap. Ada sambal sotong,ikan bakar,ayam goreng, kek cokelat…dan banyak lagi. nyum2! Kul 10 lebey,kitorang balik hotel. Tido awal sebab esok nak kena bangun kul 3. Haih!













RABU,12HB OGOS 2009(21 SYAABAN 1430)

Dear diary..

Ramainya orang kat klia. Ingat awal macam ni tak berapa nak ramai. Kenapa la nak kena berlari masuk klia. Takut tiket abes ke? Kan ke dah siap booking. Sian mama…. semput mama dibuatnya. Bila dah masuk,kaunter tiket pun tak buka lagi. Cuma ramai dah orang que up. Kalao tahu tak payah la nak lari bagai. Tengok tiket,tak sama tempat duduk lagi. yes yess! ada can duduk dengan mat salleh la. tapi nampaknya tak. Aku di apit oleh makcik cina tua dengan laki cina berbadan ala2 doremon. Sobs. Takpelah… 2jam perjalanan finally aku selamat kembali labuan. best sesangat. kalao boleh dipelok dah lama aku pelok2 rumah aku ni. owh,baiti jannati... rumahku syurgaku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...